Anda di halaman 1dari 1

Hasil daripada penyebaran pengaruh agama tersebut pada masa dahulu telah meresap dan

diadaptasi secara meluas dalam seni bina monumen di Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan
dengan kewujudan monumen-monumen terkenal pada masa itu, iaitu Candi Angkor Wat di
Kemboja dan Candi Borobudur di Indonesia. Pengaruh agama Hindu pada Candi Angkor dapat
dilihat melalui ukiran-ukiran di dinding yang mengisahkan epik Ramanyana dan Mahabrata iaitu
epik India yang masyhur dalam sastera di Asia Tenggara. Bagi Candi Borobudur pengaruh
agama Buddha dapat dilihat melalui ukiran patung-patung Buddha di sekitar kawasan Candi.
Hal ini jelas membuktikan bahawa pengaruh agama Hindu dan Buddha telah meluas dalam seni
bina candi-candi di rantau Asia Tenggara, khususnya di Kemboja dan Indonesia. Walau
bagaimanapun, kesedaran terhadap kepentingan tinggalan sejarah ini semakin kurang mendapat
perhatian daripada generasi pada masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan diharapkan mampu
memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang kepentingan memelihara tinggalan-tinggalan
bersejarah di rantau Asia Tenggara ini.

Anda mungkin juga menyukai