Anda di halaman 1dari 17

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.

com 2014

SENARAI KANDUNGAN

PRAKATA

PENDAHULUAN

APA YANG SAYA AKAN LAKUKAN?

PENUTUP

15

MENGENAI PENULIS

16

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

PRAKATA

Assalamualaikum dan salam hormat


Alhamdulillah dengan IzinNya saya dapat berkongsi sedikit ilmu bagaimana
untuk bebas dari belenggu makan gaji. Secara umumnya panduan ini
terbahagi kepada 2 iaitu;
1. Ebook -- > anda sedang membacanya sekarang.
2. Video -- > (http://youtu.be/kFFQHEt2JmY)
Untuk memudahkan anda faham, saya nasihatkan anda cetak panduan ini
dan baca sepintas lalu. Seterusnya pastikan anda menonton video
penerangan di atas supaya anda lebih faham apa yang saya cuba sampaikan.
Saya harap perkongsian kecil saya ini memberi manfaat kepada anda. Insya
Allah.

Yang benar
Wahi Abd Rashid
www.wahiabdrashid.com
info@wahiabdrashid.com
www.facebook.com/wahi.rashid

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

PENDAHULUAN

Panduan ini saya tulis khas untuk menjawab pertanyaan kebanyakan


sahabat-sahabat saya yang mahu tahu bagaimana untuk bebas dari belenggu
makan gaji.
Biasanya punca kebanyakan orang mahu bebas dari belenggu makan
gaji adalah kerana tidak tahan dengan tekanan di tempat kerja. Ada yang
mengadu terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ada
sesetengahnya tidak tahan dengan suasana kerja yang tidak sihat. Ada juga
yang sudah tidak tahan kerana merasakan gaji semakin tidak mencukupi.
Sekiranya saya diberi pilihan, sebenarnya saya lebih suka bekerja
makan gaji. Ini kerana terdapat beberapa kelebihan bagi seorang pekerja
antaranya.
- Pendapatan yang terjamin.
- Kemudahan kesihatan percuma.
- Mudah mendapatkan pinjaman bank.
- Waktu bekerja yang tetap.
- Lebih banyak ikut arahan dan tidak perlu pening kepala berfikir.
- Tempat tinggal biasanya disediakan oleh majikan pada kadar yang murah.
- Cuti rehat yang banyak.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

Justeru sekiranya saya diberi peluang untuk kembali bekerja, saya


pasti mengambil peluang berkenaan. Walau bagaimanapun pendekatan saya
mungkin berbeza daripada orang lain. Ini bagi mengelakkan saya mengalami
masalah-masalah seperti yang saya sebutkan di atas.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

APA YANG SAYA AKAN LAKUKAN?

Walaupun menjadi seorang pekerja mempunyai banyak kelebihan, namun


tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kekurangan apabila seseorang itu
bergelar pekerja.
Antaranya adalah tidak mempunyai banyak kebebasan, kemungkinan
terpaksa berhadapan dengan rakan sekerja yang suka bersikap negatif dan
lebih mengerikan apabila terpaksa berhadapan dengan bos yang tidak
bertimbang rasa.
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, maka masalah berkenaan pasti
mengundang lebih banyak masalah dan menambah tekanan di tempat kerja.
Justeru untuk mengelakkan perkara berkenaan berlaku berikut merupakan
perkara yang saya akan lakukan.

Merendah diri
Antara kesilapan yang pernah saya lakukan semasa mula bekerja dahulu
adalah mempunyai sifat ego yang tinggi. Mungkin kerana saya mempunyai
kelulusan yang tinggi (he he baru tamat pengajian ijazah sarjana masa tu)
maka saya merasakan orang lain perlu menghormati saya.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

Sekiranya saya boleh kembali ke zaman dahulu, saya akan lebih


menghormati semua orang di tempat kerja. Tidak kira orang itu tukang sapu
sampah, kerani ataupun bos saya sendiri. Hormat di sini adalah hormat
secara keseluruhan, bukan hormat di depan, tetapi mengata di belakang.
Kalau saya boleh kembali bekerja, saya akan bercakap dengan semua
orang seolah-olah seperti saya bercakap dengan seorang sultan. Apabila kita
merendah diri dan menghormati orang lain, Insya Allah kerja kita menjadi
lebih mudah. Tiada lagi perkara-perkara tidak elok seperti tikam belakang,
sabotaj, surat layang dan sebagainya.

Memilih Kawan
Sekiranya saya ditakdirkan bekerja kembali, saya akan lebih berhati-hati
memilih kawan. Sebolehnya saya akan kurangkan berkawan dengan orang
yang bersifat negatif, suka mengata, banyak memberi alasan dan suka
menyalahkan orang lain.
Sekiranya saya berkawan dengan orang bersifat negatif, maka sedikit
sebanyak saya pasti akan mengikut jejak langkahnya. Sekiranya saya
berkawan dengan orang yang bersikap positif maka sudah tentu saya akan
bersikap lebih positif. Saya percaya kawan rapat merupakan cermin diri kita
pada masa akan datang.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

Automasi Kerja
Semasa bekerja dengan universiti dahulu, kebanyakan kerja saya adalah
jenis yang berulang. Sebagai contoh setiap semester saya akan mengajar
subjek yang sama. Justeru setiap semester saya akan berhadapan dengan
rutin kerja yang hampir sama.
Sebenarnya saya boleh memudahkan banyak kerja sekiranya
sebahagiannya diautomasikan. Sebagai contoh saya boleh memuat naik
nota-nota di dalam sebuah laman web. Para pelajar boleh memuat turun
nota berkenaan pada bila-bila masa yang mereka perlukan.
Seterusnya saya boleh merakam video kuliah dan memuat naik ke
dalam you tube. Saya tidak perlu berbuih-buih mulut bercakap pada pelajar
yang sedang tidur di dalam bilik kuliah. Saya hanya perlu memberi sedikit
penerangan dan meminta mereka menonton video tutorial berulang kali
mengikut kesesuaian masa mereka.
Sekiranya mereka mempunyai soalan, mereka boleh bertanya di
dalam support group facebook yang saya sediakan. Sistem ini mudah sahaja,
mereka yang rajin pasti berjaya, mereka yang malas pasti menerima
akibatnya.
Selain itu saya boleh mengautomasikan kerja-kerja rutin setiap bulan
seperti simpanan wang, pembayaran bil dan sebagainya melalui perbankan
internet. Dengan cara berkenaan sudah tentu sebahagian besar kerja saya
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

dapat dikurangkan. Saya boleh meluangkan lebih banyak masa bersama


keluarga atau melakukan kerja yang lebih produktif.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai rutin kerja yang sama.
Cuba perhatikan apakah perkara yang membuatkan anda selalu sibuk?
Seterusnya fikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan
proses kerja berkenaan.
Pada peringkat permulaan ianya memang agak sukar, itulah antara
perkara yang saya alami ketika baru belajar membina laman web pertama.
Tetapi lama kelamaan saya semakin mahir dan ianya menjadi semakin
mudah. Automasi kerja membolehkan saya melakukan banyak perkara
dalam satu masa.
Ada sesetengah rakan rapat hairan bagaimana saya boleh
mengendalikan banyak perkara dalam satu masa. Untuk makluman saya
mempunyai bisnes kereta sewa di bawah syarikat Green Matrix Enterprise
Travel & Tours Sdn Bhd (961710-U). Kami mempunyai lebih 20 cawangan
di seluruh Malaysia.
Selain itu saya juga merupakan penulis dan speaker dalam bidang
keusahawan. Saya juga menyediakan perkhidmatan bimbingan kepada
beberapa usahawan-usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

terutamanya dalam bisnes kereta sewa. Tanpa automasi kerja, saya sudah
tentu tidak dapat melakukan semua perkara berkenaan serentak

Mentor Perniagaan
Sebolehnya saya akan mencari seorang mentor untuk memberi bimbingan
kepada saya. Mendapatkan seorang mentor yang betul bukan perkara
mudah. Tersilap langkah kita mungkin berjumpa mentor yang hanya tahu
mengambil kesempatan di atas kejahilan kita.
Apa yang saya biasa lakukan adalah saya akan mengkaji dahulu latar
belakang seseorang yang bakal menjadi mentor saya. Sekiranya beliau
seorang yang mempunyai nama dan ada menjual produk seperti ebook,
buku, seminar atau apa sahaja perkara yang berkaitan, maka saya akan cuba
membelinya.
Sekiranya produk itu bagus, saya akan beritahu kepadanya bahawa
produk itu sangat bagus. Saya juga akan turut mempromosikan produknya
kepada rakan-rakan yang lain. Biasanya seorang mentor sangat berbesar
hati sekiranya kita memuji dan membantu mempromosikan produk mereka.
Apabila hubungan baik sudah terjalin, biasanya sangat mudah untuk
saya mendapatkan bantuan atau bimbingan. Biasanya saya akan mendapat

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

10

khidmat nasihat secara percuma. Sekiranya bernasib baik, mentor


berkenaan akan menawarkan peluang untuk berkerjasama dengannya.
Nasihat saya sebolehnya dapatkan ilmu daripada seorang mentor
sehingga habis. Sekiranya anda rasa sudah mahir, maka bolehlah cuba cari
mentor dalam bidang kepakaran yang lain. Pastikan anda fokus dan lakukan
satu persatu. Elakkan berguru dengan terlalu banyak mentor pada satu-satu
masa.
Antara mentor perniagaan saya adalah Robert Kiyosaki (bacaan dari
buku-buku beliau sahaja), Azizi Ali (pembacaan buku dan pernah berjumpa
sekali), Dr Wan Shah Razali (buku. Video, seminar dan pernah berjumpa
sekali), Faisal Abdullah (Video & Ebook), Rahman Basri (Video & Ebook), Dr
Azizan Osman (Seminar & Buku), Ainon Mohd (Seminar & Buku) dan
beberapa orang mentor yang saya sempat belajar secara langsung dan juga
tidak langsung.

Mulakan perniagaan
Apabila anda sudah mempunyai mentor perniagaan, maka tibalah masanya
anda mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Biasanya seorang mentor tidak
akan memaksa anda memulakan perniagaan dengan modal yang besar.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

11

Terdapat beberapa perniagaan yang tidak memerlukan modal dan masa


yang banyak untuk dimulakan.
Sebagai contoh saya sendiri menjana pendapatan sehingga RM15,000
sebulan hasil jualan ebook, buku, DVD, dan komisen jualan produk orang
lain. Penulisan buku dan ebook bukanlah sesuatu yang sukar. Sekiranya
anda ada ilmu ianya sangat mudah. Anda hanya perlu melakukan kerja sekali
sahaja, tetapi boleh mendapat hasil berulang kali.
Sementara itu kebanyakan proses jualan produk-produk saya telah
diautomasikan. Saya banyak menggunakan sistem perniagaan online
samada secara percuma ataupun berbayar. Contoh sistem yang saya
gunakan adalah getresponse, formidable form, aztetic, paypal, minisite
mudah, robot sms dan banyak lagi.
Walaupun pendapatan berkenaan boleh dikatakan agak lumayan,
namun untuk mencapainya bukannya sesuatu yang mudah. Saya sendiri
mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk membangunkan perniagaan
berkenaan sehingga berjaya menjana pendapatan yang konsisten setiap
bulan.
Sebab itu saya nasihatkan anda supaya fokus. Elakkan membuat
banyak perkara sekaligus. Buat sehingga berjaya sesuatu perkara, dan
kemudian baru kembangkan portfolio perniagaan yang lain satu-persatu.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

12

Labur wang
Sebagai seorang pekerja saya sudah tentu tidak mempunyai banyak masa
untuk menjalankan perniagaan. Sehubungan itu saya akan melaburkan
wang yang ada dengan bijak. Saya tidak akan melabur dalam perniagaan
yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.
Saya akan gunakan wang yang ada untuk melabur dalam pelaburan
seperti hartanah (beli dan sewakan), saham, unit amanah seperti ASB
ataupun Tabung Haji. Saya juga akan melabur untuk mendapatkan ilmu.
Saya tidak akan mendapatkan nasihat percuma seperti yang biasa saya
lakukan dahulu. Berdasarkan pengalaman nasihat percuma akan datang
dengan kos yang lebih mahal yang terpaksa ditanggung oleh saya sendiri.

Rancang Persaraan
Sekiranya saya ingin bebas dari belenggu makan gaji, sudah tentu saya akan
membuat perancangan yang rapi. Saya akan mengawal perbelanjaan dan
tidak membuat hutang-hutang tidak sihat.
Saya akan hidup secara sederhana. Saya akan kembangkan portfolio
perniagaan dan pelaburan sehingga berjaya menjana pendapatan melebihi
gaji saya di tempat kerja.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

13

Pada masa itu saya mungkin boleh berfikir untuk terus atau berhenti
kerja. Saya percaya sekiranya saya melakukan perkara-perkara di atas, maka
tiada sebab untuk saya tertekan, tiada masa untuk bersama keluarga atau
menghadapi masalah kewangan.
Sekiranya saya ingin pergi lebih jauh, saya mungkin berhenti kerja dan
membangunkan perniagaan saya sendiri. Pilihan adalah di tangan saya
sendiri. Apa yang penting saya perlu ubah diri sendiri daripada pening
kepala memikirkan bagaimana nak mengubah orang lain.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

14

PENUTUP

Senarai di atas merupakan antara perkara-perkara yang akan saya lakukan


sekiranya ditakdirkan saya kembali bekerja makan gaji. Sebagai seorang
pekerja, kita mungkin tidak mempunyai kuasa untuk mengubah orang lain.
Walau bagaimanapun kita boleh mengubah diri sendiri untuk menjadi apa
yang kita mahukan.
Saya yakin sekiranya anda melakukan semua perkara di atas, tiada
sebab untuk anda tertekan, tiada masa untuk keluarga atau menghadapi
masalah kewangan. Sekiranya anda memilih untuk berhenti kerja, maka
sepatutnya anda berhenti memberikan pelbagai alasan dan mulakan
tindakan sekarang.
sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bimbingan percuma
daripada saya, maka saya dengan rendah hati menjemput anda untuk sertai
group Get Out From Rat Race. Klik link berikut untuk menyertainya --->
http://on.fb.me/1e8fBb5.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

15

MENGENAI PENULIS
Wahi Abd Rashid merupakan lulusan sarjana daripada Universiti Malaysia
Sabah (UMS). Sebaik sahaja berjaya menamatkan pengajian pada tahun
2005, beliau telah diterima masuk bekerja sebagai tutor di Universiti Putra
Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Gara-gara jahil tentang ilmu
pengurusan kewangan, maka beliau telah terjebak dengan hutang tidak
sihat. Akibatnya beliau sering menghadapi masalah tidak cukup wang gaji.
Bosan dengan kehidupan pagi kerja balik petang, dapat gaji habis
bayar hutang maka beliau nekad untuk mengubah nasib hidupnya melalui
bidang perniagaan. Memandangkan beliau terikat dengan kerja makan gaji,
maka beliau terpaksa melakukan perniagaan secara sambilan. Beliau pernah
terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan seperti menjual cenderamata,
pakaian tiruan, stokis minyak pelincir, perladangan kelapa sawit, membuka
gerai minuman di tepi jalan dan menjadi agen hartanah. Malangnya boleh
dikatakan hampir kesemua perniagaan berkenaan gulung tikar.
Walaupun banyak kali mengalami kegagalan, namun beliau tidak
pernah berputus asa. Beliau terus berusaha demi mengubah nasib hidupnya.
Berkat kesabaran dan usaha keras, akhirnya salah satu perniagaannya iaitu
bisnes kereta sewa mula menampakkan hasil. Pada tahun 2011, beliau
mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh
perhatian terhadap perniagaan berkenaan. Kini syarikat beliau Green Matrix
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

16

Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai 20 cawangan di seluruh


Malaysia dengan pendapatan mencecah sehingga 6 angka sebulan.
Sepanjang proses berhijrah menjadi usahawan, beliau banyak
menghadiri seminar keusahawanan dan membaca buku-buku pengurusan
kewangan dan perniagaan. Ilmu-ilmu yang dipelajari, beliau kongsikan
melalui penulisan blog, buku, ebook dan rakaman video. Beliau berharap
dapat mendidik lebih ramai orang tentang kepentingan pengurusan
kewangan dan dalam masa yang sama memberi inspirasi kepada mereka
yang mahu menjadi usahawan.
Usaha beliau itu mula mendapat perhatian beberapa pihak dan
akhirnya beliau dipanggil untuk memberi ceramah keusahawanan samada
anjuran persatuan usahawan dan juga agensi kerajaan. Beliau juga pernah
ditemuramah oleh akhbar tempatan tentang usahanya mendidik orang
ramai tentang pengurusan kewangan dan keusahawanan. Beliau berharap
agar usaha kecil beliau itu dapat membantu melahirkan lebih ramai
usahawan berjaya dan dalam masa yang sama menyumbang kepada negara
bagi melahirkan masyarakat ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau boleh
dihubungi melalui alamat email info@wahiabdrashid.com atau rangkaian
sosial Facebook di www.facebook.com/wahi.rashid.

Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014

17

Anda mungkin juga menyukai