Anda di halaman 1dari 25

Beginilah Ibadah Korban Di Atas

Petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah


Beginilah Ibadah Korban Di Atas Petunjuk Al-Quran dan AsSunnah
Abu Numair Nawawi bin Subandi
www.ilmusunnah.com
Alhamdulillah, artikel ringkas ini adalah catatan penulis berkaitan ibadah korban,
keutamaannya, hukumnya, dan tatacara perlaksanaannya menurut sunnah.
1, Definisi Dan Hukumnya
Dalam bahasa Arab, ibadah korban disebut sebagai Al-Adhaahi ( )atau Udh-hiyyah
().
Kata Imam Ash-Shanani rahimahullah (Wafat: 1182H):



Al-Adhaahi ( )merupakan jama dari kata Udh-hiyyah ( )dengan mendhammah-kan hamzah dan boleh juga di-kasrah (menjadi: idh-hiyyah), dan boleh juga
hamzah dibuang dan huruf dhaad di-fat-hah-kan (menjadi: dhahiyyah), sebagaimana ia
menunjukkan waktu pensyariatan penyembelihan korban. Dan dengan kata itu, hari
penyembelihan dinamakan sebagai yaumul adh-ha (( ) iaitu: hari
penyembelihan). (Subulus Salam, 4/89)
Dalam Shahih Fiqhus Sunnah disebutkan:
Al-Udh-hiyyah adalah haiwan yang disembelih dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah Taala di hari Nahr (idhul Adh-ha dan hari tasyriq) dengan syarat-syarat yang
khusus. (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/366 Al-Maktabah At-Taufiqiyyah)
Hukum Ibadah Korban
Ibadah korban adalah suatu yang disyariatkan dalam Islam berdasarkan Al-Quran, AsSunnah, serta ijma. Allah Subhanahu wa Taala berfirman:




.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah
solat dan berkorbanlah kerana Rabb-mu. (Surah Al-Kau-tsar, 108: 1-2)

Ayat ini menunjukkan kata perintah agar berkorban setelah perintah solat, iaitu dalam
rangka menunjukkan rasa syukur atas nikmat-nikmat dari Allah Taala.
Sejumlah ulama tafsir mengatakan tentang ayat ini adalah menunjukkan perintah
menyembelih haiwan sebagai korban setelah solat Iedul Adh-ha. (Al-Mughni, 9/435)
Dan ibadah korban adalah termasuk salah satu syiar Islam yang besar dan sebagai tanda
serta amalan orang-orang yang bersyukur dan bertaqwa. Allah Subhanahu wa Taala
berfirman:





Setiap umat (dari para Rasul terdahulu), telah kami perintahkan untuk menyembelih
haiwan korban, agar mereka menyebut nama Allah (sebagai tanda syukur) atas apa yang
direzekikan bagi mereka dari haiwan-haiwan ternakkan. (Surah Al-Hajj, 22: 34)
Dan kata Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):


Dan kaum muslimin telah ber-ijma (sepakat) bahawa menyembelih korban adalah
disyariatkan. (Al-Mughni, 9/435)
Dan hukum menyembelih haiwan sebagai korban setiap tahun adalah Sunnah muakkadah,
iaitu suatu ibadah yang sangat dituntut dan ditekankan perlaksanaannya bagi setiap ketua
keluarga yang punya kemampuan. Dan inilah yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad
Shallallahu alaihi wa Sallam pada setiap tahunnya di Iedul Adh-ha.
Dan inilah mazhab jumhur ulama, mereka mengatakan ianya sunnah, namun tidak sampai
ke peringkat wajib. Antara ulama yang berpegang dengan hukum ini adalah Asy-Syafii,
para ulama Syafiiyah, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, Al-Muzani, Ibnu Al-Mundzir, dan
selainnya. Diriwayatkan juga dari Abu Bakr, Umar, Bilal, Abu Masud Al-Badri, Suwaid bin
Ghaflah, Said bin Al-Musayyib, Alqamah, Al-Aswad, Athaa, dan lainnya.
Dan sebahagian ulama menukilkan bahawa para sahabat Nabi ber-ijma bahawa hukumnya
adalah sunnah, bukan wajib.
Sementara yang mewajibkan adalah seperti Imam Malik dan gurunya Rabiiah, At-Tsauri,
Al-Auzai, Al-Laits, dan Abu Hanifah. (lihat: Al-Mughni, 9/435. Shahih Fiqhus Sunnah,
2/368)
Antara dalil yang memalingkan kewajiban hukum korban kepada hukum sunnah
muakkadah antaranya dapat dilihat dari sebahagian atsar, dari Abu Sarihah, beliau
berkata:

Aku melihat Abu Bakr dan Umar, mereka tidak berkorban. (Mushannaf Abdurrazzaq,
no. 8139)
Dari atsar Abu Masoud Al-Anshari radhiyallahu anhu (seorang tokoh atau ahli perang
badr), beliau berkata:



Sesungguhnya aku tidak berkorban, sedangkan aku adalah orang yang berkelapangan,
kerana aku bimbang jiran tetanggaku akan berpendapat bahawa hal tersebut wajib
atasku. (Mushannaf Abdurrazzaq, no. 8149)
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata:




Menyembelih haiwan korban adalah sunnah, tidak disukai bagi yang meninggalkannya
dalam keadaan mampu. Kebanyakan ahli ilmu (para ulama) berpendapat bahawa
menyembelih haiwan korban adalah sunnah muakkadah, bukan wajib. Pendapat ini
diriwayatkan dari Abu Bakr, Umar, Bilal, Abi Masoud Al-Badri radhiyallahu anhum. Dan
yang turut berpendapat dengannya adalah Suwaid bin Ghaflah, Said bin Al-Musayyib,
Alqamah, Al-Aswad, Athaa, Asy-Syafii, Ishaq, Abu Tsaur, dan Ibnu Al-Mundzir. (AlMughni, 9/435)
Demikian juga yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) dalam
Al-Majmu Syarah Al-Muhadzdzab, 8/385.
Manakala sebahagian ulama menyatakan hukumnya adalah wajib, dan mereka berdalil
antaranya dengan hadis Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam bersabda:




Sesiapa yang memiliki kelapangan dan belum berkorban, maka janganlah dia mendekati
tempat solat kami. (Musnad Ahmad, no. 8273. Sunan Ibnu Majah, no. 3123)
Namun pada hadis ini terdapat kelemahan. Perawi hadis ini; Abdullah bin Iyaasy, dia
dhaif. Antaranya dilemahkan oleh Abu Daud dan An-Nasaai, kata Abu Hatim shoduuq,
kata Ibn Yunus mungkar al-hadits. Kata Imam Ahmad, hadis ini mungkar. Dihukumkan
mauquf oleh Ad-Daruquthni dalam Al-Ilal, Ibnu Abdil Barr, dan Syuaib Al-Arnauth
mendhaifkannya dalam tahqiq Musnad Ahmad dan Sunan Ibnu Majah.
Kemudian mereka juga berdalil dengan hadis dari Jundab bin Sufyan Al-Bajali, beliau
menyaksikan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda di hari An-Nahr (Iedul Adh-ha):

Sesiapa yang telah menyembelih (untuk korban) sebelum solat, maka hendaklah dia
mengulanginya dengan sembelihan yang lain, dan sesiapa yang belum menyembelih, maka
hendaklah dia menyembelih. (Shahih Al-Bukhari, no. 5562)
Namun hadis ini tidaklah mendukung mereka, kerana hadis ini bukan bermaksud
menjelaskan tentang hukum kewajiban korban, sebaliknya hadis ini menjelaskan tentang
syarat sah atau diterimanya sembelihan sebagai korban.
Demkian juga dengan dalil-dalil yang lain berkaitan ini, ia dibawa kepada hukum sunnah.
Wallahu alam.
Walau bagaimanapun, hendaklah ibadah korban ini tidak ditinggalkan sehingga ada yang
menganggapnya suatu yang remeh. Sebaliknya hendaklah ia dijadikan sebagai ibadah yang
dizahirkan dan menjadi satu syiar agama yang agung di setiap kali Iedul Adh-ha. Ini
kerana Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri pun tidak meninggalkannya walaupun
ketika dalam safar, dan inilah yang diamalkan oleh para sahabat beliau secara umum.
Maka, jadikanlah ia sebagai suatu ibadah dalam rangka taqarrub kepada Allah dan sebagai
tanda syukur serta taqwa kita pada-Nya.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:



Demikianlah (perintah Allah). Dan sesiapa yang meng-agungkan syiar-syiar Allah, maka
sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati. (Surah Al-Hajj, 22: 32)
Dalam ayat yang lain seterusnya Allah berfirman:



Tidaklah sampai kepada Allah daging haiwan korban itu, dan tidak pula darahnya, akan
tetapi yang akan sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kamu. (Surah Al-Hajj, 22: 37)
Dalam hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam bersabda:

:






:

Tidak ada hari-hari (yang lebih utama) di mana amal-amal soleh yang dilakukan pada
hari-hari tersebut lebih dicintai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari yang 10 (di bulan
Dzulhijjah).
Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab Rasulullah:

Tidak jihad di jalan Allah, melainkan jika orang tersebut berangkat jihad dengan dirinya
dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan sesuatu apa pun (iaitu: mati sebagai syahid).
(Sunan Abi Daud, no. 2438. Sunan At-Tirmidzi, no. 757)
Dan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam turut menjelaskan bahawa hari An-Nahr (hari Iedul
Adh-ha, atau hari menyembelih korban) adalah merupakan hari yang agung di sisi Allah.
Dari Abdillah bin Qurth radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
bersabda:



Hari yang agung di sisi Allah adalah hari An-Nahr kemudian hari Al-Qarr. (Sunan Abi
Daud, no. 1765. Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi, no. 10214, 10239, 14685)
Hari An-Nahr adalah hari pada tarikh 10 Dzulhijjah atau hari Iedul Adh-ha, atau juga
dikenali sebagai hari menyembelih korban (An-Nahr). Manakala hari Al-Qarr pula adalah
hari keduanya, iaitu 11 Dzulhijjah.
Maka, seharusnya kita mengambil kesempatan ini untuk berlumba-lumba melaksanakan
ibadah atau amal-amal yang disunnahkan pada hari tersebut.
2, Waktu Menyembelih Haiwan Korban.
Kata Imam Asy-Syafii rahimahullah (Wafat: 204H):


Menyembelih korban itu dibolehkan pada hari nahr (Iedul Adh-ha) dan hari-hari mina
(tasyriq) seluruhnya kerana ia adalah hari-hari untuk menyembelih. (Al-Umm, 2/226)
Iaitu hari pada tarikh 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah.
Dari hadis Al-Baraa bin Aazib, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:










Sesungguhnya yang pertama kami mulakan pada hari ini adalah melaksanakan solat (Idul
Adh-ha), kemudian pulang lalu menyembelih. Sesiapa yang melaksanakan seperti itu maka
dia telah menepati sunnah. Dan sesiapa yang menyembelih haiwan sebelum solat (Idul
Adh-ha), maka sembelihannya tersebut adalah daging untuk keluarganya, bukan sesuatu
yang termasuk sembelihan korban. (Shahih Al-Bukhari, no. 965. Lihat juga: no. 985, 5545,
5546)
Dalam hadis yang lain dari, Anas Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Sesiapa yang menyembelih haiwan untuk korban sebelum solat, maka ulangilah. (Shahih
Al-Bukhari, no. 5561)
Dari Jubair bin Muth-im, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:



Seluruh hari tasyriiq adalah hari menyembelih (untuk berkorban). (Musnad Ahmad, no.
16751. Al-Baihaqi, Sunan Al-Kubra, no. 19239. Dinilai sahih lighairihi oleh Syuaib AlArnauth)
3, Haiwan korban.
Jenis haiwan
Kata Imam Asy-Syafii rahimahullah (Wafat: 204H):








Haiwan untuk korban itu adalah: kambing biri-biri al-jaza, dan ats-tsani dari jenis
kambing biasa, unta, dan lembu, manakala selain dari haiwan ini ianya tidak boleh
dijadikan sebagai haiwan korban. (Al-Umm, 2/223)
Disebutkan dalam Shahih Fiqhus Sunnah:
Tidak boleh dijadikan korban melainkan Al-Anaam (haiwan ternakkan); iaitu unta,
lembu, kambing (atau kibas), dan biri-biri sebagaimana disebutkan dalam firman Allah
Taala:



Supaya mereka menyebut nama Allah atas apa yang telah direzekikan oleh Allah (dari
haiwan-haiwan ternak) kepada mereka. (Surah Al-Hajj, 22: 34)
Telah dinukil ijma dari jamaah ahli ilmu bahawa korban tidak sah melainkan dengan
haiwan ternak. (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/369)
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) mengatakan:


Para ulama telah ijma (sepakat) bahawa tidak sah menyembelih haiwan korban kecuali
dengan unta, lembu, dan kambing. (Syarah Shahih Muslim, 13/117)
Ini kerana kalimat atau istilah Al-Anaam di sisi bahasa Arab merujuk kepada unta, lembu,
kambing, dan bebiri. Maka, haiwan seperti kijang, rusa, ayam, kuda dan sebagai tidak
termasuk dalam cakupan maksud Al-Anaam.
Dalil lembu dan unta:

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, beliau berkata:





Kami pernah bersama Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam dalam safar (suatu perjalanan
jauh), lalu tibalah Iedul Adh-ha, maka kami pun berserikat tujuh orang untuk seekor
lembu (betina), dan sepuluh orang bagi seekor unta. (Sunan At-Tirmidzi, no. 905. Dinilai
sahih oleh Al-Albani)
Dari hadis Jaabir bin Abdillah radhiyallahu anhu, beliau berkata:




Kami menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
pada tahun hudaibiyah dengan unta untuk tujuh orang, dan lembu (betina) untuk tujuh
orang. (Shahih Muslim, no. 1318)
Dari hadis ini menunjukkan bahawa seekor unta dan seekor lembu boleh sebagai haiwan
korban untuk tujuh orang, manakala sebahagian pendapat mengatakan seekor unta boleh
untuk sepuluh orang dan inilah yang benar kerana jumlah tujuh orang dari seekor unta
tersebut adalah sembelihan hadyu (korban untuk haji). Dan bagi setiap bahagian dari
setiap orang yang berkorban tersebut cukup untuk sebagai korban satu keluarganya pula.
Dalil kambing:
Athaa bin Yasaar berkata:




:




:






Aku bertanya kepada Abu Ayyub Al-Anshari radhiyallahu anhu, Bagaimana
penyembelihan haiwan korban pada zaman Rasululullah Shallallahu alaihi wa Sallam?
Maka beliau menjawab, Seorang sahabat biasanya menyembelih seekor kambing untuk
dirinya dan ahli keluarganya, lalu mereka makan dan memberi makan (kepada orang
miskin), sampailah akhirnya orang-orang pun mula membangga-banggakan diri (dengan
sembelihan korban mereka), sehingga terjadilah apa yang engkau lihat saat ini. (Sunan

At-Tirmidzi, no. 1505. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Dari Urwah bin Az-Zubair, dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata:





: :
:



:

Bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam memerintahkan (agar dibawakan kepada


beliau) seekor kibasy yang bertanduk, hitam kaki-kakinya, perutnya hitam dan sekitar
matanya hitam. Maka kibasy itu pun dibawakan kepada beliau untuk disembelih sebagai
korban; maka beliau berkata kepada Aisyah:
Wahai Aisyah, ambilkan pisau. Lalu beliau pun berkata, Tajamkanlah (asah-lah) pisau
itu dengan batu. Aisyah pun melaksanakan perintah tersebut. Lalu Nabi pun mengambil
pisau tersebut, mengambil kibasy tersebut, dan membaringkannya, lalu bersedia
menyembelihnya. Beliau membaca, Bismillah (dengan nama Allah), ya Allah terimalah
dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad! Lalu beliau pun
langsung menyembelihnya. (Shahih Muslim, no. 1967. Sunan Abi Daud, no. 2792)
Dari hadis ini, para ulama menjelaskan bahawa seekor kambing sah dan cukup sebagai
haiwan korban (udh-hiyyah) bagi satu keluarga walaupun keluarganya ramai. Demikian
juga mereka menetapkan bahawa satu bahagian dari unta atau lembu cukup dan sah untuk
satu keluarga.
Kata Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H):



Ini adalah dalil tentang bolehnya korban seekor kambing untuk satu keluarga kerana
inilah yang dilakukan oleh sahabat Nabi dalam rangka mengikuti Nabi Shallallahu alaihi wa
Sallam. (Nail Al-Authaar, 5/182)
Kemudian beliau mengemukakan perselisihan sebahagian ahli ilmu tentang hal ini di mana
ada sebahagian mereka yang tidak membolehkan, lalu beliau pun menyimpulkan:


Dan yang benar adalah bolehnya bagi satu keluarga (untuk berkorban dengan seekor
kambing) walaupun jumlah mereka seratus orang atau lebih ramai dari itu sebagaimana
yang telah ditentukan dengan as-sunnah. (Nail Al-Authaar, 5/182)
Imam Malik bin Anas rahimahullah (Wafat: 179H) berkata:


. .
. .

Penjelasan yang paling baik yang aku dengar tentang badanah (korban dengan unta),
lembu, dan kambing, adalah seorang lelaki dia boleh menyembelih seekor unta, lembu,
atau kambing untuk dirinya dan untuk keluarganya sekaligus. Dialah pemiliknya, dan dia
menyembelihnya bagi mereka dalam masa sama. Dia berserikat dengan mereka pada satu
haiwan tersebut (sebagai korban). (Muwaththaa Malik, no. 1771 Tahqiq Al-Adzami)
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:




Dibolehkan berserikat (bergabung) tujuh orang untuk seekor unta atau seekor lembu
dalam berkorban. Sama saja adakah mereka semuanya itu dari satu keluarga atau
berlainan keluarga, atau sebahagian dari mereka hanya kerana menginginkan dagingnya.
Dan ini telah mencukupi bagi setiap anggota keluarga bagi setiap orang yang berkorban
(iaitu: satu bahagian mencukupi untuk satu keluarga pent.), sama ada untuk sembelihan
korban nadzar atau sembelihan korban tathawwu (sunnah). Ini adalah mazhab kami (AsySyafii). Dan dengannya Imam Ahmad dan jumhur ulama berpendapat. (Al-Majmu Syarah
Al-Muhadzdzab, 8/372)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah dalam kitabnya, Fathul Bari:







Jumhur ulama berdalil dengan hadis ini (Shahih Al-Bukhari, no. 5548) bahawa haiwan
korban seorang lelaki cukup bagi dirinya dan keluarganya sekaligus. Namun pendapat ini
diselisihi oleh Al-Hanafiyah (pengikut mazhab Abu Hanifah), dan Ath-Thahawi pula
mengatakan hukum tersebut bersifat khusus (hanya bagi Nabi), atau telah mansukh.
Namun beliau tidak menyebutkan dalil bagi menguatkan pendapatnya tersebut.

Al-Qurthubi berkata: Tidak ada dinukil bahawa Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam
memerintahkan setiap isterinya untuk menyembelih korban masing-masing, sedangkan
perlaksanaan korban sentiasa berulang saban tahun dan isteri Nabi juga ramai. Biasanya
perkara seperti ini pasti telah dinukil (atau diriwayatkan) jika memang benar-benar terjadi
sebagaimana dinukilnya banyak perkara-perkara juziyyat lainnya. Perkara ini dikuatkan
lagi dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Malik, Ibnu Majah, dan At-Tirmidzi dan
disahihkan oleh At-Tirmidzi dari jalur Athaa bin Yasaar, bahawa beliau bertanya kepada
Abu Ayyub, (seterusnya sebagaimana hadis di atas). (Fathul Bari, 10/6)
Dari Tabiin; Imam Asy-Syabi, dari sahabat Nabi Abu Sariihah, beliau berkata:






Aku membuatkan keluargaku tidak senang setelah apa yang aku ketahui dari sunnah
bahawa satu keluarga boleh berkorban dengan seekor atau dua ekor kambing. Dan
sekarang jiran tetangga kami menganggap kami kedekut (kerana hanya berkorban dengan
seekor atau dua ekor kambing sahaja pent.). (Sunan Ibnu Majah, no. 3128)
Adapun perkataan Nabi, dari umat Muhammad. Ini adalah khusus untuk Nabi.
Manakala sembelihan korban untuk dirinya dan keluarganya (walaupun keluarganya ramai)
dengan seekor kambing, atau kibasy, atau satu bahagian dari lembu atau unta untuk satu
keluarga, maka inilah yang diamalkan oleh para sahabat sebagaimana hadis Athaa bin
Yasaar. Ini antaranya dijelaskan dalam Tuhfatul Ahwadzi oleh Al-Mubarakfuri, Aunul
Mabud oleh Syamshul Haq, dan Fathul Bari oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Had umur haiwan korban
Berdasarkan hadis yang umum, haiwan korban perlulah mencapai usia Musinnah dan
Jadzaah. Dari Jaabir, Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam bersabda:


Janganlah kamu menyembelih (dari haiwan ternak) kecuali setelah mencapai usia
musinnah (usia matang bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami
kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadzaah (usia yang
cukup, telah tumbuh tanduk, atau sekitar enam atau tujuh bulan) dari kambing (atau
sejenisnya). (Shahih Muslim, no. 1963)
Kata Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):



Para ulama mengatakan musinnah adalah haiwan yang telah berusia dua tahun atau lebih
dari jenis unta, lembu, atau pun kambing. Hadis ini secara sharih (tegas) menyatakan tidak
boleh menyembelih haiwan yang baru berusia al-jazu untuk selain kambing dalam
keadaan apapun. Ini adalah perkara yang telah disepakati atasnya. (Syarah Shahih
Muslim, 13/117)

10

Sebahagian ulama yang lain mengatakan umur musinnah (usia matang secara umum) bagi
unta adalah 5 tahun, lembu 2 tahun, manakala kambing adalah 1 tahun ke atas.
Adapun bagi kambing, dari Uqbah bin Aamir:




:


Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tentang Al-Jaza (kambing
seusia enam atau tujuh tahun lebih), maka beliau berkata:
Berkorbanlah dengannya, tidak mengapa. (Musnad Ahmad, no. 17380. Dinilai hasan oleh
Syuaib Al-Arnauth. Lihat juga Shahih Al-Bukhari, no. 5547. Muslim, no. 1965)
Kata Wakii rahimahullah:




Al-Jazu adalah kambing yang telah berumur 6 atau 7 bulan. (Sunan At-Tirmidzi, no.
1500)
Sebahagian ulama mengatakan, Al-Jazu adalah kambing yang telah tumbuh tanduk, atau
yang telah tanggal atau bertukar gigi walaupun belum memasuki umur setahun.
Imam Ibnu Qudamah mengatakan tentang hadis tersebut:





Hadis tersebut menunjukkan keutamaan menyembelih kambing yang telah mencapai usia
dua tahun (umur musinnah atau matang bagi kambing) berbanding usia Al-Jaza (6 bulan),
kerana Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam menjadikannya sebagai hukum awal untuk
menyembelih kambing, manakala kambing yang berusia Al-Jaza hanya sebagai
penggantinya sahaja, dan tidak boleh berpindah kepadanya melainkan mengalami
kesukaran atau tidak mampu mendapatkan kambing yang berumur musinnah (yang
matang). (Al-Mughni, 9/439)
Haiwan Yang Tidak Boleh Dibuat Korban
Ada beberapa bentuk haiwan yang dilarang berkorban dengannya. Iaitu yang jelas butanya,
yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), yang tidak memiliki daging
(kerana melampau kurusnya), dan yang putus telinganya.
Dari hadis Al-Baraa bin Aazib, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:






Empat haiwan yang tidak boleh dijadikan korban adalah: Al-Auraa (yang cacat atau buta
matanya), iaitu yang jelas cacatnya, yang sakit iaitu yang jelas sakitnya, yang tempang

11

iaitu yang jelas tempangnya, yang kurus kering yang mana tidak mungkin digemukkan.
(Musnad Ahmad, no. 18667. Sunan Abi Daud, no. 2802. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Kecacatan jenis ini menjadi sebab tertolaknya haiwan tersebut untuk dijadikan sebagai
korban, dan tidaklah boleh berkorban dengannya berdasarkan kesepakatan ahli ilmu.
(lihat: Shahih Fiqhus Sunnah, 2/373)
Haiwan yang tidak disukai menjadi korban
Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhu berkata:







Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam memerintahkan kami agar memeriksa mata dan
telinga (haiwan yang hendak dibuat korban). Beliau melarang kami berkorban dengan
muqaabalah, mudaabarah, syarqaa, dan kharqaa.
Perawi hadis menambahkan:

:
: :
:
.
Al-Muqaabalah: haiwan yang hujung telinganya terpotong.
Al-Mudaabarah: Haiwan yang sisi telinganya terpotong.
Asy-Syarqaa: haiwan yang telinganya terbelah. dan
Al-Kharqaa: Haiwan yang berlubang telinganya. (Sunan At-Tirmidzi, no. 1498. Bab:
Haiwan yang dibenci dibuat korban. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)
Para ulama berbeza pendapat tentang kecacatan jenis ini. Sebahagian membolehkannya,
namun tidak menyukainya iaitu membenci atau memakruhkannya. Manakala sebahagian
lain mengatakan ianya tidak sah. Wallahu alam.
Termasuk haiwan yang tidak disukai untuk dijadikan sebagai korban adalah haiwan yang
patah sebahagian besar dari tanduknya, haiwan yang tidak punya gigi atau disebut AlHatmaa, yang terpotong ekornya atau disebut Al-Batraa, haiwan yang terpotong
hidungnya atau disebut Al-Jad-aa, dan yang seumpamanya. (lihat: Shahih Fiqhus Sunnah,
2/373)
Bolehkah Berkorban Dengan Haiwan Betina?
Dibolehkan berkorban dengan haiwan yang betina dan ini dilakukan oleh Rasulullah dan
para sahabatnya, namun kebanyakan ulama mengatakan bahawa yang jantan lebih utama.
Sebagaimana kata Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

12


Sah berkorban dengan haiwan jantan mahupun betina berdasarkan ijma (kesepakatan
ulama). Adapun tentang keutamaannya (mana satu yang afdhal), padanya terdapat
perselisihan pendapat. (Al-Majmu Syarah Al-Muhadzdzab, 8/397)
Wallahu alam.
Haiwan yang Afdhal Dibuat Korban
Haiwan yang afdhal (utama) dibuat korban adalah yang besar, gemuk, banyak dagingnya,
dan bertanduk. Kemudian yang berwarna sebagaimana warna haiwan korban Rasulullah
serta haiwan yang telah dimandulkan (dipotong alat kelaminnya) dalam rangka mencontohi
Rasulullah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, beliau berkata:




Aisyah radhiyallahu anha berkata, Jika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam hendak
berkorban, beliau membeli dua ekor kibasy yang besar, gemuk (banyak dagingnya),
bertanduk, berwarna hitam putih dan dimandulkan. Lalu beliau menyembelihnya atas
nama umatnya yang bertauhid dan yang mengakui bahawa beliau telah menyampaikan
risalahnya. Manakala yang seekor lagi beliau korbankan atas nama Muhammad dan
keluarga Muhammad. (Musnad Ahmad, no. 25843. Sunan Ibnu Majah, no. 3122. Dinilai
sahih lighairihi oleh Syuaib Al-Arnauth)
Kata Imam Ibnu Qudamah:

: .




Dan disebabkan pemandulan haiwan tersebut, itu tidaklah menyebabkan ia kurus atau
hilang kelazatan dagingnya, sebaliknya dagingnya akan semakin bertambah, dan beratnya
(kegemukannya) pun meningkat. Kata Imam Asy-Syabi, Daging dan lemak yang
bertambah hasil kesan dari pemandulan haiwan lebih banyak dari daging dan lemak haiwan
yang hilang darinya..
Dan inilah yang menjadi pendapat para ulama lainnya semisal Al-Hasan Al-Bashri, Athaa,
Asy-Syabi, Malik, Asy-Syafii, Abu Tsaur, dan Ash-hab Ar-Rayi. (Al-Mughni, 9/442)
Sebahagian ulama juga turut memperhatikan warnnya. Antaranya, sebagaimana kata Ibnu
Qudamah:

13

Haiwan yang berwarna putih kekelabuan, darahnya lebih suci di sisi Allah berbanding
darah haiwan yang berwarna hitam. (Al-Mughni, 9/439. Shahih Al-Jaami Ash-Shaghiir, no.
3392)
Kemudian dari Abi Hurairah:




Haiwan yang putih, darahnya lebih disukai Allah berbanding haiwan yang hitam.
Kemudian kata Ibnu Qudamah, Kerana warna tersebut adalah warna kambing yang dipilih
oleh Nabi bagi korbannya. (Al-Mughni, 9/439)
Selain itu para ulama turut membahaskan keutamaan haiwan korban antara unta, lembu,
mahupun kambing, atau kibasy. Sebahagian mereka menyatakan unta lebih utama,
kemudian lembu, kemudian kibasy atau kambing, kemudian mereka yang berserikat dalam
berkorban unta, dan kemudian mereka yang berserikat dalam berkorban lembu.
Ini dlihat antaranya dari sisi fizikalnya, selain berdasarkan sebuah hadis dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:










Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian bertolak menuju
masjid di awal waktu maka ia seperti orang yang berkorban seekor unta. Sesiapa pergi ke
masjid di waktu kedua, maka ia seperti orang yang berkorban seekor lembu. Sesiapa pergi
ke masjid di waktu yang ketiga, maka ia seperti orang yang berkorban seekor kambing
yang memiliki tanduk. Sesiapa pergi ke masjid di waktu ke-empat, maka ia seperti orang
yang berkorban seekor ayam. Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu kelima, maka ia
seperti orang yang berkorban dengan sebiji telur. Jika imam (khatib) telah keluar (naik ke
mimbar), maka para malaikat hadir untuk mendengarkan dzikir (khutbah Jumat). (Shahih
Al-Bukhari, no. 881. Muslim, no. 850)
Manakala ulama yang lainnya (antaranya Imam Malik) mereka mengatakan kibasy atau
kambing yang cukup umur (yang telah matang) lebih utama kerana Nabi berkorban
dengannya dan tidaklah Nabi melakukannya melainkan yang paling utama.
4, Penyembelihan haiwan korban.
Disunnahkan menyembelih di musholla
Ini adalah sebagaimana dikhabarkan oleh sahabat Nabi Ibnu Umar radhiyallahu anhuma:

14

Adalah menjadi kebiasaan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam menyembelih haiwan


korban di musholla (iaitu kawasan lapang tempat menunaikan solat Ied). (Shahih AlBukhari, no. 5552)
Dianjurkan menyembelih haiwan di kawasan lapang. Atau di tempat solat Ied
dilaksanakan, iaitu di musholla (kawasan lapang) sebaik solat selesai, terutamanya bagi
para pemimpin agar masyarakat dapat mengambil manfaat dan memperlajari sesuatu
darinya. Tetapi bukan di masjid.
Afdhal Menyembelih Dengan Tangan Sendiri
Di antara dalilnya, dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, kata beliau:





Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam berkorban dengan dua ekor kibasy amlah (berbulu
hitam putih). Aku melihat beliau meletakkan kakinya di leher kambing tersebut, beliau
menyebut nama Allah, bertakbir, lalu menyembelihnya dengan tangan beliau. (Shahih AlBukhari, no. 5558. Bab: Sesiapa yang menyembelih haiwan korban dengan tangannya
sendiri. Lihat juga no. 5554)
Dibolehkan juga mendapatkan bantuan atau mengupah orang untuk menyembelih, dan
dibolehkan menyembelihkan untuk orang lain. Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat:
256H) menyebutkan dalam Shahih-nya:



Seseorang membantu Ibn Umar dalam urusan penyembelihan untanya, dan Abu Musa
memerintahkan beberapa anak perempuannya menyembelih haiwan korban dengan tangan
mereka sendiri.
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam juga turut membantu menyembelihkan hadyu
(haiwan korban untuk ibadah haji) bagi para isterinya yang haidh. (lihat: Shahih AlBukhari, no. 294, 5559)
Dalam hadis yang lain, dari Ali radhiyallahu anhu, beliau berkata:






Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam memerintahkan aku untuk menyembelih untanya
(sebagai hadyu), dan membahagi-bahagikan semua bahagian darinya, iaitu dagingnya,
kulitnya, dan pelananya, tetapi beliau memintaku supaya tidak memberikan apa pun
(bahagian dari sembelihan hadyu tersebut) kepada tukang sembelih (atau tukang lapah).
(Shahih Al-Bukhari, no. 1717)
Adab dan cara menyembelih

15

Dari Urwah bin Az-Zubair, dari Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata:





: :
:



:

Bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam memerintahkan dengan seekor kibasy


yang bertanduk, hitam kaki-kakinya, perutnya hitam dan sekitar matanya hitam. Maka
kibasy itu pun dibawakan kepada beliau untuk disembelih sebagai korban; maka beliau
berkata kepada Aisyah:
Wahai Aisyah, ambilkan pisau. Lalu beliau pun berkata, Tajamkanlah (asah-lah) pisau
itu dengan batu. Aisyah pun melaksanakan perintah tersebut. Lalu Nabi pun mengambil
pisau tersebut, mengambil kibasy tersebut, dan membaringkannya, lalu bersedia
menyembelihnya. Beliau membaca, Bismillah (dengan nama Allah), ya Allah terimalah
dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad! Lalu beliau pun
langsung menyembelihnya. (Shahih Muslim, no. 1967. Sunan Abi Daud, no. 2792)
Dari hadis ini menunjukkan agar menajamkan pisau yang hendak digunakan untuk
menyembelih, membaringkan haiwan yang hendak disembelih (iaitu bagi haiwan kambing
atau kibasy), menyebut nama Allah (membaca bismillah), dan berdoa agar Allah menerima
korbannya. Dalam hadis sebelumnya turut dijelaskan agar membaca bismillah dan

) .
bertakbir (iaitu membaca Bismillaahi Allaahu Akbar:

Juga disebutkan dalam hadis riwayat Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) dari
hadis Anas radhiyallahu anu:

:







Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam ketika beliau hendak berkorban dengan dua
ekor kibasy, beliau meletakkan kaki beliau pada leher kibasy tersebut, lalu beliau pun
menyembelihnya dengan tangan beliau, dan beliau mengucapkan: Bismillaahi wallaahu
akbar.. (Sunan Al-Kubra, no. 19174)
Juga dalam riwayat Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H), dari hadis Jaabir bin
Abdillah (kata beliau):
Aku solat Iedul Adh-ha bersama-sama Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, setelah
selesai solat beliau pun datang dengan seekor kibasy lalu menyembelihnya: beliau
mengucapkan (ketika menyembelih):



Dengan nama Allah dan Allah maha Besar. Ya Allah, ini adalah dari-ku, dan dari umatku
yang tidak mampu berkorban. (Musnad Ahmad, no. 14837. Dinilai sahih oleh Syuaib AlArnauth)

16

Adapun unta, biasanya disembelih (dengan cara me-nusuk pada pangkal leher atau disebut
sebagai An-Nahr) dalam keadaan berdiri dan inilah yang sunnah, manakala lembu boleh
dalam keadaan baring ataupun berdiri.
Ini antaranya disebutkan dalam ayat:









Dan telah Kami jadikan bagi kalian unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, padanya
kebaikan yang banyak, maka kalian sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam
keadaan berdiri (dan terikat satu kaki depannya). Kemudian apabila telah rebah (mati),
maka makanlah sebahagian darinya dan beri makanlah orang yang tidak meminta-minta
dan orang yang meminta. (Surah Al-Hajj, 22: 36)
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

} :

: {


:
.

: . .
: . .
: : .

Dari Al-Amasy, dari Abi Dzibbaan, dari Ibnu Abbaas tentang firman Allah:
..maka kalian sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berdiri
(maksudnya) adalah dalam keadaan berdiri di atas tiga kaki, dan satu kaki depannya yang
kiri diikat. Dalam keadaan seperti itu dia menyebutkan:



Bismillaahi wallaahu akbar (dengan nama Allah dan Allah maha Besar), tiada yang berhak
diibadahi (dengan benar) melainkan Allah, ya Allah dari Engkau dan untuk Engkau.
Pendapat yang serupa diriwayatkan dari Mujahid, Ali bin Abi Thalhah, dan Al-Aufi dari
Ibnu Abbas.
Dan dalam dua kitab Shahih (Shahih Al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Umar bahawa beliau
mendatangi seorang lelaki yang sedang hendak meyembelih unta, lalu beliau berkata:
Sembelihlah ia dalam keadaan berdiri dalam keadaan diikat (kakinya), (dan itulah)
sunnah Abi Al-Qaasim (Muhammad) Shallallahu alaihi wa Sallam. (Tafsir Ibnu Katsir,
1/467)

17

Untuk lebih terperinci berkaitan adab-adab menyembelih, boleh rujuk artikel dengan judul
Tatacara dan Adab-adab Menyembelih Menurut Sunnah di,
http://www.ilmusunnah.com/?p=3
5, Daging Korban Untuk Dimakan, Disedekahkan, Dihadiahkan, dan boleh Disimpan.
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:







Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut
nama Allah (antaranya dengan cara menyembelih korban) pada hari yang telah ditentukan
(iaitu pada 10-13 Dzulhijjah) atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka berupa
haiwan ternakkan. Maka makanlah sebahagian darinya dan (sebahagian lagi) berikanlah
untuk dimakan orang-orang yang sedang kesusahan (miskin) serta faqir. (Surah al-Hajj,
22: 28)
Dalam ayat yang mulia ini Allah menjelaskan bahawa penyembelihan haiwan sebagai
korban adalah termasuk penzahiran dari rasa syukur kepada Allah Taala atas rezeki yang
telah Dia berikan.
Daging haiwan korban tersebut kemudian diperintahkan agar dimakan sebahagian darinya
dan sebahagian lagi dibahagikan atau diagih-agihkan kepada orang-orang yang hidupnya
susah, orang-orang yang sedang bersedih (kerana hidup susah), orang-orang miskin, serta
orang-orang yang faqir.
Terdapat dalam hadis-hadis yang sahih yang menunjukkan bahawa pada asalnya Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam melarang para sahabat untuk menyimpan daging haiwan
korban. Dan perkara ini adalah kerana pada waktu tersebut terdapat ramai orang-orang
yang miskin dan banyaknya penduduk Arab badwi yang datang ke kota Madinah untuk
meminta daging haiwan korban.
Maka daging korban tersebut pun diperintahkan oleh Rasulullah agar diagih-agihkan kepada
orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukannya. Manakala orang-orang yang
menyembelih haiwan korban, mereka juga boleh turut serta menikmatinya, namun tidak
dibenarkan menyimpannya lebih dari tiga hari dari hari penyembelihannya.
Namun setelah masyarakat hidup berkecukupan, dalam keadaab baik, stabil, dan tidak
banyak orang-orang miskin yang datang ke kota Madinah untuk meminta daging haiwan
korban, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam pun membolehkan para sahabat
untuk menyimpan sebahagian darinya.
Ini antaranya adalah sebagaimana hadis berikut, dari Salamah bin Al-Akwa, Nabi
Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:


:






18

Sesiapa dari kalian yang menyembelih haiwan korban, maka janganlah membiarkannya
tersimpan sedikit pun di rumahnya sampai melepasi hari ketiga penyembelihan.
Pada tahun berikutnya para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah pada tahun ini kami perlu melakukan hal yang sama seperti
tahun lalu? Rasulullah pun menjawab:
Makanlah (sebahagian darinya), berikanlah sebagai makanan (kepada yang memerlukan),
dan simpanlah (sebahagian darinya sebagai bekal). Tahun lalu itu adalah kerana manusia
mengalami kesusahan, maka aku ingin agar kalian membantu mereka dengan daging
haiwan korban tersebut. (Shahih Al-Bukhari, no. 5569)
Dalam hadis yang lain dari Abi Said Al-Khudri, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
bersabda:





- :
:


Wahai penduduk Madinah, janganlah kalian makan daging haiwan korban lebih dari tiga
hari!
Maka para sahabat pun mengadu kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bahawa
mereka memiliki keluarga (untuk ditanggung), hamba dan pembantu (atau pekerja).
Maka Rasulullah pun bersabda:
Kalian makanlah (sebahagian darinya), berikanlah sebahagian darinya (sebagai makanan),
dan tahanlah, atau simpanlah (sebahagian darinya). (Shahih Muslim, no. 1973)
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):







Dan pendalilan secara mutlak (umum) pada hadis-hadis ini menunjukkan tidak adanya
pembatasan jumlah daging yang diagih-agihkan. Bagi yang berkorban, mustahab (disukai)
agar memakan sebahagian dari daging korban tersebut serta memberi makan apa yang
selebihnya sebagai sedekah dan hadiah. Dan dari Imam Asy-Syafii (katanya), Disukai agar
daging korban tersebut dibahagi kepada tiga bahagian berdasarkan hadis:


19

Makanlah, sedekahkanlah, dan berilah makan.


Kata Ibnu Abdil Barr, Ulama selainnya berkata, disukai agar dimakan darinya, dan
selebihnya diberikan sebagai makanan orang lain.
Kata Imam An-Nawawi pula, Mazhab jumhur ulama adalah tidak wajib makan dari daging
haiwan korbannya. Sebaliknya perintah yang disebutkan itu adalah menunjukkan isyarat
keizinan (mubah) boleh dimakan (oleh orang yang berkorban). Namun, sebahagian ulama
salaf ada yang berpendapat kepada makna zahir perintah tersebut (yang menunjukkan
wajib makan sebahagian darinya). Pendapat ini disebutkan oleh Imam Al-Mawardi dari Abu
Thayyib bin Salamah dari kalangan ulama bermazhab Syafii. Adapun mensedekahkan
daging korban, yang sahih hukumnya adalah wajib sebatas yang dapat disebutkan sebagai
sedekah. Tetapi, yang lebih sempurna (utama) adalah mensedekahkan sebahagian besar
darinya. (Fathul Bari, 10/27)
6, Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Hendak Berkorban.
Dari hadis Umm Salamah, Nabi Shallallahu alaihi wa Salam bersabda:




Jika telah masuk sepuluh hari pertama (bulan Dzulhijjah) dan salah seorang dari kalian
ingin berkorban, maka janganlah dia menyentuh (memotong atau mencabut) sesuatu dari
rambut dan bulu-bulu di kulitnya. (Shahih Muslim, no. 1977)
Dalam sanad yang lain:






Jika kalian telah melihat hilal (anak bulan) Dzulhijjah, dan salah seorang dari kalian ingin
berkorban, maka janganlah dia menyentuh (memotong) dari rambut dan kukunya. (Shahih
Muslim, no. 1977)
Dalam sanad yang lain lagi:





Sesiapa yang memiliki haiwan sembelihan yang akan disembelih (sebagai korban) maka
jika telah nampak hilal (anak bulan) Dzulhijjah, maka janganlah dia mengambil (memotong
atau mencabut) dari rambutnya, dan juga jangan kukunya sedikitpun sampailah dia
menyelesaikan sembelihan korbannya. (Shahih Muslim, no. 1977)
Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) mengatakan:

20

Para ulama berselisih pendapat pada mengambil zahir hadis ini. Sekelompok ulama
berpendapat bahawa sesiapa yang (telah berniat) hendak berkorban setelah masuknya
sepuluh hari pertama Dzulhijjah, maka dia tidak boleh mengambil (memotong) rambut dan
kukunya selama dia belum menyembelih. Dan inilah pendapat Said bin Al-Musayyib, dan
dengannya juga oleh Rabiiah, Ahmad, dan Ishaq. Manakala Imam Malik dan Asy-Syafii,
mereka berpendapat bahawa yang demikian itu menunjukkan maksud anjuran dan sunnah
(mustahab). (Syahus Sunnah Al-Baghawi, 4/348 Al-Maktabah Al-Islami)
Demikian juga yang dikatakan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):





Para ulama berselisih pendapat tentang orang yang telah memasuki sepuluh hari bulan
Dzulhijjah dan dia hendak berkorban. Said bin Al-Musayyib, Rabiiah, Ahmad, Ishaq,
Dawud, dan sebahagian dari pengikut-pengikut Imam Asy-Syafii mengatakan, Diharamkan
baginya untuk memotong rambut dan kukunya sedikit pun sampailah ia selesai
menyembelih korban di waktu Al-Udh-hiyyah.
Berkata Imam Asy-Syafii dan sahabat-sahabatnya, Hukumnya makruh (dibenci) dengan
makruh yang tanziih (ringan) dan bukan haram. Berkata Abu Hanifah, Tidak
dimakruhkan. Berkata pula Imam Malik dalam satu riwayat, Tidak makruh. Manakala
dalam riwayat lain beliau mengatakan, Makruh. Dalam riwayat yang lain pula beliau
mengharamkannya jika untuk korban tathawwu (sunnah) bukan pada korban wajib.
Kata Imam An-Nawawi lagi:




Para ulama yang berpegang dengan pendapat haram, mereka berhujah dengan hadishadis ini (hadis-hadis di atas). Manakala Imam Asy-Syafii dan yang lainnya, mereka
berhujah dengan hadis Aisyah radhiyallahu anha. Aisyah berkata:
Aku biasa memintal kalung (sebagai tanda) yang digunakan untuk sembelihan milik
Rasulullah, kemudian beliau mengalungkannya di leher haiwan tersebut dan mengirim
haiwan sembelihan tersebut. Beliau tidak mengharamkan sesuatu pun yang dihalalkan oleh
Allah sampailah hari menyembelih hadyu (korban)-nya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari da
Muslim
Dengan demikian, bahawa hadis-hadis yang melarang tersebut dibawa kepada hukum
makruh tanziih (makruh yang ringan). (Syarah Shahih Muslim, 13/138)
Wallahu alam, adapun sebagai langkah hati-hati dan keluar dari perselisihan, maka yang
lebih selamat dan menenangkan bagi kita adalah dengan meninggalkan apa yang dilarang
oleh hadis-hadis tersebut. Iaitu kita mengambil dan memahaminya sesuai zahirnya.

21

Kerana dalam kaedah ushul fiqh disebutkan bahawa, Asal setiap larangan itu membawa
maksud haram. Iaitu selagi mana tiada dalil lain atau qarinah yang lain yang dapat
membawa atau memalingkan makna zahir tersebut kepada maksud yang lain.
Sebagaimana kata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):



.
Zahir keterangan ini menunjukkan larangan memotong rambut, dan ia juga adalah qaul
sebahagian sahabat-sahabat kami (dari kalangan mazhab Ahmad bin Hanbal)
Kata Ibnu Qudamah lagi, Dan bagi kami (yang menjadi landasan hujah bagi kami) adalah
hadis Ummu Salamah.. (sebagaimana dikemukakan di atas) riwayat Muslim, dan hukum
asal bagi suatu larangan adalah haram. Kata beliau lagi:




Dan hadis ini (hadis Ummu Salamah tersebut) telah menjadi bantahan atas qiyas yang
mereka gunakan dan membatalkan pendapat tersebut (pendapat yang menganggap tidak
mengapa dan sekadar makruh). Sedangkan hadis yang menjadi hujah mereka tersebut
berbentuk umum, manakala hadis yang menjadi landasan kami sifatnya khusus
(mengkhususkan dan merincikan dari yang umum), maka hendaklah ia didahulukan dari
hadis yang masih bersifat umum tersebut. Lebih-lebih lagi hadis yang mereka ambil
sebagai hujah tersebut masih boleh difahami dengan maksud yang lain di luar konsteks
permasalahan dengan beberapa alasan (Al-Mughni, 9/437)
Kemudian berkaitan maksud memotong rambut dan kuku tersebut, kata Imam An-Nawawi
rahimahullah:




Berkata para sahabat kami (dari kalangan ulama bermazhab Syafii), dan yang
dimaksudkan dengan larangan mengambil kuku dan rambut tersebut adalah larangan dari
memotongnya dengan pemotong (kuku), atau menyayatnya, atau juga dengan selainnya.
Manakala larangan terhadap rambut adalah dilarang dari menghilangkannya, mencukur,
memendekkan, mencabut, membakar, atau menghilangkannya dengan ubat dan selainnya.
Semuanya dilarang sama ada bulu yang di ketiak, misai, kemaluan, rambut kepala, dan
rambut-rambut yang lainnya yang ada pada badan. (Syarah Shahih Muslim, 13/138-139)
Terakhir dari bab ini, kata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah:





.



Jika telah tsabit (ditetapkan) demikian, maka bagi mereka yang hendak berkorban, maka
hendaklah dia meninggalkan dari memotong rambut dan memotong kukunya. Tetapi jika

22

dia telah melakukannya, maka hendaklah dia beristighfar (memohon keampunan) kepada
Allah Taala, dan tidak ada fidyah (atau denda) padanya secara ijma, sama ada dia
melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja. (Al-Mughni, 9/437)
Dan zahir dari hadis Ummu Salamah di atas serta dari hadis Aisyah yang dibawakan oleh
Imam An-Nawawi tersebut, maka larangan tersebut adalah khusus bagi ketua keluarga
sahaja, iaitu tidak termasuk ahli keluarganya. Atau dalam kata lain untuk mereka yang
berkorban secara khusus sahaja. Wallahu alam.
7, Tidak Boleh Memperniagakan Hasil Korban Dan Menjadikannya Sebagai Upah
Sembelih.
Dalam hadis dari Ali radhiyallahu anhu, beliau berkata:






Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam memerintahkan aku untuk menyembelih untanya
(sebagai hadyu), dan membahagi-bahagikan semua bahagian darinya, iaitu dagingnya,
kulitnya, dan pelananya, tetapi beliau memintaku supaya tidak memberikan apa pun
(bahagian dari sembelihan hadyu tersebut) kepada tukang sembelih (atau tukang lapah).
(Shahih Al-Bukhari, no. 1717)
Manakala dalam riwayat Imam Muslim, ada tambahan perkataan dari Ali, katanya:



Kami memberikan (pemberian atau upah) kepada tukang sembelih (atau tukang lapah)
dari (harta) kami sendiri. (Shahih Muslim, no. 1317)
Dalam hadis Ali ini ada faedah yang dapat diambil dan perlu diberi perhatian, iaitu jika
kita mengupah orang untuk menyembelih, maka upah tukang sembelih hendaklah tidak
diberi atau diambil dari daging atau haiwan korban tersebut, sama ada dari kulitnya,
bulunya, mahupun tanduknya dan lainnya. Sebaliknya hendaklah ia diberi dengan upah dari
sumber yang lain, seperti boleh dengan wang atau seumpamanya.
Selain itu, hasil korban juga tidak-lah boleh diperjual-belikan.
Kata Imam Ash-Shanani rahimahullah (Wafat: 1182H):




Dan ini adalah dalil bahawa kulit haiwan korban dan apa-apa yang menutupi haiwan (dari
pelananya atau barang-barang di punuknya) tersebut agar disedekahkan sebagaimana
disedekahkan dagingnya. Dan ianya tidak boleh diberikan kepada tukang sembelih (atau
tukang lapah) sedikitpun darinya. Jika ia diberikan kepada si tukang sembelih (atau tukang
lapah), maka yang demikian ini termasuk dalam hukum jualan yang menjadikan ia sebagai

23

upah sembelih atau melapah. Hukum sembelihan korban (udh-hiyyah) sama juga dengan
hukum sembelihan haji (hadyu) di mana daging dan kulitnya tidak boleh dijual, juga tidak
boleh diberikan kepada tukang sembelih (atau tukang lapah) sedikit pun darinya. (Subulus
Salam, 4/95)
Dan para ulama telah sepakat bahawa daging korban tidak boleh dijual sama sekali. Ini
antaranya disebutkan oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid dan dinukil juga oleh
selainnya. Namun para ulama berselisih tentang selain daging; seperti kulitnya, bulunya,
dan tanduknya.
Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menegaskan bahawa:




Telah sepakat berdasarkan nash-nash (dalil) bahawa Imam Asy-Syafii dan mereka yang
mengikutinya bahawa tidak boleh sedikit pun menjual hasil hadyu (sembelihan untuk haji
dan umrah), sembelihan korban (udh-hiyyah), sembelihan nadzar, atau juga sembelihan
korban sunnah (tathawwu). Ini termasuklah daging, lemak, kulit, tanduk, bulu, dan
selainnnya (dari hasil korban tersebut). Tidak boleh juga menjadikan kulit atau selainnya
sebagai upah (pemberian) kepada tukang sembelih (atau tukang lapah), sebaliknya
hendaklah ia mensedekahkannya, atau menghadiahkannya, atau mengambilnya agar
dimanfaatkan (seperti) sebagai bekas air, atau timba air, atau khuf (kasut) dan selain dari
itu.
Beliau juga mengatakan:




Mazhab kami (Asy-Syafii) berpendapat tidak boleh menjual kulit haiwan korban dan tidak
boleh menjual suatu bahagian pun dari hasil korban, sama ada dijual untuk dijadikan
sebagai alat yang dimanfaatkan di dalam rumah ataupun untuk tujuan selainnya.
Pendapat ini juga dipegang oleh Athaa, An-Nakhai, Malik, Ahmad, Ishaq (bin Rahawayh)
dan demikianlah Ibnu al-Mundzir meriwayatkannya dari mereka. Kemudian diriwayatkan
dari Ibnu Umar, Ahmad, dan Ishaq, bahawa tidak mengapa menjual kulit haiwan korban
tersebut dan mensedekahkan harga hasil jualan tersebut. (Al-Majmu Syarah AlMuhadzab, 8/420)
Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa
Sallam bersabda:


Sesiapa yang menjual kulit hasil korbannya, maka tidak ada korban baginya. (AlMustadrak Al-Hakim, no. 3468. Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi, no. 19233. Dinilai sahih oleh Al-

24

Hakim dan Al-Albani, namun di dalamnya ada Abdullah bin Iyasy dan beliau dianggap
dhaif oleh sebahagian ulama lainnya)
Penjualan selain dari daging korban seperti kulitnya, bulunya, atau tanduknya; ulama
berselisih pendapat tentangnya sama ada boleh dijual atau tidak. Sebahagian ulama ada
yang mengatakan ia boleh dijual lalu hasilnya digunakan untuk membeli peralatan rumah
yang dapat dimanfaatkan. (lihat: Al-Mughni, 9/450-451. Al-Majmu Syarah Al-Muhadzdzab,
8/420)
Namun, yang lebih tepat dan menenangkan, hendaklah ia tidak diperjual-belikan,
sebaliknya boleh dimanfaatkan, atau boleh dihadiahkan mahupun disedekahkan. Dan
demikianlah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabatnya sebagaimana dalam hadis-hadis
yang lain. Wallahu alam.
8, Bolehkah Hasil Korban Diberikan Kepada Orang Kafir?
Kata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):


.
:
.
.

.



.








Dibolehkan memberikan (sebagai makanan) dari sebahagian hasil korban kepada orang
kafir. Dan ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Bashri, Abu Tsaur, dan Ash-habur Rayi
(kalangan pengikut Imam Abu Hanifah). Manakala Imam Malik (menurut beliau):
Kami lebih selesa (atau senang) jika daging korban diberikan kepada selain mereka (iaitu
cukup diberikan kepada sesama muslim sahaja).
Dan Imam Malik serta Imam Al-Laits turut memakruhkan (membenci) memberikan kulit
haiwan korban kepada Nashrani.
Adapun bagi kami (dari kalangan ulama Hanbali atau mazhab Imam Ahmad), bahawa
daging korban adalah termasuk dalam kategori makanan untuk dimakan, maka
sebagaimana makanan lainnya, maka daging korban pun boleh jika diberikan kepada kafir
zimmi dan tawanan perang, seperti juga halnya sedekah sunnah lainnya.
Bebeza dengan zakat wajib, kerana harta zakat tidak boleh diberikan kepada orang yang
kafir. (Al-Mughni, 9/450)
Wallahu alam.

25

Anda mungkin juga menyukai