Anda di halaman 1dari 13

BAB 6

PENULISAN RUJUKAN
6.1

PENGENALAN

Bab ini menghuraikan penulisan rujukan mengikut gaya Publication Manual of


te American Psychological Association (APA) edisi ke-6, yang digunapakai dalam
penulisan penyelidikan tindakan.
Apakah perbezaan antara rujukan dengan bibliografi? Rujukan ialah bahan yang
dirujuk dan ditulis dalam teks penulisan, sama ada dalam bentuk petikan, sedutan atau
pemparafrasaan bahan berkenaan. Bahan-bahan yang disenaraikan dalam rujukan
dicatatkan sebagai penunjuk rujukan dalam teks. Bibliografi pula merupakan satu
senarai bahan yang disediakan untuk memudahkan pembaca memperoleh bahan-bahan
tambahan sebagai bahan bacaan tambahan untuk mengetahui konsep-konsep asas yang
disentuh/dibincang atau perkara-perkara yang tidak disentuh oleh penulis. Bahan-bahan
yang dimasukkan dalam senarai bacaan tambahan tidak dicatatkan dalam teks sebagai
penunjuk rujukan.
6.2

PLAGIARISME DAN LARANGANNYA

Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang


lain yang telah diterbitkan digunakan tanpa dicatatkan kata-kata penghargaan kepada
penulis. Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat
mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini:
Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan
dalam teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam
Bibliografi.
Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau apa sahaja laporan/projek
ilmiah/akademik yang diserahkan mestilah merupakan hasil asal pelajar sendiri.
Larangan terhadap plagiarime merangkumi:
1.

Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau
ciptaan orang lain;

2.

Plagiarisme termasuklah:
(a)
perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang
lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu
adalah hasil ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau
(b)

3.

suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam


apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea,
penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada
beberapa sumber lain.

Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang pelajar


memplagiat apabila dia:

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

6.3

menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan,


artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku yang
keseluruhannya atau sebahagiannya adalah ditulis oleh beberapa
orang lain;
menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan
sebagai pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik
atau akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apaapa sumbangan bertulis kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku;
memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai
penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau
dalam senarai penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak
membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai
penyelidik bersama atau pengarang bersama;
memetik data akademik hasil penyelidikan yang dijalankan oleh
beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja
lapangan, atau data yang diperolehi melalui penyelidikan
perpustakaan, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan
menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian daripada
penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada sumber asal;
menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha
sama dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu
merupakan anggota kaki tangan atau pelajar institut sebagai
sebahagian daripada penyelidikan akademik yang berbeza, atau bagi
penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa
memperoleh keizinan penyelidik bersamanya sebelum memulakan
penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa
jua bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk
elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk
pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk
lain dan mengaku sama ada secara langsung atau tidak langsung
bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu;
menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa
kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau
sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apaapa jua bentuk atau cara sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;
memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan
membuat beberapa pengubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada
sumber asal dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang
seolah-olah dia ialah pencipta idea-idea itu.

PANDUAN MENULIS NAMA PENGARANG

Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama


keluarga diikuti oleh singkatan nama lain. Sistem nama yang tidak mempunyai nama
keluarga boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan. Berikut adalah
panduan menulis nama pengarang di dalam teks dan dalam senarai rujukan.
53

(i)

Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.
Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
dalam teks : Pavlovic [nama keluarga sahaja]
dalam rujukan : Pavlovic, J. N.

(ii)

Nama Melayu
Gunakan nama pengarangnya. [Catatan: tidak tuliskan binti atau bin]
Contoh:
nama : Mohd Noor Abdullah
dalam teks : Mohd Noor Abdullah [nama penuh]
dalam rujukan : Mohd Noor Abdullah

(iii)

Nama Arab atau Berunsur Arab


Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.
Contoh (guna nama keluarga):
nama: Syed Muhammad Naquib Al-Attas
dalam teks: Al-Attas [nama keluarga sahaja]
dalam rujukan: Al-Attas, Syed Muhammad Naquib
Contoh (tiada nama keluarga):
nam : Malik ibn Anas
dalam teks: Malik ibn Anas
dalam rujukan: Malik ibn Anas

(iv)

Nama Cina
Gunakan nama pengarangnya.
Contoh:
nama: Tan Beng Keat
dalam teks: Tan Beng Keat
dalam rujukan: Tan Beng Keat

(v)

Nama India
(a) Gunakan nama pengarangnya. [tidak tulis a/p atau a/l]
Contoh:
nama: Srinivasan Venkataraman
dalam teks: Srinivasan Venkataraman [nama penuh]
dalam rujukan: Srinivasan Venkataraman
(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh:
nama : S. N. Gupta
dalam teks : Gupta
dalam rujukan : Gupta, S. N.

(vi)

Nama Punjabi
Gunakan nama penulisnya.
Contoh:
54

nama : Pretam Singh


dalam teks : Pretam Singh [nama penuh]
dalam rujukan : Pretam Singh
6.4

MENULIS PETIKAN ATAU RUJUKAN DALAM TEKS

Rujukan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama utama pengarang


sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:
(a)

Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang


dirujuk. Contoh:
Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam
pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas
masalah pengoptimuman kekangan.
Shaifol Ahamd (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan
pengamalnya memperolehi maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai
sesuatu tajuk.
Chua Ming Tan (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang
ditulis dalam bahasa yang mudah difahami ...
Muhamad Razali (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...
John (2012), mendapati pencapaian pelajar yang ...
Srinivasan Venkataraman (2013) menyatakan bahawa...
Pada tahun 2013, Srinivasan Venkataraman menyatakan bahawa...

(b)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan
tahun dalam kurungan.
Contoh:
Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi
masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular
dewasa ini (Paredis, 1993).
Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam
bentuk 3-D atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz, 1992).

(c)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan
nama kedua-dua pengarang pada setiap kali sedutan.
Contoh:
Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa
oleh Kralj dan Petrovic (1995) . . . .

55

Menurut Alessi dan Trollip (1991), tutorial dibina untuk mempersembahkan


bahan pengajaran.
Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar.
Media grafik digunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan
(Wittich dan Schuller, 1979).
Bagi tiga hingga lima pengarang, tuliskan semua nama pengarang pada kali
pertama. Selepas itu tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama untuk
penulisan kali kedua dalam teks.
Contoh:
Kali pertama sedutan : Masserton, Slonowski, dan Slowinski (1989),
menyatakan bahawa ...
Sedutan berikutannya: Masserton et al. (1989), menyatakan bahawa ...
Bagi enam dan lebih pengarang, tuliskan nama pengarang pertama dan diiukti
dengan et al. dan tahun.
Contoh:
Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual
waktu Universiti.
Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh
menggantikan peranan guru sebagai tutor.
Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk
mendidik hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran
(Wan Salihin et al., 1998).
(d)

Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah
ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a).
Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran
buatan (Puget dan Albert, 1994b).

(e)

Rujuk silang (cross reference) atau sumber sekunder dalam penulisan. Iaitu
sekiranya anda tidak memperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi
mendapati ia dirujuk di dalam karya orang lain, anda harus memberi sumber asal
(penulis yang anda petik itu patut peroleh) dan rujukan yang anda dapati.
Contohnya,
Skinner (1968, p.21), quoted by Conant (1972), was...
Thompsons study (as cited in Smith, 2008) ...
Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan
(Mansur, 1982, seperti yang dinyatakan dalam Lim Ben Huat, 1990).

56

Mengikut Mansur (1982, seperti yang dinyatakan dalam Lim Bent Huat,
1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.
(f)

Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan
menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks.
Contohnya, Civic education turned away from concentrating on the founding to
concentrating on openness based on history and social sciences (Bloom, 1987,
p.29).

(g)

Petikan 40 atau lebih perkataan, harus dimulakan lebih jauh dari garis tepi dan
tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,
The general theory of relativity, on its own, cannot explain these
features or answer these questions because of its prediction that the
universe started off with infinite density at the big bang singularity. At
the singularity, general relativity and all other physical laws break
down: one couldnt predict what will come out of the singularity.
(Hawking, 1988, p. 122)

(h)

Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka ia
harus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan
tiga titik. Contohnya, There must be give-and-take, with the teacher being a
participant as well as leader and ... a source of answers. (Sizer, 1984, p.118).

(i)

Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan


perlu dimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya, This principle
[sanctity of contracts] is closely associated with that of freedom of contract...
(Peden, 1982, p.9).

(j)

Tanpa Pengarang
Bagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut:
Contoh:
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap
perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...

(k)

Multi Rujukan
Dalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang
sama, semua rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama tanda semi
kolon;
Contoh:
Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar
untuk membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang
diperolehi (Reader dan Hammond, 1994; Jones dan Berger, 1995; Rivlin et al.,
1994, 1996; Kirsh, 1997).

57

6.5

PENULISAN SENARAI RUJUKAN

Dalam penulisan tugasan/laporan/projek/tesis, pelajar akan merujuk berbagai


jenis bahan sumber. Kemasukan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah disusun
mengikut abjad atau susunan Hanyu Pinyin untuk penulisan senarai rujukan dalam
Bahasa Cina. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan
mengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.
1.

Buku
(a)
Satu Pengarang
Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.:
Prentice-Hall.
(b)

Dua hingga tujuh Pengarang, senarai semua pengarang


Contoh:
Puget, J. F. & Albert, P. (1994a). SOLVER: constraintsobjects
descriptions. Technical Report. ILOG S. A.
Pergantis, S. A., Cullen, W. R. & Elgendor, G. K. (1997). One-to-one
web-marketing. New York: John Wiley.

(c)

Melebihi lapan Pengarang, senaraikan enam pengarang pertama, ... dan


pengarang terakhir
Contoh:
Amrine, H., West, S. G., Sandler, I. N., Tein, J. Y., John, T. Goatsworth,
D., ... Griffin, W. A. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N.
J.: Prentice-Hall.

(d)

Penyunting/Penyusun (Edited books = ed ) (penyusun = pnys,


penyunting = pnyt)
Contoh:
Martin, A. M. (ed). (1991). Peat as an agent in biological degradation of
waste. London: Elsevier.
Lees, R. H. & Thomas T. R. (ed). (1974). Chemical nomenclature usage.
Chischester: Ellis Horwood.
Hasnul Faizal. (pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpalan
Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

(e)

Penulis/Penyunting Korporat
Contoh:
Engineers Joint Council. (1969). Thesaurus of engineering and scientific
terms. New York: Engineers Joint Council.
American Chemical Society. (ed). (1978). Handbook for authors of
american chemical society publications. Washington, D. C.: American
Chemical Society.
58

(f)

Selangaraan (penyelenggara = pngr)


Contoh:
Nor Azahan Mustfar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g)

Berbilangan Jilid (Jilid = jld)


Contoh:
Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jld. 2. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sinar Bakti.

(h)

Terjemahan (terjemahan = terj.)


Contoh:
Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

(i)

Edisi Ulang Cetak


Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th ed. Englewood Cliffs,
N. J.: Prentice-Hall.
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th edition. Englewood
Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.
Othman Mohamad. (2008). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial
Terapan. Ed. ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.

2.

Buku Elektronik (E-book)


Contoh:
Yager, J. (1999). Creative time management for the new millennium. (2nd Ed.).
Stamford: Hannacroix Creek. In Books 24X7 (OUM Digital Collection).

3.

Artikel dalam buku


Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku.
Judul Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Sukiman Sarmani. (1987). Pencemaran radioaktif. Dlm. Ahmad Badri
Mohamad. Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.

4.

Chapter Spesifik dalam buku (Bab dalam Buku)


Nama pengarang chapter. (tahun). Judul chapter: nombor chapter Dlm pengarah
buku, Judul buku. edisi, halaman pertama-halaman akhir. Tempat terbit:
Penerbit.
Contoh:
Roslina Ismail. (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam
aktiviti sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Psikologi sukan. Hlm 55-64.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

5.

Artikel dalam jurnal


59

Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor): hlm.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.
Iskandar Zakaria. (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada
pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.
Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa:
Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan: 16-30.
6.

Artikel daripada persidangan/Makalah dalam Pasca Sidang


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan.
Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter estimation of nonlinear systems
in noisy environments using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE
International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn,
Michigan: IEEE, 360-365.
Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1. 1315 Disember. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 255-265.

7.

Artikel daripada Database


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Dlm
database
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127(6): In Ebsco (OUM Digital Collection).
Artikel daripada Online Database [doi : Digital Object Identifier]
Contoh:
Paivio, A. (1975). Perceptual comparisons through the minds eye. Memory &
Cognition, 3, 635-647. doi:10.1037/0278-6133.24.2.225

8.

Artikel daripada Internet


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Diperoleh
dari alamat web.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127. Retrieved from http://www.cac.psu.edu/jbe.
html.
Supyan Hussin. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa
berbantukan computer. Jurnal Bahasa. Diperoleh dari http://www.dbp.gov.
my/dbp98/ majalah/bahasa20/mac/j03ajar1.htm
Arakji, R. Y., & Lang, K. R. (2008). Avatar business value analysis: A method
for the evaluation of business value creation in virtual commerce. Journal
60

of Electronic Commerce Research, 9, 207-218. Retrieved from http://www.


csulb.edu/journals/jecr/
9.

Internet
Nama penulis. (tahun). Tajuk dokumen elektronik. Diperoleh dari Alamat
website.
Contoh:
Jones, D. (1999). The de grummond childrens literature collection. Retrieved
from http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/.

10.

Dokumen Awan
(a)
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat Malaysia. (2003). Perbahasan rang undang-undang
multimedia. Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen
Keempat belas Penggal Kedua.
(b)

Laporan dan Dokumen


Dewan Rakyat Malaysia. (2006). Memelihara keselamatan negara.
Kertas Perintah 35, tahun 2006.

(c)

Penerbitan Kerajaan
Malaysia. (1996). Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta
Kerajaan 25(8).

(d)

Warta Kerajaan Negeri


Johor. (1990). Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta.
Warta Kerajaan Negeri Johor 45(1).

(e)

Laporan Kerajaan Persekutuan


Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran
Tahun 4: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia

(f)

Laporan Jawatankuasa
Jawatankuasa Pengistilahan Sains. (2005). Ed. Ke-7. Istilah Sains
mengikut Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g)

Dokumen Pertubuhan Antarabangsa


UNESCO. (2004). Education trend. report. Bangkok: UNESCO.

11.

Perundangan
Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.
Contoh:
Malaysia (1983). Perintah monumen lama dan tapak tanah bersejarah.:
P.U.(A)41 1983.

12.

Piawai
Nama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.
Contoh:

61

British Standards Institution (1987). Tongued and grooved software flooring.


London, BS 1297.
13.

Paten
Nama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).
Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). Screen room air inlet and wave guard. (U.S. Patent 2,
925, 457).

14.

Katalog Dagang
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: partitioning in business. Redhill
(U.K.): Trade Brochure.

15.

Lukisan Terukur dan Teknik


Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah kutai Haji
Tanjung,Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.

Sahak,

Kampung

Salim Man (1989). Pengisi sekam ke dalam kontena penyimpan: pandangan


isometrik. UTM: Lukisan Teknik.
16.

Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan


(a) Kertas kerja abstrak dan sebagainya
Contoh:
Sim Ah Hock & Siti Ropiah Abu Bakar. (2000, 25-28 Jun). Kemahiran
teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan
Guru Sekolah Bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor
Star Kedah.
(b) Abstrak
Contoh:
Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah & Siti Nor Amira Ahmad
(2007, 25-28 Jun). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang.
Abstrak Kertas Kerja, Persidangan Sains Sosial UiTM.
(c) Minit Mesyuarat
Contoh:
Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007, 4-7
Jun). Rompin, Pahang.
(d) Kertas Kerja
Contoh:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007, 4-7 Jun). Cabaran dan
tanggungjawab Pengetua dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja
Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin,
Pahang.

62

(e) Laporan
Contoh:
Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007, 4-7 Jun). Mesyuarat
Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang.
(f) Temu bual
Contoh:
Mohamad Kasim Basir. (2010, 9 Julai). Penilaian perisian multimedia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Temu bual.
(g) Tesis / Latihan Ilmiah
Nama Penulis. (Tahun). Judul. Tesis. Nama Institusi.
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. (1989). Pemprosesan teks Bahasa Melayu untuk
pemahaman komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia.

17.

Artikel/makalah dalam suratkahbar,


(a) tiada pengarang
Contoh:
New drug appears to sharply cut risk od death from heart failure. (1993, 20
March). The Washington Post. p.13.
Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman. (2008, 20 Mac).
Berita Harian. hlm.13.
(b) Artikel suratkahbar, seorang pengarang
Schwartz, J. (1993, 20 March). New drug appears to sharply cut risk od
death from heart failure. The Washington Post. p. 13.
Mohd Razalan Salleh. (20083, Jun). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian
Metro. V8.
Becker, E. (2001, August 27). Prairie farmers reap conservation's rewards.
The New York Times. Retrieved from http://www.nytimes.com
(c) Surat kepada Editor
Penjual Ayam. (2008, 4 Jun). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa
pemborong buat. Berita Harian. p. 10.
(d) Filem
Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

18.

Encyclopaedia Article
Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The New Encyclopedia Britannica (Vol. 26,
p. 501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica.

19.

Karya yang dikenali menurut Judul


Kamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
63

Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield, MA:


Merriam-Webster.
20.

Blog post:
Lincoln, D. S. (2009, January 23). The likeness and sameness of the ones in the
middle. [Web log post]. Retrieved from http://www.blogspace.com/
lincolnworld/2009/1/23.php

21.

Website with no author or date of publication:


Census data revisited. (n.d.). Retrieved from http://harvard.edu/data/index.php

22.

Online Video & Audio


YouTube-type Video Blog Post (Note that titles are not italicized)
Goyen, A. (2007, February 22). Downtown Marquette dog sled races [Video file].
Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=gW3CNCGGgTY
University of Chicago. (2007, December 12). European cartographers and the
Ottoman world, 1500-1750 [Video file]. Retrieved from http://www.
youtube.com/watch?v=Xax5d4IKqrQ
Video Webcast from Television Series Single Episode
ABC News (Producer). (2007, September 21). Dying professor's lecture of a
lifetime [Video webcast] [Television series episode]. In Good Morning
America. Person of the Week. Retrieved from http://abcnews.go.com/
GMA/PersonOfWeek /Story?id=3633945&page=1
Audio Podcast
Charney, T. (Producer). (2007). Ashes to hope: Overcoming the Detroit riots.
U.P. Family Still Struggles to Deal With Pressure of '67 Riot [Audio podcast].
Retrieved from http://www.michiganradio.org/

64

Anda mungkin juga menyukai