Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG

31850 JERAM
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel / Fax : 05-4775632
emel : ABA2024@1bestarinet.yes.my

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG


Persekolahan secara formal di Kuala Dipang bermula pada tahun 1888. Pada ketika itu,
bangunan sekolah merupakan sebuah bangunan kayu yang beratapkan rumbia, berdinding papan
dan berlantaikan tanah. Tapak bangunan tersebut didirikan di atas tapak sebuah perigi yang
berukuran 50 x 30 kaki persegi. Seramai 68 orang murid yang mendapat pendidikan awal di
sekolah ini yang dikelolakan oleh dua orang guru iaitu Encik Hasan Aceh sebagai Guru Besar
manakala Encik Mohd Ali bin Abd Kadir dilantik sebagai Guru Penolong.
Pada tahun 1890, pihak sekolah telah mendapat sebuah bangunan baru yang didirikan
oleh pihak kerajaan berukuran 60 x 25 kaki persegi. Encik Husin Khan dari teluk Belanga,
Singapura telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Melayu Kuala Dipang yang baharu.
Perkembangan pendidikan telah menggalakkan masyarakat setempat untuk bersekolah.
Justeru, peningkatan bilangan murid kian menggalakkan dari setahun ke setahun. Pada tahun
1931, serama 180 orang murid telah mendaftar di sekolah ini. Oleh kerana sambutan yang
menggalakkan maka kelas Darjah Enam telah diadakan. Bilangan guru juga turut bertambah
seramai empat orang. Pada ketika ini, Encik Mohd Saman bin Abdul Ghaffar telah dilantik
sebagai Guru Besar. Oleh kerana pertambahan bilangan murid, pihak sekolah telah mendapat
sebuah lagi bangunan baharu yang didirikan pada tahun 1940 iaitu bangunan JKR 248.
Semasa pecahnya Perang Pasifik pada tahun 1941, sekolah ini telah diduduki oleh tentera
British bagi menentang kemaraan tentera Jepun. Sehubungan itu, sekolah ini telah ditutup buat
sementara dan beroperasi semula setelah Jepun menduduki Tanah Melayu.
Selepas Peperangan Dunia Kedua berakhir, masyarakat telah mempunyai kesedaran peri
pentingnya pendidikan. Rentetan itu, dua buah bangunan lagi telah didirikan pada tahun JKR
4861 dalam tahun 1950 manakala JKR 4862 ditubuhkan pada tahun 1959. Jumlah murid pada
ketika itu telah meningkat seramai 470 orang dan bilangan guru yang bertugas pula seramai 14
orang. Pada tahun ini juga, Sekolah Melayu Kuala Dipang telah menjadi pusat pendidikan
Darjah Enam di daerah Kuala Dipang.

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG


31850 JERAM
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel / Fax : 05-4775632
emel : ABA2024@1bestarinet.yes.my

Semasa perkhidmatan Allahyarham Encik Hasan bin Salleh menjadi Guru Besar, Sekolah
Melayu Kuala Dipang, sebuah lagi bangunan baharu telah didirikan pada tahun 1978. Antara
Guru Besar yang telah mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini ialah Encik Saruji bin Adham
bermula 5.5.1980 hingga 19.5.1980.
Encik Mohd Taufik bin Mohd Shariff pula menjawat jawatan Guru Besar pada 19.5.1980
hingga 13.6.1985. Tuan Haji Abdul Rashid bin Ibrahim memulakan perkhidmatan sebagai Guru
Besar di sekolah ini bermula 16.6.1985 hingga 15.11.1987. Perkhidmatan beliau diambil alih
oleh Tuan Haji Khusaini bin Md Ludin sehingga tahun 1997.
Sejajar dengan perkembangan semasa dunia pendidikan maka sekolah ini telah ditukar
nama sebagai Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Sejarah perkhidmatan tampuk kepimpinan
Guru Besar juga bertukar ganti. Namun, kecemerlangan yang dicapai di sekolah ini telah
mengubah haluan hidup anak-anak tempatan menjadi insan yang berjaya dalam bidang
pendidikan dan mempunyai kerjaya yang membanggakan masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai