Anda di halaman 1dari 8

Muhammad Said Al Linggi

Artikel Pertama:
SYAIKH MUHAMMAD SAID LINGGI (1875 -1926)
Oleh : Ismail Che Daud
Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab telah jatuh di
dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang
seorang nama Haji Encik Said bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu
tariqat Ahmadiyah.
Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14
Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus kepada orang tua sahaya, Wan
Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama besar Alam Melayu yang menetap di
kota Makkah. Haji Encik Said -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut
itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini.
Latar Diri Keluarganya :
Nama penuh Haji Encik Sa id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji
Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi.
Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin Amaluddin bin Awaluddin
@ Dato Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat.
Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji
Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang
berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau.
Manakala Dato Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di
Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada
Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami
Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mumin Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda
Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.
Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama Melayu Negeri
Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di
kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah
yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang
walau sesen pun!
Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra yang
terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qiraat al-Quran baik semasa
tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana
terlalu ramai.
Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn
adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang
500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam,
juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4)
pun seorang tokoh ulama yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan

beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.


Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama yang
terkemuka dan yang alim turun-temurun.
Kelahirannya :
Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syib Ali Makkah pada hari Sabtu yang
keempat atau yang ketiga daripada bulan Syaban tahun 1292 (5) yang bersamaan dengan 25
atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat
di Tanah Jawi.
Zaman Remajanya:
Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah
tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.
Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qiraat alQuran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak
hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas
pula akalnya.
Guru-guru Awalnya :
Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya
ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan
Semel atau Dato Semela), Dato Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri
Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam
ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid
datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh
tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan,
ada ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik
kepada kitab-kitab. (Risalah Kanz al Muid karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri).
Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.
Ke Makkah :
Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah
bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti
berikut :1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafii)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.

8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.


9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani.
Ke Madinah:
Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah
bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau
bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan
Sayyid Jafar al-Barzanji, Mufti Shafii.
Ke Mesir :
Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir
melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau
mendalami ilmn-ilmu syara, naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami
al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifai al-Maliki,
iaitu sebesar-besar ulama Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).
Pulang Ke Makkah :
Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh
Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari
1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung
tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam
ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Quran
dan sebagainya.
Sahabat-sahabatnya :
Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat
Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul
Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.
Anak-anaknya :
Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan
dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said
Rembau.
Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :
1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak
sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah.
Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950);
mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat
orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi
lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Muid
yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan
makalah ini.
3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah
dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.
4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981).
5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l).
6. Haji Muhammad Hamid.
7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris
Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan.
8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya.
Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem.
Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem
Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di
Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan
Melayu.
Peribadinya:
Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama yang berperibadi sederhana. Tidak
inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qanaah, pemaaf, sabar, wara,
tawadhu, pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali
Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang
makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut
ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara, salih serta
keramatnya. Sebagai seorang ulama yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau
sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1
Ogos 1933) dan amat disayangi Dato Kelana Mamur (1889 -1945).
Karya Tulisnya:
Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga
terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat
dikesan adalah seperti berikut :
1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut
juga Risalah al Fawaid atau Rasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323
(3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang

bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap
di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.
2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada
15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200
muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.
3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba.
4. Sullam al-Tarif ila Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).
5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf).
6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.
7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.
8. Perjalanan mendirikan Jumaat.
9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.
10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu.
Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.
Meninggal Dunia :
Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika
berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku
Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan
Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak
saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri
Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian
Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.
Dipanjangkan oleh,
(DATO MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb. Zulhijjah, 1419/lhb. April, 1999.
(Tamat)
Sumber: Dari simpanan peribadi Dato Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad.
Artikel Kedua
Shaykh Muhammad Said Linggi Mursyid Thariqat Ahmadiyah

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


ASAL USUL
Selain nasab ke atas sebelah lelaki yang berasal dari Hadhralmaut, dapat dipecahkan lagi
bahawa datuknya, Haji Idris itu berkahwin dengan Hajah Rahimah binti Khatib Musa bin
Amaluddin bin Awaluddin. Dalam Kanzul Mu`id tertulis bahawa Awaluddin dimasyhurkan
dengan Dato Awal anak Faqih yang dimasyhurkan dengan Daeng Abdul Malik. Bahawa
keturunan ini ada hubungan dengan Daeng Kemboja, yang dimasyhurkan dengan Marhum
Janggut Yamtuan Muda Riau. Marhum Janggut pula adalah putera Upu Daeng Perani.
Hajah Rahimah (nenek Syeikh Muhammad Said) tersebut ibunya bernama Zulaikha binti
Dato Karkung berasal dari Minangkabau, termasuk kerabat ulama besar bernama Syeikh
Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi, penyusun kitab Kifayatul Ghulam.
Ibunya bernama Hajah Shafiyah binti Haji Muhammad Shalih al-Fathani (meninggal dunia
pada 12 Rabiulakhir 1352 Hijrah). Ayah kepada ibunya ini adalah seorang ulama Patani yang
mempunyai murid yang ramai. Neneknya (ibu kepada ibunya) bernama Hajah Maryam,
beliau adalah keturunan Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani, satu-satunya ulama Melayu yang
pernah mengajar di Masjidil Aqsa.
PENDIDIKAN
Ketika mengikuti pengajian sistem pondok di Patani, Muhammad Said berguru kepada ulama
terkenal, iaitu Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal), pengarang
pelbagai kitab Melayu/Jawi. Guru-gurunya yang lain ialah Tok Nahu, Syeikh Muhammad
Nuh Kedah, Tok Semela dan lain-lain. Semua ulama yang tersebut adalah murid pula kepada
datuknya, Syeikh Abdur Rasyid.
Sewaktu berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya.
Guru-gurunya di Mekah yang tersebut dalam Kanzul Mu`id sangat ramai, di antaranya yang
berasal dari dunia Melayu ialah: Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Syeikh Zainuddin
as-Sumbawi, Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Ahmad al-Fathani.
Di Madinah, Muhammad Said pernah belajar kepada Sayid Jaafar al-Barzanji, Mufti Mazhab
Syafie di Madinah al-Munawwarah. Beliau pernah pula mengembara memperdalam ilmu ke
Mesir. Di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Syamsuddin al-Anbaby, Syeikh al-Azhar
pada zaman itu. Juga beliau belajar kepada Syeikh Ahmad ar-Rifaie, ulama besar Mazhab
Maliki di al-Azhar.
Di dalam bidang yang khusus, beliau menerima Thariqat Ahmadiyah ar-Rasyidiyah adDandarawiyah daripada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat
Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat
Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat
Ahmadiyah meliputi Cam di Kemboja, Patani, Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak),
Singapura dan Brunei Darussalam.
PENYEBARAN THARIQAT AHMADIYAH

Di dalam ulama dunia Melayu terdapat beberapa orang guru Muhammad Said, mereka ialah
Syeikh Wan Ali Kutan, Tuan Tabal, Syeikh Ahmad al-Fathani dan lain-lain juga menerima
Thariqat Ahmadiyah daripada Sayid Ibrahim ar-Rasyidi (meninggal dunia 1291 Hijrah/1874
Masihi). Beliau adalah guru pada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi (meninggal
dunia 1327 Hijrah/ 1909 Masihi). Walau bagaimanapun pada peringkat awal Thariqat
Ahmadiyah di dunia Melayu tidak berapa jelas perkembangannya.
Dengan kegigihan Muhammad Said, Thariqat Ahmadiyah berkembang dan tersebar dengan
sangat lajunya. Thariqat Ahmadiyah mula mendapat sambutan yang luar biasa di Kota
Bharu,Kelantan dan menimbulkan kontroversi antara murid-murid beliau dengan golongan
yang tidak menyetujuinya. Untuk menenangkan suasana keresahan masyarakat, Raja
Kelantan menulis tiga lembar surat pertanyaan yang ditujukan kepada Syeikh Ahmad alFathani di Mekah.
Di antara kandungan surat Raja Kelantan yang bertarikh Ramadan 1323 Hijrah (kira-kira
1905 Masihi) itu ialah, Iaitu daripada sahaya Raja Kelantan Ibnu al-Marhum as-Sultan
Muhammad, mudah-mudahan dipersampaikan kepada orang tua sahaya Wan Ahmad bin
Wan Din Fathani yang mujawwir di dalam negeri Makkah al-Musyarrafah Kalimat
selanjutnya, Maka adalah sahaya nyatakan kepada orang tua sahaya, bahawasanya telah
jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya.
Iaitu datang seorang nama Haji Encik `Ied bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan
mengajarkan ilmu Thariqat Ahmadiyah, yang dipanggil orang Thariqat Rasyidi
Selanjutnya, Maka yang mengajar itu kepada sekalian bagai Muslimin, daripada laki-laki
dan perempuan, besar dan kecil, yang mempunyai ilmu atawa yang jahil. Bahkan kebanyakan
mereka itu daripada juhhalun nas, yang tiada sembahyang, dan tiada mengetahui furudhul
`ain, `aqidatul iman, dan lainnya. Dan setengah daripada mereka itu bangsa raja-raja dan anak
menteri
Syeikh Ahmad al-Fathani telah menjawab pertanyaan Raja Kelantan itu dalam tiga bentuk
karangan. Yang pertama diberi judul Mir-atul Aajib fi Jawabi Su-alil Majazib. Yang kedua
ditulis dalam bentuk syair bahasa Melayu, diberi judul Syair Thariqah Shufiyah. Yang ketiga
ditulis dalam bentuk syair bahasa Arab, diberi judul Syair Man Li Ya Said. Kesimpulan
kandungan keseluruhannya ialah merupakan ilmiah yang berdiri pada pelbagai kaedah
keilmuan Islam.
PENULISAN
Syeikh Muhammad Said Linggi juga menghasilkan beberapa buah karangan, di antaranya
yang disebut dalam Kanzul Muid, ialah: Risalah al-Fawaid, Kasyful Ghibaan Haqiqatir
Riba, Sullamut Tarif ila Ilmit Tashrif, Risalah al-Fath, Nazham Kesesatan Kaum Wahabi,
Al-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin Idris, Syarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah dan
Kaifiyat Mengerjakan Tarawih.
Semua judul yang tersebut di atas belum saya jumpai, namun ada dua buah karangan Syeikh
Muhammad Said Linggi yang tidak disebut dalam Kanzul Muid ada dalam simpanan saya,
ialah: Rasail Jawiyah, diselesaikan pada pertengahan Rabiulakhir 1323 Hijrah di Bandar
Singapura. Cetakan huruf batu atau litografi tetapi tidak terdapat nama dan tempat di mana
dicetak. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai hizib yang diamalkan para Auliya.
Perbicaraan dimulai daripada Thariqat Syaziliyah dan diikuti dengan Thariqat Ahmadiyah

yang dilengkapi dengan riwayat, silsilah dan berbagai-bagai wirid, amalan-amalan dan lainlain yang ada kaitan dengannya.
Karangan Muhammad Said Linggi yang masih dalam bentuk manuskrip berjudul Silsilah
Thariqah An-Naqsyabandiyah. Naskhah ini saya peroleh pada satu kampung di Negeri
Sembilan daripada salah seorang murid Muhammad Said Linggi. Pada awal naskhah
dinyatakan bahawa beliau menerima Thariqat Naqsyabandiyah di Mekah kepada Syeikh
Usman Rais. Dinyatakan bahawa Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi ar-Rasyidiyah
selesai menulis pada bulan Rejab (tanpa dinyatakan tahun). Naskhah yang dibicarakan ini
adalah salinan, tanpa nama penyalin, yang diselesaikan pada 27 Safar 1360 Hijrah, iaitu kirakira 15 tahun setelah Syeikh Muhammad Said meninggal dunia.
KETURUNAN
Ketika Syeikh Muhammad Said meninggal dunia, beliau meninggalkan 16 orang anak.
Sebagai pengganti menjadi Khalifah Thariqat Ahmadiyah adalah anaknya yang bernama
Syeikh Haji Abdullah. Anak beliau yang banyak menghasilkan karangan ialah Haji Ahmad
yang ketika hidupnya pernah menjadi Mufti Negeri Sembilan. Di antara anak Syeikh
Muhammad Said yang sempat saya jumpai ada dua orang iaitu Haji Mansur (1970) dan Haji
Tahir (1990). Pertemuan saya dengan kedua-dua anak beliau yang tersebut mempunyai kesan
tersendiri.
Daripada Haji Mansur saya menerima sebuah buku manaqib yang berjudul Kanzul Muid.
Beliau pula membaca secara hafal di hadapan saya syair bahasa Arab yang panjang karya
Syeikh Ahmad al-Fathani yang termaktub pada akhir Ianah at-Thalibin karya Saiyid Abu
Bakar Syatha.
Daripada Haji Tahir saya peroleh syair bahasa Arab juga karya Syeikh Ahmad al-Fathani
yang pernah diserahkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani kepada muridnya Syeikh Muhammad
Said Linggi. Syair tersebut diberi judul Man Li Ya Said.
Selain itu saya juga sentiasa berhubungan mesra dengan beberapa orang cucu Syeikh
Muhammad Said Linggi, di antaranya Datuk Haji Murtadza bin Haji Ahmad, sekarang Mufti
Negeri Sembilan.
Pada tarikh 11 Mac 2004, malam Jumaat, saya bersama-sama Datuk Murtadza dan Ustaz Haji
Nuruddin al-Banjari diberi kepercayaan menyampaikan ceramah dalam Forum Bicara AdDin di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sekudai, Johor

Anda mungkin juga menyukai