Anda di halaman 1dari 76

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM

NEGERI PULAU PINANG

MODUL SEJARAH

SEJARAH1(TERMINAL)
2012

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

TAMADUN DUNIA
TEMA 1
PERKEMBANGAN KEGIATAN PERTANIAN TELAH MEMBAWA PELBAGAI
IMPAK KEPADA MASYARAKAT ZAMAN NEOLITIK. BINCANGKAN
A. PENGENALAN
1. Latar belakang zaman Neolitik
- Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di
merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan,kebendaan, dan kerohanian yang
berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh
percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsur
kehidupan. Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarah dan dianggarkan
bermula sekitar 7000 SM.
-Zaman ini menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang
dikenali sebagai revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung
sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal
untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding
dengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corak masyarakatnya. Revolusi
pertanian telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks dan memberikan satu
asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat Bandar yang bertamadun.
2. Konsep tamadun
-Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses
perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam
proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di
sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memajukan tahap
kehidupan.
-Interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat
melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna.
Pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan. Ciri-ciri tamadun lain turut
berkembang seperti sains dan teknologi, kesenian, agama dan sebagainya.
3. Contoh-contoh tamadun awal manusia
B. ISI-ISI PENTING
1. Konsep dan kepentingan revolusi pertanian terhadap kemunculan tamadun.
Revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan
menawarkannya secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang
lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi
pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun awal manusia. Kemajuan yang
dicapai oleh manusia melalui revolusi pertanian membuka jalan kepada berkembangnya
tamadun manusia. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya
perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka
menguasai alam sekeliling mereka. Kawasan perkampungan pula makin berkembang dan
akhirnya sekitar tahun 3000 4000 SM, muncul bandar-bandar sebagai pusat kehidupan
manusia yang bertamadun.
2. Perubahan corak penempatan masyarakat
Manusia tidak lagi berpindah randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak
penempatan adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan
menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupan. Ini mungkin
ada hubungannya dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya
diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panas
serta kemunculan pelbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubah suai
ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan penempatanpenempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan
berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Pada zaman ini, pertanian,
penenunan,dan penternakan binatang yang berguna kepada manusia telah wujud.
Masyarakatnya hidup menetap bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di
sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya
persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan.Oleh itu, kebudayaan Neolitik
menjadikan asas perkembangan tamaduntamadun yang bersifat urbanisasi.
3. Pertambahan penduduk
Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasankawasan baru yang tanahnya subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan
kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas.Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani,
Turki, Iran, Syria, Turkestan,Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan
corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang
sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah, dan
kemahiran menenun. Pertambahan penduduk menyebabkan lahirnya keperluan hidup
berorganisasi yang akhirnya mendorong kemunculan tamadun awal dunia.
4. Perkembangan dan kemajuan kegiatan ekonomi
Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan
lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat
di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal
air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran misalnya tamadun-tamadun awal
terletak di tebing sungai besar seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus, dan Hwang Ho.
Peningkatan dan kemajuan ekonomi turut mendorong kemunculan tamadun awal dunia
kerana kehidupan masyarakat bertambah baik dan kompleks. Contoh-contoh tanaman :
gandum, filet, pokok papyrus, dan lain-lain.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

5. Kemajuan peralatan dan teknologi


Kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga
diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Hal ini menunjukkan manusia Neolitik adalah
lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda
untuk mengangkut hasil pertanian.Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasankawasan pertanian. Contohnya syaduf, penggunaan baja, dan benih tanaman. Penciptaan roda
bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri
terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan
roda sebagai alat industri, barangbarang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya
dan juga dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dengan tamadun-tamadun seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia
dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.
6. Wujud organisasi social
Institusi keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil telah wujud dan mempunyai ketua bagi
menjamin keselamatan kelompok. Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan
masyarakat hidup lebih sistematik dan berlakunya pembahagian kerja dan hieraki masyarakat
iaitu golongan atasan seperti raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan seperti
golongan professional, artisan, pedagang, dan golongan bawahan seperti rakyat biasa dan
hamba. Kesannya, masyarakat hidup lebih selesa dan produktif serta mendorong kepada
kemunculan tamadun awal manusia.
7. Permulaan pengkhususan kerja
Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan pembahagian tugasan harian. Golongan
wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan
memburu atau menternak binatang, golongan agama menguruskan urusan agama dan
kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan
kebajikan masyarakatnya.Terdapat golongan yang menumpukan urusan penghasilan alat-alat
baru pertanian seperti golongan petukang. Pembahagian tugasan kerja mempercepat
perkembangan masyarakat bertamadun.
8. Perkembangan sistem kepercayaan
Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian
dan kebajikan masyarakatnya. Kehidupan beragama menyebabkan masyarakat hidup lebih
teratur dan sentiasa patuh kepada peraturan hidup. Kesannya, lahirlah masyarakat yang
bertamadun dan hidup berperaturan. Contohnya, tamadun Mesir mempercayai bahawa firaun
menguasai segala sumber alam semulajadi dan dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amonre).
9. Perkembangan pemikiran secara konseptual
Dapat dilihat dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu perkembangan baru. Seni
Paleolitik bersifat realisme yang diilhamkan melalui objek-objek nyata atau nampak. Seni
Neolitik pula bersifat simbolisme seperti seni dalam penghasilan tembikar yang
permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual
mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewa untuk menjamin

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

hasil pertanian berlipat ganda. Perkembangan ini mendorong kemunculan tamadun awal
manusia.

10.Penciptaan sistem tulisan


Penciptaan sistem tulisan menjadi asas kepada kemunculan tamadun dan berlakunya
penambahan pengetahuan serta melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan digunakan untuk
mencatatkan peristiwa seharian, keagamaan, perdagangan, undang-undang, dan lain-lain.
11.Bentuk muka bumi/lokasi/iklim/tanah-tanih
Kemunculan tamadun turut didorong oleh keadaan bentuk muka bumi, lokasi, iklim, dan
tanah-tanih. Sejak zaman Neolitik, masyarakat sudah bijak menyesuaikan diri dengan
persekitaran mereka. Mereka memilih petempatan di tepi-tepi sungai, tepi pantai, dan tanah
pamah. Pemilihan kawasan lembahlembah sungai sebagai kawasan petempatan disebabkan
kawasan ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan serta perdagangan. Di samping
itu, mereka menguasai ilmu tentang iklim dan jenis tanaman.
12.Penghijrahan (Migrasi dan Imigrasi)
Kemunculan dan perkembangan tamadun awal manusia turut didorong oleh penghijrahan
iaitu imigrasi dan migrasi penduduk. Mobiliti penduduk berlaku apabila sesuatu kawasan
pertanian dan petempatan yang lebih luas diperlukan kesan pertambahan penduduk. Migrasi
penduduk turut berlaku akibat kegiatan perdagangan dan kemajuan teknologi pengangkutan
seperti roda, layar kapal, kapal layar, dan sebagainya.
13.Tenaga angin
Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan
peranan ( wind mills ) antara tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk
mendapatkan bahan-bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan
serta memperkayakan ciri-ciri kebudayaan, akibat pertukaran fikiran, dan teknik
perindustrian.
C. KESIMPULAN
Apa-apa yang berkaitan.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

HURAIKAN CIRI-CIRI DAN PERANAN PERBANDARAN DI INDIA DAN ROM


Pendahuluan :
-Bandar merupakan salah satu ciri utama tamadun. Bandar merupakan nadi kepada
pembangunan dan perubahan sesuatu tamadun
-Bandar adalah suatu unit politik , suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk
atau suatu kelompok rumah tempat kediaman atau lain-lain struktur.
-M.A.J. Beg dalam History Cities of Asia mentakrifkan bandar sebagai suatu kawasan yang
dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan
mereka terlibat dalam kegiatan bukan pertanian.

-Perbandaran merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan bandar.


-Fungsi -fungsi bandar sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, ketahanan, perdagangan,
pengangkutan, pendidikan dan perindustrian.
-Contoh bandar Tamadun Indus : Mohenjo-Daro, Harappa dan Kot Diji. Contoh bandar di
Rom: Pompeii, Gaul, Venice, Milan dan Genoa.
ISI-ISI :
Ciri-ciri bandar Tamadun Indus
1.Bandar terancang :
Pembinaan bandar terancang , penduduk mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang
perancangan dan pembinaan bandar. Bangunan-bangunan dibina mengikut pelan struktur
yang sama dan ditetapkan.
2.Pembinaan kubu :
Pembahagian bandar kepada kubu dan bandar. Kubu di bahagian timur untuk pertahanan dan
mengatasi masalah banjir.
Bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga batu.
Kubu dibina daripada batu bermutu tinggi dan mempunyai saiz standard
3.Bahan binaan yang bermutu tinggi :
Pembinaan bangunan daripada batu bermutu tinggi , dua saiz yang standard iaitu 11 X 5.5 X
2.5 kaki dan 9.5 X 4.5 X 2.2 kaki
Bangunan didirikan dalam blok-blok empat persegi di sepanjang jalan-jalan dan loronglorong.
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Bangunan dibina daripada batu bermutu tinggi dan daripada bata-bata yang dibakar

4.Jalan yang teratur :


Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke
selatan.Disilang pada sudut tepat dan bentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.
Lorong-lorong dibina selari dengan jalan-jalan utama.
5.Pembinaan longkang dan sistem pembuangan air :
Terdapat longkang tertutup di sepanjang jalan-jalan utama. Longkang dilengkapi dengan
Lubang pemeriksaan untuk kerja pembersihan. Air dari rumah dialirkan ke longkang besar
melalui longkang-longkang kecil.
6.Kemudahan-kemudahan awam :
Tempat mandi awam great bath , tandas awam, dewan perhimpunan.
Tempat mandi dan tandas awam dibina untuk kegunaan buruh dan hamba serta berhampiran
jalan utama
Kolam mandi Great Bath menunjukkan kemajuan dalam teknologi pembinaan
Berhampiran kolam mandi besar terdapat bilik mandi persendirian untuk golongan pendeta
7.Rumah:
Batu yang bermutu tinggi, dua tingkat atau lebih, berbentuk empat segi, mempunyai bilik
mandi dan perigi., peredaran udara yang baik.
Dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiz yang berbeza
dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama dan terdapt ruang antara rumah
Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba dengan satu deretan dan mempunyai dua
bilik berkeluasan 20 X 12 kaki persegi
8.Jelapang
Dibina untuk menyimpan bijirin dengan ukuran 150 X 200 kaki
Terdapat saluran perudaraan yang baik
Dibahagikan kepada blok-blok yang lebih kecil berukuran 50 X 20 kaki

Ciri-ciri bandar Tamadun Rom:


1. Sistem pembentungan/perparitan/ bekalan air

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Mempunyai saluran najis


Bekalan air dari saluran bawah tanah dan disalurkan melalui paip ke rumah kediaman dan
tangki pembekal
Aquaduct dibina dan merupakan yang paling canggih di dunia. Aqueduct dibina untuk
membekalkan air bagi seluruh penduduk Rom . Cth Aqua Marcia bekalkan satu juta liter air
sejam
2.Kemudahan infrastuktur
Sistem bekalan air Rom yang paling maju di dunia
Pancutan air di tengah-tengah bandar untuk bantu sejukkan diri bila panas
Tempat mandi, panggung serta amphitheatre dibina walaupun di bandar kecil, stadium,
colloseum, rumah berhala
Pasar dibina untuk urusan perdagangan dan perniagaan
Bandar bandar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal
masyarakat Rom
2. Rumah
Rumah persendirian dibina dengan segala kemudahan selesa dan senang
Rumah mewah dilengkapi dengan pemanas pusat
Rumah dibina dengan batu kapur House of Sallust
Setiap rumah ada ruang tamu pusat yang dikenali sebagai atrium dan bilik-bilik mempunyai
peranan masing-masing
3. Bentuk Bandar
Pembangunan Bandar dirancang agar beri keselesaan kepada penduduk
Proses pembinaan menggunakan ukuran yang jelas dan tepat menggunakan alat pengukur dan
juruukur akan menentukan sudut yang tepat
Di tengah Bandar terletak Bandar awam, pejabat, dewan awam untuk perjumpaan,
mahkamah, perpustakaan, forum terbuka
4. Pintu gerbang
Tiang-tiang dengan ukiran yang indah dan patung dalam bentuk manusia sebagai hiasan pintu
masuk Bandar
Pintu gerbang empat haluan dibina
Saiz pintu gerbang yang besar
5. Bangunan
Dibina dengan bahan tidak mudah terbakar kerana mengikut peraturan Majlis Perbandaran
dan dibina di sepanjang jalan yang luas serta dikelilingi oleh anjung yang bertiang
Contoh bangunan Colleseum dibina dengan tujuan riadah dan dapat memuatkan seramai 50
000 orang
6. Jalan raya
Dibina untuk tujuang uliliti
Ketenteraan dan pentadbiran sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan jalan raya
Jalan raya lebar, lurus, bersih dan berturap
Jalan raya dibangunkan/ dipelihara dengan baik oleh pemerintah agar memudahkan proses
semasa peperangan, perdaganan dan pengangkutan
Peranan Bandar tamadun Indus dan Rom

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

1. Pusat Pentadbiran
-Raja mentadbir di kawasan pusat Bandar
Di bandar didirikan istana, pejabat dan bangunan-bangunan penting untuk tujuan pentadbiran
-Di Rom pentadbiran bandar bergantung kepada Majlis Perbandaran
Pentadbiran Majlis Perbandaran yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat memberi
perangsang kepada perkembangan bandar di Rom
Peranan golongan kelas menengah juga penting dalam perkembangan bandar di Rom dari
segi kecantikan dan imej bandar
2.Pusat keagamaan
Raja sebagai wakil tuhan
Rumah berhala dibina di bandar-bandar bagi menjalankan upacara keagamaan
Contoh: di Rom dibina Kuil Athena, Kuil Capitoline dan terdapat golongan pendeta yang
bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan di Rom
Di Indus kewujudan kolam mandi great bath yang dilengkapi dengan bilik-bilik kecil dan
dewan bertiang membuktikan amalan mandi ritual penting.
3.Pusat pertahanan
Dilengkapi dengan kubu-kubu pertahanan
Contoh : di Indus kubu dibina di bahagian timur dengan tujuan menghalang serangan musuh.
Kubu-kubu dibina di bahagian luar bandar dan di bawah bandar
Di Rom kubu pertahanan dibina sebagai memenuhi keperluan semasa peperangan yang dibina
di sekeliling bandar terancang Rom. Jalan raya yang lebar dan luas untuk memudahkan
pergerakan tentera
4.Pusat ekonomi
Dapat meningkatkan aktiviti pertanian, perindustrian dan perlombongan dengan pembinaan
sistem terusan dan kemudahan pengairan
Menjadi pusat untuk pengumpulan hasil dan pemasaran hasil ekonomi
Contoh : di Rom terdapat kedai yang dikhaskan di berek-berek tertentu dengan tujuan untuk
mengumpulkan peniaga-peniaga
Pembinaan jelapang di Indus membuktikan bandar-bandarnya menjadi pusat kegiatan
ekonomi
5.Pusat sosial dan kebudayaan
Menjadi pusat pertemuan masyarakat dan pusat perkembangan budaya
Di Rom terdapat tempat mandi awam yang merupaan tempat pertemuan masyarakat Bandar,
didirikan amphiteatre untuk pertandingan gladiator, didirikan kolisium dan teater yang kecil
untuk konsert dan lakonan.

Kesimpulan :
Kemunculan bandar merupakan ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun.
Perkembangan bandar dan tamadun tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa bandarbandar wujud di setiap tamadun awal.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Semua ciri-ciri bandar ini menggambarkan betapa agungnya ciptaan dan binaannya dan
peranan yang dimainkan oleh bandar sangat penting dalam perkembangan dan kecemerlangan
sesebuah tamadun

SEJAUHMANAKAH
TAMADUN

SISTEM

TULISAN

MEMBANTU

PERKEMBANGAN

PENGENALAN :
-Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah
Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan
-Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba,
tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho
-Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan
yang dicapai oleh sesuatu masyarakat
-Ahli arkeologi membuat kewujudan tamdun awal melalui penemuan sistem tulisan yang
terdapat pada batu bersurat,tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
-Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah Negara
Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram yang berbentuk gambar, simbol
dan pepaku
-Perkembangan tamadun awal manusia dapat dikenali melalui ciri-ciri seperti bahasa dan
tulisan,perbandaran, pengkhususan kerja, organisasi sosial,, agama dan kepercayaan,
petempatan kekal dan sistem pemerintahan
ISI-ISI :
PERANAN SISTEM TULISAN DALAM TAMADUN AWAL
1. Sistem tulisan sebagai Catatan Pensejarahan
Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu
bersurat yang dikenali sebagai Roseta Inskription. Tulisan ini terdapat pada dinding-dinding
pyramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan ekonomi dan pertanian
masyarakat Mesir purba.
2. Tulisan untuk merekod Upacara Keagamaan
Penemuan rumah berhala ziggurat di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh
tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan
keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak
dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan
keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil
membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir.
3. Tulisan untuk Merekod Sistem Undang-Undang
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Kod Hammurabi mengandungi 282 fasal meliputi perkara seperti perkahwinan, perdagangan,
pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh
masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammurabi menetapkan hukuman berat kepada
sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut. Golongan hamba
diberikan hak serta dilindungi. Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada
ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu
membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan
dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.

4. Tulisan untuk merekod perkembangan ilmu pendidikan / intelektual


Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubatubatan dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor
diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berkhidmat di istana. Kod Hammurabi
mengandungi Sembilan fasal berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem
angka diperkenalkan iaitu sistem perpuluhan dan perenam puluhan.

5. Tulisan untuk merekod urusan pentadbiran


Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar
Teracota mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat
catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang dipahat pada tiang-tiang batu
Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.
6. Tulisan untuk merekod urusan ekonomi perdagangan
Di Mesir, rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku dan catatan tentang semua urusn jual
beli, menyimpan buku-buku kredit dan merekkod barang-barang pesanan.

PERKEMBANGAN TAMADUN AWAL JUGA DIBANTU OLEH:


(FAKTOR-FAKTOR LAIN)
1.Perbandaran
-Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampungkampung berkembang menjadi bandar.
-Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di
Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis,
thebes dan Memphis Mesir.
-Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran,
pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
-Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur,
Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

2. Pengkhususan pekerjaan
-Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan
pekerjaan.
-Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perdagangan, pertukangan dan pembuatan
-Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan
pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
-Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan
negara daripada serangan musuh.
-Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
-Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan
kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam
masyarakat.
-Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti
Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan
artisan dan pedagang.
3. Organisasi sosial.
-Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat
yang kompleks. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan
atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.
-Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir
dan golongan cendekiawan.
-Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan
perdagangan.
-Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.
-Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di
Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di Dinasti Shang, raja
mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga
dan askar.
4. Agama dan kepercayaan.
-Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan
cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.
-Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan
pemujaan roh nenek moyang.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

-Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan
kepercayaan animisme.
-Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan
lebih dari satu tuhan.
-Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir,
Mesopotamia dan China.
-Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan,
organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan.
5. Petempatan kekal
-Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik.
Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai.
Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai
pusat-pusat tamadun awal.
Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus
(lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun Mesopotamia(Lembah Sg.
Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (Lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)
6. Sistem pemerintahan
-Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar.
-Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan
sesebuah tamadun.
-Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai
kerajaan.
-Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan
pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara.
-Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar negara.
C. Kesimpulan
-Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja, organisasi
sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal, kemajuan sains dan
teknologi serta sistem pemerintahan.
-Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh masyarakat
dalam segala aspek kehidupan.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

TEMA 2
1. BINCANGKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH MAHARAJA SHIH
HUANG TI UNTUK MENGUKUHKAN EMPAYAR SEMASA PEMERINTAHAN
DINASTI CHIN.
Pendahuluan
a. Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Hwang Ho, meluas hingga ke bahagian
selatan China. Perluasan kawasan bermula pada zaman Dinasti Chin.
b. Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah
Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia
dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan
sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan
oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou
pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaankerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya
mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang
zalim.
c. Latar belakang Shih Huang Ti : Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada
penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada
tahun 210 SM. Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M.
Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma
seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja
mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua
agama. Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh
empayar China di bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau
sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Peranan Shih Huang Ti
1. Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan
tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan
yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin
membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya. Pada
tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada
masa itu, kerajaan Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan
kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah
sebelumnya. Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan
Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan
Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya
dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan
baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

2. Mengukuhkan kedudukan Ekonomi


Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara
tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang
penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar. Shih Huang Ti juga
mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan
lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem
ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu
perkembangan ekonomi. Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan
pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam Negara.
3.

Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat

Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat terdiri daripada tentera kerahan yang
berdisiplin. Hal ini dapat dibuktikan apabila Empayar Chin hanya menggunakan masa yang
singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang
8 tahun. Unit tenteranya diketuai oleh pegawai-pegawai tentera professional dan pasukan
tenteranya terletak di bawah kawalan dan penguasaan komandan agung. Askar-askar juga
dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata seperti busur, anak panah, pedang, dan pisau kecil
untuk melakukan serangan dan pertahanan. Tentera China juga menggunakan tombak api
yang melayang atau roket yang dikenali sebagai Fei-Huo-Chiang. Selain itu, serangan orang
nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat mengekalkan
keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang
kuat.

4. Membina Tembok Besar China


Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu di
sempadan utara China dengan membina Tembok Besar Negeri China dan menyambung
pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk
memerhati gerakan musuh. Tembok ini memainkan peranan sebagai benteng untuk
menghalang serangan musuh. Bagi memastikan tembok ini memberikan perlindungan
daripada serangan musuh, bangunan dan tempat perlindungan yang terdapat di luar tembok
dimusnahkan supaya kehadiran musuh dapat dilihat dengan jelas.
5. Pemerintahan Autokratik
Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat
mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan
oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa
pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui
teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar
yang diamalkannya. Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh. Rakyat turut dihukum
bunuh jika menyimpan buku-buku ajaran Confucius serta membincangkan falsafah tersebut.
Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan
kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan. Penduduk di
China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama
untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan. Sistem ini
dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam. Kaedah pemerintahan seperti ini

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China
dan mengukuhkan pemerintahannya.
6.Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
Menjalankan sistem pemerintahan berpusat dengan menubuhkan ibu kota di Hsein Yang
sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang
memerintah terus dari ibu kota. Beliau menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih
Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kuasa negeri di bawah
kerajaan pusat. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan
empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua
wilayah dan daerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja
yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam
kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang
pegawai utama. Beliau mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab
kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.
Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana. Masing-masing mempunyai
tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan
tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja.
Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
7.Menghapuskan sistem feudal.
Beliau menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan
aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. Beliau
merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar
kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien
Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera
untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang
banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan
maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar
kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal serta melemahkan pengaruh mereka.
8.Memperkenalkan scholar system
Shih Huang Ti telah melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan
untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya. Mereka dilatih
selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.
Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem
feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan
ketat. Hal ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
9.

Melantik pemerhati/perisik wilayah

Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindaktanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada
maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah
dalam empayarnya.
10.

Wujudnya Hubungan antara Jajahan

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan


raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan
takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari
Sien Yang menghala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke
Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat
ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.
11. Penyatuan bahasa dan budaya
Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China, Shih Huang Ti akhirnya telah
memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya.
China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin. Baginda mewajibkan
bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing
tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari
berbagai-bagai wilayah.
Kesimpulan:
Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya. Sikap beliau yang autokratik dan
zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal. Sistem beraja Dinasti Chin
mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana
penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas

HURAIKAN PENTADBIRAN NEGARA KOTA ROM DAN SISTEM DEMOKRASI


DI YUNANI.
Pendahuluan :
Rom diasaskan di Lembah Latium, Itali pada tahun 753SM. Rom pada mulanya diperintah
oleh orang-orang Etruscan. Raja Etruscan yang terakhir , Tarquin the Proud telah memerintah
dengan kejam. Oleh itu penduduk Rom, terutamanya golongan Patrician telah menyingkirkan
raja dan menubuhkan sebuah kerajaan republik pada tahun 509SM.
Yunani ialah tempat lahirnya pemerintahan demokrasi yang mereka kenali sebagai
demokratia atau pemerintahan rakyat. Ethens ialah sebuah negara kota Yunani yang terkenal,
kerana sumbangannya dalam pemerintahan demokrasi. Sebelum menjadi sebuah negara
demokrasi Athens pernah diperintah secara monarki dan selepas itu diperintah pula oleh
golongan bangsawan. Walau bagaimanapun, raja-raja dan golongan bangsawan tersebut telah
memerintah dengan zalim dan ini menyebabkan penduduk Athens akhirnya menukar corak
pemerintahan kepada sistem demokrasi.
Sistem demokrasi merujuk kepada suatu sistem pemerintahan yang dijalankan oleh rakyat
secara pungutan suara. Di bawah sistem pemerintahan demokrasi, setiap warganegara diberi
kebebasan berfikir dan mempunyai suara dalam urusan pemerintahan Negara. Sistem ini
berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Manakala sistem
pemerintahan republik pula merupakan di mana rakyat memilih wakil mereka untuk melulus
dan melaksanakan undang-undang. Di dalam Negara republik tidak ada yang memerintah

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

tetapi konsul-konsul dilantik untuk mentadbir negara. Pemerintahan republik juga ditakrifkan
sebagai pemerintahan tanpa raja yang menjalankan prinsip-prinsip demokrasi.

A. Pemerintahan Republik di Rom


Pemerintahan republik diperkenalkan oleh Plato berdasarkan buku karyanya The Republic
yang membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh
ilmuan dan ahli falsafah. Republik bermaksud negara yang tidak ditadbir oleh raja tetapi
diperintah oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Antara ciri-ciri sistem
pemerintahan republik ialah tiada raja, mengamalkan pemerintahan demokrasi dan bercorak
autokrasi . Terdapat 3 badan utama iaitu Konsul , Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.
Ciri-ciri sistem pemerintahan Republik
1. Konsul.
Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem Republik dan dibentuk untuk
memerintah negara dan menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat dan negara. Konsul
dilantik dan dipilih oleh golongan bangsawan (Patrician) melalui Dewan Senat. Terdapat 2
orang konsul yang dipilih bagi mengelakkan pemusatan kuasa dan mengawasi antara satu
sama lain daripada kalangan penduduk yang berusia melebihi 40 tahun. Jangkamasa
pemerintahan konsul selama setahun. Konsul mempunyai kuasa mutlak dalam tentera dan
berhak membuat keputusan terhadap perkara-perkara yang sangat penting. Konsul
bertanggungjawab menggubal undang-undang negara , melaksanakan undang-undang yang
telah diluluskan , sebagai ketua negara , ketua eksekutif , ketua hakim , ketua angkatan tentera
dan penjaga tabungan kewangan awam. Konsul juga berkuasa memilih seramai 300 orang
menjadi ahli Dewan Senat.
2. Dewan Senat
Merupakan badan pemerintah tertinggi di Rom. Dewan ini dianggotai oleh kira-kira sepuluh
orang bangsawan (Patrician) Rom termasuk seorang bekas konsul. Menjelang abad ke 3M,
jumlah tetap bilangan anggota Dewan Senat ialah 300 orang dan berpengalaman luas dalam
kerajaan. Ahli Dewan Senat digelar senator yang dipilih melalui Dewan Perhimpunan
berdasarkan sistem pungutan suara yang diadakan lima tahun sekali. Peranan senator ialah
menasihati konsul, berunding dengan duta asing, menetapkan provinsi yang akan diuruskan
oleh konsul, menguruskan kewangan dan sistem cukai, mengurangkan kewangan dan
memutuskan semua persoalan yang berkaitan dengan peperangan dan keamanan. Menjelang
akhir pemerintahan Republik Rom, beberapa jawatan baru telah diadakan. Jawatan itu
diwujudkan untuk mengambil alih tugas Majlis seperti Quasters (mengurus kewangan
negara), hakim Praetors (mengambil alih tugas mendengar dan memutuskan kes-kes di
mahkamah), Censors (menjalankan banci penduduk dan menyelia tanah-tanah awam), Aediles
(menjalankan tugas-tugas polis ) dan sebagainya.
3. Dewan Perhimpunan
Dewan Perhimpunan berperanan sebagai badan induk pentadbiran, badan perundangan utama
melantik konsular dan bertindak sebagai mahkamah rayuan. Dewan ini juga mempunyai hak
untuk mengisytiharkan perang dan membuat keputusan penting. Dewan Perhimpunan juga
berfungsi membantu Dewan Senat dalam melaksanakan pemerintahan, melulus dan
mengesahkan undang-undang yang diputuskan oleh Dewan Senat . Mengikut speaker , Dewan
Perhimpunan menjadi badan perundangan utama sehingga tahun 218 S.M. Dewan ini juga

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

dikenali sebagai Forum dan juga Dewan Orang Ramai. Dewan ini juga menjadi tempat rakyat
berkumpul untuk mendengar laporan tentang perbincangan Dewan Senat. Keahlian Dewan
Perhimpunan terdiri daripada semua warganegara lelaki Rom yang berumur 18 tahun ke atas.
Menjelang tahun 451S.M. golongan rakyat biasa (plebeian) mendesak supaya mereka
diberikan hak dalam perundangan dan pentadbiran. Desakan ini membawa kepada penubuhan
Tribunal dan Undang-Undang Papan 12 Rom.
4. Kedudukan Rakyat dalam Pemerintahan Republik
Masyarakat Rom dibahagi mengikut sistem kasta. Hanya warganegara lelaki dewasa sahaja
yang terlibat dalam pentadbiran negara. Kelas tertinggi sekali patricians atau golongan
bangsawan. Golongan ini ialah golongan paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli
Senat Rom. Kelas kedua tertinggi ialah equestrian (kadangkala dipanggil kesatria). Nama
mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap equestrian diberi kuda dan boleh menyertai
pasukan berkuda untuk bertempur bagi empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan
ini haruslah kaya dan berharta. Kelas ketiga ialah golongan plebeian. Golongan ini
merupakan majoriti rakyat Rom. Mereka terdiri daripada golongan petani kecil, artisan dan
peniaga dan juga orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara.
Kelas yang terendah ialah hamba abdi. Mereka terdiri daripada tawanan perang yang bekerja
di ladang, kilang dan menjadi pembantu rumah golongan atasan. Mereka tidak diberi hak
langsung dan dimiliki oleh orang lain.
Secara teorinya, semua rakyat Rom adalah sama di sisi undang-undang dalam pemerintahan
Republik. Realitinya, golongan patricians yang sangat berkuasa. Walau bagaimanapun,
akhirnya golongan Plebeians telah mempunyai organisasi mereka sendiri yang dikenali
sebagai Conciliun Plebis. Golongan ini mendapat hak politik mereka melalui undang-undang
bertulis pertama Rom iaitu Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu dan diletakkan ditempat
awam untuk tatapan rakyat.
5. Kemuncak Pemerintahan Republik di Rom
Pemerintahan Republik di Rom talah membuka jalan kepada kemunculan pemerintahan
diktaktor pada zaman Julius Caesar. Ianya telah menyebabkan sering berlakunya pergaduhan,
pembunuhan dan perebutan kuasa. Golongan bawahan seperti petani dan rakyat mengadakan
pemberontakan kerana inginkan pembaharuan ekonomi terutamanya masalah tanah. Akhirnya
Julius Caesar berjaya mengalahkan musuhnya Pompey dan telah menyebabkan Dewan Senat
meluluskan segala kehendaknya, dengan ini pada tahan 49 S.M. berakhirlah sistem
pemerintahan Republik dan Julius Caesar sebagai maharaja Rom selama 5 tahun. Akhirnya
beliau dibunuh oleh sekumpulan ahli Senat atas alasan beliau terlampau kuat dan muncul
Octavian Augustus menjadi maharaja Rom yang pertama berbentuk empayar dengan
memerintah tanah yang luas di bawah penguasaan Rom.
B. Pemerintahan Demokrasi di Yunani
Dalam pemerintahan demokrasi Athens, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada empat, iaitu
Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri. Tujuan pembahagian kuasa ini ialah untuk
memberi kebebasan kepada setiap warganegara untuk mengemukakan pendapat dan
pandangan. Kuasa pemerintahan terletak pada tangan rakyat terbanyak.
Di Athens hanya warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh
enam bulan hingga setahun. Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin
kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Ciri-ciri Pemerintahan Demokrasi


1. Dewan Perhimpunan
Dewan ini dianggotai oleh warganegara lelaki yang berumur 21 tahun ke atas. Dewan
perhimpunan ini ialah tempat dasar dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal
undang- undang dan polisi serta membincangkan hal hal ekonomi seperti percukaian.
Dewan ini juga bertanggungjawab melantik pentadbir pentadbir negara dan ahli ahli
Majlis. Selain itu badan ini bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.
Dewan ini bersidang sebanyak 40 kali setahun dan tiga kali sebulan. Dalam setiap
persidangan 40 ribu warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.
2. Majlis
Majlis adalah jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh Dewan
Perhimpunan. Majlis mempunyai 500 orang ahli yang dipilih oleh rakyat dan kebanyakannya
terdiri daripada golongan Archon (bangsawan) yang merupakan golongan berada dan
melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak). Majlis juga bertanggungjawab
membincang dan melaksanakan hal hal seperti polis dan percukaian.
5. Majistret
Majistret terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan
dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan. Ahli-ahli dalam badan ini dipilih oleh
Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik.

4. Juri
Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung pada
jenis kesalahan. Mereka dilantik untuk mendengar dan menjadi pemutus bagi sesuatu kes
yang dibawa kepada mereka. Pihak yang bersalah tidak berpeluang untuk merayu. Mereka
bertanggungjawab mengadili para pegawai pada akhir tempoh perkhidmatan mereka dan juga
mengadili kes-kes jenayah. Pegawai yang terbabit dalam kesalahan akan dibuang negeri
selama 10 tahun. Amalan ini dikenali sebagai ostracism. Dalam perbicaraan di Athens tidak
ada hakim. Seorang akan dilantik untuk mempengerusikan persidangan, Mereka yang terlibat
akan mengendalikan kes mereka sendiri. Juri yang akan menjadi pemutus kepada sesuatu kes.

KESIMPULAN
Pemerintahan republik dan demokrasi merupakan warisan kerajaan Rom dan Yunani kepada
tamadun dunia serta banyak mempengaruhi sistem pemerintahan pada hari ini. Kedua-dua
kerajaan boleh dianggap pengasas kepada sistem pemerintahan republik dan demokrasi yang
menjadi sistem pemerintahan yang utama pada masa ini.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

EMPAYAR BABYLON TELAH MENCAPAI ZAMAN KEGEMILANGAN PADA


ZAMAN
PEMERINTAHAN
HAMMURABI.
JELASKAN
SUMBANGAN
HAMMURABI DALAM PEMBENTUKAN DAN PENGUKUHAN EMPAYAR
BABYLON
Pengenalan
Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua kaum Amorite pada tahun
1892SM. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi
(1792SM - 1750SM). Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod
undang-undang dan mengasaskan sistem pentadbiran yang teratur. Semasa pemerintahannya,
Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal.
1. Dasar Perluasan Kuasa
Hammurabi menubuhkan empayar yang besar melalui dasar perluasan kuasa yang agresif.
Beliau
melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaan Babylon.
Antara kempen ketenteraan yang dilancarkan termasuklah kempen menawan Isin dan mara ke
selatan hingga Uruk pada tahun 1786SM, kempen menguasai Malgum ibu kota daerah
Emutbal pada tahun 1785 dan 1782SM, kempen menawan Rapiqum pada tahun 1781SM,
kempen menyerang Larsa dan menewaskan pakatan tentera Guti, Elam Assyria dan Eshnunna
pada tahun 1756SM.
2. Sistem Pentadbiran
Hammurabi telah mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Beliau melaksanakan
dasar kekerasan dan kesederhanaan dalam menangani masalah dalam dan luar Negara. Beliau
melantik Gabenor (ensi) untuk mentadbir wilayah. Gabenor Wilayah dikawal ketat dan segala
tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat. Beliau menubuhkan Assembly Of
Elders diperingkat wilayah untuk memungut cukai dan mengendalikan kes-kes kecil.
3. Ketenteraan
Hammurabi mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Rekod pendaftaran
askar yang lengkap akan disimpan dalam buku pendaftaran Negara. Raja memberi
pengecualian kepada individu-individu daripada menyertai kerahan tentera atas dasar
perikemanusiaan. Anggota tentera yang melepaskan diri daripada perkhidmatan tentera tanpa
melantik pengganti akan dikenakan tindakan tegas. Mengikut Kod Undang-Undang
Hammurabi anggota tentera diberi hak-hak istimewa seperti kurniakan tanah yang tidak boleh
dipindah milik dan binatang ternakan. Terdapat juga undang-undang yang menghalang
pegawai atasan daripada mengeksploitasikan anggota tentera. Taktik peperangan diperbaharui
dengan penggunaan kereta kuda secara meluas.
4. Perkembangan ekonomi
Berlaku perkembangan ekonomi yang pesat dalam bidang pertanian, perdagangan,
perindustrian
dan perbankan.Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat Babylon.
Peraturan berhubung aktiviti pertanian terdapat dalam kod undang-undang Hammurabi.
Kegiatan perdagangan juga berkembang pesat pada zaman ini. Pedagang (tamkaru)
mengimport pelbagai jenis barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan
rumah berhala. Kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal oleh kerajaan.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

5. Perundangan
Hammurabi memperkenalkan kod undang-undang yang dikenali sebagai Kod Hammurabi
yang mengandungi 282 fasal meliputi perkara-perkara seperti perdagangan, perkahwinan,
kekeluargaan, pertanian, pewarisan harta dan kesalahan jenayah. Undang-undang Hammurabi
menetapkan hukuman berat terhadap sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian
dalam kod tersebut. Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi oleh undang-undang
Hammurabi. Undang-undang ini juga melindungi hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga.
Undang-undang Hammurabi telah mewujudkan keamanan dalam empayar Babylon.
6. Perkembangan Intelektual
Dalam bidang matematik, sistem angka telah diperkenalkan. Terdapat dua sistem menulis
angka iaitu sistem perpuluhan dan sistem perenam puluhan. Dua teks matematik dihasilkan
iaitu table text dan problem text. Bidang perubatan juga mengalami perkembangan pesat dan
dikawal oleh kerajaan. Doktor diberi penghormatan yang tinggi. Doktor pakar dilantik untuk
berkhidmat di istana. Kod undang-undang Hammurabi mengandungi Sembilan fasal tentang
pembedahan.
Kesimpulan ( 2 markah )
Empayar Babylon mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi
(1792- 1750SM). Hammurabi mewujudkan keadaan politik yang yang stabil serta keamanan
dengan menubuhkan pentadbiran pusat dan wilayah yang kukuh. Beliau memberikan
sumbangan dalam bidang ekonomi, politik sosial, perundangan dan perkembangan
intelektual. Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi.
Pemberontakan berlaku di wilayah-wilayah jajahan yang ingin membebaskan diri daripada
kerajaan pusat. Serangan orang Kassite telah menyebabkan empayar Babylon mengalami
keruntuhan
TEMA 3
TERANGKAN STRATEGI KETENTERAAN OLEH KAUTILYA DAN TSUN TZU
BERDASARKAN KARYA MEREKA
Pengenalan :
Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan
ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka. Antara tokoh-tokoh pemikir
ketenteraan yang memberi sumbangan dalam merangka strategi ketenteraan termasuklah
Kautilya dan SunTzu . Kautilya merupakan seorang Brahmin dan seorang pemikir ketenteraan
agong dalam tamadun India. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri kepada
pengasas empayar Maurya iaitu Chandragupta Maurya. Termasuklah Kitab yang terkenal
yang dihasilkan beliau ialah Arthasastra dan Science of Gains 1. Melalui karya ini, Kautilya
telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu
pemerintah mengukuhkan kuasa. Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam
tamadun China pada abad ke-3 M. Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera
kerajaan Wu dan pernah menewaskan negeri Chu dan Ying. Buku yang dihasilkan Seni
Peperangan ( The Art Of War ) merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan tertua.Buku ini
mengandungi 6000 perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan 13 taktik dan
strategi peperangan.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Strategi Ketenteraan Kautilya


1. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik
Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar/ bentuk
hubungan antara satu negara dengan negara lain. Antaranya mementingkan keamanan
iaitu saman iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah. Persediaan untuk berperang,
membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama,
bersekutu dengan musuh dan mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan satu musuh
dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.

2. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan


Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh
dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah atau dana,
mencetuskan persengketaan, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan
peperangan jika usaha / strategi tersebut menemui kegagalan.

3. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas


Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan
Hindu iaitu mengelakkan kelahiran semula jika beroleh kemenangan melalui peperangan
seperti yang disarankan oleh agama Hindu.
4. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh
Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui
kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan serangan / kempen
ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.
Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot
atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan
dan mengorbankan banyak nyawa.
5. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.
Pemerintah juga boleh menggunakan kaedah subversif .Pemerintah mesti mengambil
kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik,
pelacur, merasuah pegawai, merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

menggunakan kegagahan dan kehandalan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan
apabila peperangan menemui jalan buntu.
6. Menyerang pada waktu yang sesuai
Serangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan menentukan
kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika musuh dalam
keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku perpecahan di kalangan
musuh.

7. Pemerintah Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak


Untuk menghadapi musuh,pendekatan bheda digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh
dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera
musuh serta menggunakan kekerasan konsep danda iaitumenggunakan kekerasan ( kayu
atau besi yang kuat ) ke atas orang jahat dan musuh ketat kita.
8. Teori Mandala
Kautilya memperkenalkan teori mandala. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari
kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan
berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.
9. Badan pengintipan
Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari
rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.
10.Raja Tidak Perlu Simpati
Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi,
orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang
bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan
mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.
11. Raja Tidak Perlu Mempercayai Orang Lain
Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk
anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh
menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang
makanan itu mengandungi racun.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Strategi Ketenteraan Sun Tzu


1. Strategi Anggaran
Peperangan adalah urusan negara yang penting.Beliau menyarankan para pemerintah
melakukan kajian / selidik terlebih dahulu dengan teliti sebelum melancarkan peperangan
kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dan lenyapnya sebuah negara.. Lima perkara harus di
pertimbangkan dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim,
kepimpinan / kebijaksanaan jeneral dan pengendalian peperangan.
2. Melancarkan Peperangan
Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat
dan serangan harus pantas.Kesempatan yang ada harus digunakan dengan sebaiknya. Pasukan
yang tiba lebih awal di medan peperangan akan mempunyai masa yang lebih dan sempat
menanti musuh. Pasukan yang lewat akan tergesa-gesa dan melancarkan perang dalam
keadaan penat. Seseorang yang pakar dalam peperangan akan memaksa musuhnya melalui
satu perjalanan yang jauh lagi berbahaya, sementara itu mereka yang menunggu musuh dalam
keadaan selesa. Apabila musuh rehat, dia hendaklah meletihkannya. Apabila musuh
mempunyai banyak makanan, dia harus berikhtiar untuk melaparkannya. Apabila musuh
hendak berhenti rehat di sesuatu tempat, dia hendaklah memaksa mereka berjalan. Peperangan
yang berpanjangan tidak memberi faedah kepada negara , sebaliknya hanya membawa kepada
kemusnahan dan mengancam keselamatan negara. Jika kemenangan ditangguhkan semangat
dan keazaman anggota tentera akan menjadi lemah dan perbendaharaan negara akan
berkurangan.

3. Strategi Menyerang
Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa peperangan berlarutan
dan tanpa menggunakan kekerasan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan
kelemahan diri sendiri dan musuh.Cara yang merugikan sekali ialah mengepung kubu musuh.
Hal ini kerana kepungan itu akan mengambil masa 6 bulan. Tiga bulan menyediakan senjata
dan tiga bulan untuk mendirikan kubu, sebelum tembok tersebut dapat dipanjat. Dalam
melancarkan serangan, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Jika kekuatan kita
sepuluh kali ganda daripada pihak lawan, kepunglah mereka. Jika kekuatan kita lima kali
ganda, seranglah mereka. Jika kekuatan kita dua kali ganda, pisahkanlah mereka. Jika
kekuatan kita tidak setara dengan pihak lawan, hindarilah peperangan. Kekalahan berlaku jika
ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran ketenteraan dan
mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila tidak patut berbuat demikian.

4. Strategi Serangan Menggunakan Taktik Pembakaran


Beliau memberi amaran yang keras supaya mengelakkan peperangan yang menggunakan api.
Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.Jika hendak menggunakan taktik
pembakaran iaitu membakar manusia, gudang, barang-barang, senjata dan sebagainya
seseorang jeneral harus dibantu oleh orang awam dan keadaan cuaca. Musim yang sesuai

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

untuk melakukan pembakaran ialah musim kering dan waktu yang sesuai ialah semasa angin
bertiup kencang.
5. Strategi Menggunakan Perisikan/ Pengintip
Terdapat lima jenis pengintip iaitu pengintip tempatan, pengintip dalaman, pengintip dua
pihak, pengintip maut dan pengintip utusan.Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejenejen perisik pihak lawan harus dilemahkan dari dalam bagi menenbusi pertahanan musuh di
samping menjalankan kegiatan subversif untuk melemahkan kekuatan musuh dan
memisahkan musuh daripada sekutunya. Kegiatan subversif yang lain seperti menyebarkan
khabar angin dan maklumat yang mengelirukan , merasuah pegawai dan mewujudkan
keadaan tidak puas hati atau huru hara.
Kesimpulan
Kautilya dan Sun Tzu merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan
dalam bidang ketenteraan. Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah
dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.Idea yang dikemukan
oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin barat dan dikaji oleh pakar-pakar ketenteraan China,
Korea dan Jepun hingga kini. Idea beliau paling penting di Asia dan digunakan selama 200
tahun. Kesungguhan mereka menghurai secara teori dan praktikal amat berguna untuk
diamalkan dalam bidang ketenteraan sehingga kini.
HURAIKAN MATLAMAT PEPERANGAN DALAM TAMADUN AWAL
Pengenalan :
Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan
menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la
bersifat konflik yang terancang untuk mencapai matlamat tertentu dan dikatakan bermula
dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan
sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat
dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi
dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan
biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap
peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri
manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam bukunya Study of History, ialah punca
kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia. Peperangan mula tercetus dalam
tamadun awal apabila berlaku perkembangan dan kemajuan dalam taraf hidup menyebabkan
wujudnya konflik antara tamadun disebabkan ingin mencapai matlamat seperti menjaga
kedaulatan negara, berebut kawasan pertanian, semangat assabiah dan sebagainya.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Isi :
Matlamat peperangan
1.Pembentukan dan perluasan empayar/ tanah jajahan/ wilayah :
Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumbersumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis.
Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti
yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme
dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik
sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai
kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan
kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam
medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak
ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya
ke atas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok
penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah
Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat
kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di
Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan
Raja Philip II dan anaknya Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke
Asia Kecil, Mesir, Sungai Indus dan Parsi. Akhirnya berjaya melahirkan suatu sistem
kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali
dalam pembinaan empayar Rom. Di Zaman keagungan Rom peperangan berlaku untuk
meluaskan empayar sehingga empayar Rom merangkumi tiga benua iaitu Asia, Eropah, dan
Afrika. Pemerintah yang bertanggungjawab meluaskan empayar Rom ialah Julius Caesar
yang terkenal dengan kata-kata, Veni, Vedi, Vinci yang bermaksud, Saya datang, saya
lihat, dan saya takluk. Di Alam Melayu, peperangan juga berlaku untuk meluaskan wilayah.
Contohnya kerajaan Melaka mempunyai wilayah yang luas sehingga meliputi seluruh
semenanjung Tanah Melayu, serta sebahagian kerajaan di Sumatera seperti Aru, Siak,
Rokan,Inderagiri, dan Jambi.

2.Masalah sempadan / Ancaman keselamatan:


Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada
diceroboh oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan
sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan
kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadan-sempadan tidak didasarkan persetujuan politik
tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka
perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh
ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang
disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti
Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya


daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya
hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan
penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan.

3.Menguasai Sumber Ekonomi


Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang
penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus
untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan
tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba
untuk mengerjakan ladang-ladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan
Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air
daripada sungai Tigris dan Euphrates.

4.Mengatasi pemberontakan
Kadangkala matlamat peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak
demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota
jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian
untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan
kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat
penentangan.
5. Melindungi Ekonomi Perniagaan
Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar
dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi
beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom,
misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh
Lautan Meditteranean.
6.Faktor Agama
Agama juga menjadi matlamat peperangan penduduk tamadun awal. Kemenangan Athens ke
atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus adalah disebabkan faktor
agama. Dalam Perang ini Parsi (beragama-theist) manakala Athens (atheist). Selain itu ia
bermatlamat mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar). Kepentingan
peribadi seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, juga menjadi matlamat
peperangan mereka, contoh dalam Perang Actium antara Cleopatra dan Mark Anthony .

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

7.Galakan Raja
Matlamat peperangan dalam tamadun awal juga sering dikaitkan dengan galakan daripada
raja. Ini berkait rapat dengan anggapan bahawa peperangan adalah satu perkara yang
menguntungkan raja dan kerajaannya.Kemenangan dalam peperangan akan menjadikan
seseorang pemerintah itu berkuasa, dapat menambahkan wilayah , kekayaan dan menambah
bilangan tentera. Contohnya di China antara matlamat peperangan dalam Dinasti Shang ialah
dapat menambah bilangan tentera, menguatkuasakan pemerintahan maharaja dan merampas
harta golongan. Manakala di India orang-orang Arya mengannggap peperangan sebagai sukan
rakyat.
8.Mengukuhkan / Menguatkuasakan pemerintahan maharaja
Kerajaan Chou memiliki bala tentera yang ramai sehingga menjangkau ratusan ribu orang
pada abad ke-3 M. Apabila sudah menyertai tentera mereka akan taat kepada maharaja dan
sukar untuk kembali kepada kehidupan biasa. Dinasti Tang telah berjaya meluaskan wilayah
ke sempadan sebelah utara disebabkan kebijaksanaan jeneral dan peranan komando yang
memberi laporan di wilayah masing-masing. Shih Huang Ti telah mengarahkan tenteranya
supaya merampas alat-alat senjata di setiap rumah , agar tidak berlaku penentangan terhadap
pemerintahan baginda. Selain itu, baginda juga telah membakar buku Confucius kerana
bimbang rakyat akan bangkit menentang pemerintahan berpusat yang dijalankannya.
9. Mempertahankan kedaulatan negara
Peperangan dalam tamadun Mesopotamia adalah untuk menyelamatkan negara dari serangan
orang gasar di sempadan. Oleh itu pemerintah membina tembok pertahanan di sekeliling kota
untuk mencegah pencerobohan luar. Adakala negara kota bersatu memerangi puak nomad
yang sering menceroboh delta yang subur. Contohnya Hammurabi telah mendirikan kubu
pada setiap kota yang dikawal oleh tentera. Manakala Shih Huang Ti pula telah membina
Tembok Besar China bagi mengelakkan serangan orang gasar. Masyarakat India melatih
golongan pahlawan sejak dari kecil bagi menguatkan petahanan mereka untuk menghadapi
kemungkinan serangan musuh. Oleh itu kota seperti Mohenjo-Daro dan Harappa dilengkapi
dengan kubu pertahanan yang kukuh.

10.Mempertahankan kawasan pertanian


Orang Mesir berperang untuk mempertahankan delta di Sungai Nil daripada serangan orang
Gasar dari Libya dan Palestin. Peperangan juga berlaku di Mesopotamia keranan berebutkan
bekalan air dari sungai yang menjadi punca kemajuan bidang pertanian.Di Arab, peperangan
juga boleh berlaku kerana berebut kawasan oasis yang subur.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

11.Semangat assabiah
Peperangan dalam masyarakat Arab disebabkan oleh semangat kesukuan yang tinggi atau
assabiah. Perkara remeh-temeh ini menjadi matlamat peperangan mereka, seperti Perang Al Basus yang berterusan selama 40 tahun hanya kerana seekor unta. Oleh tu peperangan dalam
tradisi Arab dianggap perkara biasa dan dipandang mulia. Kejayaan sesuatu kabilah akan
menjadi kebanggaan dan dapat menaikkan imej mereka. Sebaliknya, kabilah yang kalah akan
dihina dan imejnya akan terjejas dan tidak dihormati.

Kesimpulan :
Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza
mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia
yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik.
Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan
sejarah dunia.

SEJAUHMANAKAH
PERANAN ORANG LAUT DAPAT MENGUKUHKAN
EMPAYAR DI ALAM MELAYU

Pengenalan :
Terdapat pelbagai nama yang diberi kepada orang Laut.Tom Pires menggelarkan orang laut
sebagai Celates/Selatter, Prof. O.W. Wolters menggunakan istilah Gipsi Laut. Sementara itu
Profesor L.Y. Andaya menggunakan istilah sebagai Nomad Laut.Dipercayai tempat asal
kelompok ini ialah di gugusan Riau-Lingga, di selatan Selat Melaka. Manakala empayar di
Alam Melayu pada masa itu termasuklah Empayar Sri Vijaya muncul pada abad ke 7 hingga
13 masihi berpusat di Palembang , Sumatera. Empayar Majapahit berkuasa lebih 200 tahun
dari abad ke-13 hingga 14 masihi. Kerajaan Melaka diasaskan oleh Paremeswara pada abad
ke 15 dan menjadi satu empayar yang terunggul di rantau ini semasa Tun Perak menjadi
bendaharanya. Di samping empayar Acheh dan Johor Riau Lingga.

Isi-isi Penting
Peranan Orang Laut

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

1. Membantu mengukuhkan ekonomi melalui pengumpulan hasil-hasil laut.


Orang laut menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan rondaan keselamatan di
laut dan mengumpul hasil-hasil laut seperti mengutip kulit penyu,mengumpul tumbuhan laut
seperti agar-agar dan sagu yang sangat diperlukan oleh para pedagang pada masa itu. Mereka
bukan sahaja mahir di laut tetapi juga mempunyai banyak pengetahuan tentang angin monsun
dan pulau-pulau di pesisir pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu.

2. Membantu mengukuhkan kerajaan Srivijaya, Melaka dan Johor-Riau


Hubungan erat orang laut dan Kerajaan Srivijaya banyak membantu kerajaan Srivijaya
mengekalkan keunggulan ekonomi dan politiknya pada kurun ke-7 hingga kurun ke-13.
Kajian awal membuktikan bahawa peranan Orang Laut ini amat penting dalam membina
kegemilangan kerajaan Srivijaya, Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan terus
berkesinambungan pada zaman kerajaan Johor-Riau. Di samping menjadi tulang belakang
dalam angkatan laut serta mendapat kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial.

3. Sebagai pentadbir dalam istana


Anak raja Srivijaya iaitu Parameswara telah dibantu oleh orang laut untuk menubuhkan dan
mengukuhkan kerajaan Melayu Melaka. Upacara pertabalan telah dilakukan ke atas
Parameswara iaitu upacara abhiseka memberikan kedaulatan kepadanya dan keturunannya.
Selain pentadbir ada orang Laut menjadi pendayung, hulubalang, panglima dan Bentara
malahan ke jawatan tinggi seperti Bendahara, Laksamana dan Temenggung.

4. Sebagai tentera laut dan pahlawan


Orang Laut merupakan pasukan perang yang gagah, berani dan setia. Kesetiaan pernah
ditunjukkan kepada kerajaan Sri Vijaya , Melaka dan Johor-Riau. Kemahiran mereka
mendayung telah menjadikan mereka pilihan utama sebagai tentera angkatan laut.Sangat
mahir tentang angin monsun dan pulau-pulau di pesisir pantai barat dan timur Semenanjung
Tanah Melayu. Kekuatan Orang Laut juga tergambar kerana jumlah mereka yang menjadi
hulubalang lebih ramai daripada orang Melayu pada abad ke-17. Mereka dianggarkan
menganggotai kira-kira satu suku tentera Melayu dalam Kerajaan Johor-Riau.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

5.Membantu menguatkan Ketenteraan


Mempunyai bilangan tentera yang ramai merupakan satu kelebihan kepada sesebuah
empayar. Di samping berjaya menguasai negeri-negeri yang kecil dan meluaskan empayar
dengan meluas. Contohnya Melaka-mempunyai tentera terdiri daripada orang laut hingga
mampu menguasai semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Majapahit-mempunyai
tentera yang ramai terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Daha, Wengker,
Matahun, Lasem,Pajang dan Kabalan.Srivijaya-mempunyai 20,000 tentera terdiri daripada
orang laut hingga mampu menguasai Kedah Tua, dan negeri-negeri sekitar Segenting Kera.
Kekuatan tentera yang terdiri daripada orang laut dalam tentera Sri Vijya dan Melaka.
Keadaan ini membolehkan kerajaan-kerajaan ini meluaskan pengaruh dan wilayah meraka.

6. Sebagai pekerja untuk istana raja

Orang Laut juga berperanan sebagai pembawa utusan dan surat-surat kepada pemerintah luar
negeri, menyediakan agar-agar dan sagu kepada raja, berkhidmat di dapur istana, mengangkut
kayu api serta menjaga anjing perburuan Sultan. Pemerintah Johor memahami peranan dan
bakat semula jadi Orang Laut untuk menarik kapal asing berdagang ke Johor dan
mengurangkan persaingan asing terutama dari pihak Belanda di Selat Melaka.

Faktor lain
1. Agama
Pemerintah menggunakan ajaran-ajaran agama untuk mengukuhkan kedudukan politik
mereka. Di samping menjadi penaung kepada ajaran agama yang disebarkan di empayar
masing-masing. Pemerintah juga mengaitkan konsep pemerintahan dengan konsep
ketuhanan. Contohnya di Melaka- pemerintah mengaitkan jurai keturunan dengan
keturunan Iskandar Zulkarnain dan Nabi-Nabi. Raja juga dianggap sebagai bayangan tuhan.
Majapahit-menggunakan undang-undang agama hindu dan kitab-kitab agama untuk
mengaitkan mereka dengan dewa-dewa agama hindu.Srivijaya- Raja-raja menggunakan
kekayaan yang diperoleh untuk membiayai pengajian agama, membina kuil dan yayasan
agama. 'Tuhan Vatakturah' memainkan peranan untuk memastikan taat setia rakyat kepada
raja. Kerajaan-kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran agamaseperti Sri Vijaya untuk
agama Buddha dan Melaka untuk agama Islam.

2. Pentadbiran yang teratur


Sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur memastikan pemerintah dapat menjalankan
pemerintahan yang aman. Pentadbiran yang teratur memastikan empayar dapat berkembang
dengan meluas. Contohnya Melaka- Sultan dibantu oleh jemaah penasihat(Majlis Tertinggi)
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

yang dianggotai oleh golongan bangsawan.Empat pembesar iaitu Bendahara, Penghulu


Bendahari, Temenggung dan Syahbandar. Majapahit- Kitab Negarakertagama mengandungi
maklumat yang menunjukkan Majapahit mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
Srivijaya-Inkripsi Telaga Batu menunjukkan Srivijaya mempunyai pentadbiran yang
lengkap. Peranan dan kebijaksanaan pemerintah seperti Paremeswara, Hayam Wuruk (
Sri Vijaya ) dan Dapunta Hiam ( Sri Vijaya ) juga membantu mengukuhkan empayar di
Alam Melayu.

3. Kedudukan yang strategik


Kedudukan yang strategik iaitu terletak di kawasan pertemuan Laut China Selatan, Selat
Melaka dan Selat Sunda menyebabkannya menjadi pelabuhan persinggahan bagi pedagangpedagang dari India, China dan Arab. Contohnya disebabkan kedudukan yang strategik Sri
Vijaya
dapat mengawal aliran keluar hasil-hasil ekonom1 dari kawasan tanah
jajahannya dengan baik. Ini bermakna Sri Vijaya dapat mengawal politik dan ekonomi
kawasan tanah jajahannya di samping menjalankan perdagangan antarabangsa.

4. Perlindungan kuasa China


Perlindungan daripada Negara China yang merupakan kuasa yang terkuat ketika
itu telah menjamin keselamatan Sri Vijaya dan Melaka daripada ancaman musuh. Ini juga
telah memantapkan ekonomi negara-negara tersebut.

5. Dasar Perluasaan Kuasa


Dasar perluasan kuasa yang diamalkan juga telah menguntungkan kerana
membolehkannya memungut cukai dan menerima ufti daripada tanah jajahan. Kerajaankerajaan ini mempunyai pembesar-pembesar yang berkaliber seperti Patih Gajahmada di
Majapahit dan Tun Perak di Melaka turut membantu dalam perluasan kuasa.

Kesimpulan :
Orang Laut memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan kekuatan dan
kegemilangan Sri Vijaya, Melaka dan Johor-Riau. Pada suatu masa mereka amat gemilang
dan berada di mercu yang tinggi dalam hieraki sosial dan kuasa politik Melayu dari abad ke-7
hingga abad ke-17 Masihi. Kejayaan pemerintah di Melaka, Majapahit dan Srivijaya
mengekalkan pengaruh dan kekuasaan menyebabkan empayar jajahan yang dikuasai begitu
meluas. Hal ini menyebabkan keagungan dan kegemilangan empayar-empayar berkekalan
untuk satu tempoh yang agak lama.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

TEMA 7
BANDINGKAN FAKTOR-FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
ANTARA TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN ISLAM

PENDAHULUAN :
Mengikut Kamus Dewan, penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke meratamerata tempat. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan
yang baru ditemui atau diduduki.
Hanbury dalam buku The Oxford Book Of Exploration, menyatakan penjelajahan berlaku
sejak zaman pra sejarah dengan tujuan tertentu,contoh berdagang dan mengembangkan
agama.
F. Devenham dalam Discovery and Exploration, menjelaskan manusia sering mencari
kelebihan-kelebihan lain dengan melakukan penjelajahan dan penerokaan. Dengan itu dapat
memenuhi hajat dan kehendaknya seperti mana yang diingini,contoh,menakluki,berdagang
dan meluaskan ajaran agama.
Latar belakang sejarah penjelajahan dan penerokaan China adalah dapat dikesan bermula
sejak abad 1 Masihi lagi. Hal ini dapat dilihat melalui pengembaraan oleh tokoh-tokoh seperti
I-Ching dan Fa Shien. Menjelang abad ke 14M, aktiviti penerokaan dijalankan secara meluas
khususnya untuk aktiviti perdagangan dan perluasan kuasa. Antara tokoh penerokaan terkenal
adalah Laksamana Cheng Ho dan Yi Ching.
Latar belakang sejarah orang Islam dapat dilihat sekitar abad ke 10M hingga 14M. Dilakukan
secara tidak terancang oleh ahli pengembara Islam yang melakukan secara individu.
Antaranya tokoh penerokaan Islam seperti Al-Masudi, Ibn Battutah, Ibn Majid dan Ibn
Hawqal.
Matlamat penjelajahan dan penerokaan China dapat dilihat berasaskan faktor 3G iaitu mencari
Kekayaan, Perluasan kuasa, dan Keagamaan. Manakala Islam adalah berkait rapat dengan 3K
iaitu, Keilmuan, Kebebasan dan Keislaman.

ISI-ISI :
1.Perluasan Wilayah :
Penjelajahan dan penerokaan Tamadun China adalah bertujuan perluasan kuasa dan tanah
jajahan. Ini bertujuan bagi meningkatkan kekuasaan dan empayar mereka. Contohnya,
semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih
dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengecam kawasan
sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian
Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad Pertama Masihi, Jeneral Pan Chao dilantik
sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria. Pada abad keMODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

14M, beberapa ekspedisi dihantar ke seberang laut di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho
untuk meluaskan pengaruh China dan menonjokan kekuasaan serta mengasaskan wilayahwilayah naungan.Contoh kekuasaan kerajaan Ming ke seluruh dunia.Turut cuba mendapatkan
rakan sekutu bagi mengatasi serangan Monggol di bawah pimpinan Tamerlane.
Hal ini mempunyai persamaan di dalam Islam bagi mengukuhkan politik yakni banyak
penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemimpin Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin
Marwan dan Al Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India
Utara dikuasai oleh tentera Islam.Selepas wafat Rasulullah s.a.w,pemerintah-pemerintah
Islam berjaya menguasai Afrika Utara dari pantai Atlantik ke Laut Merah termasuk
Sepanyol,Selatan Parsi hingga keperbatasan India dan China.Dalam jangka masa kurang
lebih satu abad sahaja, Islam telah tersebar merentasi pergunungan Pyrenes di Barat dan India
di sebelah Timur.
2.Perdagangan :
Penjelajahan dan penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti perdagangan
seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi, menguasai pusat perdagangan dan
sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya
menemui jalan sutera ke Barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera
yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari Barat seperti bulu
binatang dan batu permata. Pedagang-pedagang China turut membawa barang-barang seperti
rempah ratus,mutiara dan kulit penyu merentasi Gurun Gobi ke Timur Tengah dan Eropah.Di
bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (1371-1434) telah mengetuai
ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem
ufti.Pada 1414 Laksamana Cheng Ho turut mengetuai ekspedisi pelayaran yang disertai oleh
63 buah kapal perdagangan. Kapal yang terbesar berukuran 440 kaki panjang dan 180 kaki
lebar,manakala kapal yang mempunyai saiz sederhana berukuran 370 kaki panjang dan 180
kaki lebar.Lebih daripada 100 buah kapal kecil mengiringi pelayaran tersebut.Setiap kapal
dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan. Ekspedisi ini melibatkan 27876 orang
termasuk pedagang,pelaut dan askar.Negara China menghantar tujuh ekspedisi pelayaran
secara besar-besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi ke
India, Sri Lanka hingga ke Teluk Parsi,Aden dan Pantai Timur Afrika. Kapal-kapal dagang
China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku.
Di tamadun Islam, aktiviti penjelajahan dan penerokaan adalah untuk perdagangan. Orang
Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk
mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus dari Timur.Pada zaman
Khalifah Al Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke
Negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan
laut antara Timur dan Barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan
pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka telah berjaya menguasai perdagangan
rempah dan sutera dari Timur.Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, pedagang-pedagang
Islam telah melakukan penjelajahan dan penerokaan di Timur, contohnya,berulang alik
menguruskan perdagangan antara pelabuhan Antioch di Timur dan pelabuhan Gibraltar di
Barat(Eropah).Wujud perhubungan perdagangan antara pedagang Arab dan China melalui
pelabuhan Khanfou dan perkampungan orang Arab di Canton.Wujud hubungan dagang antara
pedagang Arab di Alam Melayu,contoh perdagangan kayu gaharu,kayu sendal dan bijih
timah.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

3.Meningkatkan pengetahuan dalam bidang keagamaan :


Pada tahun 399 masihi, orang China melakukan penjelajahan dan penerokaan ke India untuk
menambahkan ilmu pengetahuan yakni mempelajari agama Buddha. Mubaligh Fa Xian
telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha
mempelajari Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan
darat. Mubaligh Xuang Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria
dan telah berjaya mengumpulkan buku suci Buddha untuk di bawa ke China.Selain itu
,terdapat mubaligh Buddha iaitu Hsuan Tang dan I-Tsing yang turut ke benua kecil India
untuk mendalami agama Buddha.Hsuan Tang telah menuntut ilmu di Universiti Nalanda,
India selama setahun dan berpeluang mempelajari ilmu Buddha daripada seorang rahib
terkenal di Kashmir.Rahib-rahib Buddha juga mengumpulkan manuskrip agama Buddha
untuk di bawa ke negeri China.Contoh Hsuan Tsang membawa 700 buah manuskrip agama
Buddha yang dikumpulkan semasa beliau berada di India. Atas arahan Maharaja,beliau
menghabiskan hayatnya dengan menterjemahkan manuskrip tersebut dan membuat catatan
pengalamannya dalam buku Si-yu-ki. Manakala dalam catatan I-Tsing, dalam perjalannya
pulang,beliau singgah di Shin-li-fo-Shin yang dikenali sebagai Srivijaya.Menurut
beliau,Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang terkenal iaitu di ibu kota Srivijaya
terdapat lebih 1000 orang pendeta Buddha yang tekun mendalami ilmu dan mengamalkan
ajaran Buddha.Ilmu yang dipelajari oleh pendeta-pendeta di Srivijaya tidak mempunyai
perbezaan dengan Madyadika di India.
Penjelajahan dan penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada
zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan
dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang
menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah
yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Islam menyebarkan Islam ke Acheh,Maulana
Ibrahim ke Gerisik Jawa dan Syeikh Arif ke Sumatera. Pada zaman Rasulullah s.a.w. , Islam
berkembang di sekitar Semenanjung Tanah Arab dan diperluaskan pada zaman khulafah AlRasyidin yakni menembusi Afrika Utara dan Eropah Selatan.Turut diperluas ke India,China
dan Alam Melayu pada zaman Bani Umaiyah.Contoh, khalifah Al-Walid bin Abdul Malik
telah menghantar panglima Muhammad bin Qassim ke Sind India dan panglima Qutaibah bin
Muslim ke China untuk meneroka dan menyebarkan Islam.
4.Ilmu Pengetahuan :
Tokoh pelayaran China seperti Hsuan- Tsang, I-Ching dan Fa Hsien mengembara dengan
tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat dengan bahasa
Sanskrit, budaya dan agama. Fa-Hasien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi
lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I-Ching berjaya
mengumpulkan 4000 naskah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari India dan
diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.
Penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk
menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat mempelajari ilmu
pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke
Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
dan Parsi. Pelayar dan pengembara bagi menimba dan mempelajari pelbagai ilmu seperti
bidang perubatan, astronomi dan geografi dari tamadun-tamadun sebelumnya iaitu
Babylon,Mesir ,India,China dan Yunani. Juga ilmu Matematik Yunani dan India.Dalam

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

bidang astronomi Yunani dan Hindu, Al-Khawarizmi menyiapkan takwim bertajuk Zil alSindhind berdasarkan sindhanta Hindu dan menulis tentang alat astrolab Yunani. Al-Biruni
,ahli astronomi Islam mengarang kanun al-Masudi dengan merujuk kepada sumber
Babylon,Yunani,India dan Parsi.Ibn Sina menulis kitab perubatan Qanun fi-al-Tib
berdasarkan ilmu perubatan Yunani dan Arab.Dalam ilmu geografi, Sulaiman al-Mahri
menulis Akhbar al-Sin berkenaan negeri China dan al-Biruni menulis tentang India dalam
Kitab al-Khid.Disiplin Geografi turut diterokai oleh umat Islam terutamanya melalui tokohtokoh seperti al-Masudi,al-Idrisi dan Ibn Hawqal yang merupakan ahli Geografi dan pelayar
yang berusaha untuk meningkatkan ilmu Geografi dan pelayaran.Melalui ekspedisinya, alIdrisi berjaya memperkemaskan rekod-rekod pelayaran dan membetulkan kesilapan yang
direkodkan oleh penulis sebelumnya.Al-Masudi , disepanjang pengembaraannya telah
membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun,iklim negara yang dilawati dan
kedudukan laut serta sungai.

5.Diplomatik :
Pada abad pertama Masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan
China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada
abad ke 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini dapat memperluaskan lagi pengaruh
dan kekuasaan China.
Ini berbanding dalam tamadun Islam, Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Di zaman Nabi Muhammad
s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad s.a.w
disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alaudin Riayat
Shah (1588-1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai
balasan Sultan Turki telah mengirim bintang(pingat) yang tertinggi kepada Sultan Acheh.
6.Kemajuan teknologi pelayaran :
Kejayaan orang China dalam bidang penjelajahan dan penerokaan juga disebabkan
kemajuan dalam teknolgi pelayaran.Orang China merupakan bangsa yang maju dan
berkemahiran yang tinggi dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.Hal ini jelas terserlah
daripada keupayaan mereka membina kapal-kapal besar yang boleh digunakan dalam
pelayaran jarak jauh. Tambahan pula,mereka juga mempunyai kepakaran mencipta pelbagai
jenis peralatan seperti kompas magnetik,sekstan,papan pelindung angin dan ruang kedap air
.Kompas magnetik dicipta oleh orang China sekitar tahun 1170M.Penggunaan kompas
membantu pelayar-pelayar China mengetahui arah pelayaran.Selain kompas magnetik,sekstan
juga digunakan.Alat ini membantu mengesan laluan laut dan menentukan kedudukan
kapal.Penciptaan peralatan-peralatan baru menyebabkan orang China berjaya melancarkan
ekspedisi-ekspedisi pelayaran ke sekitar Lautan Pasifik.
Orang Islam turut terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan kerana pengalaman luas
dalam peperangan di laut.Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang
angin,ombak,arus,ribut,taufan dan perubahan angin monsun.Selain itu,mereka turut

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

berpengetahuan dalam ilmu Geografi, hidrografi dan meteorologi.Mereka juga mempunyai


pelbagai buku yang berkaitan dengan ilmu pelayaran contohnya kitab al-Anwa hasil karya
Abu Hanifa Dinawri yang dapat dijadikan panduan ketika melakukan pelayaran.Tokoh-tokoh
besar dalam penjelajahan dan penerokaan termasuklah Al-Masudi,Ibn Battutah,Ibn Majid
dan Ibn Hawqal.

Dorongan agama (Islam) :


Dorongan al-Quran menyebabkan umat Islam keluar melakukan penjelajahan dan
penerokaan. Dorongan ini terdapat dalam surah al-Jumuah ayat 9, surah al-Mukmin ayat 82
dan surah al-Haj ayat 46.Contoh, dalam surah al-mukmiun ayat 82,Allah berfirman yang
bermaksudkatakanlah:Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah s.w.t
menciptakan manusia dan permulaannya.Kemudian Allah s.w.t menjadikannya sekali lagi.

Semangat Inkuiri (Islam) :


Pada abad ke-9M,kebanyakan universiti Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah
mengetengahkan pandangan untuk manusia mengetahui,mengkaji dan menyelidik dunia
disekeliling mereka.Hal ini bermakna mereka ditanamkan sifat ingin tahu tentang hal ehwal
yang berlaku di sekeliling mereka.Berdasarkann hal ini,mereka mula keluar menjelajah dan
secara tidak langsung memerhati dan mengkagumi ciptaan dan kejadian Allah s.w.t sepanjang
perjalanan mereka ketika menjelajah di atas muka bumi ini.Pengembaraan Ibn Batutah
menceritakan pengalaman beliau sepanjang lawatannya ke Afrika Utara dan Afrika
Barat,India,Asia
Tenggara
serta
China.Berdasarkan
catatan
perjalanan
dan
pengalamannya,menunjukkan bahawa aktiviti penerokaan dan penjelajahan bangsa Arab
amnya dan Islam khususnya mencapai tahap yang tinggi sehingga kini.
Penyebaran Kebudayaan Islam : (Islam)
Menerusi penjelajahan dan penerokaan oleh pelayar-pelayar dan pengembarapengembara,peradaban Islam disebarkan ke serata dunia. Melalui penyebaran kebudayaan
Islam, peradaban Islam tersebar dengan meluasnya sehingga ia menjadi kebudayaan manusia
seluruh dunia. Selepas itu,kebudayaan dan peradaban Islam diubahsuaikan oleh masyarakat
mengikut naluri dan emosi agama dan kepercayaan masing-masing.
Kesimpulan :
Faktor penjelajahan dan penerokaan Tamadun China dan Islam mempunyai persamaan seperti
aktiviti ekonomi, politik, dan keagamaan. Penjelajahan dan penerokaan orang China dan
Islam mempunyai sumbangan yang amat besar dalam perkembangan tamadun manusia.
Aktiviti penjelajahan dan penerokaan mereka berjaya memperlopori perkembangan tamadun
dan kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

BINCANGKAN KESAN-KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN DALAM


TAMADUN BARAT DAN TAMADUN CHINA

PENGENALAN:
-Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan
menghadapi.Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata
tempat atau daerah.Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak
zaman Yunani dan Rom.
-Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan
penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan
(gospel).
-Sementara masyarakat China melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan sejak abad
pertama masihi. Antara matlamat u t a m a p e n e r o k a a n d a n p e n j e l a j a h a n d a l a m
t a m a d u n C h i n a d a n I s l a m i a l a h penaklukan, agama, perdagangan ,pengetahuaan, dan
kebudayaan.
-Penjelajahan dan penerokaan adalah sangat penting kepada manusia yang memindahkan
sikap statik kepada sikap dinamis.Namun begitu ia memberi impak negatif yang lebih meluas
kepada negeri-negeri yang dijajahi dan diterokai berbanding kesan positif.Motif untuk
memenuhi kehendak politik,ekonomi dan sosial akan tercapai melalui penerokaan dan
penjelajahan.
ISI-ISI :
Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan Tamadun Barat:
1. Memperluaskan Tanah Jajahan :
J.Keay dalam History of World Exploration menyatakan ,meluaskan empayar dan
kemenangan ketenteraan menjadi salah satu tujuan penjelajahan Barat. Hal ini akan
melahirkan atau membentuk sebuah kerajaan Barat yang disegani oleh semua negara.
Sejak abad ke-15 hingga abad ke-17 lagi kuasa-kuasa barat seperti Portugal, Sepanyol,
Belanda, British, Perancis dan Amerika Syarikat telah menjelajah dan meneroka negaranegara di benua Asia. Menjelang abad ke-19 kuasa-kuasa barat ini telah campur tangan di
negara-negara Asia melalui dasar imperialisme masing-masing.
Berjaya memperluaskan kuasa tanah jajahannya di luar Eropah.
Di Benua Asia, Portugal telah menubuhkan empayar maritim yang menguasai jalan luar di
Lautan Hindi, Asia Tenggara sehingga negeri China.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

2.Perdagangan di Asia :
Sejak berlakunya Revolusi Perindustrian dan perusahaan di Eropah,negara-negara Eropah
bergantung sepenuhnya kepada bahan-bahan seperti rempah ratus,ubatan,kapas,emas,sutera
dan batu permata sebagai tenaga atau bahan mentah untuk perusahaan dan
perindustrian.Contoh sutera di China,rempah di Indonesia dan kapas di India.
Pedagang Itali dan Arab adalah pedagang tunggal yang menguruskan urusan perdagangan
dengan Timur seperti India dan China mengikuti jalan darat melalui Samarkhan Bukhara dan
Kabul.Justeru barangan yang dijual pedagang Itali dan Arab kepada pedagang Eropah dengan
harga yang tinggi.Hal ini menyebabkan pedagang Eropah berusaha untuk datang sendiri ke
Timur dan menjalankan perdagangan dengan India dan China.Kedatangan kusa-kuasa Eropah
ke Timur ini menyebabkan berlakunya penjelajahan dan penerokaan Eropah di Timur.
Didominasikan oleh Portugal melalui satu jalinan pusat kuasa dan perdagangan di pelabuhanpelabuhan strategik seperti Socotra, Hormuz, Aden, Goa, Melaka, Moluccas dan Macao.
Abad 16 muncul sebagai kuasa perdagangan yang dominan di Asia Tenggara, di Timur Jauh
dengan Jepun dan China dan di Eropah.

3.Perkembangan Agama Kristian Luar Eropah :


Penaklukan dan pemerintahan diikuti dengan penyebaran agama Kristian terutamanya oleh
golongan Francisian.
Melalui Gereja Katolik, unsur unsur kebudayaan Sepanyol diperkenalkan kepada orangorang tempatan.
Raja-raja Eropah dan golongan mubaligh Kristian untuk mengembangkan agama Kristian di
luar benua Eropah.Para pendakwah Kristian bersama-sama saudagar-saudagar ingin meneroka
wilayah-wilayah baru di Afrika dan Amerika.Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang
tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia dan Afrika
telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

4.Pengaliran Kekayaan Ke Eropah :


Berikutan daripada penjelajahan Columbus, orang orang Sepanyol mulai menduduki
beberapa kawasan di Hindia Barat, iaitu Hispaniola dan Cuba dengan bermotif memperolehi
tanah untuk pertanian dan emas.
Herman Cortes merampas Mexico daripada Aztec kaya dengan emas dan tanah untuk
perladangan.
1531, Pizarro menakluki Peru yang kaya dengan perak.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

5.Perpindahan Pusat Perdagangan ke Eropah Barat :


Pusat perdagangan di Eropah yang dahulunya bertapak di Eropah selatan mulai berpindah ke
Eropah Barat, iaitu Lisbon, Bordeix, Liverpool, Bristol dan Amsterdam.
6.Kelahiran Ekonomi Kapitalisme dan Merkantalisme:
Kekayaan dari koloni yang mengalir ke Eropah mendorong kelahiran ekonomi kapitalisme
Bermula dengan revolusi komersil yang menitik beratkan pasaran eksport, modal
persendirian, keuntungan dan penindasan tenaga buruh murah.
Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam
perniagaan.Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan
mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.Perkembangan ini menyebabkan
negera-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar
mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
Perlaksanaan dasar merkantalisme dapat dilihat di England pada abad ke -15 di bawah
pemerintahan keluarga Tudor.Pemerintahan keluarga Tudor menyaksikan perluasan
perdagangan.
Kapitalisme tumbuh pesat di negara-negara Protestan yang terdapat aliran agama
Calvinisme.Mengikut fahaman Calvinisme, individu yang bekerja untuk mendapatkan lebih
banyak wang dan seterusnya melabur untuk menghasilkan keuntungan.

7.Kesan Sosial ke Atas Masyarakat Eropah Dan Koloni :


Di Eropah meningkatkan kadar kos kehidupan meluaskan lagi jurang perbezaan
sosial
Di koloni- penularan penyakit baru kenaikan kadar kematian orang tempatan.
8.Mempercepatkan Kemerosotan Pengaruh Pedagang Islam :
P.E.James dalam Dunia Serba Mungkin:Sejarah Idea Geografi menyatakan penjelajahan
dan penerokaan yang dilakukan berkaitan dengan keinginan pengaliran kekayaan atau
kemajuan ekonomi.Sebelum abad ke-18M,perdagangan dikuasai oleh pedagang-pedagang
Islam dan berlaku persaingan-persaingan antara pedagang Barat dan Islam.Justeru,pedagangpedagang Barat (Eropah) membuat penerokaan dan penjelajahan ke bahagian Timur yakni
India,Alam Melayu dan China dengan tujuan memecahkan monopoli perdagangan Islam.
Penguasan perdagangan di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi oleh pedagang Islam telah
merosot kesan daripada penerokaan kuasa Eropah terutamanya Portugis.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

9.Perubahan Ekologi :
Pengenalan spesies baru flora dan fauna dari Asia dan Eropah diperkenalkan ke Amerika
Utara dan Selatan , contohnya jagung, tomato, ubi kentang dan ayam.
10.Asimilasi antara Penjajah Dengan Penduduk Tempatan :
Berlakunya perkahwinan campur antara penjajah dengan penduduk tempatan contohnya ,di
Amerika Selatan dan Filipina.
Selain itu, bahasa Sepanyol turut mempengaruhi penduduk tempatan.
11.Kemajuan dalam teknologi pelayaran:
Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran menggiatkan lagi penerokaan ke
seberang laut.Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut
Mediterranean pada abad ke-15. Alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk
memudahkan pelayaran.
12.Penghasilan kitab pengembaraan :
Marco Polo menulis sebuah buku The Travels of Marco Polo ketika berada dalam tahanan
di Genoa.Buku ini diterjemahkan dalam bahasa Latin,Sepanyol dan Inggeris.Buku ini menjadi
sumber rujukan para pengembara Eropah khususnya dari negara Portugal dan Sepanyol untuk
melakukan ekspedisi menjelajah ke luar.Maklumat yang terkandung dalam buku ini
mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut ke
Timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperti Friar Odoric dan John Monte Corvino tertarik
untuk pergi ke China selepas membaca buku tersebut.
13.Peningkatan intelektual :
Keluarga Marco Polo menetap di China selama tujuh belas tahun (1271-1882M) dan
berkhidmat dengan Maharaja Kublai Khan. Marco Polo membuat misi diplomat ke
Sumatera,Tibet,Sri Lanka bagi pihak Kublai Khan.Beliau membuat catatan perjalanan nya ke
Myanmar dan India dan catatan ini sangat penting dalam meningkatkan ilmu pengetahuan
orang-orang Eropah mengenai China. Orang-orang Eropah dapat mengetahui mengenai
budaya orang-orang China dan penemuan tamadun mereka.Tamadun China telah
memperkenalkan ulat sutera untuk membuat kain sutera,penggunaan wang
kertas,rempah,pencetak buku,tembikar serta serbuk letupan yang digunakan dalam
peperangan kepada dunia Barat. Pada tahun 1883,keluarga Marco Polo pulang ke Itali.Dengan
menaiki kapal China,beliau belayar ke Hormuz dan kemudian mengikuti jalan darat ke
Trebizond dan kemudiannya ke Costantinople. Beliau terus belayar ke Venice dengan
membawa barang-barang dagangan yang unik dari China dan kisah pengembaraannya
diabadikan dalam The Book of Marco Polo.Buku catatan Marco Polo yang ditulis oleh
Rustichello bertajuk The Travels of Marco Polo , banyak memberi sumbangan dan
mempengaruhi aktiviti penjelajahan termasuk Christopher Columbus. Kebanyakan pedagang
Eropah datang ke Timur mengikuti jalan yang dirintis oleh Marco Polo.
Penjelajahan dan penerokaan orang Eropah turut memberi kesan kepada perkembangan
intelektual.Contohnya berlakunya peningkatan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu-

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

ilmu sains dan teknologi,politik,pemikiran dan falsafah.Kepesatan pembangunan ekonomi


juga dapat membiayai dan menyumbangkan kewangan kepada pembangunan intelektual
seperti pembinaan sekolah,maktab dan universiti.Di Eropah lahir golongan pemikir yang telah
berjaya menghasilkan idea-idea baru dalam perkembangan dan pembangunan masyarakat
yang banyak membawa kepada pemikiran dan politiknya yang akhirnya mencetuskan
revolusi-revolusi di Eropah.
14.Peningkatan ilmu Geografi :
P.E. James dan G.Martin dalam Dunia Serba Mungkin:Sejarah Idea Geografi menyatakan,
melalui penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Eropah seperti
Marco Polo (1254-1324 M) dan Vasco da Gama
(1469-1524 M) telah menemukan
formula dan bukti bahawa dunia berbentuk spiar (bulat) dan jalan laut boleh dilalui dengan
selamatnya.Pelaut-pelaut Itali pula telah menggunakan kompas untuk menentukan arah
perjalanan dan garisan-garisan lintang dunia dapat ditentukan melalui ilmu bintang.Manakala
peta pelayaran boleh didapati melalui bantuan alat pelayaran serta membina kapal-kapal yang
tahan lasak.

Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan Tamadun China:


1.Meluaskan kuasa :
Menjelang abad pertama Masihi, seorang jeneral bernama Pan Chao dilantik sebagai wizurai
provinsi Kashgar dan berjaya meluaskan pengaruh hingga ke Syria.Orang China juga telah
menghantar misi hingga ke Constantinople dan mengadakan hubungan dengan Empayar
Rom.Semasa pemerintahan Kublai Khan, ekspedisi-ekspedisi ketenteraan dihantar ke Jepun
pada tahun 1274M dan 1281,manakala ke Jawa pada tahun 1292M.
2.Penemuan Jalan Sutera :
Jalan sutera adalah jalan laut yang menghubungkan Timur Laut dengan rantau Mediterranean
melalui Asia Tengah.Bulu biri-biri ,emas dan perak dibawa ke China untuk golongan gentry
(aristokrat).
3.Pembinaan kapal-kapal besar :
Masyarakat China telah mengunakan kepintaran mereka untuk membina kapal-kapal besar
dan mempunyai idea serta penemuan-penemuan baru yang membantu dalam operasi dan
pelayaran kapal-kapal besar.

4.Penemuan alat-alat penjelajahan dan penerokaan :


Sekitar tahun 1120M ,kompas magnetik telah dicipta.Kompas tersebut membantu mereka
mengetahui arah pelayaran.Mereka turut menemui sekstan (alat menentukan kedudukan
kapal) yang membantu mereka mengesan laluan laut.Penemuan-penemuan yang lebih efisien

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

adalah leeboard (papan lindung angin),windlass dan watertight compartment (ruang dalam
kapal yang kedap air).
Peta-peta pelayaran Cheng Ho sangat berguna untuk pelayaran ke negara-negara Asia dan
Afrika.Peta pelayaran 20 halaman dan mengandungi gambar-gambar laluan pelayaran
pelayaran Cheng Ho yang bertolak dari Nanjing ke pelbagai kawasan,pulau dan kota di
negara-negara Asia dan Afrika. Peta tersebut bukan sahaja merupakan peta dunia yang paling
terperinci tentang Asia dan Afrika di China pada abad ke-15,tetapi juga peta pelayaran ke
Asia dan Afrika yang paling awal terdapat di China.Dao Yi Zhi Lue(catatan tentang pulaupulau di luar negeri)yang ditulis Wang Dayuan pada tahun 1348 telah menyimpulkan
pengetahuan orang China tentang negara-negara seberang laut sejak Dinasti Tang (608-907)
dan Dinasti Song (960-1279).Jumlah nama tempat asing yang tercatat dalam Dao Yi Zhi Lue
tersebut hanya 1/3 daripada yang ada pada peta pelayaran Laksamana Cheng Ho.Tedapat
kumpulan yang mengelilingi Tanjung Harapan kerana dalam peta China pada tahun 1402M
dengan jelas menunjukkan sebahagian daripada pantai Barat Afrika.Penemuan ini berlaku
kira-kira 60 tahun sebelum Bartolemeu Diaz mengelilingi Tanjung Harapan.
5.Pengumpulan barangan pelbagai negara :
Menurut catatan buku sejarah China, barang yang dibawa ke Samudera Barat oleh armada
Cheng Ho termasuk kain sutera, tembikar, emas, perak, gangsa, alatan besi untuk kegunaan
sembahyang atau memasak, beras, kapur barus dan buku.Sehinggakan sebahagian genting
istana negera asing juga merupakan barangan yang dibawa oleh Cheng Ho.Barangan yang
dibawa pulang oleh armada Cheng Ho ke China termasuk mutiara,intan, gading, singa,
zirafah, rempah ratus seperti cengkih, kemenyan, tanduk-tanduk haiwan liar Afrika, wangiwangian, pelbagai jenis kain dan kayu. Di samping itu, pada zaman Dinasti Ming terdapat
banyak rempah ratus yang dibawa dari Melaka, Johor dan Pahang ke China.
6.Pemahaman tentang agama Buddha :
Pada abad ke 6M, pengembara China menjelajah untuk meningkatkan pengetahuan
agama.Pada tahun 629M,seorang rahib Buddha telah mengmbara ke India untuk mendalami
agama Buddha.Di India,beliau mempelajari ilmu agama di Universiti Nalanda dan membawa
balik 700 manuskrip agama Buddha ke China.Selain itu,seorang pengembara China I Ching
telah belayar ke India untuk melawat tempat-tempat suci Buddha dan mempelajari ilmu
agama di Nalanda selama 10 tahun.
Pengembara Fa-Hsien telah menghasilkan buku berjudul Fo-hue-ki,mengandungi catatan
perjalanannya ke India sewaktu beliau mendalami agama Buddha.Beliau teleh mengumpulkan
karya-karya Buddha untuk dibawa balik ke China.Beliau turut mengembara ke
Sumetera,Tibet dan Ceylon.Selepas kembali ke China,beliau telah menterjemahkan semua
teks Buddha yang dibawanya k e dalam bahasa Cina.
7.Menjalin hubungan diplomatik :
Pada abad Pertama Masihi ,orang China mengembara dengan tujuan misi politik.Utusan
China telah sampai ke Constinople dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom.Pada
abad ke-15 Masihi,Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka.Hal ini dapat memperluas lagi pengaruh dan
kekuasaan China.Contoh Armada Laksamana Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal
yang berbeza saiz.Jumlah keseluruhan pegawai,pedagang dan anak kapal armada Laksamana
Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang.Sutera,barang porselin dan barang seni kraf tangan
lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut.Semasa berlabuh di setiap
pelabuhan,Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cop mohor yang diperbuat dari
perak dan menghadiahkan cendermata kepada raja-raja yang dilawati.Laksamana Cheng Ho
juga menyampaikan titah Maharaja yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar
utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain.
8.Peningkatan ilmu pengetahuan :
Tokoh pelayaran China seperti Hsuan-Tsang, I Ching dan Fa Hsien mengembara untuk
tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya yang berkait rapat dengan bahasa
Sanskrit,budaya dan agama. Fa Hsien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi
lengkap tentang politik,ekonomi dan sosial masyarakat India.I- Ching berjaya mengumpulkan
4000 naskhah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari India dan diterjemahkan ke
dalam 230 buah jilid buku.

9.Kejayaan ekspedisi ke Eropah dan seluruh Asia Selatan dan India :


Ekspedisi penjelajahan dan penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti
perdagangan seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi, menguasai pusat
perdagangan dan sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan
sehingga berjaya menemui jalan sutera ke Barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa
bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari Barat
seperti bulu binatang dan batu permata. Pedagang-pedagang China turut membawa barangbarang seperti rempah ratus,mutiara dan kulit penyu merentasi Gurun Gobi ke Timur Tengah
dan Eropah.Di bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (1371-1434)
telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan
melalui sistem ufti.Pada 1414 Laksamana Cheng Ho turut mengetuai ekspedisi pelayaran
yang disertai oleh 63 buah kapal perdagangan. Kapal yang terbesar berukuran 440 kaki
panjang dan 180 kaki lebar,manakala kapal yang mempunyai saiz sederhana berukuran 370
kaki panjang dan 180 kaki lebar.Lebih daripada 100 buah kapal kecil mengiringi pelayaran
tersebut.Setiap kapal dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan. Ekspedisi ini
melibatkan 27876 orang termasuk pedagang,pelaut dan askar.Negara China menghantar tujuh
ekspedisi pelayaran secara besar-besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi
Lautan Hindi ke India, Sri Lanka hingga ke Teluk Parsi,Aden dan Pantai Timur Afrika.
Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku.

KESIMPULAN:
Penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan telah memberi impak yang besar terutama aspek
ekonomi di negara Barat dan Timur.Tamadun China dan Tamadun Barat memberi sumbangan
yang besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan yakni dapat mempengaruhi
perkembangan tamadun dan manusia di dunia ini.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

NILAIKAN SUMBANGAN LAKSAMANA CHENG HO DAN MARCO POLO


DALAM AKTIVITI PENGEMBARAAN DAN PENJELAJAHAN
PENDAHULUAN
LAKSAMANA CHENG HO
--Latar belakang Cheng Ho: Cheng Ho adalah seorang Muslim yang menjadi orang
kepercayaan Maharaja Yung Lo dari China (berkuasa tahun 1403-1424) dari Dinasti
Ming.Lahir sekitar tahun 1370 Masehi dan meninggal pada tahun 1432.
Cheng Ho yang nama asalnya adalah Ma He dalam Bahasa Arab adalah Muhammad Siddiq
lahir dari Keluarga Cina Muslim kebanyakan di Provinsi Yunnan.
Ketika pasukan Ming menakluki Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian
dikembirikan untuk menjadi sida-sida raja (hamba raja).
-Pada Zaman Dinsti Ming, Cheng Ho ditugaskan sebagai Laksamana dengan misinya
melakukan pelayaran ke negara di Selatan dan Barat.Cheng Ho melakukan tujuh ekspedisi
pelayaran ke berbagai daerah di Asia dan Afrika,antara lain:Vietnam, Taiwan, Melaka,
Sumatera, Jawa, Sri Lanka, India bahagian Selatan,Persia, Teluk Persia, Arab, Laut Merah, ke
Utara hingga Mesir, Afrika, ke Selatan hingga Selat Mozambique.

MARCO POLO
-Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal dari Venice, Itali.
Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal kerana penglibatan dalam bidang
perdagangan di Timur Tengah.
-Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa
saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan
dan penjelajahan selama 24 tahun. Pengalaman pengembaraan Marco Polo bermula pada
detik itu sehinggalah beliau mengecapi kejayaan dalam bidang pelayaran dan sekaligus
menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan tamadun dunia.
-Marco Polo menulis mengenai pelayarannya terutamanya Sepanyol dan Portugal. dalam
bukunya The Travels of Marco Polo.Buku ini menjadi sumber rujukan pengembara Eropah
terutamanya Sepanyol dan Portugal.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

SUMBANGAN LAKSAMANA CHENG HO


Isi-isi:

1.Sumbangan dalam pelayaran


Peta-peta pelayaran Cheng Ho sangat berguna untuk pelayaran ke negara-negara
Asia dan Afrika.Peta pelayaran itu 20 halaman dan mengandungi gambar-gambar laluan
pelayaran Cheng Ho yang bertolak dari Nanjing ke pelbagai kawasan, pulau dan kota di
negara-negara Asia dan Afrika. Peta tersebut bukan sahaja merupakan peta dunia yang paling
terperinci tentang Asia dan Afrika di China pada abad ke-15, tetapi juga peta pelayaran ke
Asia dan Afrika yang paling awal terdapat di China. Sebagaimana diketahui Dao Yi Zhi Lue
(Catatan tentang Pulau-pulau di Luar Negeri) yang ditulis oleh Wang Dayuan pada tahun
1349 telah menyimpulkan pengetahuan orang China tentang negara-negara seberang laut
sejak Dinasti Tang (608-907) dan Dinasti Song (960-1279). Namun jumlah nama tempat
asing yang tercatat dalam Dao Yi Zhi Lue tersebut hanya 1/3 daripada yang ada pada Peta
Pelayaran Cheng Ho.
2.Sumbangan dalam perdagangan antarabangsa
-Menurut catatan buku sejarah China, barang yang dibawa ke Samudera Barat oleh
armada Cheng Ho termasuk kain sutera, tembikar, emas, perak, gangsa, alatan besi
untuk kegunaan sembahyang atau memasak, beras, kapur barus dan buku.
Sehinggakan sebahagian genting istana negera asing juga merupakan barangan yang
dibawa oleh Cheng Ho.
-Barangan yang dibawa pulang oleh armada Cheng Ho ke China termasuk mutiara,
intan, gading, singa, zirafah, rempah ratus seperti cengkih, kemenyan, tanduk-tanduk
haiwan liar Afrika, wangi-wangian, pelbagai jenis kain dan kayu.
Di samping itu, pada zaman Dinasti Ming terdapat banyak rempah ratus yang dibawa
dari Melaka, Johor dan Pahang ke China.
3.Sumbangan dalam penyebaran Islam
Dari tahun 1405 ke 1433, selama tujuh ekspedisinya, banyak catatan dan cerita di
negara-negara Asia Tenggara yang menggambarkan secara jelas bahawa Cheng Ho
memang membantu penyebaran Islam di sana.
- Robert Morrison (782-1843), seorang misionaris Inggeris, mengatakan, Di antara
pulau pulau di Asia Tenggara, Jawa adalah yang paling kaya. Di tahun 1405, seorang
penyiar Islam (Cheng Ho) memimpin tentaranya untuk memaksa penduduk setempat untuk
meninggalkan pemujaan berhala dan masuk ke dalam agama Islam. Hal ini menjelaskan
bahawa pada awal abad 15, Cheng Ho benar-benar menyebarkan Islam di Jawa.
Bagaimanapun kenyataan bahawa Cheng Ho menggunakan kekerasan untuk mengubah
kepercayaan masyarakat tempatan kepada Islam adalah menyalahi
kebenaran sejarah kerana sehingga abad ini tidak ada artikel ataupun buku yang
mencatat kejadian kekerasan seperti yang dikatakan oleh Robert Morrison.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

4.Sumbangan dalam membentuk hubungan diplomatik


Laksamana Cheng Ho telah meletakkan landasan sejarah dalam hubungan diplomatikChinaNusantara. Banyak contoh yang membuktikan bahwa kedatangan Laksamana
Cheng Ho dengan armadanya semata-mata untuk menyebarkan benih persahabatan,
Buktinya, setelah kedatangan Cheng Ho Melaka, hubungan diplomatik dan berbalas
utusan hadiah antara Melaka China telah diwujudkan.

5.Sumbangan dalam mengwujudkan keamanan


Memberantas lanun di Laut China Selatan demi melancarkan hubungan dalam perniagaan
antara China dengan Nusantara. Pada masa awal Dinasti Ming, Laut China
Selatan tidak aman, sering diganggu oleh lanun. Di antaranya yang paling ganas adalah
lanun-lanun yang bermarkas di di Palembang pimpinan Chen Zu Yi. Pada tahun 1407 armada
Laksamana Cheng He berhasil membasminya.
6.Memberikan jaminan keselamatan
Membina perdamaian dan keadilan untuk menstabilkan situasi di kawasan Asia Tenggara.
Maharaja Ming menganggap dirinya sebagai Maharaja Sejagat yang berkewajiban membela
perdamaian dan keadilan antarbangsa, maka ketika terjadi
persengketaan, negara yang berkaitan lebih suka mencari bantuan dari Maharaja Ming
untuk mendamaikannya. China pun selalu membela perdamaian dan keadilan dengan
berdiri di pihak yang lemah dan yang dicederakan, berusaha menyelesaikan
persengketaan dengan jalan damai tanpa menggunakan kekerasan. Dalam hal ini
Cheng Ho telah menggunakan kedudukannya untuk memberikan jaminan keselamatan kepada
kerajaan-kerajaan kecil daripada pencerobohan kerajaan besar seperti jaminan keselamatan
yang diterima Melaka. Cheng Ho sendiri telah memberikan amaran kepada Siam supaya tidak
mengganggu kesultanan Melaka.
7.Sumbangan pelancaran ekspedisi :
Laksamana Cheng Ho (1371-1434) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara
untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.Pada 1414 Laksamana Cheng Ho turut
mengetuai ekspedisi pelayaran yang disertai oleh 63 buah kapal perdagangan. Kapal yang
terbesar berukuran 440 kaki panjang dan 180 kaki lebar,manakala kapal yang mempunyai saiz
sederhana berukuran 370 kaki panjang dan 180 kaki lebar.Lebih daripada 100 buah kapal
kecil mengiringi pelayaran tersebut.Setiap kapal dianggarkan membawa muatan lebih kurang
1500 tan. Ekspedisi ini melibatkan 27876 orang termasuk pedagang,pelaut dan askar.Negara
China menghantar tujuh ekspedisi pelayaran secara besar-besaran meliputi kawasan
Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi ke India, Sri Lanka hingga ke Teluk
Parsi,Aden dan Pantai Timur Afrika. Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara,
Jawa Timur dan Pulau Maluku. Laksamana Cheng Ho telah membawa bersama-samanya
barangan dari China seperti tembikar dan sutera untuk dijual dan membeli barangan seperti
gading gajah dan tanduk badak daripada pedagang-pedagang Arab.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

SUMBANGAN MARCO POLO


1.Lawatan ke China :
Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika berusia 17 tahun. Dalam
perjalanan, beliau melalui negara Parsi , Hormuz, Kermen. Belkh, Lembah Oxus, Pamir,
Kashgar, Yarkhand, Khotan dan Lob Nor ke China.
2.Berkhidmat sebagai duta :
Marco Polo berkhidmat dengan Maharaj Kublai Khan selama 17 tahun dan dilantik sebagai
duta ke kawasan jauh seperti Shansi, Shensi, Szechuan,Yunan, Tibet dan Burma. Mengetuai
misi diplomatik ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Sri Lanka.

3.Menulis kemajuan peradaban Timur :


Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat China dan
mencatatnya dalam buku The Travels of Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai
oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan asbestos,
peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar besar.Orang China juga menghasilkan
serbuk letupan, mencetak buku dengan menggunakan blok kayu berukir. Maklumat tentang
kemajuan peradaban China mempengaruhi masyarakat Eropah khususnya dalam bidang
ekonomi.

4.Catatan tempat-tempat yang dilawati :


Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan pulang dari China.
Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz,
Trebizonid dan Constantinople.
Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati, membuat catatan tentang
pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China.
5.Menulis kitab pengembaraan :
Beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Polo ketika berada dalam
tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan dalam bahasa Latin , Sepanyol dan Inggeris. Buku
ini menjadi sumber rujukan bagi para pengembara Eropah khususnya dari negara Portugal dan
Sepanyol untuk melakukan ekspedisi menjelajah ke luar.
Maklumat yang terkandung dalam buku ini mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti
Christopher Columbus mencari jalan laut ke Timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperto Friar
Odoric dan John Monte Corvino tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku
tersebut.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

6.Sumbangan dalam bidang Geografi :


Maklumat tentang ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau membantu pelayar-pelayar
Eropah melancarkan ekspedisi dan menghasilkan peta dunia yang lebih tepat dan saintifik
berbanding peta yang dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama Masihi.
Penemuan Marco Polo telah mengubah sikap dan mentaliti para pemimpin Eropah. Pemikiran
orang Eropah turut berubah apabila mereka mengetahui tentang China dan dunia luar. Hal ini
mendorong perluasan pengaruh mereka ke luar Mediterranean.Sumbangan dalam bidang
Geografi menggiatkan kegiatan perdagangan di Eropah.Ilmu Geografi ini diterjemahkan ke
dalam bahasa Jerman,Sepanyol,Latin dan Inggeris.
7.Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan :
Penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan
penjelajahan dan penerokaan. Buku ini menyebabkan para pemerintah mula memberi
dorongan kepada pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
Raja Henry telah mengasaskan satu institusi pelaut untuk menggalakkan orang Portugis
terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
Maklumat tentang dunia timur khususnya negara China oleh Marco Polo telah menyebabkan
orang Eropah berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke China.

8.Merapatkan hubungan antara Barat dengan Timur :


Maklumat tentang dunia Timur khususnya negara China oleh Marco Polo telah menyebabkan
orang Eropah berlumba-lumba melancarkan ekspedisi ke China.Pengembaraan Marco Polo
telah merapatkan jurang antara Eropah dengan China.Hubungan erat ini mendedahkan
masyarakat Eropah kepada konsep percetakan,penggunaan kertas dan konsep wang kertas.
KESIMPULAN :
Marco Polo telah memberikan sumbangan besar dalam mendedahkan kekayaan peradaban
timur kepada masyarakat Eropah.
Kejayaan Marco Polo memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah melancarkan
ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan 16 M.
Pencapaian dan sumbangan beliau telah mengubah persepsi masyarakat Eropah agar mereka
membentuk tamadun yang lebih hebat lagi.
Laksamana Cheng Ho merupakan ahli pelayaran China yang berjaya memainkan peranan
dalam menjadikan China sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke-15 Masihi.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

TAMADUN ISLAM

TEMA 1
1. Huraikan cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dan
usaha-usaha yang dilakukan oleh baginda untuk menanganinya.
2. Bincangkan konsep manusia dari perspektif Islam.
3. Bincangkan agama dan kepercayaan masyarakat Arab jahiliyah.

1. Huraikan cabaran yang perlu dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika di Madinah dan
usaha-usaha yang dilakukan oleh baginda.
Pendahuluan:
Nabi Muhammaad s.a.w. berketurunan Bani Hashim dan dilahirkan pada 12 Rabiulawal,
Tahun Gajah di Makkah. Setelah baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T, baginda
menyebarkan Islam kepada masyarakat Makkah tetapi mendapat tentangan yang hebat
daripada kaum Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w.kemudiannya berhijrah ke Madinah setelah
diperintahkan Allah S.W.T menerusi wahyu.
Baginda diterima baik oleh penduduk Madinah dan baginda dipilih sebagai pemimpin di
negara kota Madinah. Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. , kota Madinah dikenali
sebagai Yathrib. Madinah terletak 200 batu di utara Makkah dalam daerah Hijaz. Penduduk
Madinah terdiri daripada beberapa suku kaum iaitu Arab dan bukan Arab.
Suku kaum Arab terdiri daripada Aus dan Khazraj. Kaum bukan Arab seperti orang Yahudi
terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa. Terdapat beberapa cabaran
yang perlu dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika di kota Madinah.
Isi:
Cabaran-cabaran yang dihadapi:
1.Perselisihan di antara suku Aus dan Khazraj
Di antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah perselisihan di
antara suku Aus dan Khazraj. Semangat assabiyah yang kuat antara mereka telah membawa
kepada Perang Buath yang telah mengorbankan nyawa yang ramai. Kedua-dua suku kaum ini
sangat memerlukan tokoh yang berwibawa untuk menyelesaikan perselisihan antara mereka.
Perbalahan ini telah melemahkan kuasa politik dan ekonomi mereka di Madinah.
2.Masalah sosial dan ekonomi
Cabaran lain yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah masalah sosial dan
ekonomi orang-orang Makkah yang berhijrah ke Madinah. Mereka terdiri daripada
golongan yang susah kerana segala harta benda mereka termasuk rumah ditinggalkan
di Makkah sewaktu berhijrah ke Makkah.Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda
tetapi juga saudara-mara kerana ramai antara mereka dibunuh, diseksa atau dipenjara di
Makkah.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

3.Golongan Yahudi yang menguasai ekonomi Madinah


Cabaran lain yang perlu diatasi ialah golongan Yahudi yang menguasai ekonomi
Madinah dan berminat untuk menguasai politik Madinah. Golongan Yahudi telah
mengenakan tekanan demi tekanan kepada golongan Ansar sehingga ada di kalangan mereka
terpaksa menggadaikan harta, anak dan isteri mereka. Golongan Yahudi ini
banyak menimbulkan masalah dalam negara khususnya menggugat kestabilan politik negara
Islam Madinah.
4.Masalah golongan munafik
Golongan Munafik juga telah menimbulkan masalah dalam negara Islam Madinah.
Mereka menganut agama Islam demi kepentingan peribadi. Mereka bimbang jika
mereka tidak memeluk agama Islam, mereka akan kehilangan hak-hak berpolitik,
sosial dan ekonomi.
Usaha untuk mengatasi masalah:
Menyatukan suku Aus dan Khazraj
Untuk mengatasi masalah tersebut, usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ialah menyatukan suku Aus dan Khazraj dan diberi gelaran Ansar. Penyatuan ini adalah
berasaskan kepada keimanan dan menerima Islam sebagai ad-din. Ini bermakna mereka akan
meninggalkan amalan jahiliah dan mengamalkan nilai-nilai yang murni. Dasar ini telah
menyedarkan suku kaum Aus dan Khazraj daripada meneruskan sikap permusuhan sekian
lama antara mereka. Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan bahawa semua perselisihan dan
persengketaan terhapus setelah mereka memeluk agama Islam.
Mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin iaitu
orang-orang Islam yang telah berhijrah ke Madinah. Semangat persaudaraan ini berasaskan
satu akidah, satu kepercayaan dan semangat tolong-menolong antara mereka.Mereka saling
bantu membantu dan bermuafakat tanpa mengira suku kaum. Kaum Ansar juga menyediakan
kemudahan kepada kaum Muhajirin seperti makanan, pakaian, ladang pertanian, binatang
ternakan, tapak tempat tinggal dan lain-lain lagi. Contohnya Saad bin al-Rabi daripada kaum
Ansar menawarkan sebahagian hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Oleh itu masalah
sosial dan ekonomi golongan Muhajirin telah diselesaikan kerana orang-orang Ansar yang
menolong mereka telah dididik dengan keimanan yang kukuh, ketakwaan yang ikhlas dan
konsep persaudaraan yang harmoni.
Membentuk Piagam Madinah
Untuk memperkukuhkan negara Islam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. juga telah
membentuk Piagam Madinah atau Perlembagaan Madinah yang menggariskan tentang dasar
pentadbiran negara dan pembentukan ummah. Sumber utama Piagam Madinah ialah wahyu
Allah S.W.T. Antara kandungan Piagam Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua
negara. Masyarakat majmuk di Madinah dianggap sebagai sebuah ummah yang mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negra Islam Madinah. Setiap anggota
piagam harus menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka. Piagam berperanan
menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. Piagam Madinah juga memberi jaminan
keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi Piagam Madinah.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Bertindak tegas terhadap orang Yahudi


Rasulullah s.a.w. juga telah menjadikan Piagam Madinah sebagai panduan untuk menangani
masalah yang dicetuskan oleh orang Yahudi. Mengikut Piagam Madinah, orang Yahudi wajib
mentaati negara dan perlembagaan serta dilarang bekerjasama dengan musuh-musuh Islam.
Mereka wajib mempertahankan Madinah bersama-sama orang Islam. Apabila golongan
Yahudi mencabul piagam Madinah, Rasulullah s.a.w. telah bertindak tegas terhadap mereka.
Misalnya, Bani Qainuqa telah mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang
Badar dan berani menjatuhkan maruah seorang wanita Islam menyebabkan mereka telah
diusir dari kota Madinah. Bani Nadhir telah dihalau dari Madinah kerana menyokong kaum
Quraisy dalam Perang Uhud. Manakala Bani Quraizah yang telah bersekutu dengan tentera
Musyrikin Makkah di dalam Perang Khandak dikenakan tindakan yang lebih keras. Semua
lelaki golongan Bani Quraizah telah dibunuh manakala wanita dan kanak-kanaknya diusir.
Berwaspada terhadap golongan munafik
Bagi menghadapi cabaran daripada golongan Munafik pula, Nabi Muhammad s.a.w telah
menasihatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada. Umat Islam tidak dibenarkan bertindak
melulu seperti membunuh mereka kerana dibimbangi akan timbul isu orang Islam membunuh
orang Islam di kaca mata orang bukan Islam.
Pengenalan sistem ekonomi Islam
Pengenalan sistem ekonomi Islam yang adil telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi
yang dihadapi oleh golongan Muhajirin dan Ansar serta masalah yang ditimbulkan oleh
golongan Yahudi. Penghapusan amalan riba dan penindasan berjaya mengurangkan
eksploitasi golongan Yahudi. Madinah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di
Semenanjung Tanah Arab selain kota Makkah. Zakat yang difardukan dan amalan sedekah
yang dituntut membolehkan kekayaan di kalangan umat Islam diagihkan secara sama rata.
Kesimpulan:
Kesimpulannya Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapi dan langkah terbaik yang dilakukan baginda ialah menggubal Piagam Madinah.
Piagam Madinah telah menyatukan penduduk Madinah sebagai satu ummah walaupun terdiri
daripada pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Sememangnya Rasulullah s.a.w. yang
diutuskan kepada umat manusia bukan sahaja berperanan sebagai Nabi dan Rasul untuk
memimpin manusia ke arah jalan yang benar, bahkan baginda adalah contoh terbaik di dalam
semua aspek kehidupan.
2.

Bincangkan konsep manusia dari perspektif Islam dan Barat.


Pengenalan:
Manusia merupakan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Dalam bahasa
Latin, manusia dikenali sebagai homosapiens. Berdasarkan kajian arkeologi manusia
telah wujud sejak 500.000 tahun dahulu, iaitu pada zaman Air Batu. Al-Quran
menjelaskan bahawa asal kejadian manusia ialah dari keturunan Nabi Adam a.s.
sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa. Para ulama sepakat menyatakan
bahawa Allah telah menciptakan Nabi Adam a.s pada hari Jumaat dan terdapat empat
proses penciptaannya. Allah menghimpunkan semua unsur untuk menjadikan Nabi
Adam a.s. Semua unsur diadun untuk menjadi sejenis tanah, kemudian tanah itu
dibiarkan kering dan bertukar warna.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Allah mereka bentuk tanah ini menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi. Kemudian
Allah menghembuskan roh kepada jasad Nabi Adam a.s. Terdapat perbezaan terhadap
konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Barat.
Isi:
Konsep manusia mengikut perspektif Islam
Konsep manusia mengikut perspektif Islam dapat dilihat dari segi bahasa dan istilah.
Manusia ialah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah yang disebut dalam alQuran iaitu al-ins,al-insan, al-nas,dan al-basyar. Ia bermaksud manusia telah dilantik
sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang
bermaksud,
Ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi...
Mengikut pandangan Islam, manusia juga diciptakan untuk mengabdikan diri sebagai
hamba Allah s.w.t. yang soleh. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Zaariyat ayat
56 yang bermaksud, Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada-Ku. Manusia juga perlulah seimbang dari segi jasmani dan rohani
bagi mendapatkan keberkatan di dunia dan akhirat.
Mengikut pandangan Islam, manusia sama taraf di sisi Allah s.w.t. walaupun terdapat
perbezaan daripada segi pangkat dan keturunan. Islam melarang amalan perhambaan di
kalangan manusia. Manusia dicipta sebagai sebaik-baik kejadian. Allah s.w.t juga telah
menjadikan sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia bagi
membolehkan manusia hidup dengan sejahtera. Manusia yang paing mulia di sisi Allah
ialah s.w.t ialah manusia yang paling bertaqwa.
Manusia juga dicipta oleh Allah s.w.t. sebagai pemegang amanah dan sebaik-baik
Manusia adalah yang dapat menjaga amanah yang diberi dengan baik. Manusia telah
Diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada tanah dan merupakan keturunan Nabi Adam a.s.
Terdapat lima komponen yang membentuk manusia mengikut Islam iaitu jasad, roh,
akal, nafsu dan hati atau jiwa. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah. Sifat dan tabiat
semulajadi manusia tidak jauh berbeza dengan haiwan seperti makan dan minum dan
mempunyai nafsu. Akan tetapi manusia dibezakan dengan makhluk-makhluk lain
melalui akal yang diciptakan Allah S.W.T. Akal merupakan anugerah Allah S.W.T.
yang sangat besar kepada manusia.

Konsep manusia mengikut pandangan Barat


- Konsep manusia mengikut pandangan Barat pula berbeza daripada pandangan Islam.
Pengkaji Barat telah mengemukakan teori Evolusi tentang asal usul kejadian manusia.
Teori Evolusi ini telah diperkenalkan oleh Lamarck dan Charles Darwin yang
Menyatakan manusia berasal daripada monyet. Teori ini menjadi popular di negaranegara Eropah dan negara-negara Islam pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Mengikut pandangan Barat, peranan manusia tiada penjelasan atau undang-undang atau
peraturan yang jelas. Peranan manusia hanyalah berlandaskan akal semata-mata tanpa

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

merujuk kepada hukum yang jelas. Peranan manusia boleh dipertikaikan khasnya dari
sudut unsur roh yang yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat Barat.
Masyarakat Barat lebih mengutamakan materialistik sendiri iaitu keuntungan
kebendaan semata-mata.
Manusia mengikut pandangan Barat, lebih mengutamakan kemandirian
sendiri yang mengenepikan aspek moral untuk mencapai kekayaan/kepuasan duniawi.
Mengikut pandangan Barat manusia dilahirkan untuk bersaing berlandaskan kekuasaan
dan golongan lemah dan bawahan akan ditindas. Wujud konsep ras, perbezaan warna
kulit, status quo masyarakat sehingga mewujudkan pertelingkahan dan peperangan.

Kesimpulan:
Kesimpulannya konsep manusia sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran sangat
berbeza dengan pegangan sekular dari Barat. Al-Quran dengan jelas telah menyatakan
mengenai fungsi manusia di muka bumi yang akan diadili di alam akhirat.Walaupun
begitu, dalam mengabdikan diri kepada Allah S.W.T., manusia diseru supaya
seimbang di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
3.Bincangkan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.
A. Pengenalan
Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam (610 M). Ciri-ciri
masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang
bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek
kehidupan.
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan
kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh
bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi
lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya
membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

B. Isi-isi penting (7 isi X 3 markah)


Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh
Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka
oleh manusia sendiri.
1. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama ini tidak
mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w
sendiri.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa
serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel
telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap
syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah
telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah
kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
4. Agama Wathani(Penyembahan berhala)
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang
diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan
manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala
disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
5. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan
api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik
beradik.
6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala
merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini
dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan
menjamin keselamatan mereka.
8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud
tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalanjalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
9. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok
merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan
yang jahat.
10. Kepercayaan tahyul
Kepercayaan tangkal azimat
a. Roh orang mati menjadi burung.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

b. Percaya kepada ahli nujum.


c. Percaya kepada ahli sihir.
d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa
kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
g. Membuat keputusan melalui anak panah.
C. Kesimpulan
Masyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa
nafsu semata-mata.

TEMA 2
1. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam
mengembalikan maruah kerajaan Bani Umaiyah
2. Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan kerajaan Bani
Abbasiyah
3. Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan contoh tauladan yang terbaik dalam
kepimpinan baginda.Bincangkan.

1. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz dalam
mengembalikan maruah kerajaan Bani Umaiyah
PENGENALAN
1.Latar belakang Umar Abd Aziz
Merupakan khalifah bani Umaiyah yang kelapan. Dilahirkan pada tahun 681M di
Kaherah. Beliau menaiki takhta pada tahun 717 M.
Beliau mempunyai darah keturunan Khalifah Umar al-Khattab.Terkenal sebagai
seorang yang warak dan patuh kepada ajaran Islam. Beliau telah menghafal al
Quran sejak kecil dan mendalami ilmu hadis, sastera dan syair-syair Arab di kota
Madinah. Beliau melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dan dasar
kerajaan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dan mengembalikan imej kerajaan
Bani Umaiyah sepanjang pemerintahan
beliau
2.Latar belakang Bani Umaiyyah
ISI-ISI JAWAPAN
Dasar-dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dalam mengembalikan maruah

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

a. Melaksanakan suruhan dan ajaran al-Quran dan Hadis dalam setiap aspek
pentadbirannya. Pegawai-pegawai kerajaan yang enggan atau tidak patuhi dasar
tersebut, dihukum dengan tegas termasuk dilucutkan jawatannya. Sebagai contoh,
Umar telah memecat Yazid bin Abu Muslimi kerana tidak mengikuti lunas-lunas
Islam.
b. Mengubah dasar luar negara/peluasan wilayah. Mengarahkan peperangan dan
penaklukan dihentikan. Beliau memperaktikkan kaedah diplomasi dengan
mengundurkan tenteranya untuk meluaskan pengaruh kerajaan Islam. Misalnya,
tentera Islam di Kota Costantinople telah diundurkan dan digantikan dengan para
pendakwah.
c. Menghidupkan semula konsep Musyawarah. Ia digunapakai semula dalam
menentukan segala keputusan khasnya hal-hal yang berkaitan dasar-dasar Negara dan
kepentingan rakyat. Keputusan dibuat dalam mesyuarat bersama pegawai-pegawai
kerajaan, para sahabat selain membuka peluang kepada rakyat untuk menyatakan
cadangan demi kepentingan bersama.
d. Dasar memperluaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam. Sejajar dengan dasar
diplomasinya, Khalifah Umar telah menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan
khususnya ilmu-ilmu keagamaan. Masjid-masjid berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu seperti yang wujud di Kufah dan Damsyik sendiri. Ilmu duniawi
juga tidak diabaikan selagi mengikut syarak. Kesannya, lahir ramai tokoh ulama
seperti Imam Haniffa dan Imam Maliki.
e. Menghapuskan cacian-cacian terhadap Saidina Ali ibn Abi Talib dalam khutbahkhutbah Jumaat. Bagi beliau, tindakan itu hanya mencemarkan maruah seseorang dan
mendedahkan kelemahan dalam penyatuan umat Islam. Beliau menggantikannya
dengan seruan agar umat Islam berbaik-baik sesame sendiri sekaligus menghidupkan
semula ikatan ukhwah Islamiyyah yang pernah dianjurkan oleh Rasulullah
sebelumnya.
f. Memulihkan instituisi Baitul mal. Beliau mengambil semula harta rampasan perang
yang dimiliki keluarga Bani Umaiyah untuk disimpan semula di Baitul mal.
Menyumbangkan sebahagian besar kekayaannya kepada Baitul mal bagi menampung
kekurangan harta di dalam institusi tersebut. Malah, khalifah Umar enggan menerima
bayaran mahupun ganjaran sepanjang khidmatnya sebagai seorang khalifah.
g. Memperbaiki pelaksanaan system cukai. System kutipan cukai secara
keseluruhannya telah dikemaskinikan dengan objektif menghapuskan sebarang bentuk
penindasan terhadap rakyat. Sebagai contoh, cukai jizyah terhadap golongan Mawali
telah dimansuhkan. Kadar cukai kharaj juga diturunkan sebagaimana pada zaman
Umar al-Khattab.
h. Mengadakan projek-projek kebajikan untuk rakyat. Umar berusaha keras
menjaga kebajikan setiap rakyat di bawah pemerintahan beliau. Buktinya, beliau telah
menyediakan system pengairan untuk kegiatan ekonomi khasnya aktiviti pertanian,
membina rumah-rumah tumpangan dan kebajikan di wilayah Islam, hospital-hospital
selain biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut ilmu.
PENUTUP
Sikap dan dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang adil tanpa wujud
diskriminasi telah melahirkan suasana masyarakat yang bersatu dan aman di kalangan
rakyatnya. Sikap adil Umar telah membuatkan orang ramai menghormati beliau termasuk
golongan Syiah, Khawarij mahupun Abbasiyah sehingga beliau dianggap sebagai khalifah
ar-Rasyidin yang kelima

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

3.
Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan kerajaan Bani
Abbasiyah
Pengenalan
Latar belakang pemerintahan kerajaan Abbasiyah :
Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang
berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah kosmopolitan yang
terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal
daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lainlain. Mereka terlibat dalam revolusi
Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 TM. Ibu kota pemerintahan
Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam
berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya
telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan
ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah
Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.
Latar belakang pemerintahan Kerajaan Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan pada tahun 41 Hijrah.
Nama Umaiyyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umaiyyah bin Abd.
Manaf. Kerajaan Umaiyyah memerintah selama 91 tahun oleh dua keturunan, iaitu keturunan
Harb Bin Umaiyyah dan keturunan Abu al As.
Isi
Dasar Bani Umaiyah
1. Perlantikan khalifah.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani
Umaiyyah. Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara.
Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik melantik
al Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera mahkota
menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.
2. Dasar pemerintahan.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan
serta kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah
menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah. Ini
menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan kuasa, mengumpul kekayaan
dan mengamalkan rasuah.
3. Polisi terhadap rakyat.
Menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang bukan
Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab (
Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting dan masih
dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan bani Abbasiyyah
mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

4. Polisi protokol khalifah.


Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom,
mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang
menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal
di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan pemerintah dan keluarganya.
5. Perlantikan dan/ atau kedudukan pegawai kerajaan.
Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan
golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh.
Contohnya panglima Muhammad Ibnu Qassim dibunuh oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul
Malik.
6.Tindakan kepada golongan yang menentang khalifah.
Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang
kerajaan Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Peristiwa Karbala
telah memperlihatkan kekejaman Yazid yang membawa kepada pembunuhan Saidina
Hussien. Penindasan dilakukan secara berterusan keatas golongan Khawarij dan Syiah.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sahaja yang berusaha untuk mengadakan perundingan dengan
pihak musuh
Dasar Bani Abbasiyah
1.Kedudukan Khalifah :
Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan Abbasiyah. Khalifah
berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca daripadanya. Di samping kuasa
sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine authority ). Pada peringkat
kemunduran Abbasiyah, kedudukan khalifah terus dikekalkan kerana ia dianggap punca
kesahan kewibawaan dan kuasa seseorang atau sesuatu jawatan.
2.Dasar Terbuka dalam Pentadbiran :
Sistem pemerintahan Abbasiyah membayangkan keadaan sebenarnya masyarakat majmuk.
Kerajaan Abbasiyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya bangsa Arab dan Parsi serta
bangsa-bangsa lain. Walaupun pada peringkat awal Khalifah Abbasiyah daripada keturunan
Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah ialah bangsa berketurunan Parsi.
3.Sistem Birokrasi :
Pada zaman Abbasiyah, semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dilaksanakan oleh
sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid
dengan majoriti pegawai diambil daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak
berketurunan Arab. Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera
pentadbiran. Dalam pentadbiran Abbasiyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan
akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.
4.Pentadbiran Pusat dan Wilayah :

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Dalam pentadbiran wilayah-wilayah, kerajaan pusat di Baghdad mempunyai hubungan yang


rapat dengan wilayah. Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang
dilantik dengan persetujuan wazir untuk menguruskan halhal kerajaan. Kedudukan amir
bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan kerajaan pusat. Amir-amir tertakluk
kepada pengawasan Diwan al-Barid ( Jabatan Pos ). Setiap wilayah juga mempunyai jabatan
pos sendiri dan amir wajib melaporkan semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua
Jabatan Pos di Baghdad.
5.Pentadbiran Kehakiman :
Dalam urusan kehakiman segala urusannya diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik
oleh ketua hakim. Hal-hal sivil yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam terserah
kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang Islam diuruskan oleh kadi.
Pelantikan hakim berasaskan beberapa syarat seperti lelaki dewasa, beragama Islam,
berfikiran waras, dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan.
6. Pentadbiran Ketenteraan dan Keselamatan :
Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, khalifah telah melakukan beberapa perubahan
dalam organisasi ketenteraannya. Pertama, keanggotaan tentera Abbasiyah tidak terbatas
kepada orang-orang Arab sahaja. Bayaran elaun dan hakhak istimewa yang pernah diberikan
kepada orang-orang Arab telah diberhentikan kecuali mereka yang masih berkhidmat tetap.
Kedua, tentera Abbasiyah terdiri daripada tentera bergaji tetap dan tentera sukarela yang
hanya menerima bayaran sewaktu mereka bertugas dalam sesuatu kempen. Ketiga, khalifah
mewujudkan tentera peribadi yang dikenali tentera Khurasan. Keempat, tentera Abbasiyah
juga terdiri daripada orang-orang Turki yang berasal dari Asia Tengah. Mereka ialah mamluk
yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf hamba.
7.Pengurusan Ekonomi :
Berbanding dengan Umayyah, pemerintahan Abbasiyah menggalakkan bidang pertanian dan
industri untuk memperkukuh ekonomi empayar. Taraf sosial kaum tani dipertingkatkan
dengan pemberian hak pemilikan tanah yang lebih adil dan pelaksanaan sistem cukai yang
lebih berpatutan. Perkembangan ekonomi menyebabkan lahirnya golongan pemerintah yang
tidak bergantung kepada keturunan tetapi berasaskan kekayaan dan pengetahuan ilmu.
8. Dasar Terhadap Golongan Bukan Islam :
Dasar terhadap golongan dhimmi ( orang bukan Islam ) adalah lebih terbuka. Mereka
menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk
berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding dengan pemerintahan Umayyah, golongan
ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah.
9. Peningkatan Taraf Keintelektualan :
Penterjemahan, perkembagan pelbagai ilmu, dan kelahiran pelbagai mazhab pada zaman
Abbasiyah menyebabkan berlakunya peningkatan taraf keintelektualan. Zaman Abbasiyah
menyaksikan penterjemahan karya-karya Plato, Aristotle, Euclid, Galen, dan lain-lain ke
dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh Asia Barat. Sekolah dan pusat
pengajian tinggi diwujudkan di seluruh empayar.
10. Hubungan Diplomatik :

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Pada zaman Harun al-Rasyid telah muncul empat buah kerajaan besar iaitu kerajaan
Byzantine yang berpusat di Istanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis
di Eropah, dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan
kerajaan Perancis adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan
kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan kerajaaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine
adalah genting dan sering bermusuhan.
Kesimpulan :
Apa-apa yang berkaitan

3.Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan contoh tauladan yang terbaik


kepimpinan baginda.Bincangkan.

dalam

Pendahuluan:
Nabi Muhammad SAW dilahirakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun
gajah.
Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos 610M) iaitu srah
Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit
selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat
tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh
kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang
berdaulat dan disegani.
Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam
al Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin
masyarakat dan Negara yang disegani dan wajar dicontohi.
Isi
Kepemimpinan nabi
i. Sebagai pemimpin agama
Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh
untuk setiap sifat terpuji)
Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran
sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat sifat sebenar iaitu lemah
lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama
aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang
Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat
oleh Allah SWT
Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan
masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan
ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al
Quran dan hadis
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

ii.Sebagai pemimpin politik


mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya
menyelesaikan pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir
menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad
dipenjuru Kaabah.
Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui
perjanjian Aqabah satu dan dua
Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke
Habsyah dan Mesir.
Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam
semua bidang secara kolektif.

iii. Sebagai pemimpin tentera


menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh
baginda
akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam
bidang ketenteraan.
Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi
musuh.
Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan
harta rampasan perang secara adil kepada kawan kawan yang menyertai peperangan
dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan
perang atau kaum kaum yang lemah.
Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada
pasukan tentera Islanm.
Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan
berperang
Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang
telah mati.
Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang
awam.
Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
Patuh kepada ketua.
Tidak boleh lari dari medan peperangan.
Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

iv. Sebagai pemimpin masyarakat


berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar
berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam
Piagam Madinah.
Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
Menaikkan taraf wanita .
Menghapuskan batas batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya
menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya
Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat
masing masing.
Ketua ketua suku diberikan peranan masing masing menyelesaikan masalah
anggota suku masing masing contohnya Sad bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan
Sad bin Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti
kesalahan bani Quraizah, Sad bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau
lebih arif mengenai kedudukan bani Quraizah
v. Kepimpinan kehakiman
Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.
Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman
memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut
adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.
vi. Kepimpinan ekonomi
Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman
jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang
perniagaan dan pertanian.
Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi
Kesimpulan:
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan
baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik,
social, ekonomi dan pertahanan.
Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada
kehidupan yang lebih baik dan teratur
TEMA 3
1. Huraikan kepentingan perjanjian Hudaibiyah terhadap perkembangan syiar Islam.
2. Jelaskan organisasi ketenteraan pada zaman khulafah Al-Rasyidin ke arah
memantapkan pentadbiran Islam.
3. Huraikan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam dengan tentera
Barat.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

1.Huraikan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah terhadap perkembangan syiar Islam.


Pengenalan
Perjanjian damai pertama dimeterai antara kaum Quraisy Makkah dengan umat Islam
Berlaku padabulan Zulkardah tahun 6H di kampong yang bernana Hudaibiyah
Ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.wdan Suhail bin Amru
Jangka panjang member impakbesar terhadap perkembangan syiar Islam.
Kepentingan Perjanjian
1.Negara Islam Madinah diiktiraf
masyarakat bukan Islam terutama Quraisy mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w sebgai
pemimpin negara Islam Madinah kewujudan Negara Islam Madinah.
2. Umat Islam bebas berdakwah
Gencatan senjata selama 10 tahun,member peluang menyebarkan Islamsecara bebas dan
meluas
Utusan dakwah dihantar ke Ghassan,Habsyah,Bahrain, Mesir, Parsi, dan Oman.
3.Pengislaman pahlawan-pahlawan Quraisy
Umat Islam dapat berhubung dengan puak Quraisy dengan lebih bebas
Tokoh Quraisy memeluk Islam-Khalid al-Walid, Amru al-as, dan Osman bin Talhah.
Memantapkan kekuatan tentera Islam dalam misi jihaddan dakwah
4 Pertambahan bilangan umat islam
Banyak kabilh Arab menyokong umat Islam, contohnyaBani Khuzaah dan BaniDaus dari
Yaman
Sebelum Hijrah 1500 umat Islam bertambah kepada 10,000 ketikapembukaan kota Makkah
5.Kebebasan menunaikan ibadat Haji
Umat Islam mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan menunaikan ibadat haji di Makkah
Ramai penduduk Makkah tertarik dan menganut agama Islam

6. Penyebaran Islam di kota Madinah


Mengikut syarat perjanjian, orang Quraisy yang lari ke Madinahtanpa kebenaran
Walinya mesti dipulangkan semula ke Makkah
Tetapi kekuatan akidah umat Islam yang tertanam dalam jiwa mereka dapat
Memberi kekuatan untuk mereka bertahan dan menyebarkan Islam secara Sulit di Makkah.
7.Merintis Penaklukan Kota Madinah
Sekutu Quraisy(Bani Bakar) telah memerangi sekutu Islam(Bani Khuzaah)
Mencabuli gencatan senjata
Nabi Muhammads.a.w memimpin 10,000 umat Islam memasuki Kota Makkah dan
Berjaya menguasainya.
Makkah dibersihkan daripada unsure-unsur jahiliyah dan menjadi kota suci umat
Islam Sedunia

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Kesimpulan
membawa kesan besar kepada perkembangan dan pengukuhan dan agama Islam
menggambarkan kebijaksanaan siasah Nabi Muhammads.a.w dalam misi dakwah
baginda. Pencabulan gencatan senjata merintis kepada pembukaan semula Kota Makkah
pada tahun 8 Hijrah
2. Jelaskan organisasi ketenteraan pada zaman Khulafa al-Rasyidin ke arah
memantapkan pentadbiran Islam.
Pengenalan
Konsep Organisasi ketenteraan dalam Islam
Setelah kedatangan Islam, semangat assabiyah ditukar kepada semangat akidah. Nabi
Muhammad s.a.w sendiritelah dilantik sebagai pemimpin tertinggi tentera
manakalagabenor-gabenor menjadi panglima tentera.
Setekah kewafatan baginda, jawatan baginda dipegangoleh para khalifah iaitu Abu
Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Organisasi Ketenteraan Zaman Khulafa al-Rasyidin
1. Panji-panji tentera
zaman khulafa al-rasyidin, panji-panji perang akan diserahkan diserahkan kepada
seorang panglima. Pembawa pabji-panji ini akan berasa megah ketika
membawanya. Mengikut tradisi peperangan bangsa Arab, tumbangnya panji-panji
samalah denganjatuhnya maruah seluruh pasukan tentera berkenaan.
2. Bayaran Gaji Tentera Islam
Elaun dan gaji tetap mula dibayar pada zaman Khalifah Umar al-Khattab (tahun 20
Hijrah) iaitu sama tarikh dengan penubuhan Diwan Tentera.Mengikut skim ini,
pembahagian gaji berdasarkan:a)setiap lelaki Muhajirin dan Ansar menerima 3000-5000 dirham setahun
b)askar veteran(Ahl al-Ayyam) menerima sebanyak 3000 dirham setahun
c)askar separuh veteran(ahl al- Yarmak dan al-Qadisiyah) yang menyertai
peperangan Yarmak dan Qadisiyahdibayar sebanyak 2000 dirham setahun
d)kaum junior (Rawadif) sebanyak 1500-2000 dirham setahun
3. Jenis tentera
Pada zaman Khalifah Umar jalan laut digunakan dengan menaiki kapal-kapal
Namun Khalifah Umarkurang yakin dengan potensi tentera Islam yang berperang
di laut selepas kekalahan mereka di Tawasyang telah mengorbankan banyak
nyawa termasuklah panglima perang al-Jarrad bin Amru dan tentera lain melarikan
diri ke Basrah
Tentera laut ditubuhkan pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.
Panglima Muawiyahmerupakan orang yang pertama bergiat aktif dalam

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

ketenteraan laut dan telah melancarkan 50 ekspedisi ketenteraan menentang


Byzantine dan Berjaya menakluki Cyprus pada 28 Hijrah.
4. Penyusunan tentera Islam
Pada zaman pemerintahan Ali bin Abi Talib, system kurdus digunakan dalam
penyusunan tentera Islam. Sistem ini bermaksud jamak kurdus atau tentera
berpasukan. Setiap kurdus mempunyai 300 hingga800 orang.
5. Pembukaan Bandar-bandar tentera
Diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Pembinaan kota-kota tentera ini
adalah perlu kerana empayar Islamsemakin luas. Pihak tentera pula perlu sentiasa
menerima latihan dan sentiasabersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan
negara.
Kesimpulan
Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin telah Berjaya
mewujudkan organisasi ketenteraan Islam yang unggul dan hebat.
Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan
menjatuhkan dominasi jajahan dari tentera Rom dan Parsi.

tentera

Islam

3.Huraikan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam dengan


tentera Barat.
Pendahuluan
1. Latar belakang Barat
Peperangan yang meliputi pertahanan dan penyerangantidak terpisah daripada
evolusi masyarakat manusiasering diiringi oleh perebutan kuasa atau persaingan
politik serta penaklukan untuk memperkuat kedudukan politikatau kepentingan
perluasan tanah jajahan. Pada hal itu, ahli sejarah dapat menetapkan beberapa
objektif dan taktik yang menggariskan sesuatu pencetusan peperanganyang berlaku
dari semasa ke semasa.
2. Latar belakang Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Setelah berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah mendirikan sebuah
Negara Islam. Madinah diancam oleh kaum Yahudi dankaum Musyrikin Makkah.
Orang Islam terpaksa mempetahankan agama, umat dan Negara Islam Madinah.
2. Konsep peperangan dalam Islam dan Barat
Tamadun Islam mengaitkannya dengan istilah Jihad, iaitupeperangan hanya akan
berlakujika umat atau agama Islam diperangi terlebih dahulu. Perangan dalam Islam
diizinkan oleh syarak apabila kesucian agama Islam dicabuli oleh musuh, Negara
diancam, tersebarnya fitnah, maruah dicemar dan terganggunya perjalanan dakwah.
Sebaliknya, bagi Tamadun Barat pula peperangan dilancarkan adalah bermatlamat
untuk meluaskan kuasa atau empayar, meningkatkan status kemegahan, mengaut
keuntunganatau sumber ekonomi dan sebagainya.
ISI-ISI
MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Strategi Peperangan Barat


a) Pengawalan laut Mediterranean untuk menjamin kebebasan pergerakan tentera
Barat
b) Melindungi empayar Rom dengan mengawal ketat sempadan-sempadan semula jadi
seperti sungai, gunung,dam laut.
c) Dasar pembendungan musuh seperti jalinan kerjasama dengan jiran-jiranmusuh
Barat
d) Membina bandar-bandar di merata-rata empayar Rom sebagai pangkalan gerakan
tentera Barat
e) Membina koloni tentera-tenterauntuk mempetahankan sempadan
f) Membina jaringan jalan raya di seluruh empayar Barat bagi mempercepat gerakan
tentera, misalnya Rom.
g) Penyerangan
h) Pengepungan
i) Menggunakan orang gasar untuk menyerang musuh-musuh.
Strategi Peperangan Islam
a) Memilih tempat yang strategikdengan melancarkan taktik pergerakan secara
serentak dan bertindak menyelaraskan seluruh tenaga tenterauntuk mendapatkan
kemenangan.
b) Menggunakan taktik menunggu iaitu tentera Islam menunggu hingga tentera musuh
dating barulah bertindak balasdan menyerang. Taktik ini dilakukan waktu Perang
Badar.
c) Menggunakan taktik bertahan dengan membina banteng pertahanan seperti
menggali parit untuk mematahkan serangan musuh. Contoh ini didapati dalam
Perang Khandak di mana parit yang besar menghalang musuh menembusi sesuatu
kawasan
d) Menggunakan taktik mengepungdan seterusnya melancarkan seranganbertubitubisehingga tentera musuh tidak sempat bersedia menyerang balik. Taktik ini
dilakukan dalam perang Taif di mana baginda menggunakanpelbagai jenis senjata
untuk memecahkan kubu pertahanan musuh.
e) Menggunakan taktik memperdayakan musuh demi melemahkan semangat
perjuangan musuh.
f) Taktik al-saf- digunakan dalam perang Badar. Caranta, tentera dibahagikan kepada
2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai
manakalabarisan kedua bersenjatakanpanah dan perisai dan diketuai oleh pemegang
bendera.TenteraIslam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Kesimpulan
Peperangan dalam Islambukan bertujuanuntuk mendapatkankeuntungan di dunia tetapi
lebih mementingkan persoalan akhirat. Oleh itu setiap individu Islamberlumba-lumba ke
medan peranguntuk mati sebagai syuhada yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT sedangkan
bagi tentera Barat pulapeperangan hanyalah instrument untuk meneruskan kekuasaan agar
dihormati oleh bangsa lain.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

TEMA 4
1. Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi Islam pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga zaman Bani Abbasiyah
2. Bincangkan perlaksanaan kharaj pada zaman Khalifah Al-Rasyidin sehingga zaman
BaniUmaiyah.
3. Huraikan sumber-sumber Baitulmal dan fungsinya pada zaman khalifah Al Rasyidin

1. Jelaskan jenis-jenis zakat dan kepentingannya dalam menjana ekonomi umat


Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman Bani Abbasiyah.
Pengenalan
-

zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut sebanyak 58 kali
dalam al-Quran
zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu zaka yang bererti penambahan atau
kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan, kesucian, keberkatan
dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas
harta diberikan kepada orang yang berhak menerimanya

Isi-Isi
a)

Jenis-jenis zakat
1.

Zakat Fitrah
- umat Islam diwajibkan mengeluarkannya setiap tahun
- pengeluaran zakat bermula dari 1 Ramadhan hingga hari pertamabulan
Syawal yakni sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri
- mengikut Mazhab Syafie, zakat fitrah perlu dikeluarkan sebanyak segantang
daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk sesebuah
negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya
- Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi pula mengharuskan zakat fitrah
dikeluarkan dengan mata wang mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan
asasi tersebut

2.

Zakat Harta
- zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar
yang telah ditetapkan oleh syarak
- harta yang diwajibkan zakat terdiri dariapada harta yang penting dalam ekonomi
seperti hasil tanaman, binatang ternakan, emas, dan perak serta barang-barang
perniagaan

3.

Zakat Pertanian
- zakat untuk buah-buahan dan biji-bijian wajib dikeluarkan
- 5 ausuq (500 liter) secara timbangan merupakan kadar zakat pertanian yang perlu
dikeluarkan

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

- 1/10 (jika menggunakan air hujan) dan 1/20 (jika disiram sendiri)merupakan
kadar yang perlu dikeluarkan bagi zakat tanaman
4.

Zakat Binatang Ternakan


- setiap binatang ternakan perlu dikeluarkan zakat
- Khalifah Umar al-Khattab pernah mengenakan zakat ke atas kuda kerana haiwan
ini boleh diniagakan
- syarat-syarat: cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal, dan
membiak sendiri

5.

Zakat Saham / Pendapatan


- harta saham yang dikeluarkan dalam syarikat-syarikat perniagaan atau badanbadan pelaburan
- 2.5% atau nilai terendah semua saham yang dimiliki dalam masa satahun setelah
ditolak pinjaman membeli saham merupakan pengiraan zakat ini
- zakat pendapatan atau zakat gaji. Syarat wajib ialah: Islam, merdeka, sempurna
milik, hasil usaha yang baik, cukup nisab, dan cukup haul

6.

Zakat Perniagaan
- 2.5% adalah kadar wajib zakat yang perlu dikeluarkan
- syarat-syarat: Islam, merdeka, sempurna milik, rezeki yang halal, cukup haul,
dan cukup nisab (85 gram harga emas semasa)

7.

Zakat Wang Simpanan


- zakat daripada wang yang disimpan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan,
akaun tetap atau akaun semasa
- wang simpanan dicampur wang ditangan apabila cukup nisab dan hari.
- nilai zakat 2.5% daripada jumlah simpanan
- syarat-syarat: Islam, merdeka, sempurna milik, cukup haul, dan cukup nisab.

b) Kepentingan Zakat
- membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka
yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta
mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin
- mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin
- menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan
mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan
negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk
pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat
- memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan
iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani
pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya
- digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam
industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan,
pakaian dan perumahan dan lain-lain

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

- menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan
bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas
- menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai
Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu
ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari
keredhaan-Nya
Penutup
-

zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia merupakan
sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan berfungsi kepada
pembangunan sesebuah Negara

2.Bincangkan pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani
Umaiyah.
Pengenalan
-

maksud kharaj cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh
tentera Islam secara peperangan atau aman tanpa mengira pemiliknya seorang dewasa,
kanak-kanak, merdeka, hamba, muslim atau pun kafir . Hasil pungutan cukai kharaj
merupakan sumber pendapatan negara yang penting
latar belakang pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
latar belakang kerajaan Bani Umayyah

Isi-Isi
a) Pelaksanaan Kharaj Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin:
tanah yang dikenakan kharaj
-

tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu
tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya
pemilik tersebut beragama Islam
tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri
daripada orang bukan Islam
tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam
tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam
tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian

jenisjenis kharaj
-

Kharaj Wazifah (Musahah) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib
anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham
Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang
diperolehi daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak
perkara daripada mengelakkan penganiayaan kepada petani

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

kadar kharaj
-

kadar kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar


maksimum tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman
Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil
pertanian yang diperoleh
Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi
kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian

faktor yang menentukan kadar kharaj


-

kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya
sendiri berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan (alam semula jadi)
- kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan
- kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar
kharajnya lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan
bandar
syaratsyarat kharaj
-

pada awalnya kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja
kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam
sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah
bukannya penyewa
kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian

pengutipan kharaj
-

dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan,
mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu
sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu
membayarnya, tindakan boleh diambil menerusi undang-undang atau dijual oleh
kerajaan
bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl
al-Ayyam sebagai Pemegang Amanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan
kepada kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada Ahl al-Ayyam
hasil kutipan kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal
perlaksanaan kharaj pada zaman Umar al-Khattab telah diteruskan oleh Khalifah alRashidin selepasnya. Pada akhir pemerintahan Uthman, golongan Ahl al-Ayyam tidak
lagi diberi kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan diserahkan di bawah
pentadbiran gabenor

b) Pelaksanaan Kharaj Pada Zaman Bani Umaiyah


-

Diwan al-Kharaj ditubuhkan pada zaman pemerintahan Muawiyah agar sistem


pengurusan cukai kharaj dapat diurus dengaaan baik dan sistematik. Diwan atau
Jabatan al-Kharaj merupakan jabatan khas yang ditubuhkan pada zaman Bani
Umayyah berfungsi untuk mengawal pungutan cukai kharaj

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

kadar cukai kharaj dengan kadar yang tertentu berbentuk wang atau hasil tanah
daripada negara yang ditakluki oleh orang Islam

tanah yang dikenakan kharaj ialah tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam dari
negara yang ditaklukinya. Contohnya jumlah wang yang dipungut di Iraq melalui
cukai kharaj berjumlah lebih daripaada 100 juta dirham

Jenis tanah yang dikecualikan daripada dikenakan cukai kharaj:


a) tanah milik orang yang memeluk Islam tanpa sebarang peperangan. Golongan ini
hanya membayar zakat
b) tanah yang dimiliki oleh orang Islam secara kekerasan atau melalui peperangan
dan telah dibahagikan kepada askar-askar yang berperang. Mereka hanya
dikenakan usyur (1/10) tidak termasuk cukai kharaj
c) tanah yang diambil daripada orang kafir secara kekerasan. Apabila dibahagikan
kepada askar-askar yang berperang , maka mereka wajib membayar usyur (1/10)
daripada hasil tanah tersebut dan mereka tidak perlu membayar cukai kharaj

Muawiyah juga melantik beberapa orang setiausaha untuk menguruskan beberapa


urusan kerajaan termasuklah urusan cukai yang digelar Katib al-Kharaj. Gabenorgabenor juga turut dilantik disetiap wilayah di Jabatan Percukaian bagi memastikan
urusan cukai diurus dengan baik dan tidak membebankan rakyat

dasar pemusatan kuasa telah dilaksanakan pada akhir pemerintahan Muawiyah. Beliau
telah melaksanakan dasar pemusatan kuasa agar semua harta tanah adalah menjadi
milik kerajaan agar segala projek kerajaan dapat diurus dengan lancar. Dasar ini telah
diteruskan oleh Abdul malik bin Marwan di mana orang Islam berketurunan Arab
dikecualikan daripada membayar cukai tanah

kerajaan Bani Umayyah telah memperkenalkan pelbagai bentuk cukai baru.


Contohnya semasa al-Hajjaj Yusuf Assaqafi menjadi gabenor wilayah Bani Umayyah
di Iraq, beliau telah menaikkan kadar cukai kharaj dengan kadar yang tinggi yang
membebankan rakyat. Ini menyebabkan ramai yang enggan membayar cukai tersebut

semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, beliau telah membuat perubahan terhadap


Diwan al-Kharaj. Perubahan ini membolehkan perjalanan wang dikawal dan
menggalakkan keadilan dalam pungutan cukai. Beliua juga telah menaikkan kadar
bayaran bagi semua jenis cukai termasuklah kharaj, fay dan jizyah

Khalifah Umar Abdul Aziz telah membuat perubahan dalam sistem cukai kharaj.
Beliau membezakan cukai jizyah dengan cukai tanah. Cukai jizyah ditetapkan hanya
untuk orang bukan islam yang bernauung di bawah kerajaan Islam dan cukai tanah
dikenaan terhadap sesiapa yang mempunyai tanah. Beliau juga melaksanakan dasar
mengurangkan cukai pada kadar terendah dan mampu dibayar oleh rakyat. Diwan alKharaj dipengerusikan dan juga ditadbir oleh wazir

Penutup
- sistem Kharaj telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang
Islam
- sistem kharaj yang dimulakan pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah diteruskan dan

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

diperbaiki pada zaman Bani Umayyah. Pemerintah kerajaan Bani Umayyah telah
menyumbang kepada penyusunan pentadbiran percukaian negara untuk memastikan
projek dan perancangan negara berjalan dengan lancar dan ekonomi berkembang dengan
mantap

3. Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khalifah Arrasyidin


Pendahuluan (3 markah)
1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus hartaharta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak,
batu permata dan seumpamanya.
2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa alRasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Umar al
Khattab.
3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama
o

Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan


diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.
o Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai
kharaj, jizyah dan harta tanpa waris.
o Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.
4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara,
menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.
5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama
berdasarkan prinsip ekonomi Islam.
Isi-isi Penting.
1. Sumber Baitulmal
a. Zakat.
i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak
menerimanya.
ii. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian,
zakat emas dan perak.
b. Kharaj.
i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan
kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.
c. Jizyah.
i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang
berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara
Islam iaitu orang kafir Zimmi.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

ii. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih
hidup dan berupaya.
iii. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.
d. Ghanimah dan Al-fay.
i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang.
ii. Al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada
pewaris dan harta karun.
iii. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat
di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam
peperangan.
e. Usyur.
i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.
ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam
dikenakan usyur sebanyak 10%.
iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan
sebanyak 5 %.
iv. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

2. Peranan Baitulmal
a. Membantu perkembangan ekonomi Islam.
i. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
ii. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
iii. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.
i. Penting bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan
tentera.
ii. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk
memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera
Byzantine.
c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.
i. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera.
ii. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada
angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

iii. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk
memiliki tanah.
d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam.
i. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.
ii. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.
iii. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal
ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para
sahabat.
e. Menyimpan harta negara.
Kesimpulan (2 markah)
Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam
dan tidak berlaku penyelewengan. Baitul mal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.

MODUL SEJARAH 1 TERMINAL 2012

Anda mungkin juga menyukai