Anda di halaman 1dari 9

NUMERASI Tahun 3

Kelas
Hari
Tarikh
Masa
Tajuk
Unit
Hasil Pembelajaran
BBM

: 3A5
: Ahad
: 11.05.2014
: 10.15-11.15 AM
: Tambah dalam lingkungan 1000.
: 2.2
: Menulis nombor dalam perkataan, seribu.
: Nombor dalam perkataan (perkataannya diperbuat daripada kertas
pasir, tali, hasilan kolaj dsb.) yang dilekatkan di atas kad manila,Kad
bergambar,Papan putih individu,Pen marker

Aktiviti :
1. Sediakan kad ratus, puluh dan sa dalam tiga kotak yang berasingan.
2. Lukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis seperti berikut:
3. Tuliskan ayat matematik 353 + I62 = pada papan tulis.
4. Minta tiga orang murid masing-masing mengambil kad ratus, puluh dan
sa bagi nombor yang pertama dan lekatkan pada papan tulis.
5. Kemudian, minta tiga murid lagi, masing-masing mengambil kad ratus,
puluh dan sa bagi nombor yang kedua dan lekatkan pada jadual nilai
tempat tadi seperti berikut:
6. Bimbing murid menambah kedua-dua nombor tadi.
Soal jawab:
Ada berapa sa kesemuanya?
Sekarang lihat pada puluh.
Ada berapa puluh kesemuanya?
Bolehkah kita tulis II0 pada nilai tempat puluh?
Apa yang perlu kamu buat?
7. Bimbing murid mengeluarkan I00 daripada nilai tempat puluh dan
dilekatkan ke nilai tempat ratus.
Soal jawab:
Berapa ratus yang ada sekarang?
Jumlahkan:
500 + I0 + 5 = 5I5
8. Kaitkan situasi di atas dengan pengiraan dalam bentuk lazim seperti
berikut:
9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan memberikan contoh-contoh lain.
10. Edarkan Lembaran Kerja 2.2.
Aktiviti Pengukuhan

Refleksi

: Murid diminta menyusun semula puzzle atau kad huruf yang disusun
secara rawak untuk membentuk perkataan, seperti berikut:
:

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas
Hari
Tarikh
Masa
Tajuk
Unit
Hasil Pembelajaran

: 3A5
:
:
:
: Tambah dalam lingkungan 1000
: 2.3
: Murid berupaya:
Menambah tiga nombor hingga nombor tiga digit dengan mengumpul
semula.
: 1. Blok asas 2. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 10 - 11)

BBM
Aktiviti :
1. Bentukkan kumpulan (enam orang).
2. Edarkan blok asas kepada setiap kumpulan.
3. Tulis I24 + 42 + I73 = pada papan tulis.
4. Minta murid menggunakan blok asas untuk mewakili nilai setiap nombor tadi seperti
berikut:
5. Lukiskan seperti berikut untuk menggambarkan situasi tadi pada papan tulis.
6. Minta murid membilang blok asas mengikut nilai tempatnya.
Soal jawab:
Mulakan dengan sa.
Ada berapa sa kesemuanya?
Sekarang lihat pada puluh.
Ada berapa puluh kesemuanya?
Bolehkah kita tulis 130 pada nilai tempat puluh?
Apa yang perlu kamu lakukan jika jumlahnya lebih daripada seratus di nilai tempat
puluh?
Berapa ratus yang ada sekarang?
Jumlahkan:
300 + 30 + 9 = 339
7. Tuliskan jumlahnya pada ayat matematik tadi.
8. Bimbing murid menulis penambahan tersebut dalam bentuk lazim seperti berikut:
9.Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh lain.
10. Edarkan Lembaran Kerja 2.3.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tambah dalam lingkungan 1000

Unit

: 2.3

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian.


BBM

: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad manila 4. Dadu

Aktiviti :
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
setiap pasangan.
2. Lekatkan kad manila yang mengandungi pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
Pak Ali memetik 233 biji buah betik dan 245 biji buah
jambu dari dusunnya. Berapakah jumlah buahbuahan yang telah Pak Ali petik kesemuanya?
3. Minta murid menuliskan ayat matematik bagi pernyataan masalah tadi pada papan tulis
masing-masing.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh lain.
5. Edarkan sebiji dadu kepada setiap pasangan. Minta seorang murid melambung dadu
sebanyak 3 kali untuk membentuk nombor 3 digit. Seorang murid lagi melambung dadu
sebanyak 2 kali untuk membentuk nombor 2 digit.
6. Minta murid membina cerita daripada kedua-dua nombor tersebut dan mencari hasil
tambahnya.
7. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4.

Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tambah dalam lingkungan 1000

Unit

: 2.4

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian.


BBM

: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad manila 4. Dadu

Aktiviti :
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
setiap pasangan.
2. Lekatkan kad manila yang mengandungi pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
Pak Ali memetik 233 biji buah betik dan 245 biji buah
jambu dari dusunnya. Berapakah jumlah buahbuahan yang telah Pak Ali petik kesemuanya?
3. Minta murid menuliskan ayat matematik bagi pernyataan masalah tadi pada papan tulis
masing-masing.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh lain.
5. Edarkan sebiji dadu kepada setiap pasangan. Minta seorang murid melambung dadu
sebanyak 3 kali untuk membentuk nombor 3 digit. Seorang murid lagi melambung dadu
sebanyak 2 kali untuk membentuk nombor 2 digit.
6. Minta murid membina cerita daripada kedua-dua nombor tersebut dan mencari hasil
tambahnya.
7. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4.

Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tolak dalam lingkungan 1000

Unit

: 3.2

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula.
BBM

: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pembilang

Aktiviti :
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu, pen marker dan pembilang
kepada setiap kumpulan.
2. Minta murid mencari baki bagi 369 I26 dengan menggunakan pembilang. Bimbing murid
mengambil sebanyak 369 pembilang dalam kumpulan seratus-seratus, sepuluh-sepuluh dan
satu-satu. Bimbing murid menjalankan operasi tolak seperti berikut:
3. Minta murid membilang pembilang yang tinggal.
4. Bimbing murid menolak dalam bentuk lazim seperti berikut:
Soal jawab:
Mulakan dengan sa.
Sembilan tolak enam, berapa bakinya?
Kemudian lihat pada puluh.
Enam tolak dua, berapa bakinya?
Akhir sekali, lihat pada ratus.
Tiga tolak satu, berapa bakinya?
Apa jawapannya?
5. Minta murid menulis ayat matematik pada papan tulis individu serta menyebutnya.
369 I26 = 243
6. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh lain.
7. Edarkan Lembaran Kerja 3.1.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tolak dalam lingkungan 1000

Unit

: 3.3

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula.
BBM
: 1. Set sida berwarna biru, merah dan kuning 2. Jadual nilai tempat
(Rujuk BBM ms. 13)
Aktiviti :
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan jadual nilai tempat serta sida berwarna biru,
merah dan kuning yang mencukupi kepada setiap kumpulan.
2. Lekatkan perwakilan sida pada papan tulis.
3. Terangkan perwakilan bagi sida mengikut warna iaitu:

4. Tuliskan 462 I34 = pada papan tulis. Kemudian, lukis jadual nilai tempat di bawah ayat
matematik tersebut seperti berikut:
462 I34 =
5. Minta murid memasukkan sida bagi mewakili 462 dan tuliskan operasi tolak di bawahnya
pada jadual nilai tempat masing-masing seperti berikut:
6. Lukiskan sida dan tulis ayat matematik yang sama pada papan tulis.
7. Bimbing murid mencari jawapan seperti berikut:
8. Ulangi langkah 4 hingga 7 dengan memberikan contoh- contoh lain.
9. Edarkan Lembaran Kerja 3.2.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tolak dalam lingkungan 1000

Unit

: 3.4

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Mengenal operasi tolak sebagai songsangan operasi tambah.


BBM

: 1. Kad Nombor Berskala (Rujuk BBM ms. 15)

Aktiviti :
1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set Kad Nombor Berskala kepada setiap
kumpulan.
2. Pilih seorang murid untuk mengambil satu kad nombor dari dalam kotak. Contohnya 700.
Minta murid melekatkan kad nombor tersebut pada papan tulis.
3. Cantumkan dua kad lain untuk mendapatkan jumlah panjang kad yang sama panjangnya
dengan 700. Gunakan kad 300 dan kad 400.
4. Kemudian tuliskan ayat matematik tersebut sambil menyebut tiga ratus dan empat ratus
sama dengan tujuh ratus.
5. Tanggalkan kad 300 dan lekatkan kad ? di tempatnya.
6. Bimbing murid untuk melihat perkaitan antara dua ayat matematik seperti berikut:
7. Minta murid melakukan operasi seperti berikut:
8. Tanggalkan kad 400 pula dan gantikannya dengan kad ?. Lekatkan semula kad 300
pada tempat asalnya. Tuliskan ayat matematik seperti berikut:
9. Bimbing murid untuk melihat perkaitan antara dua ayat matematik berikut:
10. Minta murid melakukan operasi seperti berikut:
11. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh lain seperti berikut:
12. Edarkan Lembaran Kerja 3.5.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tolak dalam lingkungan 1000

Unit

: 3.6

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian.


BBM
: 1. Pembilang 2. Sampul surat 3. Gam 4. Gunting 5. Kad soalan dan kad
jawapan (Rujuk BBM ms. 16 - 17) 6. Lembaran Selesaikan Masalah Ini (Rujuk BBM ms. 18)
Aktiviti :
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang yang mencukupi dan lembaran
Selesaikan Masalah Ini kepada setiap kumpulan.
2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
Di dalam sebuah bakul ada 126 biji buah-buahan.
60 biji adalah buah manggis dan bakinya adalah buah rambutan.
Berapa bijikah buah rambutan dalam bakul itu?
3. Minta murid menulis pernyataan masalah tadi di dalam petak tengah pada lembaran tersebut.
4. Bimbing murid cara menggunakan lembaran tersebut.
5. Murid boleh menggunakan pembilang untuk mencari jawapan.
6. Banding dan bincangkan dapatan murid.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

NUMERASI Tahun 3
Kelas

: 3A5

Hari

Tarikh

Masa

Tajuk

: Tolak dalam lingkungan 1000

Unit

: 3.6

Hasil Pembelajaran

: Murid berupaya:

Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian.


BBM

: 1. Gelung rotan 2. Bola 3. Papan tulis individu 4. Pen marker

Aktiviti :
1. Letakkan empat gelung rotan di hadapan kelas.
2. Letakkan tiga biji bola ke dalam setiap gelung rotan.
Soal jawab:
Berapakah gelung rotan yang ada?
(Murid menjawab Empat gelung rotan)
Berapa biji bola yang ada dalam setiap gelung?
(Murid menjawab Tiga biji bola)
Adakah bilangan bola dalam setiap gelung sama banyak?
(Murid menjawab Ya, sama banyak)
Ada empat kumpulan tiga-tiga.
3. Lukiskan dan terangkan situasi tadi pada papan tulis seperti berikut:
4. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.
5. Tunjuk dan terangkan situasi tadi pada garis nombor seperti berikut:
6. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
7. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan.
8. Alihkan kesemua objek tadi dan letakkan tiga gelung rotan dengan enam bola di dalamnya.
Refleksi

MATEMATIK/NUMERASI/THN3/MURSHIDI/2014

Anda mungkin juga menyukai