Anda di halaman 1dari 29

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala
ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sekysen 16. Adakah faktorfaktor masalah pelajar, pengaruh rakan sebaya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan
persekitaran mempengaruhi gejala ponteng sekolah. Seramai 20 orang pelajar dikaji yang untuk
mengenal pasti masalah gejala ponteng.Hasil kajian menunjukkan pengaruh rakan merupakan
faktor utama yang mendorong gejala ponteng dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Seksyen 16. Selain faktor pengaruh rakan, faktor-faktor lain yang turut menjadi
pendorong terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah
keluarga, pengaruh persekitaran dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa
langkah perlu diambil oleh kesemua plhak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan
kerajaan dalam usaha menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai pengenalan kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Perkara
yang dibincangkan adalah latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, signifikan kajian, batasan kajian serta definisi operasi.

1.2 Latar Belakang Kajian


Kejayaan sistem sesebuah sekolah adalah bergantung kepada tahap disiplin pelajar di
sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej
pelajar. Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga merupakan
institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya generasi akan datang.
Sekolah juga merupakan tempat untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelektual seterusnya dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada
pembangunan dan kesejahteraan negara.

Namun begitu, tidaklah mudah untuk mencapai matlamat bagi melahirkan manusia
terdidik dan berguna yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kerajaan
menghadapi pelbagai cabaran berat untuk menangani pelbagai salah laku pelajar yang semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Masalah sosial yang melibatkan golongan remaja kian
meningkat di negara kita. Pelbagai masalah yang sering dikaitkan dengan remaja misalnya
ponteng sekolah, lari dari rumah keluarga, terlibat dengan gejala dadah dan berkecimpung dalam
kegiatan seks diluar nikah hingga membawa kehamilan, keguguran dan membuang anak semakin
berleluasa.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan
Malaysia, isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama
remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya
diperingkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan
gejala ponteng . Usaha bersepadu seluruh masyarakat amat diperlukan bagi mencari punca
sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi kerana ia dikhuatiri
menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha menanganinya tidak dapat
dilaksanakan segera, kemungkinan perangkaan ini terus meningkat dan memberi kesan kurang
baik kepada sistem pendidikan negara dan masa depan generasi muda.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

Ketika menjalani praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, saya telah
ditugaskan untuk mengajar subjek Ekonomi rumah tangga, perdagangan dan sivik tingkatan
empat. Sepanjang pengajaran saya ada di sekolah tersebut saya mendapati ada terdapat beberapa
orang pelajar yang tidak hadir sekolah dengan kerap. Pada amatan saya pelajar tersebut bukanlah
pelajar yang lemah. Tetapi lama kelamaan setelah diteliti pelajar tersebut banyak ketinggalan
dalam pembelajaran membuatkan mereka tidak dapat menjawab soalan ketika ujian diadakan.
Di sebabkan meja guru praktikum saya berada di bilik disiplin dan juga saya di arahkan
oleh guru disiplin dalam beberapa tugas disiplin saya sempat bertanya kan kepada guru disiplin
sekolah tersebut iaitu En. Fakrul mengenai kes ponteng sekolah. Menurut beliau sekolah tersebut
antara sekolah yang mempunyai kadar kes ponteng yang tinggi berbanding sekolah-sekolah yang
berdekatan. Tambahan pula pernah ada beberapa orang pelajar gagal dalam ujian SPM
disebabkan ketidak hadiran tanpa sebab.
Melihat kepada Statistik Ponteng sekolah saya mendapati salah satu kelas yang saya ajar
iaitu 4 Nilam merupakan antara kelas yang paling ramai pelajar ponteng. Saya membuat
pemerhatian kepada kelas tersebut selama beberapa minggu dan melihat prestasi ujian mereka
bagi membuat hubungkait masalah ponteng ini dengan prestasi pembelajaran mereka. Saya
dapati kebanyakan pelajar ponteng tidak dapat menjawab ujian dengan baik.

1.3 Objektif Kajian


1. Mengenal pasti kekerapan pelajar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Sekysen 16

2. Mengenal pasti punca kekerapan pelajar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Sekysen 16

3. Mengenal pasti cara mengatasi pelajar ponteng sekolah.

1.4 Persoalan Kajian


1. Adakah pelajar kerap ponteng sekolah?

2. Apakah punca menyebabkan pelajar ponteng sekolah

3. Adakah cara mengatasi pelajar ponteng dapat membantu mengurangkan kadar ponteng
sekolah

1.5 Signifikan Kajian


Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat adakah untuk melihat dan mengkaji punca pelajar
ponteng sekolah dan cara mengatasi masalah tersebut. Penyelidik juga ingin mengetahui persepsi
murid tentang punca yang menyebabkan mereka ponteng sekolah. Justeru, diharapkan hasil

kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, guru, pihak sekolah dan juga Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai rujukan untuk memantapkan lagi pencapaian sekolah
i.

Pelajar-pelajar
Pelajar dapat meningkatkan lagi kehadiran mereka ke sekolah

ii.

Guru-guru
Guru-guru lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memberi
minat kepada pelajar supaya tidak ponteng sekolah

iii.

Pihak Sekolah
Hasil kajian ini diharap dapat membantu pengurusan pihak sekolah dalam
memberi input dan dorongan kepada guru melaksanakan p&p dengan berkesan
dan juga menjalankan aktiviti bagi menarik minat pelajar

iv.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Hasil kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada KPM untuk mengambil
langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku dalam
pembelajaran di sekolah.

1.6 Batasan Kajian


Batasan kajian adalah responden dan kaedah kajian. Pertama, kajian ini hanya melibatkan
responden pelajar yang ponteng sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 sahaja.
Pemerhatian dibuat berdasarkan kelas yang banyak terlibat dengan masalah ponteng.
Kedua, metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan
kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan dan hanya
menggunakan soalselidik. Bilangan responden kajian ini adalah sebanyak 30 orang pelajar
sahaja.
1.7 Definisi Operasi
Definisi operasi membincangkan mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.
Huraian mengenai istilah yang digunakan penting supaya tidak berlaku kekeliruan dalam
memahami kajian ini:

1.7.1 Ponteng
Merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas,
sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu
hari.

1.7.2

Kehadiran
Merujuk kepada berada di sesuatu tempat contohnya sekolah. Ada nya seseorang
tersebut dan kedatangan nya pada tempat tersebut contoh nya sekolah.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang hasil kajian lepas dan dapatan data yang diperolehi daripada
penyelidik terdahulu mengenai tabii sains. Kajian-kajian ini dijadikan rujukan dan panduan
dalam pelaksanaan kajian dan penghasilan hasil akhir kajian ini.

2.2 Pekeliling Ikhtisas Mengenai Masalah Ponteng

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri
sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun
kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar
khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak disangkal
bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan
gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah menjelaskan bahawa:
Laporan salahlaku pelajar sekolah ponteng sekolah dan ponteng kelas
merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar.

Begitu juga,
jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga
menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif
ketinggalan dalam pelajaran tindakan yang sewajar perlu
diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-langkah


keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa :
tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita
kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah.
Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan tentang
penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa dalam
menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin.
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib.

Setiap guru

Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan.

Dengan itu kajian ini

dilakukan demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng kelas
mengikut pandangan pelajar menengah atas. Jadi apakah faktor kecenderungan mengikut kadar
ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian terhadap ponteng kelas
adalah paling berkesan di sesebuah sekolah?

Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong salah laku
disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya seiring dengan
perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada tekanan dan bosan. Kaedah yang
menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar agar memberi respons positif dan berminat
dengan mata pelajaran yang diajar.

Dalam Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah menjelaskan
bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah diri sendiri, guru,
kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-langkah bagi mengatasi
ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir. Kerjasma antara guru dengan pihak
pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM dan juga PK KK) yang erat dapat
mempertingkatan dan mencorakkan budaya dan iklim sekolah yang akan memberangsangkan
pelajar datang ke sekolah dan menjauhi salah laku ponteng.

10

2.3 Kesimpulan

Berdasarkan kajian literatur yang dibuat, penyelidik dapat melihat beberapa surat
pekeliling telah dikeluarkan bagi menangani dan menjelaskan mengenai masalah ponteng
sekolah kerana ini memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Justeru, penyelidik merasakan
lebih banyak kajian wajar dilakukan bagi mengetahui punca berlakunya masalah ponteng
sekolah ini dan mengenalpasti cara menangani pelajar ponteng.

11

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan metodologi dalam menjalankan kajian. Perkara
yang dibincangkan adalah reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur kajian
dan analisis data.

12

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitaif. Data telah dikumpul melalui instrumen soal
selidik. Tinjauan melalui instrumen soal selidik dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap masalah ponteng sekolah. Maklumat tentang kekerapan ponteng sekolah pelajar
diperolehi dan dikumpul melalui rekod Buku Kawalan Kelas (Mac-Mei) 2014 dari setiap
tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan.
Pilot-test dijalankan berdasarkan alat kajian tertentu, iaitu soal selidik dan temubual.
Kemudian maklumat dalam soal selidik telah dimurnikan dan diubahsuaikan. Seterusnya,
borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng sekolah.

Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas. Antaranya responden
juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk kaunseling atas sebab ponteng kelas.
Respon terhadap soal selidik adalah dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga
semasa pengkaji sit-in dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi
satu semasa menjawab borang soal selidik ini.

3.3 Sampel Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik melakukan kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 16, Shah Alam , Selangor. Populasi yang dipilih adalah melibatkan 20 orang pelajar
tingkatan 4 Nilam.

13

3.4 Instrumen Kajian

Kajian kuantitatif yang dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Kajian dilaksanakan dengan menggunakan set soal selidik yang mempunyai lima item soalan
yang dibina penyelidik.

3.5 Analisis Data


Hasil daripada tinjauan soal selidik yang dilakukan, Data yang dikumpul dianalisis dengan
bantuan pengisian perkomputeran. Diskritif statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai
dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng kelas pelajar dan
menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara menangani ponteng kelas di sekolah.

Jadual 1: Pengelasan Ponteng kelas Responden Kepada Sangat Kerap, Kerapkali, dan Sekali-sekala.
Sangat Kerap

-11 kali dan ke atas

Kerapkali

- 5 10 kali

Sekali-sekala

- 4 kali dan ke bawah

Jadual 2: Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut tahun

Kekerapan

Peratus

Darjah

Sangat Kerap

Kerapkali

Tingkatan 2

14

70.0%

20.0%

10.0%

20

100%

Jumlah

14

70.0%

20.0%

10.0%

20

100%

14

Sekali sekala

Keseluruhan

Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang pelajar
yang ponteng kelas lebih daripada 11 kali adalah dikategorikan dalam sangat kerap ponteng
kelas. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng kelas adalah ponteng kelas antara lima hingga
10 kali dalam tempoh berkenaan. Manakala pelajar yang ponteng empat kali dan ke bawah
dikategori ponteng kelas sekali-sekala.

Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan kekerapan ponteng kelas
pelajar mengikut tingkatan yang dipetikan daripada Buku Kawalan Kelas sesi persekolahan dari
bulan Januari hingga April 2014. Ianya melibatkan kelas tingkatan empat nilam. Seramai 20
responden dipilih daripada 37 populasi yang terlibat dalam kelas terebut. Semua responden yang
terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. Responden dipilih berdasarkan
kekerapan ketidak hadiran mereka di dalam kelas.

Hanya 20 responden yang dipilih adalah disebabkan kesuntukan masa dalam mengumpul data.
Ini menyebabkan pengkaji tidak sempat memberi borang soal selidik untuk pelajar yang lain.
Begitu juga terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat dalam kajian ini. Kumpulan
pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka walaupun pengkaji
menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan.

Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan ponteng kelas


mengikut tingkatan menunjukkan bahawa responden adalah dianggap sangat kerap ponteng
kelas. Antaranya didapati kekerapan ponteng kelas paling tinggi, iaitu 70.0%. Didapati juga 4
orang pelajar yang kerapkali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat 10.0% pelajar yang
15

sekali sekala ponteng kelas. Fenomena ini mungkin disebabkan pelajar tingkatan 4 yang berumur
17 tahun merupakan alam aliran pertukaran dari segi fisiologi dan mereka belum lagi
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah menengah atas.

Antaranya yang melibatkan 3 orang responden perempuan dan 17 orang responden lelaki.
Analisis kajian ini menunjukkan bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kelas
berbanding dengan responden perempuan.

Berdasarkan analisis kajian ini menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan ini responden
kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 41 kali, ,manakala yang paling
kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini adalah berdasarkan maklumat yang tercatat
dalam buku kawalan kelas oleh guru mata pelajaran. Responden yang dicatat lewat 15 minit
masuk kelas tanpa alasan adalah dianggap ponteng kelas dalam kajian ini.

Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng kelas adalah
waktu ketiga dan waktu kelapan, iaitu masing-masing 102 kali dalam tempoh empat bulan.
Waktu itu adalah waktu akhir bagi kelas tingkatan 4 yang berkaitan dalam kajian ini. . Apabila
diteliti dalam catatan Buku kawalan Kelas, didapati hanya sesetengah guru yang mencatatkan
pelajar yang ponteng kelas.

Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan ponteng kelas bagi
pelajar tingkatan menengah atas di sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi. Maka

16

faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas juga disoal selidik dan dianalisis sebagai
tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng kelas.

3.5 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik.
Kajian dilakukan kepada 20 orang pelajar tingkatan 4 di SMK Seksyen 16 bagi mengetahui
persepsi pelajar terhadap ponteng sekolah. Data yang dikumpul melalui edaran borang soal
selidik dianalisis secara kuantitatif bagi mengira frekuensi dan peratusan.

17

BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi. Penyelidik telah
menjalankan kajian kepada pelajar tingkatan 4 Nilam di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 16. Respon yang diperolehi adalah daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 melalui set
instrumen soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis secara kuantitafif bagi mendapatkan
frekuensi dan peratusan.

4.2 Analisis data deskriptif

Analisis statistik deksriptif digunakan untuk mendapat jawapan yang jelas bagi menjawab
persoalan kajian. Statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi dan peratusan mengikut
item.

18

4.2.1 Taburan Demografi Responden

Analisis terhadap demografi responden digunakan untuk membincangkan secara menyeluruh


mengenai taburan demografi responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berlainan
jantina. Taburan demografi responden adalah seperti jadual di bawah :

Profail
Jantina

Bangsa

Frekuensi

Peratus (%)

Lelaki

17

85.0

Perempuan

15.0

Melayu

19

95.0

Cina

0.0

India

5.0

Jadual 4.1

Jadual 4.1 menunjukkan taburan demografi responden pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
Hasil daripada edaran borang soal selidik, penyelidik memperolehi 20 borang soal selidik
daripada pelajar. Berdasarkan jadual, kajian ini terhad kepada 20 orang responden sahaja yang
terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Responden yang
berbangsa Melayu adalah seramai 19 orang, dan seorang responden berbangsa India.

19

4.2.2 Respon pelajar terhadap Punca Ponteng sekolah

Untuk menjawab soalan kajian Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas
pelajar menengah atas mengikut faktor berikut:
i.

Masalah Pelajar

ii.

Pengaruh Rakan sebaya

iii.

Latar Belakang Keluarga

iv.

Suasana dan Persekitaran

Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang pernah ponteng
kelas dari tingkatan 4 Nilam (20 orang). Kajian ini adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang
pernah ponteng kelas sebagai responden. Ianya terdiri daripada pelajar melayu dan india sahaja.

Data ini boleh memberikan maklumbalas kepada pihak sekolah tentang faktor-faktor yang
mendorong pelajar ponteng kelas memandangkan kes ponteng kelas yang kian menular. Jadi, ia
akan memberikan amanat sejauh manakah faktor-faktor yang dikenalpasti dapat membantu pihak
sekolah dalam menangani kes ponteng kelas.

Dalam soal selidik yang berkaitan adalah berdasarkan Skala Likert dari tidak setuju kepada
sangat setuju. Singkatan yang digunakan seperti berikut:

20

TS
KS
SD
S
SS

=
=
=
=
=

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Sederhana
Setuju
Sangat Setuju

Bil
1

Faktor

Min

Sisihan
Piawai

B1a. Ponteng kelas kerana ajakan rakan

3.68

1.45

B1b. Pelajar ponteng kelas kerana ingin mengikut rakan


berseronok

3.88

1.17

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Min
Taburan
2

Tahap
Kecenderungan

Purata

Tinggi
3.78

1.31

3.73

1.43

3.85

1.15

3.58

2.52

B3a. Pelajar berasal daripada keluarga Miskin

3.90

1.11

B3b. Pelajar perlu bekerja.

3.90

1.17

B3c. Pelajar perlu menjaga adik-beradik.

3.41

1.41

3.74

1.24

3.32

1.25

Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34; Tinngi=3.35-4.50


Faktor Masalah Pelajar
B2a. Pelajar ponteng Sekolah kerana konflik dengan gurutidak suka guru berkenaan.
B2b. Pelajar ponteng Sekolah kerana tidak suka belajar

Min
Taburan
3

Purata
Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00
Faktor Latar Belakang Keluarga

Min
Taburan

Sederhana

Purata

Tinggi

Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45; Tinggi=2.46-3.68


Faktor Suasana Dan Persekitaran

B4a. Suasana dalam kelas tidak memotivasikan menyebabkan


pelajar ponteng kelas.
B4b. Fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan
buruk tidak menggalakkan pelajar belajar.

Min
Taburan

Purata
Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00

21

Sederhana
3.10

1.24

3.21

1.24

Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap kecenderungan
pelajar ponteng kelas melalui pengiraan min taburan skor seperti konstruk 1 di atas. Dalam
kajian ini, punca-punca ponteng kelas telah dibahagikan kepada 4 kategori utama, iaitu masalah
pelajar, pengaruh rakan sebaya, latar belakang keluarga dan suasana perskitaran. Antara setiap
punca tersebut diceraikan kepada ceraian tertentu.

Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa faktor yang mempunyai tahap kecenderungan yang
paling tinggi ponteng kelas adalah pengaruh rakan sebaya, dimana pelajar mudah terpengaruh
oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain (purata
min=3.78). Faktor masalah pelajar dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk
ponteng kelas (purata min 3.58).

Ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan,

seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa guru
bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan kaedah
mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.

Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden
ponteng kelas adalah latar belakang keluarga berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74.
Desakan keluarga mempengaruhi seseorang pelajar dalam membuat keputusan untuk datang ke
sekolah. Mereka lebih menyukai untuk bekerja dan mencari wang untuk membantu keluarga dan
memenuhi kehendak sendiri.

22

Seterusnya suasana dan persekitaran (purata min =3.21) juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan pelajar ponteng kelas.

Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat

memotivasikan pelajar menyebabkan mereka ponteng kelas.

Di samping itu, fasiliti atau

kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini selaras
dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah
ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya
cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya
memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang
pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat
sekelilingnya.

Begitu juga dengan pendapat Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan
menolak piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan
sebaya. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan
diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti
sendiri.

23

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan kesimpulan daripada hasil kajian yang dilakukan. Penyelidik juga
membincangkan mengenai implikasi kajian, masalah ketika kajian dijalankam serta cadangan
untuk kajian seterusnya.

24

5.2 Implikasi Dan Cadangan


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kelas pelajar di salah sebuah
sekolah menengah atas di seksyen 16 memandangkan kes ponteng kelas yang dirujuk kepada
guru kaunseling adalah begitu ketara sehingga menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini
secara langsung telah mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian
akademik. isu. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi sedikit impak kepada
pihak sekolah supaya kes ponteng kelas dapat dikurangkan sehingga minimum.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong
mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang
dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada
masalah. Akan tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan
masalah ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik.

Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi oleh
pelajar dan seterusnya dapat mengetahui

di manakah kelemahan sistem pengurusan dan

pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya
daya kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan can make an difference.

Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil kajian
ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:

25

1.

lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.

2.

guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar.

3.

profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan


amanat mendidik dengan cemerlang.

4.

pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
guru.

5.

keceriaan bilik darjah perlu dijaga.

5.3 Kesimpulan

Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan tajuk kajian
ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di
sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang
menyebabkan pelajar ponteng kelas.

Maka penyebab ponteng kelas seperti yang didapati

daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor
digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas mengikut ceraian
faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah
perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya sekolah, fasiliti dan
kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua hasil kajian
adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kelas semata-mata.

26

Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara menangani masalah ponteng
kelas menunjukkan kebanyakan pelajar berpendapat bahawa peranan pentadbir (pengetua, PK
pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero dalam menangani kes ponteng
kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah, kekerapan pemeriksaan mengejut dan
seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan
pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian sekolah dapat dipupuk.

Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data yang
dikumpul melalui penglibatan 20 responden yang pernah ponteng kelas dalam tempoh
berkenaan.

Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas 2014 (Jan-Apr) dan temu bual dengan ketua
tingkatan, didapati ramai guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas ketika itu.
Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kelas

yang tinggi adalah waktu

terakhir dan waktu ketiga. Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati hanya
ketika sesetengah guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang mencatat rekod
102 kali pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat
dikurangkan kelak.

27

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn.


Bhd..

Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah
Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.

SMK Seksyen 16. (2014). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4 Nilam). Shah Alam: SMK
Seksyen 16.

KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan
Watan Sdn. Bhd..

Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja


Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd..

Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu
Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd..

28

Surat Pekeliling

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986). Langkah-langkah


Keberkesanan Disiplin Sekolah.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani Masalah


Ponteng Kelas.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu


Bicara Ketika Mengambil Tindakan.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah
Guru Disiplin.

29

Anda mungkin juga menyukai