Anda di halaman 1dari 11

1.

TARIAN SINGA (CHINNA)


Kostum tarian singa selatan.

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat
Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan
oleh dua penari iaitu seorang memainkan
di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari
akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari
itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini
akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.

Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun
lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan
tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah,
jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih
banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara
meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar dari pada Singa Utara, dan mempunyai cermin
serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
2. TARIAN TRADISIONAL SABAH (MALAYSIA)

Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar
masyarakat adalah seni tari. Sabah juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya
yang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabah
sememangnya kaya dengan tarian tradisional.

Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah Sumazau, Limbai, Sumayau,
Magunatip, Adai-adai dan Daling-Daling.

Sumber :

1. Dewan Budaya, Disember 1980, m/s 36-38


2. Pesta Ka'amatan `89 Peringkat Negeri, 31hb Mei, 1989 di`Hongkod Koisaan', Penampang. Petaling Jaya . Web
Printers Sdn. Bhd.. 1989.
3. Asmad. Kesenian Tari. Melaka : Associated Educational Dist., 1990.
4. Kusardy, P.M. Persembahan kebudayaan negeri Sabah : sempena lawatan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua
Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan
Datin Patinggi Dayang Hajjah Umi Kalthum ke sabah di Istana Kota Kinabalu, 24hb Disember, 1980. Kota
Kinabalu cetakan : Jabatan Cetak Kerajaan Sabah 1981.
5. Majlis Santapan Malam Negeri Sempena Perayaan Hari Kebangsaan 1996. Pencetak Kerajaan Sabah. 1996

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau
adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut
irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya
turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan
semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika
menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik
sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai
dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul
yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota
rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-
lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah
Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau
merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam
bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak
ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari
keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita


yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai
upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga
lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis
tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara
sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu
seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang
atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki
adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut
yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan
atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).
Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika
menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap
mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh
itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu
upacara yand diadakan.

TARIAN ADAI-ADAI

Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada
sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika
menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian
pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini
dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai
yang mendiami pekan Weston, Sabah.
TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah


Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari
Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk
yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik
masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-
daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti
kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang
sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

 
3. TARIAN ASAL INDIA
Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian
klassik Bharata Natyam
merupakan salah satu tarian
yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk
menguasainya perlu
mengambil masa bertahun-
tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari demi
untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang
dihormati ini secara lengkap,
penuh dengan kegemilangan.

Tarian ini berasal daripada


wilayah Tamil Naidu di
bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di
persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita.

Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di
kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya
( Tarian Ekspressi ).

 Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu,
kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian
India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya
klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak,
Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur
keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata
Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi
menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.

Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:

BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-
20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan
dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik
India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk
tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan
merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan
ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam
sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi
Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata
Natyam yang asli menyerupai gerakan api.

Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan
alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa
teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman
pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu
devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru
iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari
dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan
semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu
adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra
adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton.
Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek,
pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu
aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan
kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian
yang suci ini telah hilang ditelan zaman.

E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam
dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada
Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun
1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk
mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang
pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan
tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh
perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata
Natyam tanpa benar-benar melakukannya.
Cara Bharata Natyam ditarikan

Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik
batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik
klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang
penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara
lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat,
antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri,
berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.

Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata


Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh
sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk
badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan
mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho
(pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran
dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian
yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang
banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang
merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting
iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang
dihias (nritta-hasta).

Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi
sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan
dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang
khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis
pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang
lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah
untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.

Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu
mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat
daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan
dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi
Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam
Bharata Natyam.

Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:

Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang


menghilangkan halangan.

Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah
seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari
menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang
sopan.

Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema
cinta kasih.

Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang


paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan
tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.

Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan


beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak,
atau kasih dan cinta bagi kekasih.

Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa
muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari
yang menawan.

Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu
perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.

Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala
seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan
disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk
ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti
Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai
semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya
mempersembahkan Arangetram (debut).
KATA PENGANTAR

Puji dan syukur kami haturkan kehadapan Tuhan yang maha Esa atas
izinnya kami dapat menyelesaikan tugas seni budaya ini.
Dalam buku ini berisikan tentang tarian – tarian tradisional yang
mudah–mudahan dapat menambah wawasan dan dapat bermanfaat bagi
pembacanya.
Kami menyadari bahwa di dalam buku ini masih banyak
kekurangannya. Oleh karena itu kami menunggu kritik membangun dari
siapapun yang membaca dan menggunakan buku ini demi kesempurnaan
buku ini

Bandung 3 September 2009

Ketua kelompok

Anda mungkin juga menyukai