Anda di halaman 1dari 44

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK

TERHADAP KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

ROSLENA BINTI CHE JUHAN NEGARA

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor

JANUARI 2012

ABTRACT

Safety is the most important key in our daily life. This study was carried out to
examine the readiness of security in the lab of polytechnic engineering students. The
objective of this study was to identify the readiness of the student safety in the lab of
engineering course in Polytechnic Ungku Omar in terms of the attitudes,
environment and skills of student using hand tools. The method used in this study
was stratified random sampling method.

Sample of this study comprised 243

respondents consisting of Civil, Electrical and Mechanical Engineering students.


Research instruments used were questionnaires containing 40 items questions. A
path study was conducted on 30 respondents of engineering students in Polytechnic
Shah Alam to see the reliability of the questionnaires items. The result of value of
the reliability of a path study was 0.899. SPSS software (Statistical Package For
Social Science Ver 16) was used for statistic analysis. Question number 1 and 3 were
analysed by using descriptive statistic mean. The second question was used ANOVA
test. The findings found the readiness of engineering course students of Polytechnic
Ungku Omar in terms of attitudes, environment and skills of hand tools is at high
level. The findings also found that there were significant differences skills towards
the safety in the lab by the departments in terms of attitudes, environment and hand
tools. While, the findings of lab safety rules practised by engineering students of
Polytechnic Ungku Omar are at high level. Even though the findings shows a high
level of readiness but the persons involved need to make some improvements to
minimize the risk of accidents occur in the lab.

ABSTRAK

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan
Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar
dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap
keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak
berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan
adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah
dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah
Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan
hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science
Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis
menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA.
Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan
Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan
alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan
alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala
hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh
pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu,
pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko
berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

KANDUNGAN

JUDUL TESIS
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABTRACT
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
BAB I

PENGENALAN
1.1
Pengenalan
1.2
Latar Belakang Masalah
1.3
Penyataan Masalah
1.4
Tujuan Kajian
1.5
Objektif Kajian
1.6
Persoalan Kajian
1.7
Hipotesis
1.8
Kerangka Teori
1.9
Kepentingan Kajian
1.10
Skop Kajian
1.11 Batasan Kajian
1.12 Definisi & Istilah
1.13 Rumusan

i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
xiv
xv
1
5
8
8
9
9
10
10
11
11
12
12
14

viii

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan
2.1.1 Politeknik
Kajian Lepas
2.2.1 Faktor Sikap
2.2.2 Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel
2.2.3 Faktor Kemahiran
2.3.4 Faktor Kelengkapan Alatan tangan
Keselamatan

2.2

2.3

2.3.1 Konsep Keselamatan


2.3.2 Peraturan Keselamatan

2.3.2.1 Keselamatan Diri


2.3.2.2 Keselamatan Alat dan Perkakasan
2.3.2.3 Keselamatan Persekitaran

2.4
2.5
BAB 3

Kemalangan
2.4.1 Teori Penyebab Kemalangan
Rumusan

16
17
18
20
21
22
24
24
25
26
27
28
29
29
32

METODOLOGI

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9

Pengenalan
RekaBentuk Kajian
Populasi dan Persampelan
Tempat Kajian
Instrumen Kajian
Pengesahan Pakar Dan Kajian Rintis
Kaedah Pengumpulan Data
Rangka Kerja Operasi
Analisis Data
3.9.1 Analisis Deskriptif
3.9.2 Analisis ANOVA
3.10 Rumusan
BAB 4

15

33
34
34
35
35
38
39
40
40
41
41
42

ANALISIS DATA

4.1
4.2

Pengenalan
Bahagian A
4.2.1 Jantina Responden
4.2.2 Jabatan
4.2.3 Jumlah Penggunaan Bengkel Dalam
Seminggu

4.3 Bahagian B

4.3.1

4.4
4.5

Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan


Politeknik Terhadap Keselamata Di dalam
Bengkel
4.3.1.1 Persoalan pertama
4.3.1.2. Persoalan Kedua
Bahagian C
4.4.1. Persoalan ketiga
Rumusan

43
44
44
44
45
45
46

46
49
56
56
57

ix

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN, CADANGAN


5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar

58
59
59

kursus kejuruteraan di Politeknik Ungku


Omar dari aspek sikap, persekitaran dan
kemahiran penggunaan alatan tangan
terhadap keselamatan di dalam bengkel?
5.2.1.1 Aspek Sikap
5.2.1.2 Aspek Persekitaran
5.2.1.3 Aspek Kemahiran Penggunakan
alatan tangan
5.2.2 Apakah terdapat perbezaan yang

60
61
63
65

signifikan dari aspek sikap, persekitaran


dan kemahiran penggunaan alatan tangan
terhadap keselamatan di dalam bengkel

5.3

mengikut jabatan
5.2.2.1 Aspek Sikap
5.2.2.2 Aspek Persekitaran Bengkel
5.2.2.3 Aspek Kemahiran Penggunaan

65
66
67

Alatan Tangan
5.2.3 Adakah peraturan keselamatan diamalkan

68

semasa menjalan amali bengkel?


Cadangan
5.3.1 Pihak Politeknik
5.3.2

5.4
5.5

RUJUKAN

Pihak Pensyarah

Cadangan Kajian Lanjutan


Rumusan

69
70
70
71
72
73

SENARAI JADUAL

BIL

TAJUK

MUKA
SURAT

1.1

Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut


sektor (2007-2010)

1.2

Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian

1.3

Tinggi di Malaysia
Rekod Kemalangan Bengkel di politeknik Setempat

dan Luar Negara


2.1

Peraturan Keselamatan Diri

3.1

Bilangan pelajar semester akhir (semester 6)

3.2

26

Diploma Kejuruteraan Elektrik, Awam, dan

35

Mekanikal di Politeknik Ungku Omar


Bahagian di dalam instrument Kajian

36

xi

3.3

Bilangan item soal selidik

37

3.4
3.5

Skala Likert
Interpretasi skor Alpha Cronbach

38
39

3.6

Analisis Data berdasarkan setiap Persoalan Kajian

41

4.1

Taburan bilangan dan peratus responden mengikut


jantina

44

4.2

Bilangan responden mengikut jabatan

45

4.3

Jumlah Penggunaan bengkel dalam seminggu

45

4.4

Skor min bagi tahap kesediaan pelajar Kejuruteraan

46

4.5

Politeknik
Analisis skor min bagi aspek sikap

47

4.6

Analisis skor min bagi aspek persekitaran

48

4.7

Analisis skor min bagi aspek kemahiran penggunaan

48

4.8

alatan tangan
Analisis skor min bagi aspek sikap, persekitaran dan

49

kemahiran pengunaan alatan tangan terhadap


4.9

keselamatan di dalam bengkel


Skor Min bagi aspek sikap mengikut jabatan

50

4.10

Anova sehala perbandingan aspek sikap mengikut

50

4.11

jabatan
Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek sikap mengikut

51

4.12

jabatan
Skor Min bagi aspek persekitaran mengikut jabatan

52

4.13

Anova sehala perbandingan aspek persekitaran

52

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut


4.14

jabatan
Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek persekitaran

53

4.15

mengikut jabatan
Skor min bagi aspek kemahiran penggunaan alatan

54

4.16

tangan mengikut jabatan


Anova sehala perbandingan aspek kemahiran

54

4.17

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan


Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek kemahiran

55

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan

xii

4.18

Analisis skor min bagi Peraturan Keselamatan

56

Bengkel

SENARAI RAJAH

BIL

TAJUK

MUKA
SURAT

1.1
2.1
3.1
3.2

Kerangka Teori
Struktur Teori Domino Heinrich
Kerangka Kerja Operasi
Konsep ujian ANOVA

10
30
40
42

xiii

SENARAI SINGKATAN

NOISH

- National Institute for Occupational Safety and Health

PTV

- Pendidikan Teknik dan Vokasional

OSHA

- Occupational Safety and Health Administration

JKKP

- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

IPT

- Institusi Pengajian Tinggi

SPSS

- Statistical Package for the Sosial Science Version 16

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK LAMPIRAN

MUKA SURAT

Jadual Krejcie, R.V. and Morgan

82

Soal Selidik

84

Pengesahan Soal Selidik

91

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

92

Analisis Kajian Rintis

93

Demografi

96

Analisis Skor Min Item

98

Analisis Ujian ANOVA

101

Carta Gantt

108

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Di dalam perkembangan teknologi industri yang semakin maju, Negara memerlukan


banyak pekerja mahir dan faham tentang penggunaan alat dan mesin yang canggih.
Oleh itu, pelajar adalah generasi akan datang memainkan peranan penting kearah
merealisasikan teknologi berasaskan peralatan mesin dan automasi yang canggih.

Pendidikan Teknik dan Vokasional sebenarnya menyediakan landasan


alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka. Bagi
membolehkan mereka mendapat pendidkan teknikal dan latihan vokasional,
kemudahan pendidikan teknik dan Latihan vokasional akan dipertingkatkan
(Rancangan Malaysia Ke -10)

Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang
diperlukan ke arah Negara perindustrian, maka pelajar perlu dilatih supaya
mempunyai sikap kerja yang betul dan mempunyai nilai-nilai positif seperti
berdisiplin, tekun dan dedikasi. Industri yang berteknologi adalah memerlukan
tenaga kerja yang berdisiplin, yang dilengkapi dengan asas kemahiran yang lebih
luas serta mempunyai budaya dan etika kerja yang positif. Dalam usaha ini, pihak
Kementerian Sumber Manusia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang
selamat untuk bekerja.
Sasaran kementerian adalah untuk menurunkan kadar kes kemalangan
industri kepada 3.5 peratus kes menjelang 2020. Kadar tersebut adalah menyamai
kadar kes kemalangan bagi negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Sehingga ini tahun 2005, negara kita telah mencatatkan statistik kemalangan yang
dilaporkan di sekitar 5.6 peratus (Bakar, 2007).
Kebanyakkan pekerja industri kini tidak mementingkan aspek keselamatan
semasa berada di tempat kerja. Menurut Thye (2009), aspek keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju
meskipun jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan ketara. Walaupun
berjaya mencapai kadar 6.5 kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2008
namun ia masih tinggi berbanding negara maju seperti Sweden dan Norway yang
merekodkan hanya dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1,000 pekerja.
Menurut Kementerian Sumber Manusia (2010) , undang-undang keselamatan
dan kesihatan ketika ini hanyalah peraturan dalaman dan oleh itu banyak syarikat
tidak mengambil berat untuk memberikan perhatian terhadap aspek tersebut.
Sebagai contoh katanya, sesetengah pekerja tidak dibekalkan dengan topi keledar
keselamatan atau tidak memasang tali pinggang bagi pekerja yang bekerja di
bangunan tinggi. Pekerja juga tidak diajar tentang langkah berjaga-jaga yang harus
diambil apabila bekerja di tempat berbahaya, yang boleh mengakibatkan
kemalangan. Sesungguhnya keselamatan pekerja mempunyai kaitan rapat dengan
produktiviti. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Malaysia (DOSH) Basri, (2010) menyatakan satu jawatankuasa akan
dibentuk untuk mencari kaedah terbaik agar kemalangan melibatkan pekerja dapat
dikurangkan

Menurut Sarip (2002), politeknik merupakan salah satu institusi pengajian


yang melahirkan tenaga kerja separuh mahir terutamanya di dalam bidang
kejuruteraan di dalam pelbagai disiplin. Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional
ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam
melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan
lebih kerap menggunakan bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk
memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam
pekerjaan. Akan tetapi aspek keselamatan hendaklah diutamakan supaya dapat
menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam
bidang teknikal.
Politeknik menekankan dua aspek pengajian iaitu teori dan amali. Di
samping menimba ilmu dalam pendidikan amali, perkara yang perlu dititik beratkan
dan diberi perhatian oleh pelajar ialah tentang keselamatan, alatan dan mesin serta
persekitaran tempat kerja kerana setiap pelajar akan terlibat dengan penggunaan
pelbagai kelengkapan bengkel seperti alatan tangan dan mesin dan sekaligus
mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.
Menurut Hamdan (1994), keselamatan merupakan satu aspek yang paling
penting dalam pengendalian bengkel mahupun makmal. Semua yang terlibat dalam
perkerjaan makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja,
persekitaran dan orang lain yang bekerja bersama mereka. Pada hari ini, setiap
individu yang bekerja di makmal mestilah diberikan peringatan, panduan, tatacara
dan pengetahuan untuk mengendalikan makmal dan melakukan uji kaji dengan
selamat.
Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam
melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik
beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila
masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan boleh dianggap
sebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidak
akan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya sama
ada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Menurut Bakar
(1994), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari
semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang
harus sedar dan bertanggungjawab.

Dalam pendidikan teknik dan vokasional, pelajar-pelajar dikehendaki


menggunakan banyak mesin-mesin berkuasa tinggi dan alatan tangan yang tajam dan
merbahaya (Buhari, 2008). Oleh itu, pendidikan keselamatan perlu ditekankan
kepada pelajar yang beraliran teknik dan vokasional, yang mana sesi pengajaran dan
pembelajarannya lebih banyak dilakukan di dalam bengkel. Ia bagi menjamin
keselamatan diri pelajar, keselamatan orang sekeliling, keselamatan alatan dan mesin
serta keselamatan persekitaran bengkel itu sendiri.
Semasa melakukan kerja amali, pelajar akan terdedah dengan pelbagai
bahaya terutamanya semasa melakukan aktiviti menyediakan bahan untuk projek
amali, ketika mengendalikan pelbagai jenis alatan yang tajam dan mesin berkuasa
tinggi dan juga ketika menjalani proses pembelajaran di dalam bengkel. Beberapa
aspek yang lain seperti sistem pengudaraan bengkel, pencahayaan dan keselesaan
susun atur bengkel juga perlu diambil kira. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana
dan pada bila-bila masa. Oleh itu, pelajar harus menitikberatkan kefahaman dan
amalan keselamatan terhadap diri, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja
semasa berada di dalam bengkel (Buhari, 2008). Kemalangan tidak dapat dielakkan
namun dapat dikurangkan atau dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam
pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab
supaya peraturan keselamatan bengkel dapat difahami dan diamalkan oleh semua
pelajar.
Untuk memenuhi keperluan sektor industri, pelajar-pelajar akan didedahkan
dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga dilatih
bagaimana hendak menggunakan peralatan tangan serta pengendalian mesin. Dalam
usaha mempelajari dan memenuhi semua kemahiran ini, pelajar bukan sahaja
berdepan dengan kemungkinan berlakunya kesilapan dan kegagalan tetapi juga akan
menghadapi pelbagai risiko kecuaian dan kemalangan yang boleh berlaku pada bilabila masa. Kemalangan yang terjadi di dalam bengkel bukan sahaja akan
mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan anggota badan manusia malah
boleh membawa maut.
Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam
bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap
keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan

keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan
seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Azhar, 2008).

1.2

Latar Belakang Masalah

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan,


kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya
daripada semua pihak (Loganathan, 2008). Walaupun beberapa usaha telah dibuat,
namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan
kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh
mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.
Jadual 1 dibawah menunjukkan kes kemalangan maut yang dilaporkan
mengikut sektor dari tahun 2007-2010. Merujuk kepada jadual 1, sektor yang paling
tinggi mencatat kemalangan maut ialah pada sektor pembinaan, di ikuti dengan
sektor Pengilangan, Pertanian, Kemudahan dan yang terakhir ialah Perlombongan.
Bukan itu sahaja, sektor pembinaan juga mencatat kes kemalangan maut yang paling
tinggi pada setiap tahun. Daripada jumlah yang dicatatkan, didapati kadar
kemalangan yang berlaku di industri walaupun tidak mengerunkan tetapi amatlah
perlu untuk disifarkan jika berkemampuan.
Jadual 1.1: Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor (2007-2010)
(Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2007-2010))
2007

2008

2009

2010

Jumlah

Pengilangan

63

76

63

75

277

Perlombongan
Pembinaan
Kemudahan

9
95
10

6
72
19

3
71
23

1
85
11

19
323
63

Implikasi dari perkembangan industri yang semakin meningkat maju. Negara


memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang tinggi
mengenai amalan keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai
perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.

Oleh itu, menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
(NOISH), Thye (2010), pihak majikan di negara ini disarankan supaya
meningkatkan pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(OSH) kepada pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan berkaitan tempat kerja.
Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang
melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta
orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi
memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Ini bertujuan untuk
melatih para pelajar menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka kepada
suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001).
Kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian manusia
sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Menurut Kementerian Sumber
Manusia (2010), satu jawatankuasa akan dibentuk yang akan bertindak untuk
mengumpul data dan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan
kadar kemalangan membabitkan pekerja. Oleh itu, kesedaran berhubung amalan
keselamatan terhadap diri sendiri, penggunaan alatan dan mesin serta persekitaran
tempat kerja perlu ditanamkan kepada setiap pelajar seawal di bangku sekolah lagi.
Ini adalah kerana segala amalan yang baik ketika melakukan kerja di bengkel
sekolah akan dapat diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan kelak.
Kemalangan juga turut berlaku dikalangan pelajar kejuruteraan di sekolah
mahupun di pusat institusi pengajian tinggi. Mereka tidak terlepas dari bahaya
kemalangan semasa bekerja di dalam bengkel amali. Ini kerana mereka turut
menggunakan mesin-mesin, alatan tangan dan bahan yang boleh membawa bahaya
kepada mereka sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.
Ini bermakna secara dasarnya pelajar kursus kejuruteraan di Malaysia
sepatutnya mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek-aspek Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Jadual 2 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di sebuah
Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

Jadual 1.2: Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia


(Mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti Bil
1/2010)
Tempat
IPTA
(UTHM)
IPTA
(UTHM)
IPTA
(UTHM)
IPTA
(UTHM)

Bengkel
Makmal Kayu
Makmal Konkrit
Makmal Polimer dan
Seramik
Makmal JalanRaya

Jenis Kecerderaan
Patah Kaki akibat dihempap
mesin
Kaki cedera dan pengsan
(kaki terkena kiub konkrit)
Cedera pada Peha & kaki(
ditimpa acuan membuat
seramik)
Luka di jari (Tidak
Mengenakan pin
keselamatan yang terdapat di
mesin pemampat

Tahun
2009
2009
2009

2010

Kemalangan ini melibatkan pelajar-pelajar kejuruteraan yang meliputi kursus


pendidikan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal sepanjang tahun 20092010. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan
di dalam bengkel terutamanya sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran
amali. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kecederaan sama ada
serius atau ringan, kecacatan anggota dan ada kalanya boleh membawa maut.

Jadual 1.3: Rekod Kemalangan Bengkel di Politeknik Setempat dan Luar Negara
Tempat
Bay of Plenty ,Tauranga
(New Zealand)
Politeknik
(PUO)
Politeknik
(PUO)

Bengkel
Bengkel kayu

Bengkel
kimpalan
Bengkel Mesin

Jenis Kecerderaan
Putus ibu jari kiri, menderita
akibat kerosakan saraf pada
telapak tangan kiri
Tangan Melecur (Terkena
besi panas)
Kepala cedera (terkena besi
pengetat bindu)

Tahun
2009

2010
2010

Jadual 3 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di politeknik setempat dan Luar


Negara. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di politeknik tidak didedahkan
kepada media berikutan menjaga reputasi dan nama baik politeknik. Pada tahun
2009, Di Bay of Plenty, Tauranga misalnya, seorang pelajar kejuruteraan awam
putus ibu jari kiri serta menderita akibat kerosakan saraf akibat terkena mesin
pemotong kayu . Bukan itu sahaja, terdapat juga kes kemalangan bengkel di dalam
negara, pada tahun 2010 dimana seorang pelajar melecur tangan akibat terkena besi

panas semasa melakukan kerja kimpalan. Kejadian tersebut berlaku di Politeknik


Ungku Omar.
Ini jelas menunjukan bahawa kesedaran terhadap amalan keselamatan semasa
di dalam bengkel masih rendah di kalangan para pelajar politeknik.

Walaupun

pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan di dalam bengkel
sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran amali.

1.3

Penyataan Masalah

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.
Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta selamat,
pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu yang
dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa dan pada
masa akan datang. Peristiwa kemalangan bengkel yang berlaku di pusat pengajian
tinggi dan politeknik menunjukkan kesedaran pelajar- pelajar terhadap kepentingan
keselamatan di dalam bengkel masih lagi lemah walaupun kita sudah berada di alaf
baru. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan pelajar
kursus kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal terhadap keselamatan di dalam
bengkel Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran
menggunakan alatan tangan.

1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar
kejuruteraan Elektrik, Awam dan Mekanikal terhadap keselamatan bengkel dari
aspek sikap, persekitaran dan kemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin.

1.5

Objektif Kajian

Objektif kajian yang dijalankan adalah :

(i)

Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik


Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran
penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel.

(ii)

Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara


kesediaan pelajar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran
penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel
mengikut jabatan.

(iii)

Mengenalpasti kepatuhan pengamalan peraturan keselamatan semasa


menjalani amali bengkel.

1.6

Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik telah mengariskan tiga persoalan kajian
iaitu:

i.

Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik


Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan
alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel?

ii. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari
aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan
terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

iii. Adakah peraturan keselamatan diamalkan semasa menjalani amali


bengkel?

10

1.7

1.7.1

Hipotesis

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek
sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap
keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.
(i)

Ho1:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan


pelajar dari aspek sikap terhadap keselamatan di dalam
bengkel mengikut jabatan.

(ii)

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan


pelajar dari aspek persekitaran terhadap keselamatan di dalam
bengkel mengikut jabatan.

(iii) Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan


pelajar dari aspek kemahiran penggunaan alatan tangan
terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

1.8

Kerangka Teori

Input

Proses

Output

Kesediaan
Pelajar
Sikap
Kesan dan
Sumbangan

Pelajar

Peraturan Keselamatan
Bengkel

Rajah 1.1 : Kerangka Teori

Persekitaran

Kemahiran
penggunaan alatan
tangan

11

Rajah 1.1 menunjukkan kesediaan pelajar terhadap keselamatan di dalam bengkel.


Para pelajar harus sedar bahawa peraturan keselamatan amat penting untuk difahami
dan diketahui. Budaya kerja yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja
amali di bengkel akan membawa kesan baik kepada diri sendiri, orang di sekeliling
serta harta benda. Hasil daripada kesediaan pelajar dalam mengamalkan peraturan
keselamatan bengkel, ia menghasilkan kesan dan sumbangan kepada pelajar sendiri.
Kesan ini mewujudkan sikap pelajar yang mementingkan amalan keselamatan,
menjaga dan mewujudkan persekitaran bengkel yang selamat, serta mempraktikkan
kemahiran menggunakan alatan tangan.
Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan
suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Kekemasan
dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga
dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Dengan kemahiran yang diterapkan
akan dapat membantu pelajar memperoleh hasil kerja yang baik dan dapat mengelak
daripada berlakunya kecederaan. Dengan ini, tahap keselamatan dapat ditingkatkan
serta dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku di dalam bengkel.

1.9

Kepentingan Kajian

Dalam merealisasikan proses pembangunan modal insan yang merangkumi


keterampilan dalam pelbagai aspek, amatlah diharapkan dapatan kajian ini akan
dapat memberi impak yang besar terhadap perkembangan Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Malaysia dan seterusnya menyediakan latihan dan peluang kepada
pelajar-pelajar untuk peringkat separa profesional dalam bidang teknikal melalui
insitusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan seperti sekolah vokasional,
politeknik, institusi latihan, universiti dan sebagainya. Bidang pengajian yang
mantap perlu mengambil kira perkembangan dan keperluan semasa bagi memastikan
kualiti pengajian yang tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan
ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel ketika belajar tetapi juga penting
untuk diamalkan serta dipraktikkan semasa di alam pekerjaan.

12

(i)

Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik, serta menerapkan kesedaran


tentang betapa pentingnya amalan keselamatan semasa melakukan kerja
amali di dalam bengkel.

(ii)

Memberikan sumbangan kepada tenaga pengajar yang terlibat sebagai garis


panduan dalam mempertingkatkan lagi peraturan-peraturan dan amalan
keselamatan sedia ada dan seterusnya membimbing pelajar mengamalkan
budaya kerja yang selamat.

1.10

Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan awam,
elektrik dan mekanikal dari aspek :

(i)

Sikap pelajar

(ii)

Persekitaran

(iii)

Kemahiran penggunaan alatan tangan

(iv)

Peraturan Keselamatan Bengkel

1.11

Batasan Kajian

Kajian akan dibuat ke atas pelajar kejuruteraan daripada Jabatan Awam, Elektrik dan
Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Perak yang menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran di bengkel amali. Kajian akan difokuskan kepada pelajar diploma
kejuruteraan semester 6 .

1.12
(i)

Definisi & istilah


Keselamatan

13

(ii)

Sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau


kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya
daripada semua pihak (Loganathan, 2008).

(iii)

Sikap

Sikap merupakan perasaan suka atau tidak suka kepada objek, manusia, idea atau
persekitaran (Loganathan, 2008).
(iv)

Persekitaran

Menurut Khalid (2002), adalah perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan
suasana, keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran merujuk
kepada keadaan ruang kerja amali di dalam bengkel sama ada pengudaraan,
pencahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran.
(v)

Kemahiran

Kemahiran bermaksud kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi daripada
hasil amalan dan latihan yang berulang dan berterusan (Azad, 2003). Menerusi kajian
ini, kemahiran boleh di takrifkan sebagai suatu kebolehan untuk melakukan suatu
garak kerja tertentu yang dipraktikakan oleh para pelajar di dalam bengkel amali.
(vi)

Kemalangan

Sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan
kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan
kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakkan harta benda, kehilangan,
pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut.
(vi)

Bengkel

Menurut kamus dewan (2004), bengkel bermaksud tempat membuat atau membaiki
sesuautu misalnya mesin. Bengkel adalah tempat khusus untuk menjalankan kerja-

14

kerja amali yang dilengkapi kemudahan peralatan-peralatan bagi menjalankan kerjakerja amali di dalam bengkel.

(vii)

Makmal

Merupakan tempat untuk mengadakan percubaan atau pemyelidikan sesuatu yang


berhubung dengan ilmu sains (Hamdan, 1994). Makmal yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah makmal-makmal kejuruteraan.

(viii) Pelajar
Pelajar ditarifkan sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di
maktab, dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

(ix)

Politeknik

Politeknik adalah sebuah institusi pengajian awam yang dibangunkan oleh KPTM di
seluruh negara bagi melahirkan tenaga separa profesional dalam pelbagai bidang
teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia.
Politeknik menawarkan pelbagai kusus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi
pengiktirafan dan kelayakan bekerja kepada pelajarnya

1.13

Rumusan

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam
melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik
beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila
masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan bermaksud
keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,
pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan
atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung
daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan
ekonomi.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kajian literatur didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik
ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, dan data. Kajiankajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan satu persatu mengikut faktor
yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan
serta teori-teori daripada tokoh-tokoh yang menguasai bidang-bidang yang
berkenaan. Perkara-perkara yang dibincang secara jelas adalah seperti berikut :

(i)

Politeknik

(ii)

Kajian Lepas

(iii)

Keselamatan

(iv)

Kemalangan

16

2.1.1

Politeknik

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik


pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development
Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian
Kebangsaan pertama (19851995). Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam
bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah
menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 871/2670/2009 dan
bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras
berikut:
(i)

Memperkasa Politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan


universiti awam yang lain.

(ii)

Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan


yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik.

(iii)

Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi.

(iv)

Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja cemerlang.

Sejajar dengan hala tuju transformasi Politeknik ini, maka Politeknik memainkan
peranan yang penting untuk melahirkan individu yang berkemahiran bagi
membolehkan seorang pekerja yang produktif, rasional, dan cekap. Kewujudan
pendidikan teknik dan vokasional adalah salah satu faktor penyumbang bagi
menyediakan sumber tenaga bagi keperluan sektor industri. Mereka dilatih dengan
pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga diajar
bagaimana untuk menggunakan peralatan tangan dan pengendalian mesin.
Memandangkan betapa pentingnya latihan kemahiran dalam PTV yang
dilaksanakan di dalam latihan kemahiran amnya dan amali bengkel khasnya, maka
aspek-aspek latihan ini haruslah di rancang dan diawasi dengan baik supaya
matlamatnya tercapai. Aspek keselamatan bengkel haruslah dititikberatkan untuk

17

mewujudkan persekitaran amali yang baik dan mengelakkan daripada berlakunya


perkara-perkara yang tidak diingini semasa uji kaji dijalankan (Hamdan, 1994).
Penglibatan pelajar terhadap penggunaan mesin semasa melakukan kerja
amali mendedahkan pelajar kepada risiko kemalangan diri sendiri mahupun orang
lain. Menurut Laney (1982) lazimnya sikap cuai, tak peduli atau tidak mengambil
berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan serta berdiplin kerja yang lemah
merupakan punca kejadian kemalangan. Bersikap positif, kesedaran dan
keprihatinan terhadap amalan keselamatan dapat memastikan keselamatan terjamin.
Aspek keselamatan ini amat berkait rapat dengan kemalangan. Kepentingan
mengenai keselamatan melibatkan individu yang menjalankan kerja amali,
penggunaan peralatan dan persekitaran tempat kerja. Kefahaman dan kesedaran
tentang kepentingan perlu dipupuk dan dipraktikkan oleh semua pihak. Budaya kerja
yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja amali di sekolah akan
membawa kesan baik apabila ia di bawa ke alam pekerjaan.

2.2

Kajian Lepas

Amalan keselamatan amat penting dalam alam pekerjaan. Tidak kira di mana saja
berada, aspek keselamatan tidak boleh di abaikan. Pendek kata, amalan keselamatan
amat dititikberatkan. Pihak berkuasa yang mengawasi sesuatu kerja dan mempunyai
kuasa untuk menghentikan kerja-kerja yang dilakukan sekiranya prosedur
keselamatan diabaikan.
Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh syarikat-syarikat berhubung
aspek-aspek keselamatan ini kerana masing-masing menyedari akan kepentingan
aspek keselamatan dalam industri. Jika dilihat di peringkat antarabangsa juga
dilaporkan bahawa terdapat banyak juga syarikat-syarikat yang menyertai programprogram anjuran Occupational Safety and Health Administration (OSHA) sebagai
tanda menyedari pentingnya mereka mengikuti program-program keselamatan
(Charles, 2007).

18

Di Malaysia misalnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


adalah merupakan agensi Kerajaan yang telah diberi untuk mentadbir dan
menguatkuasakan perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan (KKP) di negara ini. Dalam hal ini, JKKP adalah komited untuk
memberikan perlindungan dalam hal yang berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan kepada semua orang yang bekerja dan persekitarannya. Tambahan pula
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja adalah satu aspek yang
sentiasa diberi penekanan oleh pihak kerajaan bagi memastikan suasana tempat kerja
adalah kondusif dan hasil keluaran dapat dibuat secara produktif dan berkualiti
(Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja, 2011 ).
Jika diperhatikan, sebahagian besar pekerja di sektor perindustrian dan
pembinaan amat terdedah dengan bahaya di persekitaran tempat kerja mereka.
Pelbagai jenis bahaya yang mengancam pekerja. Antaranya bahaya yang
mengancam kesihatan, nyawa, harta benda dan sebagainya. Oleh kerana ini, dapat
dilihat bahawa aspek keselamatan amat penting dalam situasi pekerja.
Bermula daripada proses pendidikan, suasana kerja amali yang selamat amat
penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang berkualiti di sekolahsekolah mahupun institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT). Aspek keselamatan
bengkel pula haruslah dititiberatkan oleh pihak pengurusan bengkel untuk
memastikan segala aktiviti di bengkel dilakukan dengan selamat. Amalan
keselamatan ini perlu ditekankan oleh guru, pensyarah mahupun juruteknik kepada
pelajar-pelajar dalam memastikan amali yang dijalankan dengan selamat. Melalui
penegasan kepentingan amalan-amalan keselamatan ini, kadar kemalangan di
bengkel dapat dikurangkan, seterusnya menjadikan bengkel sebagai zon kemalangan
sifar.

2.2.1

Faktor Sikap

Pengetahuan tentang aspek sikap pelajar adalah amat perlu diambil perhatian oleh
para pelajar. Sikap boleh mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh
pelajar. Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan

19

suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Menurut
Mustapha (2000), punca yang menyebabkan kemalangan ialah kelalaian oleh pihak
pentadbir dan pengurus serta pelajar dan juga kegagalan peralatan yang digunakan.
Sikap lalai ini boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Oleh yang
demikian sikap yang sedemikian perlu dihapuskan dalam usaha mensifarkan
kemalangan di bengkel. Menurut John (2001), sifat-sifat yang tidak baik pada
manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain lagi boleh menyebabkan
kesilapan dan kemalangan. Dengan mengetahui aspek mana yang perlu diberi lebih
perhatian, strategi untuk menghapuskan risiko kemalangan akan menjadi lebih
mudah.
Untuk mengurangkan kemalangan di dalam industri yang berpunca daripada
kesilapan manusia , majikan mesti memperingkatkan para pekerjanya bahawa
kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Untuk mencegahnya pihak majikan
mestilah membentuk satu budaya kerja yang lebih selamat dan praktikal untuk
pekerjanya. Disamping itu juga perlu mewujudkan kesedaran tentang pentingnya
langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap
acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan
juga rakan sekerja (Buhari, 2008). Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan
hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada
jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana
kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan
mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan,
imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran
operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat
kerosakan dan tanggungan kos perubatan.
Menurut Mustapha (2000), sebelum suatu kemalangan yang mungkin
melibatkan banyak nyawa terkorban berlaku, langkah-langkah untuk mengelakkan
perkara itu daripada berlaku perlu diambil. Sikap dan kesedaran terhadap
keselamatan bengkel ialah mestilah dipupuk kepada semua peringkat pengguna
bengkel. Keselamatan bengkel ialah tanggungjawab bersama antara pihak pengguna
dan perlu diberikan perhatian yang serius pada masa ini. Setiap individu yang

20

terlibat juga melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang mengamalkan budaya


kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat.
Sikap pekerja di Malaysia kurang mengamalkan penggunaan peralatan
perlindungan ketika bekerja, kurang perhatian kepada aspek pakaian, kurang
memberi latihan, kesihatan kurang memuaskan, bersikap ego, dan kurang bertanya,
kurang memberi tumpuan semasa bekerja serta sikap memandai diri adalah menjadi
punca utama berlakunya kemalangan.
Jika kita lihat pada sistem berlakunya kemalangan industri, situasi tidak
selamat, iaitu kemalangan-kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan fasiliti,
mesin-mesin dan cara bekerja merangkumi 80% daripada keseluruhan, dan di mana
ada kerja, di situ ada masalah kesilapan manusia. Apa yang dikenali sebagai
tindakan tidak selamat boleh mengakibatkan kemalangan kerana teknik yang tidak
cukup matang, tetapi kebanyakan kemalangan yang berpunca daripada kesilapan
manusia telah mencecah lebih kurang 90% daripada keseluruhannya.

2.2.2

Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel

Persekitaran berperanan memberi keselesaan kepada pelajar dalam proses pengajaran


dan pembelajaran untuk melakukan kerja-kerja amali. Persekitaran kerja yang
selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau pelajar berada di tempat
kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak
selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan.
Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan
tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja (Buhari, 2008). Mereka
mencadangkan beberapa perkara supaya suasana dan persekitaran di bengkel adalah
selamat untuk pengguna. Perkara-perkara yang dititik beratkan ialah:

(i)

Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di sekeliling
mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada dilanggar,
disepak atau dipijak.

21

(ii)

Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat
licin dan menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

(iii)

Tidak membiarkan serpihan logam bersepah di atas lantai dan di sekeliling


mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah
dibersihkan.

(iv)

Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang


terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan
dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan
bahan, supaya alat-alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(v)

Salah satu tanggungjawab guru bengkel adalah memastikan persekitaran


bengkel selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Mustapha (2000), sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik
diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan
buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja.
Menurut Mustapha (2000), ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel
mestilah mengambil kira aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

2.2.3

Faktor Kemahiran

Kelemahan dalam menguasai pengendalian dan penyenggaraan mesin akan


mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan
mesin. Ini adalah kerana amat penting pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai
ilmu pengendalian mesin ini bagi melindungi keselamatan diri dan mengelakkan
kemalangan. Menurut Nasir (1987) dalam Kamarudin & Boon (2010), kemalangan
tidak dapat dielakkan, tetapi penyenggaraan yang rapi dapat mengurangkan tahap
kemungkinan berlakunya kemalangan di dalam sesebuah bengkel.

22

Menurut Buhari (2008), penggunaan semua jenis peralatan dilakukan dengan


cermat dan kecuaian atau penggunaan tanpa kebenaran bukan sahaja membahayakan
diri tetapi juga orang lain. Adalah membahayakan untuk mengendalikan sesuatu
peralatan jika kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakannya, serta memilih
peralatan atau mesin yang salah untuk operasi. Beliau juga menyatakan terdapat
empat faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan iaitu kecuaian, kurang
pengetahuan, penyalahgunaan alat atau mesin dan ketidakkemasan tempat kerja
seperti minyak, grid dan peralatan di atas lantai.

2.2.4

Faktor Kelengkapan Alatan tangan

Pada zaman perkembangan teknologi industri ini, pelbagai kelengkapan seperti


alatan dan mesin yang canggih digunakan di kilang-kilang dan di bengkel-bengkel.
Pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan sesuatu mesin dan peralatan
sangat penting bagi setiap pekerja. Menurut Khalid (2002), kesalahan
mengendalikan mesin dan pekerja yang kurang mahir adalah antara punca
kemalangan yang dikenalpasti. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan mesin dan
bengkel yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi.
Langkah pertama untuk memastikan sama ada pelajar berupaya melakukan
kerja yang melibatkan penggunaan peralatan dengan selamat adalah memastikan
setiap peralatan dan mesin ditempatkan pada kedudukan tetap dan tersusun.
Ruangan khas perlu disediakan untuk setiap jenis peralatan dan mesin agar ia mudah
dicari, disimpan dan tidak mudah hilang. Menurut John (2001), peralatan perlu
dikembalikan ke tempat asalnya selepas setiap kali digunakan.
Kebolehan dan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang membahayakan
dapat mengatasi masalah yang berhubung dengan amalan peraturan keselamatan.
Keadaan fizikal bengkel, kekerapan mengendalikan mesin dan waktu latihan yang
singkat merupakan fenomena yang dihadapi oleh pelajar untuk memahirkan diri
tentang penggunaan mesin dan peralatan. Justeru itu, Bunawan (2007) menyarankan
supaya pelajar-pelajar diberikan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi sebelum
mengendalikan mesin dan peralatan di bengkel. Menurut Mustapha (2000), pekerja

23

yang kurang latihan terhadap bidang tugasnya lebih cenderung melakukan kesilapan
dan lebih terdedah terhadap kemalangan. Beliau mencadangkan seharusnya pekerja
diberi latihan yang sistematik terhadap kemahiran dan pengetahuan yang dapat
membentuk sikap budaya yang cermat. Begitu juga dengan pelajar yang
menjalankan amali di bengkel sekolah.
Keperluan kelengkapan bengkel seperti alatan dan mesin haruslah diambil
kira. Ini adalah kerana ianya mestilah bersesuaian dengan kandungan program
pengajaran. Khalid (2002) menyatakan keperluan kemudahan dan peralatan
bergantung kepada kandungan program pengajaran. Beliau menambah lagi bahawa
kemudahan dan peralatan perlu dikendalikan dan dijaga supaya ianya tidak
mengganggu pengajaran. Alatan dan mesin perlu diselenggara, dibaik pulih,
disimpan dan tahu tentang cara penggunaannya untuk mengelak alatan dan mesin
tersebut mengalami kerosakan. Mustapha (2000) menyatakan peralatan tangan dan
mesin- mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal mempunyai jangka hayat
tertentu.
Laporan International Labour Office (1990) dalam Sharudin (2008),
menjelaskan banyak kemalangan yang melibatkan alat tangan dan peralatan berkuasa
elektrik berpunca dari kelemahan pekerja atau pelajar itu sendiri, cuai semasa
membuat kerja. Kegagalan menggunakan alatan yang betul serta tidak mengambil
berat tentang kesempurnaan alatan boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang
tidak diingini, terutamanya kecederaan terhadap individu itu sendiri. Justeru
itu,penyelenggaraan alatan dan kemudahan di dalam bengkel hendaklah sentiasa
dilakukan bagi menjamin keberkesanan kerja-kerja amali dijalankan. Sebelum kerja
amali dijalankan, penyediaan peralatan yang lengkap dan sempurna dapat
menghasilkan kerja yang baik.
Penyediaan kelengkapan sebelum melakukan kerja amali perlu dilakukan
agar kerja yang akan dilakukan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kemalangan yang berlaku berpunca daripada keadaan alatan tangan yang tumpul,
mesin yang tidak selamat dan tempat kerja tidak dikemaskan setelah digunakan.
Sesungguhnya kelengkapan seperti peralatan dan bahan di dalam bengkel banyak
menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekiranya
penggunaan dan penyelenggaraan dilakukan dengan baik serta penyediaan alatan
yang cukup untuk satu sesi amali yang dijalankan.

24

2.3

Keselamatan

Aspek keselamatan adalah satu faktor yang patut diambil kira oleh pihak pengurusan
bengkel dalam meningkatkan keselamatan terhadap manusia. Menurut Amran
Khalid (2002), pengurusan bengkel yang baik adalah penting bagi mendapatkan kerja
yang dilakukan mempunyai tatacara prosedurnya yang tersendiri. Ini adalah
bertujuan untuk memudahkan tugas dan juga bagi mengelakkan kemalangan dari
berlaku (Buhari, 2008). Walau bagaimanapun, jika tugas yang dilakukan tidak
dijalankan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab makan tidak hairanlah
kemalangan ditempat kerja mudah berlaku.
Biasanya pekerja akan didedahkan dengan amalan keselamatan dan juga
teori-teori yang berkaitan bagi membolehkan pelajar itu menjadikannya sebagai
panduan dalam melaksanakan tugas sama ada di makmal atau di bengkel. Di
samping itu juga keselamatan fizikal makmal juga adalah penting dalam
meningkatkan keselamatan. Menurut kamus Webster perkataan keselamatan
mempunyai berbagai makna. Antaranya:
(i)

Keadaan selamat dan kebebasan daripada dedahan kepada bahaya, termasuk


kecerderaan atau risiko.

(ii)

Kualiti keadaan yang tidak membawa risiko,

(iii)

Pengetahuan atau kemahiran di dalam kaedah mengelakkan kemalangan atau


penyakit.

2.3.1

Konsep Keselamatan

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang selamat ataupun terhindar
daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan
kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang
dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dalam Idrus
(2004),menyatakan pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,

RUJUKAN

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi


Malaysia

Abdullah, N. Q. & Hassan, I. H (2009). Pengetahuan Dan Sikap Pelajar Pkpg Dan
Perdana Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Dan Peraturan Keselamatan Di
Bengkel Fabrikasi Logam Dan Kimpalan, N30, Universiti Teknologi
Malaysia : Satu Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10941/1/Pengetahuan_Dan_Sikap_Pelajar_Pkpg_Dan_P
erdana_Tahun_Empat_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf

Abdun, Z. (2006). Amalan pengurusan penyelenggaraan bengkel dalam kalangan


guru-guru kemahiran hidup bersepadu di 12 buah sekolah menengah di negeri
perlis. Dicapai pada Julai 1, 2011:
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZAINOLBP050214D200
8TTP.pdf

Ahmad, I. & Boon, Y (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan GuruGuru Pelatih 4SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran
Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah. Dicapai pada Ogos
12, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10796/1/AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_DAL
AM_KALANGAN_GURU.pdf
Anuar, K. & Zulhilmi, S. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup
Oleh Pelajar tingkatan 3 Di sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Oktober
24, 2011di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511
D2008TTP.pdf

74

Alan, C. (1999). Evaluation Research: An Introduction to Principle, Methods and


Practise. London: Sage Publication Ltd. Hlm.50-60.
Azad. A. (2003). Pengendalian Makmal Dan Bengkel. Dicapai pada Januari 29,
2011di:
http://www.unimap.edu.my/images/Prosedur%20Pengendalian%20Makmal%
20Dan%20Bengkel.pdf
Azhar, K. (2008). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar
tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup sekolah menengah kebangsaan taman
Conveinct. Dicapai pada November 24, 2011di:
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511
D2008TTP.pdf
Baharum, N. H. (2008). Tahap Kepatuhan dan Amalan keselamatan bengkel
kemahiran

hidup di kalangan pelajar kemahiran hidup. Dicapai pada March

24, 2011 di:


http://images.hafizah87agro.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMpib
QooCpQAAAtesD01/jurnal%20fiza%20new%28pdf%29.pdf?key=hafizah87a
gro:journal:60&nmid=379185854
Bahran, Z. (2005). Pengurusan makmal Kemahiran Hidup Melalui pendekatan
Kolaboratif : Satu Tinjauan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Daerah
Johor Bahru. Dicapai pada November 24, 2011di :
http://www.docstoc.com/docs/28604336/PENGURUSAN-MAKMALKEMAHIRAN-HIDUP-MELALUI-PENDEKATAN-KOLABORATIF-SATU
Bakar, R. (1994). Peraturan keselamatan Bengkel. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Basri, J. (2010). Laporan Tahunan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia. Dicapai pada Febuari 24, 2011di :
http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_content&view=articl
e&id=331&Itemid=176&lang=en

75

Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai


pada Febuari 12, 2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m
alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive
Buhari. N (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan
Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari :
http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf
Bunawan, A. (2007). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan
Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu
Pahat, Johor. Dicapai pada Mac 18, 2011, dari ms 14 di
http://www.bing.com/search?q=Tinjauan+Terhadap+Keberkesanan+Perlaksa
naan+Pengurusan+BengkelOleh+Guru guru+Kemahiran+Hidup+di+Sekolahsekolah+Daerah+Batu+Pahat%2C+Johor&src=IESearchBox&FORM=IE8SC
Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level.
Dicapai pada April 05, 2011 di
http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.8199).pdf
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Vol 2.
Kuala Lumpur: McGraw Hill
Hammidi A.H.(1985). Industrial And Occupational Safety Health And Hygience .
Delhi: Sushi Kumar
Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Hashim, S. & Yusuf, M. Z.(2007). Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di
Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di:
http://eprints.utm.my/11212/1/Tahap_Penguasaan_Pertolongan_Cemas_Di_K
alangan_Pelajar.pdf

76

Hashim, A. F. (2006). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar


Tingkatan 3 Di Sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Julai 8, 2011
http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESEL
AMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_PE
LAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf
Idrus, D. et al., (2004). Kajian Kesedaran Staf UTM Terhadap Keselamatan Dan
kesihatan Di Tempat Kerja. Dicapai pada November 10, 2011 di:
http://eprints.utm.my/3781/1/PM_DURRISHAHIDRUS71960.pdf
Isa, M. I. (2002). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2009). Kemalangan pekerjaan
mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada November 2,
2011, dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:
http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/stats/Malay/vm_maut_
ect_2009.pdf
Jabatan pengurusan keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UPM (2009). Manual
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia. Dicapai
pada September 5, 2011di:
http://econ3.upm.edu.my/osh/muat_turun/draf_manual_OSH_2009.pdf
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan
mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011,
dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:
http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload
&view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms
Jabatan Pengajian Politeknik (2011). Fakta ringkas Mac 2011. Dicapai pada April
03, 2011, dari Jabatan Pengajian Politeknik:
http://politeknik.gov.my/webjpp2/files/quick%20fact%20mac%202011.pdf
John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition.
United Kingdom. Mcgraw Hill.

77

Johari, K. (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling


Jaya: Prentice Hall
Kamaruddin, M. I & Mustafa, K. S. A. (2010). Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap
Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. Dicapai pada April 12,
2011 di:
http://eprints.utm.my/1079/tahap_kesedaran_pelajar_terhadap_peraturan.pdf
Kamus Dewan (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim, M. R. (2005). Hubungkait Kemalangan Industri Dengan Kurikulum
Kejuruteraan : Satu Kajian. Dicapai pada JULAI 23, 2011 di:
http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view
&gid=1118&Itemid=113
Kamarudin, S & Boon, Y. (2010). Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan
Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor
Darul Takzim. Dicapai pada November 10, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESE
LAMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_
PELAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf
Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat
kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia:
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=
1603&Itemid=558
Khalid. M. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional
yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis
Sarjana Muda.
Khalida, T. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan kesihatan pekerja.
Dicapai pada Mac 14,2011, dari

78

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utu
san_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm
Konting, M. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway
Traffic Safety Administration
Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di
sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN
ATHANAP040087L2008TTP.pdf
Minghat, A. D & Pandin, I (2008). Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat
Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Negeri Johor: Satu
Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10824/1/Amalan_Keselamatan_Di_Bengkel_Membuat_
Perabot_Dalam_Mata_Pelajaran_Vokasional.pdf
Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar
4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Najib, M. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia
Najib, M. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
.
Paran, R (2010). Curtin Sarawak utamakan OSH. Dicapai pada Mac 12,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=utusa
n_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_04.htm&arc=hive

79

Rahman, M. A & Wahab, M. Z. (2008). Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan


Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di
Negeri Terengganu. Dicapai pada Ogos 12, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_B
engkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di
_Negeri_Terengganu.pdf
Rahman, K. (2002). Tinjauan Amalan Keselamatan Dalam Makmal Dan Bengkel
Elektrik Di Politeknik Dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Dicapai
pada November 1, 2011:
http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/0204/fptek/khairunnisa.pdf
Rahman, A (2011). Kurangkan risiko kemalangan . Dicapai pada Mac 12,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=utusan_m
alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive
Rosli, A. (2010). Jawatankuasa basmi kemalangan pekerja dibentuk. Dicapai pada
Mac 14,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_
malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive
Ramli, S. (2011). Kakitangan TNB terkena renjatan elektrik. Dicapai pada Mac
12,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=utusan_
malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive
Lindbeck, R. J. (1986). Fundamental of Construction Safety. Hocthinson of
London. London.
Samsuddin, H. (2008). Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran
Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di daerah Kuala
Selangor.Di capai pada Mac 13, 2011 di:
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HASSANBP050045
D2008TTP.pdf

80

Sarip, R. (2002). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan


bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu
tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda
Shaari, A. R. (1993). Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan di Bengkel
Pemasangan Elektrik di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh, Kuala Kangsar
Taiping, Perak. Dicapai pada September 28, 2011 di:
http://eprints.utm.my/5893/2/Abdrahman.KH.pdf

Shafii, H. (2007). Kajian Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Di Tapak Bina.


Dicapai pada November 24, 2011 di:
http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/kajian_pengurusan_2vol2.pdf
Sharudin, S. A. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan
Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah
Teknik Di Negeri Sembilan. Dicapai pada Ogos 1, 2011 di:
http://eprints.utm.my/5899/1/PSM_JILID-TQAH.pdf
Siahaan, H (2009). Pengurusan Risiko: Perusahaan dan Birokrasi : PT ELEX media
Komputindo
Suruhanjaya Tenaga (2009). Laporan tahunan 2009. Dicapai pada March 4, 2011di
http://spn.selangor.gov.my/v5/images/v4/laporan_20091.pdf
Tahir, L. (2007). Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap
Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk
Luar Bandar. Dicapai pada JULAI 3, 2011 di:
http://eprints.utm.my/10916/1/Pengurusan_Bengkel_Manipulatif_Persepsi_Pel
ajar_Terhadap_Kaedah_Pengurusan_Bengkel_Kemahiran_Manipulatif_Di_S
alah_Sebuah_Smk_Luar_Bandar.pdf
Talibin, M. N (2003). Kesediaan Guru Pelatih Kuittho Memantau Keselamatan
Pelajar

Dalam Proses Pengajaran Di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan

Politeknik Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di:

81

http://eprints.uthm.edu.my/1134/1/24_Pages_from_KESEDIAAN_GURU_PE
LATIH_KUiTTHO_MEMANTAU_KESELAMATAN_PELAJAR_DALAM_
PROSES_PENGAJARAN_.pdf
Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja.
Dicapai pada Mac 12,2011, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Toylor, G. (2002). Enhancing Occupational Safety and Health. Second Edition.


Burlinton. British Library Catalog in Punlication on Data
Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia
Kesepuluh 2011-2015. Dicapai pada Febuari 24, 2011di :
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf

Wiersma, W. (1995). Research Method in Education. Boston: Allyn & Bacon.


William, M. K. (2002). Likert Or Summative Scalling. Dicapai pada Febuari 24,
2011di
http://www.indiana.edu/~educy520/sec5982/week_3/scaling_trochim.pdf
Yahaya, A. & Pang, C. S. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Segamat.
Dicapai pada September 1, 2011 di:
http://eprints.utm.my/5894/1/Aziziyah.KH.pdf
Yahaya, A. et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yusoff, W. A. (2008).Tahap Kepatuhan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu Dikalanngan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kota
Bharu. Dicapai pada November 24, 2011di :
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/WANSITIAZIZAHB
P050208D2008TTP.pdf

Anda mungkin juga menyukai