Anda di halaman 1dari 1

KHUTBAH KEDUA

.
.

.
!

Ya Allah ya Tuhan Kami;


Ampunkanlah dosa dan kesalahan kami semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan
mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah!
Ampunkanlah secara khusus dosa-dosa dan kesalahan dua ibubapa kami, limpahkanlah segala
kesejahteraan, segala kedamaian, segala kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia
ini lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.

Ya Allah ya Tuhan Kami;


Berikanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami semua, kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara
kami, khususnya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia dan juga pemimpinpemimpin Islam Negeri kami khususnya _____________________________.
Ya Allah, Ya dzal jalali wal ikram;
Tunaikanlah hasrat dan hajat kami untuk menjadi insan yang cemerlang dan berkesan, berikanlah
kami hidayah, kekuatan, kesihatan, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepadaMu. Pemudahkanlah
segala urusan kami, limpahkanlah kami rezeki yang engkau redhai. Limpahkanlah juga segala
kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan rahmatMu kepada negeri dan Negara
kami ini secara khususnya, dan juga kepada semua Negara umat Islam di seluruh dunia secara
amnya.
Ya Allah! Semoga umat Islam semuanya, dari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat
dapat menjadi hamba yang sentiasa mendapat keampunan dan seterusnya mendapat kejayaan
hakiki di dunia ini, apatah lagi pada kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
Amin, ya Rabbal Alamin.

!
.