Anda di halaman 1dari 32

Anthony Reid, dalam bukunya Southeast Asia in

the Age of Commerce, Jilid 1, telah menjelaskan


terdapat ciri-ciri kebudayaan dan corak hidup
seharian masyarakat Asia Tenggara yang
mempunyai persamaan.

Persamaan ini adalah hasil penyesuaian kepada


iklim, persekitaran dan ekologi rantau ini yang
hampir sama.

Walaupun tumpuan Reid ialah pada abad ke-15


hingga ke-17, tetapi banyak aspek kebudayaan
ini masih dikekalkan dalam kampung-kampung di
seluruh rantau ini sehingga penghujung abad ke19 dan abad ke-20.

Pada

keseluruhannya boleh dikatakan


bahawa Asia Tenggara telah mengalami
kepadatan penduduk yang sangat rendah
pada zaman tradisional.

Anthony

Reid telah menganggarkan


kekurangan tenaga manusia ini dalam
lingkungan 22 juta pada tahun 1600 dan 32
juta pada tahun 1800.

Anggaran

ini bermaksud bahawa kepadatan


penduduk pada tahun 1600 ialah 5.5 orang
setiap kilometer persegi, satu angka yang
amat rendah jika dibandingkan dengan
penduduk di Asia Selatan dan China pada
tempoh yang sama.

Kepadatan

penduduk yang rendah ini


mengakibatkan tenaga manusia, bukannya
tanah, dianggap sebagai sumber yang paling
penting.

Justeru

itu, asas kekuatan seseorang raja


adalah berdasarkan jumlah tenaga manusia
yang dikuasainya, kecuali di Vietnam di mana
terasnya ialah penguasaan tanah.

Lencongan

ini adalah disebabkan pengaruh


Cina dan juga kepadatan penduduk Vietnam
yang agak tinggi berbanding,dengan negaranegara lain di Asia Tenggara, iaitu lebih
kurang 18 orang setiap kilometer persegi
pada tahun 1600.

Peperangan merupakan cara yang lazim


digunakan oleh negara-negara di Asia Tenggara
untuk meningkatkan jumlah penduduknya.

Mereka menangkap tawanan perang termasuk


askar-askar pihak musuh dan semua penduduk di
dalam petempatan-petempatan tertentu di negara
musuh.

Tawanan ini dipindahkan ke bawah penguasaan


pihak pemenang. Seterusnya mekanismemekanisme diwujudkan untuk mengawal tenaga
manusia ini, sama ada dalam bentuk hubungan
patron-klien di kebanyakan negara Asia Tenggara
atau melalui birokrasinya seperti di Vietnam.

Matlamat pengawalan tenaga manusia ialah


supaya menjamin pembekalan buruh kerahan
untuk membina istana dan kerjaraya,
mengerjakan tanah dan menambah angkatan
tentera pihak berkuasa.

Dalam kebanyakan masyarakat Asia Tenggara


wujud suatu golongan khas yang ditugaskan
berkhidmat kepada raja untuk tempoh tertentu
dalam setahun
Burma - golongan ahmudan
Siam golongan phrai luang
Vietnam - golongan khaodinh

Burma, rakyat atau golongan khas ini bekerja


penuh masa untuk raja dan dianugerahi tanah
raja sebagai imbuhan.

Siam, cth pada Zaman Bangkok, tiga bulan


setahun

Di Vietnam, umpamanya, tempoh kerahan tenaga


ini ialah 60 hari setahun, kadang-kadang lebih
daripada itu.

Raja

di Siam dan Burma bertindak mencegah


perpindahan tenaga manusia daripada
kawalan diraja kepada kawalan individu
kerana "pembocoran" tenaga manusia ini
akan mengancam kekayaan dan kewibawaan
raja.

Secocok dengan ideologi politik yang menjadi amalan


di Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini diatur
dengan raja di puncaknya; diikuti oleh lapisan-lapisan
lain yang seringnya merangkumi golongan bangsawan
dan pembesar, rakyat bebas yang kebanyakannya
terdiri daripada kaum petani, serta hamba abdi yang
pelbagai jenisnya.

Walaubagaimana pun, pembahagian di dalam setiap


lapisan ini berbeza-beza antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.

Susunan hierarki ini diberi keabsahan oleh ideologi


dominan dalam masyarakat-masyarakat ini,
terutamanya agama Buddha Theravada dan ajaran
Konfusianism.

Menurut agama Buddha Theravada, umpamanya


tujuan utama seorang penganut Buddha Theravada
ialah mengecualikan diri daripada roda kehidupan,
iaitu dilahirkan semula, dan terus memasuki nipphan
(nirwana) melalui pengumpulan bun/hpon (pahala).

Bun/hpon ini boleh dikumpulkan melalui amalan baik


seperti bersedekah kepada rahib, menyumbangkan
tenaga untuk kerja-kerja dalam biara, beribadat, hidup
mengikut rukun-rukun agama, dan lain-lain.

Taraf seseorang dalam masyarakat berdasarkan


jumlah bun/hpon yang telah dikutipnya dalam
kehidupan-kehidupan yang lepas. Manusia juga
dipercayai mempunyai keupayaan yang berbeza
dalam mengerjakan bun/hpon.

Kepercayaan

ini mempertahankan dan


mengesahkan susunan masyarakat yang
berhierarki. itu. Ajaran seperti ini kadang-kadang
diperkukuh oleh amalan-amalan yang lain,
umpamanya sistem sakdina di negara Thai yang
menentukan tempat setiap orang dalam susunlapis
masyarakat itu dengan memberikannya markah
darjat (sakdina) yang tertentu.

Jumlah

sakdina ini adalah antara 100,000 mata


untuk seorang Upparat atau putera raja dengan 5
mata untuk seorang that atau hamba. Sistem
pemberian markah darjat ini dipercayai adalah
berasaskan kuasa yang pada asalnya berpunca
daripada pemilikan tanah.

Selain daripada sistem sakdina , taraf seseorang


juga berdasarkan kepada pangkat, jawatan dan
gelaran.

Secara umumnya masyarakat Thai di susun


dalam bentuk piramid dengan raja di puncaknya
disusuli oleh nai (bangsawan/pembesar), phrai
som (rakyat biasa), phrai luang (rakyat biasa yang
dikuasai oleh raja) dan that (hamba).

Semua phrai dikehendaki berdaftar di bawah nai


tertentu untuk tujuan penguasaan tenaga
manusia. Tugas utama nai ialah membekalkan
phrainya apabila diarahkan oleh kerajaan, sama
ada untuk perkhidmatan awam atau ketenteraan.

Pada permulaannya, semua phrai dianggap sebagai hak


milik nai mereka. Kemudian, mereka telah
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu phrai som dan
phrai luang.

Phrai som merupakan hakmilik nai berkenaan dalam


erti kata ia boleh menjual mereka atau memberi mereka
kepada nai yang lain. Phrai luang pula, pada teorinya,
merupakan hakmilik raja.

Seseorang phrai luang itu didaftarkan di bawah


jawatan tertentu dalam kerajaan dan sesiapa yang
memegang jawatan berkenaan, pada masa itu akan
menjadi nainya.

Phrai

luang ini dikehendaki menjalankan kerja


kerahan selama enam bulan setahun dan nai
mereka bertanggungjawab menentukan bahawa
mereka memenuhi kewajipan ini.

Dalam kalangan phrai luang terdapat satu


golongan.khas yang digelarkan phrai suai. Phrai suai
merupakan penduduk dalam kawasan-kawasan yang
mengeluarkan barangan yang dianggap sangat penting,
contohnya serbuk letupan dan senjata.

Phrai suai ini dikecualikan daripada kerja kerahan


tetapi dikehendaki menyerah sejumlah barang
pengeluaran yang ditetapkan kepada kerajaan.

Masyarakat

Burma mempamerkan tiga lapisan


utama, iaitu, yang pertama kerabat diraja
dan pegawai tinggi yang berjawatan dalam
kerajaan pusat.

Lapisan

kedua merangkumi pegawai rendah


yang menguruskan kerajaan wilayah,
sementara di bawah itu ialah orang biasa
yang meliputi kebanyakan masyarakat
Burma.

Termasuk

dalam kalangan kerabat diraja


ialah raja dan anak-anaknya, adik-beradik
baginda serta mak saudara dan bapa saudara
daripada nasab ibu dan bapa baginda.

Mereka

diberi gelaran serta alat kebesaran


mengikut pangkat.

Golongan pegawai tinggi meliputi empat Menteri


Utama (Wungyi ) yang dibantu oleh sejumlah besar
menteri bawahan yang mempunyai pangkat yang
berlainan (Atwinwun dan Wundauk), dan di bawah
mereka ialah pegawai tentera kanan.

Tergolong dalam kategori pegawai rendah ialah


gaberor wilayah (Khayaing), gabenor bandar (Myo
Wun), ketua pekan (Myo) dan ketua kampung
(Ywathugyi).

Dua jawatan terakhir ini selalunya merupakan


jawatan warisan tetapi memerlukan pengesahan
kerajaan pusat.

Masyarakat

umum boleh dibahagikan kepada


mereka yang terikat (bondid) yang digelarkan
kyun dan mereka yang tidak terikat, iaitu,
athi.

Kyun

pula dibahagikan kepada tiga jenis:


kyun-taw atau ahmudan yang terikat kepada
raja: hpaya-kyun kepada sangha, atau biara
dan kyun yang terikat kepada penaung
perseorangan.

Golongan athi tidak mempunyai taraf yang lebih


tinggi daripada golongan kyun, gelaran ini hanya
bemaksud bahawa mereka dikecualikan daripada
kerja kerahan tetapi diperlukan membayar cukai
kepala.

Sebenarnya athi dipandang rendah kerana tidak


diperakukan untuk perkhidmatan kepada raja
atau sangha dan mereka tidak mempunyai
penaung untuk melindungi mereka.

Di

Jawa, Raja mengepalai dua susunan


hierarki, satu untuk negara agung dan situ
untuk manca negara.

Negara

agung dibahagikan kepada lungguhan


yang dikurniakan kepada kerabat diraja
(pangeran) sementara manca negara
diperintah oleh bupati yang
bertanggungjawab mengutip cukai daripada
kawasan penguasaan mereka (kabupaten)
bagi pihak raja dan juga membekalkan askaraskar kerahan semasa peperangan.

Namun, bupati kebanyakan masa berdiam di


ibukota dan kerja memungut cukai, baik di
negara agung mahupun di manca negara
dipertugaskan kepada demang pada peringkat
wilayah dan bekel pada peringkat kampung.

Penggolongan di peringkat kampung adalah


berdasarkan penguasaan terhadap tanah.

Golongan yang menguasai tanah dan


bertanggungjawab atas segala cukai ialah sikep
dan mereka menyara hidup golongan numpang
atau bujang yang mengerjakan tanah sikep dan
kadang-kadang juga mengambil alih tugas kerja
bakti atau kerahan sikep.

Secara umum masyarakat Vietnam boleh


dibahagikan kepada golongan pemerintah dan
golongan diperintah seperti masyarakatmasyarakat lain di Asia Tenggara.

Golongan berkuasa merangkumi kaum bangsawan


(young cong), pegawai perkhidmatan awam
(guan) dan pegawai perkhidmatan tentera.

Golongan bawahan pula terdiri daripada orangorang bebas (dan-dinh), orang-orang yang terikat
(bondsmen/no-ty), hamba (guan no-ty) dan
orang-orang yang terikat kepada kerajaan (khaodinh).

Susunan masyarakat yang berhierarki seperti


dijelaskan bermaksud bahawa setiap lapisan yang
lebih tinggi bersifat sebagai pengawal dan penaung
kepada lapisan di bawahnya, sementara lapisan yang
bawah itu wajib mematuhi arahan golongan atasan.

Nyatanya hubungan asas dalam masyarakat ini ialah


hubungan patron-klien yang menjaminkan kestabilan
masyarakat itu dan juga memastikan bahawa
masyarakat itu dapat berfungsi secara licin.

Hubungan patron-klien ini menyusupi keseluruhan


masyarakat secara bertingkat-tingkat bermula dari
puncaknya, iaitu raja yang boleh dianggap sebagai
patron utama.

Sistem pentadbiran negara sangat bergantung


kepada hubungan ini kerana patron itulah yang
bertanggungjawab membekalkan tenaga manusia
dan menyerahkan hasil mereka mengikut
penetapan kerajaan atau bila-bila diarahkan
berbuat demikian.

Tambahan pula ketenteranian dan kesejahteraan


masyarakat turut bergantung kepada hubungan
ini keiana seseorang patron juga
bertanggungjawab mengadili kes-kes jenayah
kecil atau perselisihan dalam kalangan kliennya.
Patron juga mesti memastikan bahawa kliennya
dihadapkan ke mahkamah apabila diwajibkan.

Menurut Akin Rabibhadana, hubungan patronklien ini bercorak bertimbal balik, iaitu klien
memberi hadiah, perkhidmatan dan kesetiaan
kepada patron dan dibalas pula dengan
perlindungan dan pertolongan.

Rakyat Thai tidak mempersoalkan hubungan ini


kerana sikap menghormati (khaorop), mematuhi
(cheuafang) dan takut (krengchai) kepada
mereka yang berpangkat lebih tinggi merupakan
intipati kebudayaan Thai.

Ia merupakan suatu nilai sosial yang telah


ditanamkan dalam sanubari setiap orang Thai
dari awal-awal lagi. Sikap ini adalah secocok
dengan sifat hierarki masyarakat tetsebut.

Hong Lysa pula menyarankan bahawa klien itu


tidak mempunyai pilihan melainkan menunduk
kepada patronnya sebab ia tidak akan
mempunyai apa-apa hak dalam sisi undangundang jika ia mengecualikan diri daripada
hubungan itu.

Dengan pendaftarannya kepada seseorang nai,


phrai itu mendapat perlindungan daripada
penindasan yang lebih teruk oleh kerajaan atau
anggota-anggota masyarakat yang lain.

Pandangan Hong Lysa dan Akin kurang memberi


perhatian kepada unsur "paksaan" dalam
hubungan tersebut.

Merujuk kepada kedudukan di Burma, Michael


Aung-Thwin berpendapat bahawa corak hirarki
itu diterima kerana masyarakat itu lebih
menakuti huru-hara daripada kezaliman.

Hirarki itu dianggap perlu demi menjaminkan


ketenteraman. Pertimbangan yang penting
sekali ialah pemeliharaan masyarakat sebagai
suatu susunan tetap.

Setiap anggota mempunyai tempat tertentu dan


bukan pembelaan kebebasan individu. Hubungan
patron-klien mengaturkan masyarakat mengikut
susunan itu.

Walaupun dari segi susunannya masyarakat


Vietnam memperlihatkan banyak persamaan
dengan masyarakat serantau yang lain, terdapat
satu perbezaan yang besar iaitu hubungan
patron-klien kurang berperanan dalam
masyarakat Vietnam.

Sebaliknya, kerajaan sentiasa berjaga-jaga


supaya menghalang keluarga-keluarga yang
berpengaruh mengumpul pengikut yang ramai.

Dalam perkataan-perkataan lain, kerajaan cuba


mengekalkan sejumlah besar anggota masyarakat
sebagai orang bebas.

Peranan yang dimainkan oleh patron dalam


menjaminkan pengaturan masyarakat telah
diambil alih oleh dua institusi yang lain, iaitu
keluarga dan birokrasi.

Penekanan kepada institusi keluuarga berpunca


daripada dua keperluan memeliharakan
kestabilan dan menjamin perolehan tuntutan
kerajaan seperti cukai dan kerahan.

Nilai kepatuhan dalam keluarga (filial piety)


dijangkakan akan dicerminkan dalam masyarakat
dalam bentuk kesetiaan kepada raja dan orangorang yang berpangkat lebih tinggi.

Justeru itu, birokrasi itu sendiri diibaratkan


sebagai sebuah keluarga besar dengan raja di
puncaknya.

Institusi keluarga juga merupakan suatu corak


pengawalan s.osial yang amat penting,
terutamanya apabila anggota-anggotanya
diwajibkan tinggal di kampung-kampung
tertentu.

Jika seseorang tidak menunaikan kewajipannya,


ahli-ahli keluarganya dikehendaki mengambil
alih tanggungjawabnya.

Begitu juga semua anggota sesebuah kampung


bertanggungjawab atas perlakuan setiap
penduduknya.

Oleh sebab itu, salah satu tugas pegawai


tempatan ialah menyimpan senarai penduduk
kampung yang lengkap dan tepat supaya kerja
mengutip cukai dan penyelarasan kerahan boleh
dijalankan dengan licin.

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa


Vietnam juga sangat mementingkan pemiliharaan
hierarki dalam masyarakatnya tetapi cara yang
digunakan ada adalah berlainan dengan apa yang
terdapat di negara-negara Tanah Besar yang lain.

Pemerintah Vietnam cuba menguatkuasakan


kawalan yang lebih rapi dan secara langsung
terhadap masyarakat kampung, iaitu melalui
birokrasinya dan bukan melalui golongan
patron.

Anda mungkin juga menyukai