Anda di halaman 1dari 3

Refleksi :

1. Kekuatan pengajaran
Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang
diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di
samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana
yang telah dirancang.
Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat
dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping
menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan
adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam
aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam
pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang
ditunjukkan oleh murid adalah ceria.
Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid.
Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak
membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam
menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.
Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah
menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas majong,
marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan
lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas
berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis.
Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya
upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah
bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa
murid membuat latihan kendiri.

2. Kekurangan pengajaran
Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat
dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu
lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping
itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas.
Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan.
Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap
menandakan jawapan tersebut betul.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh
menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut
pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.

Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan
ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan
menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan
kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak
dipadam terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil perbincangan.
Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari
segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid
kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal
sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.
Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam
pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk
menyelesaikan sesi pengajarannya.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja
tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri
ketika melakukan perbincangan.
3. Langkah mengatasi
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya
yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu
itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana
perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita
bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan
pengajaran seterusnya.
Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita
sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi
setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang
telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu
maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap
sebagai pengetahuan semua murid.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari
semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan.
Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar
kepada murid dapat diterima dengan baik.
Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk
penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun
dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum
melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan
papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata
memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita
hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu

menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri
meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik
kepada murid-murid.
Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari
semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika
melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras
kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu,
pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah
penggunaan masa denganberkesan.
Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang
sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk
bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka
bertindak.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah
menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang
melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru
bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan
pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran
yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas
tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai