Anda di halaman 1dari 30

Modul 3:

MEDIA OHP, TRANSPARENSI, AUDIO DAN ISU-ISU TEKNOLOGI


PENDIDIKAN

SINOPSIS

Unit ini mengandungi tiga tajuk/komponen utama. Tajuk/komponen pertama adalah


penerangan tentang prinsip penggunaan bahan transparensi dan bagaimana
mengendalikan OHP. Ia juga memuatkan jenis-jenis penghasilan transparensi dan
teknik bagaimana ia disediakan dalam sebuah persembahan pengajalan dan
pembelajaran.

Tajuk/komponen kedua pula adalah mengenai peralatan audio, perancangan dan


penyediaan rakaman audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Anda juga akan
belajar cara penyuntingan audio supaya bersesuaian dengan pengajaran yang
dirancang. Seterusnya media audio yang dihasilkan akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Manakala tajuk/komponen ketiga membincangkan tentang isu-isu dan trenda terkini


dalam teknologi pendidikan. Sebagai seorang pendidik, anda perlu peka terhadap isuisu semasa dan perkembangan-perkembangan terkini dalam bidang pendidikan
terutamanya yang berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah melalui unit ini, diharap anda akan dapat:


1.

Mengenalpasti jenis-jenis transparensi dan fungsi OHP.

2.

Menyediakan dan menggunakan transparensi secara berkesan dalam


pengajaran dan pembelajaran.

3.

Menggunakan media audio yang telah dirakam dan disunting menggunakan


format-format audio tertentu ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.

Mengetahui dan memahami isu-isu dan trend terkini dalam bidang teknologi
pendidikan.

3.0

PENGENALAN

Walaupun projektor data berkomputer digunakan secara berleluasa masakini, namun


kos yang tinggi menyebabkan ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya tugas OHP.
Sebaliknya harga OHP yang semakin menurun dan potensinya untuk memancar imej
dari transparensi menyebabkan penggunaan OHP terus meningkat.

Pada masa yang sama penggabungan Lagu, muzik, suara dan bunyi dalam pengajaran
dan pembelajaran juga semakin menggalakkan. Malah, media audio seperti ini ternyata
dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu penerangan
mengenai format audio dan juga peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan media
audio ini serta proses perancangan, penghasilan dan penggunaan audio sebagai media
dalam pengajaran dan pembelajaran akan juga diterangkan di dalam unit ini.

Manakala isu mengenai hakcipta terpelihara juga amat wajar diketahui oleh anda
sebagai seorang pendidik. Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak eksklusif
yang diberi oleh undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk mengawal
pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil cipta berkenaan bagi
sesuatu tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai
hak kepunyaan terhadap ciptaan mereka. Perkara ini akan turut diterangkan di dalam
unit ini.

ISI KANDUNGAN UTAMA

Media OHP dan


Transparensi

1.

Bahagian dan fungsi OHP

2.

Pengendalian OHP

3.

Kelebihan/ kelemahan penggunaan


OHP

4.

Jenis Transparensi

5.

Teknik Penyediaan dan

Persembahan

1. Penggunaan Peralatan Audio

Unit 3

Bahan Audio

2. Perancangan dan Penyediaan Rakaman


3. Rakaman dan Suntingan

Isu-isu dalam
Teknologi
Pendidikan

1.

Hakcipta Terpelihara

2.

Keselamatan

3.

Kerahsiaan

4.

Kawalan Kendiri

3.1

MEDIA OHP DAN TRANSPARENSI

Projektor overhed memudahkan persekitaran interaktif untuk pendidik dengan kos


peralatan yang rendah dan mudah dikendali. Bahan pengajaran boleh dicetak pada
kepingan plastik (transparensi), malah pendidik juga boleh terus menulis di atasnya
dengan menggunakan pen marker berwarna yang mudah dipadam. Penggunaan
transperansi dapat menjimatkan masa, boleh pracetak dan boleh digunakan
berulangkali. Ia dapat digunakan sebagai bahan bertulis secara manual sebelum
memulakan kelas. Overhed adalah biasanya diletakkan pada ketinggian yang selesa
bagi pendidik. Ini membolehkan pendidik memandang ke arah pelajarnya di hadapan
kelas; memudahkan komunikasi yang lebih baik antara pelajar dan guru. Fitur-fitur
projektor membolehkan pendidik menulis skrip kecil dengan selesa dalam kedudukan
yang mudah untuk bertulis; bukannya menulis skrip yang terlalu besar di papan hitam
dan perlu sentiasa mengangkat tangannya dengan tinggi. Walaupun projektor data
berkomputer digunakan secara berleluasa, namun kos yang tinggi bermakna ia tidak
dapat mengambil alih sepenuhnya tugas OHP (Over Head Projecter). Harga OHP
semakin menurun dan potensi untuk memancar imej dari transparensi untuk
penggunaan tempatan semakin meningkat.
PROJEKTOR OHP
KEKUATAN &
KELEMAHAN OHP
PENGGUNAAN
OHP &
TRANSPARENSI

PANDUAN
MENGGUNAKAN OHP
PRINSIP-PRINSIP
PENGGUNAAN OHP

Bahagian-bahagian
Projektor OHP
Kelebihan OHP
Kelemahan OHP
Cara menggunakan
projektor OHP

PRINSIP ASAS DALAM PENYEDIAAN TRANSPARENSI OHP


CARA PENYEDIAAN TRANSPARENSI OHP
TEKNIK-TEKNIK PERSEMBAHAN TRANSPARENSI OHP

3.1.1 BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN FUNGSI PROJEKTOR OHP

OHP merupakan alat pengganti papan tulis yang dapat memprojeksikan imej dari
transparensi ke skrin

Fungsi-Fungsi OHP

3.1.2 PANDUAN MENGGUNAKAN PROJEKTOR OHP


Sebagai media visual, overhead projector atau media OHP dapat digunakan untuk
menyampaikan berbagai informasi berupa konsep, proses, prosedur, fakta, data
statistic maupun informasi lainnya. Berbagai teknik panggunaan OHP (tanpa
transparansi) dapat memprojeksikan berbagai objek, model, dan benda benda tiga
dimensi lainnya yang berhubungan dengan materi pembelajaran.

Tahap Persiapan
Tahap ini merupakan kegiatan yang dilakukan sebelum penyampaian.
Kegiatan ini meliputi:

1.

Persiapan Program
Persiapan program meliputi kegiatan bermula dari perancangan, pengembangan, dan
produksi. Hasilan akhir dari tahap persiapan ini adalah menghasilkan transparansi siap
pakai untuk tujuan pembelajaran.

2.

Persiapan Ruang
Persiapan ruang ini adalah mencipta suasana yang kondusif untuk belajar, agar
pendidik dapat melibatkan diri dan bersama-sama dapat menjalankan fungsi masing
masing. Kegiatan ini meliputi penetapan tempat duduk peserta, OHP, dan media lain
yang disesuaikan dengan pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang perlu
diperhatikan adalah agar pendidik dapat mengarahkan pandangannya ke seluruh

peserta. Peserta dapat melihat ke layar tanpa terhalang oleh pendidik atau peserta lain
sehingga penyampaian informasi dapat berlangsung secara efektif.
3.

Kedudukan Layar
Kedudukan layar juga sangat penting agar semasa kegiatan pembelajaran tidak berlaku
kedudukan layar yang miring, fokus (ketajaman visual) yang kurang / kabur.

Tahap Penyampaian
Menggunakan OHP Tanpa Transparansi
a. Mencari objek yang akan diprojek
b. Mengatur jarak OHP dengan layar untuk mendapatkan hasil projeksi yang

3.1.3 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN TRANSPERANSI DAN


OHP
(a)

Kebaikan penggunaan medium transperansi pada OHP adalah seperti


berikut:
1.

Dalam proses penyampaian, guru boleh gabungkan papan hitam, bahan


cetak dan lisan.

2.

Gambar atau imej dari transperansi boleh ditayang tanpa menggelapkan


bilik.

3.

Transperansi boleh digunakan berulangkali dan penyampaiannya boleh


dilakukan secara lebih teratur dan sistematik.

4.

Guru berhadapan dengan pelajar atau penonton semasa penyampaian


maklumat. Ini memudahkan guru membuat kawalan.

5.

Transperansi mudah digunakan, lebih bersih berbanding dengan


penggunaan papan hitam dan kapur.

6.

Penggunaan OHP dan transperansi akan menjadikan proses pengajaran


dan pembelajaran lebih berkesan; komen dan maklumat baru boleh
ditambah pada rajah atau gambar di transperansi dengan menggunakan
warna, ilustrasi dan animasi.

7.

Imej atau gambar boleh dibesar atau dikecilkan mengikut keperluan


pelajar.
7

8.

Menjimatkan masa dan mempercepatkan penyampaian.

9.

Projektor OHP mudah dikendalikan jika guru mempunyai pengetahuan


teknikal yang mendalam.

10.

Dengan menggunakan transperansi guru dapat menyampaikan maklumat


dan fakta yang berkaitan secara berperingkat-peringkat dan sistematik.

(b)

Kelemahan penggunaan medium transperansi pada OHP adalah seperti


berikut:
1.

Ruang

2.

Kebanyakan projektor overhed adalah besar, dan ia boleh menjadi


sukar untuk mencari ruang yang mencukupi untuk mengendalikannya.
OHP juga mesti diletakkan jarak yang betul dari skrin untuk mencapai
kejelasan yang optimum. Ruang tambahan diperlukan untuk penyimpanan
pena dan transparensi.

3.

Cahaya bilik

4.

Projektor overhed yang menggunakan mentol yang sudah lama boleh


menghasilkan imej yang kabur disebabkan oleh gangguan dari sumber
cahaya yang lain. Sebaik-baiknya, bilik harus gelap, tetapi ini juga boleh
menimbulkan masalah di mana ia sukar untuk melihat persekitaran
sekelilingnya.

5.

Berat
Biasanya projektor kecil boleh mencapai berat lebih 13kg, model yang
lebih besar mungkin seberat 35kg.. Ini boleh menjadikan ia sukar
dipindah dari satu bilik ke bilik yang lain. Projektor mesti diletakkan pada
permukaan yang boleh menyokong berat badan.

6.

Gunahabis

7.

Projektor overhed memerlukan kos yang tinggi untuk mengendalikannya.


Transparensi tidak boleh diguna semula melainkan jika menggunakan
penanda kering mudahpadam, dan ia mudah berubah warna dari masa ke
8

masa jika mereka tidak dibersihkan dengan betul. Penanda baru mesti
dibeli secara berkala kerana ia cepat kehabisan dakwat. Akhirnya, mentol
dalam unit perlu diganti setiap beberapa tahun dan harganya adalah
mahal daripada mentol standard cahaya.

3.1.4

JENIS TRANSPARENSI

Jenis tulis dengan pen khas Pelbagai ketebalan; biasa cerah, terdapat juga
yang berwarna; bahan lutsinar lain juga boleh
digunakan.

Jenis Thermal / Peka


Haba

Filem T biasa yang mempunyai permukaan


bersalut lapisan kimia peka haba.
Dengan alat pembuat stensil thermal

Jenis Photocopy / Salin


Foto

Menggunakan mesin fotokopi atau pencetak

Jenis cetakan dengan


pencetak injek

Permukaan sebelahnya kesat, bahagian kesat

laserjet

ini yang akan dicetak.

3.1.5

TEKNIK PENGHASILAN TRANSPARENSI

Animasi
Ink Jet Film
(Jenis Lutsinar)

Tulis Terus

Fotokopi
(Jenis Lutsinar)

Pusingan

Teknik
Penghasilan
Transparensi
Thermal/Infra
Red
(Jenis Lutsinar)

Berdindih
/Berlapis

Fotokopi
(Jenis Lutsinar)

Berjalur
Tulis Terus
(Jenis Lutsinar)

Rajah 3.1.5 Teknik Penghasilam Transparensi

3.1.6 PRINSIP UMUM DALAM PENYEDIAAN TRANSPERANSI OHP


Prinsip umum dalam penyediaan transperansi terdiri daripada kepadatan kandungan,
reka letak, format dan ruang lingkup transparensi.
(a)

Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja


membuat lutsinar dengan peralatan yang sedia ada.

(b)

Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan,
objektif dan kandungan.

(c)

Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak. Elakkan


daripada mencampuradukkan format.

10

(d)

Pastikan setiap ciptaan (grafik, pernyataan) berada dalam 2 cm daripada tepi


bahan lutsinar.

(c)

Kejelasan huruf bergantung kepada jenis, saiz, jarak antara huruf dan jarak
antara baris.

(d)

Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jarak tayangan.

(e)

Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan subtajuk.

(f)

Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transperansi.

(g)

Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.

1.

PROSES KERJA
Proses kerja di bawah ini merupakan satu panduan menghasilkan media transparensi
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
1.

Peringkat Analisis

1.

Analisis Pelajar
Sebelum anda menyediakan, antara yang perlu difikirkan ialah perkara-perkara
berikut:
Apakah latarbelakang pelajar?
Bolehkah transparensi menarik minat pelajar?
Bolehkah ia ditayangkan dengan jelas dalam sesebuah bilik darjah?

2.

Analisis Kandungan
Cuba analisiskan keseluruhan isi kandungan subjek anda, adakah ia sesuai
dengan media transparensi

B. Peringkat Rekabentuk
(a) Rekabentuk bahan
Pastikan rekabentuk transparensi anda memenuhi prinsip-prinsipvisual grafik.
Contohnya enam asas reka letak yang ditekankan oleh CASPER Contrast
(kontras)
11

Alignment (seimbang)
Simplicity (simplisiti)
Proximity (ketepatan)
Emphasis (penekanan)
Repetition (pengulangan)
Pastikan anda membaca dan memahami panduan penggunaan Transparensi
OHP dengan berkesan seperti berikut:
1. Tarik perhatian penonton pasang dan padam suis pasang semula suis
setelah penonton melihat kita.
2. Tonjolkan bahagian-bahagian tutup dengan kertas tonjolkan idea satu
per satu.
3. Bina idea gunakan teknik tindan-tindih overlay boleh bina idea yang
komplek.
4. Jangan biarkan skrin tiada visual letakkan transperansi baru di atas yang
lama tarik yang lama efek dissolve.
5. Tunjuk kepada imej gunakan pen/pensil letakkan di atas transperansi.
6. Cara spontan rancangkan untuk tokok tambah maklumat tambahan
kalau slaid yang penting letakkan slaid kosong di atas.
7. Gunakan nota kata kunci pada bingkai transperansi nampak seoleh-oleh
natural dalam penyampaian.
8. Wujudkan kesamaan penonton fikir kita profesional gunakan saiz fon dan
stail yang konsistan.
9. Elakkan menconteng di atas transperansi gunakan nota/lambaran boleh
juga gunakan papan tulis
Pastikan anda memahami asas dalam penyediaan transparensi OHP dan jenisjenisnya.
Cuba baca tentang teknik-teknik untuk mencapai persembahan transparensi OHP
yang berkesan

12

(b) Rekabentuk Pedagogi


Pastikan juga bahawa gabungan elemen-elemen grafik dalam transparensi anda
dapat memberi kesan kepada proses P&P anda.

C. Peringkat Pembangunan
Pilih penampilan media transparensi anda samada dihasilkan secara digital
ataupun bukan digital.
Contohnya secara write-on atau tulis terus, termal (peka haba), salinan foto
(fotokopi) ataupun transparensi yang dicetak dengan bantuan komputer.
Pilih peralatan yang sesuai untuk penghasilan transparensi anda.
Bina transperansi anda berasaskan rekabentuk pengajaran anda.
D. Peringkat Perlaksanaan
Cadangkan bagaimana bahan media transparensi anda boleh digunakan dalam
peringkat P&P yang tertentu.
Cuba fikirkan bagaimana anda boleh mempelbagaikan kaedah penggunaannya
di masa hadapan.

E. Peringkat Penilaian
Selepas proses P&P menggunakan bahan hasilan transperansi tersebut, adakah
ia benar-benar memberi impak kepada proses pembelajaran.
Apakah aspek bahan transperansi yang dihasilkan tersebut perlu dibaiki lagi?

13

1.

AUDIO

1.

PENGGUNAAN PERALATAN AUDIO

Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat awal ia sering digunakan dalam bidang
bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebutan yang betul dan sebagainya.
Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog
seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jug bidang ilmu
dan dengan kecanggihan teknologi moden audio semakin penting sebagai salah satu
elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pita Rakaman Audio Analog

14

Pemain Audio Digital

2.

PENGGUNAAN AUDIO DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang


pendidikan. Antaranya ialah:
1.

Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca.

2.

Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak suka atau
tidak tahu membaca.

3.

Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana membolehkan mereka


melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak.

4.

Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan bahan


bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki .

5.

Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam proses


pembelajaran.

6.

Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar.

7.

Menyediakan elemen motivasi kepada pelajar.

15

1.

2.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN AUDIO

Kelebihan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat beberapa kebaikan penyampaian bahan pengajaran menerusi


penggunaan bahan audio. Di antaranya ialah
1.

Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca.

2.

Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses


penyuntingan.

3.

Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih.

4.

Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi.

5.

Mudah dipadam dan digunakan semula.

6.

Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat disampaikan


mengikut kadar masa tertentu.

7.

Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

1.

Kelemahan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Di samping pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi audio, ianya juga
mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya
1.

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada pita audio.

2.

Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajar semasa
proses pengajaran.

3.

Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa dan
kadar masa yang telah digunakan ini tidak boleh diubah.

4.

Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.

16

1.

PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN RAKAMAN

Langkah-langkah Perancangan dan Penyediaan Rakaman:


1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran
2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang
sesuai.
3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan
dimainkan nanti
4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format
penghasilan audio
5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah
6. Membuat rakaman dan penyuntingan
7. Ujilari hasil rakaman
8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal
9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset atau fail
klip audio
10. Penggunaan bahan audio
11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

2.

RAKAMAN AUDIO

Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah dan sedia ada pada kaset
audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) dan pengadun audio (audio
mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.
Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital
melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing
software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. Perisian yang

17

sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian
daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah.

Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows

Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format, antaranya ialah:


Kaset
Piring hitam atau fonograf
Cakera padat (CD)
Klip audio digital (digital audio clip)

Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang
berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail
MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana
saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid)
adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang
menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio
yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih
berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail

18

audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail
audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.
Secara ringkas, beberapa format fail audio yang selalu digunakan ialah:
(a) MP3
(b) WAV
(c) MIDI

Bahan audio dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian


dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui
pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain
cakera (CD player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain
media (media player).

3.

SUNTINGAN AUDIO

Untuk menyunting bahan audio, anda boleh menggunakan perisian komersial seperti
Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6 dan Neundo. Perisian-perisian ini mampu
mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio
yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.

Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui


perisian Sound Forge
19

3.3

ISU-ISU TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Perubahan pesat dan berterusan dalam teknologi mewujudkan peluang dan cabaran
dalam dunia pendidikan masa kini. Peluang mengakses adalah semakin luas untuk
mendapatkan maklumat dan kandungan multimedia yang teramat banyak serta
peningkatan penggunaan atas talian (online). Pada masa yang sama, pembangunan
pesat dalam keupayaan perkakasan komputer, perisian dan sistem komputer,
pengkomputeran mudah alih yang boleh mengakses Internet, pengembangan alat
rangkaian sosial untuk pembelajaran dan pembangunan profesional serta permainan
digital untuk pembelajaran peribadi. Perubahan ini akan menjadi perkara penting untuk
mengkaji isu-isu dan trenda yang perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi
hasilan dan produk orang lain, keselamatan, kerahsiaan serta kawalan kendiri dalam
penggunaan teknologi.

Kerahsiaan

Kawalan
Kendiri

Isu-Isu dan trend


terkini dalam
teknologi pendidikan
Hak Cipta
Terpilihara

Keselamatan

20

3.3.1 HAKCIPTA TERPELIHARA

Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh


undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran
semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu
tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai hak
kepunyaan terhadap ciptaan mereka.

Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara sah


kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa
monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang
diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka,
untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan
mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

1.

Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang.

2.

Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga


proses penemuan.

3.

Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol,


yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk
mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka.

4.

Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak


diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Antara bahan-bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta ialah


bahan bercerak seperti novel, puisi, artikel dan sebagainya, muzik atau kesan
audio, pantomin, gambar dan grafik, audio visual, dan rakaman suara dilindungi di
bawah Akta Hak Cipta 1987. Tanda hakcipta mengandungi 3 elemen penting iaitu

21

simbol atau perkataan Copyright atau Hakcipta Terpelihara, tahun pertama


penerbitan, dan nama pemilik hakcipta tersebut
Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia:
1.

Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah


mempunyai hakcipta

2.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta yang


tepat atau public domain material

3.

Membina atau mencipta bahan itu sendiri

4.

Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal

3.3.2

KESELAMATAN

Pengguna komputer dan internet sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman


keselamatan. Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah
1.

Penipuan

2.

Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer

3.

Kecurian maklumat

4.

Menyalin perisian secara tidak sah

5.

Pengintipan

6.

Judi Siber

7.

Skim cepat kaya

8.

Pornografi

9.

Pengodam/Hacker

10.

Penyebar Virus

3.3.3 KERAHSIAAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah alat asas untuk pembangunan
masyarakat bermaklumat.Technology membenarkan koleksi secra automatik,
penyimpanan dan pemprosesan jumlah data yang besar. Kebanyakan data ini adalah
22

berkaitan dengan aktiviti manusia contohnya: pemprosesan, banci data, bil elektrik, slip
gaji, sejarah perubatan, dan lain-lain Pemprosesan data ini oleh kerajaan atau syarikatsyarikat sentiasa melibatkan perbincangan mengenai privasi.
Internet adalah platform seluruh dunia untuk maklumat komunikasi, pencarian
maklumat dan aktiviti-aktiviti lain; seperti membeli-belah, menyatakan pendapat,
gambar, dan sebagaiannya. Sejak pertengahan tahun 1990-an, berjuta-juta orang
dengan budaya dan tahap pendidikan berbeza berinteraksi dengan begitu banyak
maklumat. Internet dan pengkomputeran di mana-mana membenarkan interaksi yang
lebih mudah antara sistem maklumat dan pengguna. Oleh itu, pengumpulan data oleh
pembekal perkhidmatan Internet telah menjadi mudah. Akibatnya, jumlah data yang
dikumpul telah meningkat secara mendadak. Ini membolehkan penciptaan pesat profil
pelanggan untuk pengurusan hubungan. Walau bagaimanapun, data dan analisis
menjadi konflik dengan isu privasi pengguna, kerana tabiat pengguna boleh dipaparkan
oleh pihak ketiga dan tindakan mereka juga dapat dikesan.

Kerahsiaan yang dimaksudkan di sini ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan
bahan dan alat atau objek,bahan bertulis seperti peta, terutamanya peta topografi,
pelan,model, graf,lukisan, pita perakam dan alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini
juga termasuk filem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej yang boleh
dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya. Ini melibatkan seseorang seperti
pemegang amanah,pentadbir atau seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan
awam bersuhabat dan menyebarkan sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain.

The Children's Internet Protection Act requires that school districts develop an Internet

safety plan addressing the unauthorized disclosure, use, and dissemination of personal
identification information regarding minors. School districts need to consider a variety of
issues as they attempt to comply with this safety plan requirement. Learn what those
issues are and discover how your district can ensure student privacy online.
Ensuring Student Privacy on the Internet by Nancy Willard - http://www.educationworld.com

23

Internet telah mendapat banyak keutamaan dalam persekitaran pendidikan. Kinii, ramai
pelajar dan guru mewujudkan laman web mereka sendiri. Ini merupakan cara terbaik
untuk berkongsi sumber dan berkomunikasi. Internet adalah alat yang berharga untuk
penerbitan sendiri, di mana seseorang boleh menghantar sebuah laman web yang
dilihat oleh berjuta-juta orang. Manfaat yang banyak, namun bahaya sedia ketara.
Guru perlu memastikan bahawa penjagaan perlu diambil untuk melindungi kerahsiaan
pelajar. Malah, Akta Perlindungan Kerahsiaan Kanak-kanak Dalam Talian adalah satu
undang-undang yang telah diluluskan untuk membantu melindungi pelajar.

Tanggungjawab melindungi rahsia pelajar terletak pada guru. Guru tidak sewenangnya
menghantar imej pelajar, nama pelajar, atau apa-apa maklumat lain yang peribadi di
Internet tanpa kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Malah dengan kebenaran, guru
perlu berhati-hati tentang meletakkan maklumat tentang pelajar. Meletakkan nama
pelajar di dalam kelas tertentu boleh mewujudkan isu keselamatan untuk pelajar itu.
Guru kelas perlu memahami dan mematuhi peraturan ini.

Penjagaan yang sama perlu diambil apabila menggunakan perisian untuk merakam dan
berkongsi gred pelajar dan lain-lain data peribadi. Pelajar hanya perlu dapat melihat
rekod mereka sendiri (contohnya, gred). Guru tidak dibenarkan untuk mengenal pasti
pelajar dengan nombor ID pelajar sekolah atau nombor keselamatan sosial. Guru juga
perlu berhati-hati untuk menggunakan perisian yang hanya memaparkan rekod pelajar
kepada pelajar individu dan / atau ibu bapanya.

Teknologi maklumat dan komunikasi berubah dengan pantas. Ia memudahkan urusan


seharian tetapi juga turut mendatangkan ancaman sekiranya penggunaannya tidak
disertai dengan etika dan moral yang baik. Ini bemakna kita harus mempunyai
pengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur
kerahsiaan.

24

1.

Peranan Guru

Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam


penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Tempat guru tetap tidak diambil alih oleh
teknologi, akan tetapi perana guru telah berubah daripada seorang penyampai
maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran. Tambahan pula, guru juga
sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak di mana pelajar dibantu dengan cara
mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai sumber. Kini guru mejadi
pembimbing di sisi pelajar bukan lagi sebagai penyampai ilmu di atas pentas. Justeru
itu, guru perlu mempunyai kemahiran komputer, kemahiran menggunakan alatan
elektronik agar dapat memudah cara belajar serta mengekalkan minat pelajar dengan
menggunakan pelbagai jenis media pengajaran.

(b)

Penggunaan Teknologi Untuk Pelajar Berkerperluan Khas

Pengintegrasian teknologi dalam bilik drjah telah membantu guru menangani


kepelbagaian keperluan pelajar sama ada mereka mempunyai masalah pembelajaran
atau masalah fizikal selain mereka yang pintar cerdas. Sekolah bolh dilengkapkan
dengan alat-alat teknologi dan kemajuan dalam perkembangan teknologi agar dapat
mengakomidasi pelajar-pelajar berkeperluan khas. Stesen-stesen di bilik darjah boleh
dilengkapi denganteknologi yang membantu pelajar yang menghadapi masalah fizikal
dan masalah pembelajaran. Pelajar juga boleh mengawal kadar penyampaian selain
membesarkan saiz teks supaya dapat dibaca dengan bantuan komputer.

3.3.4 KAWALAN KENDIRI

Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku,
tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan
seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang
25

menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak dilatih untuk mengawal kendiri.
Akan

tetapi,

pengalaman

dan

pendedahan

kepada

pelbagai

media

boleh

mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan


berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu


harus mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai
tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua
bahan sedia ada dengan baik demi mencapai keseimbangan dan integrity sebagai ahli
dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada
teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan
bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika
pengguanaan bahan dan teknologi.

Tambahan pula, kita harus mempratikkan tanggungjawab dalam menggunakan


system teknologi dan teknologi maklumat dengan wajar serta menyedari implikasi
tentang tindakan diri dalam ruang lingkup system laman web. Semasa menggunakan
bahan, seseorang perlu berkebolehan untuk mengawal diri daripada segi melayari
bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri serta mempunyai disiplin diri
dalam menentukan priority dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada
berkaitan dengan tugas atau peribadi.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan


yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam
bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati
semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar
peraturan atau prosedur undang-undang.

Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab


dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam
bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini, pengguana harus memahami isu-isu etika dan
26

masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping itu, amalan dalam


penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan
nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

RUMUSAN

Unit ini membincangkan tentang OHP dan transparensi yang memainkan peranan
sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengajar dengan
efektif dan berkesan dengan bantuan OHP dan transparensi yang amat menarik.

Unit ini juga turut membincangkan mengenai peralatan audio, perancangan dan
penyediaan rakaman audio bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Anda juga telah
belajar cara penghasilan dan penyuntingan audio supaya bersesuaian dengan
pengajaran yang dirancang.

Seterusnya unit ini telah menerangkan isu-isu berkaitan dengan hak cipta, keselamatan
dan kerahsiaan dalam mengendalikan teknologi maklumat. Di samping itu, trend-trend
terkini dalam teknologi pendidikan juga diutarakan termasuklah:

1.

Di Malaysia, semua pemilik bahan berhak cipta diberikan perlindungan di bawah


Akta Hak Cipta 1987.

2.

Pembelajaran teknologi pendidikan berlaku dalam makmal yang dilengkapi


dengan peralatan elektronik. Dengan ini, semua pengguna harus mematuhi
peraturan yang digariskan untuk menjaga keselamatan peralatan.

3.

Teknologi membolehkan maklumat dikumpulkan, analisis dan dinilai demi


meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan negara. Oleh itu, setiap
pengurusan harus melihara dan membina unsur-unsur kerahsiaan. Ia perlu
dikawal secara ketat melalui penguatkuasaan undang-undang, pelesenan dan

27

peraturan agar tidak berlakunya kebocoran sperti pelan, peta topografi, film
negatif dan sebagainya.
4.

Setiap pengguna teknologi perlu mempunyai tanggungjawab diri serta dapat


mengawal diri dalam apa-apa juga yang dilakukan.Setiap individu perlu boleh
mengurus dan menggunakan teknologi untuk mencapai keseimbangan, integriti
dan kualiti hidup sebagai warganegara, ahli masyarakat, pelajar dan pekerja.

5.

Trend-trend

terkini

dalam

teknologi

pendidikan

termasuk

pembelajaran

elektronik, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran untuk pendidikan


berkeperluan khas. Tambahan pula, peranan guru kian berubah dengan
kemajuan teknologi dan kemudahan sedia ada di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, penggunaan media secara traditional masih berterusan kerana
teknologi canggih tidak boleh menggantikan media traditional.

AKTIVITI

Laksanakan tugasan di bawah. Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenainya


sila berhubung dengan pensyarah anda melalui LMS yang disediakan. Sila gunakan
ruang bertanya di dalam LMS.

1.

Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai hakcipta terpelihara, keselamatan,


kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam TMK melalui pelbagai sumber sedia ada.
Kemudian

Rumuskan

isi kandungan maklumat ini dengan menggunakan

pemprosesan perkataan.
2.

Berdasarkan satu sub-topik matapelajaran pilihan anda, hasilkan transparensi bagi


membantu anda mengajar sub-topik tersebut.

3.

Bina satu skrip yang sesuai untuk digunakan bersama-sama transparensi yang
dihasilkan. Buat rakaman serta penyuntingan bagi menghasilkan bahan audio
berdasarkan skrip di atas. Kemudian gunakan media yang telah dihasilkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sub-topik tersebut.

28

Dokumenkan semua aktiviti di atas (rumusan dan skrip) dan berserta denan fail audio
(gunakan format yang kecil saiznya) hantar melalui ruang LMS yang disediakan.

AKTIVITI REFLEKSI

1.

Senaraikan masalah yang anda hadapi dalam menyelesaikan aktiviti di atas.


Seterusnya terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut.

2.

Setelah anda mengaplikasikan media tersebut dalam bilik darjah, pada


pandangan anda adakah penggunaan bahan audio bersama-sama dengan
transparensi boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan atau
sebaliknya?. Jelaskan pendapat anda.

Dokumenkan semua ulasan di atas dan hantar melalui ruang LMS yang disediakn.

TUGASAN TUTORIAL
Dengan menggunakan satu senarai semak (bina sendiri rujuk kepada modul),
kemudian buat semakan audio yang telah anda laksanankan dalam aktiviti di atas.
Setelah itu buat rumusan dan penilaian berdasarkan keputusan senarai semak, sama
ada audio yang anda hasilkan itu memenuhi ciri-ciri sebagai media pengajaran dan
pembelajaran.

Dokumenkan rumusan anda, muat naik melalui LMS dan cetak untuk di bawa dalam
sesi tutorial.

Perhatian:

Semua hasil kerja di atas mestilah hasil usaha anda sendiri bukan plagiat.

29

RUJUKAN

http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-1212884-8-ohp-transperensi2/
http://www.slideshare.net/loverskaka/ohp-dan-transperensi
http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/07/ohp-dan-transperansi.html
http://szstarav.en.alibaba.com/product/62263130350097415/Light_OHP_projector_with_high_quality_3200lm_.html
http://www.ehow.com/info_8556310_disadvantages-overhead-projector.html
Kemp, J.E.,& Smellie, D.C. (1997). Planning, producing and using instructional
technologies. Edisi keenam.New York: Harper Collins College Publishers.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin
Wan Hasan ( 2012).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:Penerbit Oxford
Fajar.
http://www.educationworld.com/a_tech/tech120.shtml
http://www.privacyinternational.org/survey/phr2003/index.htm
http://www.scsite.com/dc2008/ch11/weblink
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-12-isu-isu-dan-trend-terkini-dalam.html
www.doe.virginia.gov/support/.../internet.../related_resources.pdf

30

Anda mungkin juga menyukai