Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN DAN SEJARAH

Teaching Games for Understanding (TGfU) dapat ditakrifkan apabila guru mengajar memahami
permainan kepada pelajar terlebih dahulu dengan konsep permainan sambil bermain. TGfU
diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) yang menyatakan pendekatan tersebut bermatlamat
untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individu berpandukan penyelesaian
masalah dan membuat keputusan oleh pelajar semasa permainan. Menurut (Bunker & Thorpe, 1982;
Griffin, Mitchell, & Oslin, 1997), TGfU menekankan kepada pemahaman taktikal dan strategi bermain
terlebih dahulu sebelum pelajar menguasai teknik kemahiran dalam sesuatu permainan. Sebelum
menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan tertentu, pelajar perlu memahami mengapa, bila dan di
mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi bergantung kepada situasi permainan. .