Anda di halaman 1dari 3

Penyelidikan Deskriptif

Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), matlamat penyelidikan deskriptif ialahuntuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Contohnya, faktor-faktoryang menentukan
keberkesanan program KPLI. Penyelidik akan menerokai sesuatubidang yang belum atau kurang dikaji.
Oleh kerana faktor-faktor yang mempengaruhikeberkesanan program KPLI belum dikenalpasti, jadi kita
cuba menerokai faktor-faktortersebut dengan menggunakan kajian deskriptif. Tambahan lagi, penyelidik
tidak terlebihdahulu menentukan faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu
peristiwa.Oleh itu kaedah ini tidak bermatlamat untuk menguji kebenaran sesuatu hipotesis.

Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 14-15 ) seterusnya memberi contoh penyelidikan dalampsikologi pendidikan
seperti berikut. Katakan kamu berminat dalam mengkaji sikap pelajar anda terhadap membekalkan
perkhidmatan kesihatan kepada pendatang-pendatang baru ataupun sikap guru-guru sekolah anda
terhadap pelbagai jenis kecacatanataupun kaedah pengredan yang digunakan di sekolah anda. Tujuan
kajian kamu adalahuntuk menerangkan apa yang manusia buat atau bagaimana pelajar-pelajar berfikir
mengenai isu-isu tertentu di dalam kelas atau sekolah. Kaedah kajian sebegini dipanggilkaedah
kajian deskriptif. Tambahan lagi, pada kebiasaannya, kamu mengukurpembolehubah tertentu ( sikap,
kepercayaan, kaedah pengredan ) menerusi cara senaraisemak, temuduga, penelitian sistematik
ataupun gabungan dari cara-cara tersebut.Daripada keputusan tersebut, kamu boleh memilih untuk
mewujudkan hipotesis tertentu mengenai hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang
seterusnya bolehdiuji dengan alat-alat kajian kuantitatif.

5.2.1 Langkah-langkah Penyelidikan Deskriptif


Penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Penjelasan ini adalah
bedasarkan kepada faktor-faktor atau pembolehubah-pembolehubah yang belum dikenal pasti, bagi
mendapatkan penjelasan dengan sempurna, maklumat yang tepat perlu diperolehi. Beberapa langkah
perlu diikuti oleh penyelidik bagi melaksanakan penyelidikan deskriptif secara berkesan. Langkahlangkah tersebut adalah seperti berikut :

1.

Nyatakan masalah yang ingin dikaji dengan tepat dan jelas. Langkah ini melibatkan

usaha mengenal pasti, memilih dan memantapkan masalah. Matlamat dan objektif-objektif yang ingin
dicapai oleh penyelidikan tersebut perlu juga dikenal pasti.

2.

Menentukan populasi dan pembolehubah yang berkaitan dengan tepat dan jelas.

Populasi dalam penyelidikan pendidikan biasanya besar dan rumit. Penyelidik perlu mengenal pasti
populasi agar penyelesaian masalah yang akan didapati berguna. Sekiranya populasi yang ingin dikaji
adalah besar, penyelidik boleh menggunakan prinsip populasi sasaran dan prinsip populasi digunakan.
Populasi sasaran adalah populasi yang mengandungi masalah dan hendak dikaji. Populasi digunakan
adalah sebahagian populasi sasaran. Dengan itu, populasi digunakan menyerupai cari-ciri populasi
sasaran. Persampelan rawak ke atas populasi digunakan boleh dilakukan bagi mendapatkan sampel
untuk mewakili populasi sasaran.

3.

Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Maklumat yang ingin diperolehi mestilah boleh memenuhi matlamat dan objektif penyelidikan. Langkah
ini termasuk menyenaraikan maklumat yang diperlukan dan mengelaskan maklumat tersebut sama ada
secara kualitatif atau kuantitatif.

4.

Memilih atau membentuk alat bagi mengumpul maklumat. Pemilihan alat boleh

dilakukan sekiranya penyelidik mempunyai alat-alat piawai yang boleh digunakan bagi mendapatkan
sesuatu maklumat. Alat kajain sama ada alat piawai yang dipilih atau alat yang dibentuk sendiri perlu
dicuba bagi menentukan kesesuaian dan ketepatannya pada sekumpulan kecil subjek yang menyerupai
populasi yang hendak dikaji. Penyelidik perlu memastikan kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian
yang digunakan.

5.

Merekabentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai

objektif penyelidikan. Reka bentuk yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada objektif
penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan deskriptif yang berlainan digunakan bagi mencapai objektif
penyelidikan deskriptif yang berlainan.

6.

Mengumpul data penyelidikan. Pengumpulan data deskriptif melibatkan masa, tenaga

dam perbelanjaan yang banyak. Pengunpulan data deskriptif adalah rumit terutama apabila
populasiyang dikaji besar dan kompleks. Pengumpulan data deskriptif harus dilakukan dengan
sempurna. Ini melibatkan latihan yang mencukupi kepada pembantu-pembantu penyelidik dan
pentadbiran pengumpulan data yang kemas dan berkesan.

7.

Menganalisis data dan maklumat serta membuat pentadbiran. Data yang didapati perlu

diproses dan dianalisis. Pemprosesan data melibatkan penentuan kesahan data, pengkodan, kemasukan
data ke dalam komputer dan penyimpanan data. Data yang sempurna perlu diseadiakanbagi
penganalisisan. Analisis data bergantung kepada objektif penyelidikan. Di antara analisis yang digunakan
ialah pemeratusan, jadual silang dan korelasi. Pentadbiran ke atas populasi perlu dibuat sekiranya
penyelidik mendapatkan maklumat dari sampel.

8.

Melaporkan dapatan dan hasil kajian. Dapatan dan hasil penyelidikan perlu dilaporkan

dengan jelas dan sempurna. Semua peringkat dalam penyelidikan deskriptif yang saintifik hendaklah
diterangkan secara terperinci. Pendekatan saintifik membolehkan proses penyelidikan yang sama
diulang dan menghasilkan hasil yang serupa. Penerangan yang jelas dan sempurna membolehkan
pengesahan dilakukan terhadap sesuatu dapatan. Pengesahan dapatan adalah penting bagi membentuk
teori dan badan pengetahuan sesuatu bidang. Penyebaran hasil penyelidikan juga penting. Hasil
penyelidikan tidak harus disimpan di dalam bilik atau di dalam peti-peti besi. Hasil penyelidikan perlu
disebarkan bagi kebahagiaan manusia sejagat.