Anda di halaman 1dari 1

Siapalah kita tanpa ibu.

Pengkarya cuba membawa penghayat seni untuk mengamati dan mengenang


jasa serta pengorbanan ibu. Hidup kita yang kini dikecapi adalah satu anugerah tuhan yang tak ternilai.
Subjek yang digunakan oleh pengkarya adalah lilin, bawang putih, dan bawang merah. Ketiga-tiga subjek
ini merupakan simbolik untuk seorang ibu. Lilin merupakan metafora seorang ibu yang senantiasa
menerangi hidup anak-anak serta suami. Tetapi dalam masa yang sama ia seperti membakar dirinya
sendiri. Dari sini kita dapat lihat bahawa rasa cinta, kasih dan sayang seorang ibu sememangnya tidak
terkira. Selepas itu, pengkarya menggunakan bawang merah dan bawang putih sebagai subjek yang
melambangkan ibu yang mana sekiranya disoal kepada majoriti seorang anak, mereka akan mengatakan
bahawa masakan ibu adalah yang terbaik. Dari segi warna, pengkarya tidak menggunakan warna yang
realistik. Ini kerana pengkarya cuba menerapkan unsur kehidupan yang berwarna warni. Kadangkala kita
menghadapi pengalaman yang buruk. Ada kala kita punya pengalaman yang baik. Setiap palitan berus
yang dicalit oleh pengkarya mempunyai rasa dan penghayatan yang mendalam kerana pengkarya
membayangkan ibunya sendiri yang bekerja di luar negara demi membesarkan pengkarya serta adik
beradik yang lain. Walaupun ibu pengkarya tidak pernah menceritakan tentang pahit getir
membesarkan pengkarya. Tetapi pengkarya dapat merasai bahawa ibunya sedang berkorban masa,
wang, dan banyak lagi hanya untuk anak-anaknya. Faktor ini merupakan antara sebabnya pengkarya
menggunakan subjek lilin. Seterusnya, pengkarya ada rasa sedikit cemburu kepada mereka yang
senantiasa ada ibu di rumah dan kepada mereka yang sering merasai masakan ibu sedangkan pengkarya
hanya mampu merasainya pada hari-hari cuti ibunya. Sememangnya pengkarya tahu ada lagi insan yang
kurang bernasib baik malah pengkarya turut bersimpati kepada mereka. Di dalam karya Emak, 2014,
2kaki x 2kaki, akrilik atas kanvas ini adanya unsur pengulangan dimana pengkarya menggunakan rupa
diomand yang berulang sebagai metafora kepada setiap ibu merupakan permata yang tidak ternilai.
Seperti kata-kata yang acap kali didengari iaitu Ibu engkaulah ratu hatiku. Kita mungkin tidak dapat
melihat suria, sang rembulan, langit dan dunia tanpa ibu. Apalah hidup kita tanpa ibu. Ibu adalah
anugerah tuhan yang tidak ternilai.

Anda mungkin juga menyukai