Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN LITERASI

Dalam Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia, para pelajar dinilai berdasarkan


keperluan yang telah ditetapkan di dalam NOSS ( National Occupational Standard of Skill ).
Setiap calon perlu mencapai tahap keterampilan dan memenuhi ciri-ciri kemahiran yang teah
ditetapkan di dalam NOSS sesebuah program kemahiran yang diambil. Setiap kemahiran
yang diperlukan bagi setiap kursus adalah berbeza-beza, maka sebaik sahaja keluar daripada
institusi tersebut, calon akan dibekalkan dengan semua kemahiran yang diperlukan seperti di
dalam NOSS.
Sistem penilaian bagi kursus Penyejukan dan Penyaman Udara ini terbahagi kepada
dua komponen utama iaitu Kerja Kursus ( Course Work ) dan Peperiksaan Akhir ( Final
Examination ). Setiap bahagian ini akan dinilai dari segi teori dan amali. Kerja Kursus
membawa markah sebanyak 40% dari keseluruhan, manakala Peperiksaan Akhir membawa
markah sebanyak 60%.
Penilaian calon yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu ujian keterampilan dan
penilaian keterampilan. Ujian keterampilan ini lebih berkait rapat dengan peperiksaan akhir.
Hal ini kerana, ujian keterampilan dilakukan menggunakan ujian secara bertulis. Misalnya,
ujian soalan jawapan pendek, soalan padanan, ujian betul salah dan sebagainya. Manakala
penilaian keterampilan lebih kepada Kerja Kursus. Hal ini kerana, penilaian akan dilakukan
secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Contohnya, penilaian boleh dibuat melalui
projek-projek yang dibuat, portfolio dan sebagainya. Maka, perkembangan calon sepanjang
tempoh kursus dapat dipantau dan sentiasa dibimbing oleh pensyarah. Pensyarah akan
memantau perkembangan calon apabila melihat hasil-hasil kerja calon setiap hari.
Bagi pemberian markah calon pula, pensyarah akan menggunakan rubrik. Rubrik
merupakan satu alat untuk menentukan markah yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Rubrik ini akan membantu para pensyarah untuk memberi markah daripada cemerlang ke
lemah. Melalui penggunaan rubrik ini, pensyarah dapat memantau perkembangan calon
melalui ciri-ciri yang terdapat pada setiap peringkat dalam rubrik. Tambahan pula, rubrik
senang digunakan dan senang untuk dijelaskan. Guru juga boleh membina rubrik mereka
sendiri berdasarkan kriteria yang dikehendaki mengikut objektif yang telah ditentukan bagi
sesebuah kursus tersebut.

JPK/CA/01

PENILAIAN PRESTASI NCS-CORE ABILITY


(Borang ini perlu diisi oleh PP pada setiap kali menjalankan Penilaian Prestasi)

CORE ABILITY TAHAP 1

Nota: PP perlu menanda ( ) pada Abiliti-Abiliti berkaitan yang dinilai di ruangan skala yang disediakan

ITEM

ABILITIES

01

LOCATE AND PROCESS INFORMATION

01.01

Identify and gather information

01.02

Document information, procedures or processes

01.03

Utilize basic IT applications

02

EXCHANGE/COMMUNICATE INFORMATION

02.01

Interpret and follow manuals, instructions and


SOPs

02.02

Follow telephone/ telecommunication procedures

02.03

Communicate clearly

02.04

Prepare brief reports and checklists using


standard forms

02.05

Read/interpret flowcharts and pictorial


information

03

WORK AND INTERACT WITH PEOPLE

03.01

Apply cultural requirements to the workplace

03.02

Demonstrate integrity and apply ethical practices

03.03

Accept responsibility for own work and work area

03.04

Seek and act constructively upon feedback about


performance

03.05

Demonstrate safety skills

03.06

Respond appropriately to people and situations

03.07

Resolve interpersonal conflicts

CATATAN

06

WORK WITHIN AND WITH SYSTEM

06.01

Understand systems

06.02

Comply with and follow chain of command

06.03

Identify and highlight problems

06.04

Adapt competencies to new situations / systems

Skala Tahap Pencapaian

Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Sangat Baik

Langsung tidak
mencapai kriteria

Tidak mencapai kriteria


yg ditetapkan

Mencapai kriteria yang


minima

Mencapai kriteria dalam


banyak keadaan

Mencapai kriteria
dengan cemerlang

(e.g. shows much anger)

(e.g. shows some anger)

(e.g. remains fairly calm)

(e.g. remains rather


calm)

(e.g. remains very calm)

Tarikh
Penilaian :

T/tangan PP:

Nama PP:

Ulasan PP ( jika ada)

Jadual 1 : Contoh rubrik

Seterusnya, kaedah persijilan terbahagi kepada 3 kaedah iaitu melalui latihan di


institusi yang diiktiraf, melalui latihan berorientasikan industri dan melalui perntauliahan
pencapain terdahulu. Latihan di institusi yang diiktiraf merupakan Program latihan kemahiran
di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu yang telah
ditauliahkan ( Kolej Vokasional ). Manakala latihan berorientasikan industry ( SLDM ) pula
merupakan kaedah latihan perantisan dalam SLDM yang dijalankan di industry dan institute
latihan kemahiran ( IKBN, IKTBN ). Seterusnya, pentauliahan pencapaian terdahulu ( PPT )
pula akan dijalankan melaui pengalam lalu yang didapatkan melalui pengalaman latihan atau
kerja tanpa perlu menduduki ujian. Maka, calon perlu mengemukakan bukti keterampilan
untuk dinilai Pegawai Penilai dan akan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran JPK. Namun
di sekolah, kaedah yang digunakan adalah latihan di institusi yang diiktiraf. Semua
kemahiran yang dipelajari adalah berdasarkan NOSS yang diberikan.
Pensijilan calon bergantung kepada keputusan calon sama ada calon terampil atau
tidak terampil dalam kursus tersebut. Pelajar hanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran
Malaysia sekiranya calon berjaya untuk terampil dalam setiap ciri-ciri yang perlu dipenuhi
seperti yang dinyatakan dalam NOSS. Sekiranya calon dibuktikan terampil, barulah calon
layak untuk dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia. Namun, sekiranya terdapat ciri-ciri
kemahiran yang tidak terampil, maka calon akan digagalkan dan tidak dianugerahkan Sijil
Kemahiran Malaysia.
Kesimpulannya, Sijil Kemahiran Malaysia merupakan salah satu sijil yang
bermanfaat dan telah diiktiraf oleh semua industri di Malaysia. Bukan itu sahaja, Sijil
Kemahiran Malaysia ini, satu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding
dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Anda mungkin juga menyukai