Anda di halaman 1dari 2

ASPEK SASTERA

1. Tema
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh cerpenis, novelis, penyair atau
penulis skrip drama bagi mendasari karyanya.
2. Persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.
Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan memperkukuh tema yang cuba
diketengahkan oleh pengkarya.
3. Watak
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara
berinteraksi sesama watak dan alam.
4. Perwatakan
Perwatakan ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh digambarkan sama ada secara lahiriah seperti bentuk, paras rupa, dan
tingkah laku, atau secara jamaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran.
5. Latar
Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan tempat, masa, ruang, dan suasana terjadinya cerita
dalam sesuatu karya.
Terbahagi kepada 3:
a. Latar tempat tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.
b. Latar masa masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu
cerita.
c. Latar masyarakat keadaan masyarakat di tempat berlakunya cerita yang bekenaan yang antara
lainnya merangkum agama, kepercayaan dan pekerjaan.
6. Plot

Plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Plot juga merupakan rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan melibatkan konflik dan
diakhiri dengan peleraian.
Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak mengikut kronologi.
Binaan plot
a. Pengenalan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar atau konflik yang wujud.
b. Pertengahan peringkat berkembangnya sesuatu konflik itu hingga sampai ke puncaknya.
c. Pengakhiran atau peleraian peringkat berakhirnya sesuatu konflik.
Teknik plot - cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya dapat menarik pembaca untuk
membaca karya mereka.

a. Dialog
b. Monolog
c. Monolog dalaman
d. Imbas kembali
e. Imbas muka
f.

Saspens

Pertuturan antara dua watak atau lebih.


Pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau meluahkan
perasaan (mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan dan sebagainya).
Merupakan kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak
Merupakan teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
Merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita
berkenaan.
Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin
tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

g. Konflik
h. Kejutan

Konflik merupakan pertentangan dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran,
iaitu antara watak dengan watak yang lain.
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa
diduga oleh pembaca.

7. Gaya bahasa - cara pengarang menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran atau
pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan melalui karya mereka.
Gaya bahasa
a. Diksi
b. Ayat

c. Personafikasi

d. Simile
e. Metafora
f.

Hiperbola

g. Sinkope
h. Rima
i.

Asonasi

j.

Aliterasi

k. Pengulangan

l.

Perlambangan

Huraian
Pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.
Pelbagai ayat yang digunakan termasuklah ayat yang ringkas, yang sederhana dan
kompleks.
Dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan
Bermaksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia sama ada dari segi
perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau
idea atau hal-hal yang lebih abstrak.
Contoh: kehidupan yang mencekik, tabah meredah angin, udara dingin
mencengkamku
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung menggunakan kata-kata seperti,
umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
Contoh: kurus macam lidi, bagaikan mahu diusung keliling kampung.
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata
seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
Contoh: memutih kepala, gigih menggenggam, di dusun hati
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya,
Contoh: rindu mencumbu zaman
Bermaksud penyingkatan kata
Contoh: kau terpaksa pergi, walaupun kau lebih tahu
Bermaksud keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata
terakhir dalam sesuatu ayat
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
Contoh: pengulangan vokal i dalam baris cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi
Merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak
Contoh: pengulangan vokal t dalam baris menyatakan terima kasih tidak terhingga
Berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap yang diulang dalam sajak
Anafora pengulangan kata pada awal baris secara berturutan. Contoh: alam adalah
sebahagian daripada kita; alam adalah syurga bumi
Epifora pengulangan kata pada akhir baris. Contoh: berkongsi kerinduanmu; tatkala
mereka tidak bersamamu
Repetisi pengulangan kata dalam baris yang sama. Contoh: banyak orang banyak
ragam
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan
atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.
Contoh: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan muda

8. Pengajaran - dikenal juga sebagai mesej atau amanat bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh
pengarang kepada pembaca.

Anda mungkin juga menyukai