Anda di halaman 1dari 7

PENGLIBATAN MURID SECARA AKTIF DAN MENYERONOKKAN DENGAN

SOKONGAN PELBAGAI BAHAN MEDIA YANG SESUAI DALAM PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu menentukan pendekatan dari segi kaedah dan aktiviti-aktiviti tertentu
yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi pembelajaran adalah suatu
kegiatan pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan siswa agar tujuan pembelajaran dapat
dicapai secara efektif dan efisien (Kemp dalam Sanjaya, 2008:126). Strategi yang dipilih perlu
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, mampu membantu menganalisis konsep
atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna. Aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi
untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Kaedah dan Aktiviti Pembelajaran


Seperti yang di maksudkan bahawa Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen,
perbincanga, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum ini, cadangan
kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu
dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran yang bersesuaian. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktivit yang
yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan

visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan
antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya
dan pemahaman tentang alam sekitar. Terdapat beberapa kaedah pembelajaran yang boleh
menarik dan melibatkan murid secara aktif adalah seperti:a) Ekseperimen
Eksperimen merupakan kaedah yang selalu digunakan dalam pelajaran sains. Murid
diberi peluang menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep sains yang
tertentu. Murid akan menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,
kemahiran proses dan kemahiran manipulative berdasarkan langkah-langkah seperti:
i.

Mengenal pasti masalah

ii.

Membuat hipothesis

iii.

Merancang eksperimen

iv.

Mengawal pemboleh ubah

v.

Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

vi.

Menentulkan langkah menjalanakan eksperimen

vii.

Kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

viii.

Melakukan eksperimen

ix.

Mengumpul data

x.

Menganalisis data

xi.

Mentafsirkan data

xii.

Membuat kesimpulan

xiii.

Membuat laporan

Dalam kaedah ini, selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi
peluang melakukan eksperimen sendiri.
1) Perbincangan
Kaedah perbincangan adalah merupakan aktiviti di mana murid menyoal dan
mengemukakan pendapat berlandaskan sesuatu fakta. Semasa perbincangan, murid perlu

mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu
dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

c) Projek
Kaedah projek dijalankan sama ada secara individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan
masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek
boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain dan perlu dibentangkan di hadapan guru
dan para pelajar lain.
d) Lawatan
Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran dengan kaedah
melawat ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan
kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Namun kaedah ini memerlukan perancangan yang rapi dimana para pelajar perlu
menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas
lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan satu contoh kaedah ini.
e) Kajian masa depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan
daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Kaedah ini
berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan
Kajian tempatan. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui
kaedah ini.
f) Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat
keputusan. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan
eksperimen boleh dijalankan. Penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
i.

Kenal pasti dan faham masalah

ii.

Jelaskan masalah

iii.

Cari alternatif penyelesaian masalah

iv.

Lakukan operasi penyelesaian

v.

Nilaikan penyelesaian

Penggunaan Pelbagai Bahan Media Yang Sesuai


Penggunaan pelbagai bahan media yang sesuai bermaksud penggunaan bahan bantu
mengajar ( BBM ). BBM bermaksud segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan menyeronokkan. Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga
kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
a) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
i.

Papan hitam atau papan tulis

ii.

Buku teks

iii.

Papan pemer atau papan bulletin


Merupakan sumber pengajaran yang produktif yang di gunakan untuk
memperkenalkan idea baru, memberi maklumat ,memberi kefahaman,
memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan
daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan
pembelajaran seseorang pelajar

iv.

Fail tegak dan bahan bacaan


Ini adalah berbentuk bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul

hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota
Gambar
v.

Kad imbasan dan kad cantuman


Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di
belakangnya. Ia bertujuan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru
kepada pelajar. Kad cantuman pula dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai
kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong Pelajar diminta mencantumkan
semula keratan-keratan kad supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang
dikehendaki

vi.

Carta

vii.

Grafik

viii.

Papan pengajaran
Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya
komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar

ix.

Model tiga dimensi

x.

Boneka atau patong


Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang dibuat
daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman

xi.

Diorama
Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam
satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yan dikecilkan
dalam persembahan tiga dimensi

b) Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar


Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan,
projek pameran, penggunaan bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai
benda maujud iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan sebagai tiga dimensi
dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu:
i.

Benda bukan hidup

ii.

Benda buatan

iii.

Tumbuh-tumbuhan

iv.

Benda hidup

c) Bahan bantu mengajar elektronik


i.

Overhead Projektor (OHP)


Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke
permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya
yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.

ii.

Transparensi OHP

iii.

Pita slaid (filem slaid)

iv.

Radio

v.

Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)

vi.

Alat rakaman

vii.

Filem tayang atau filem jalur

viii.

Komputer dan internet ( ICT )


Revolusi maklumat dan juga teknologi terkini iaitu teknologi maklumat dan
komunikasi ( ICT ). Penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah,
malahan di peringkat prasekolah. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan
sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam
situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Oleh sebab itu, ICT dilihat
sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat
pelajar dalam pembelajaran. Berbagai-bagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
boleh disampaikan dengan menarik melalui penggunaan powerpoint, filem,
multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga pernah
mengatakan bahawa Pelbagai perisian yang digunakan mampu menambah
pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.
Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai
banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah:

Murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana jua
mereka berada

Bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang


terdapat di seluruh dunia

Pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas

Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar


dan guru.

Kesimpulannya, sokongan pelbagai

media sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam

pengajaran dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan
bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar.