Anda di halaman 1dari 1

KONSEP

Pelancongan melibatkan pergerakan sementara individu dan sekumpulan pelancong ke sesebuah destinasi
dalam negeri atau ke luar negeri untuk tujuan rehat, beristirehat dan konvesyen dalam tempoh melebihi
daripada satu hari yang juga menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh penyaji dan berada di
destinasi untuk seketika untuk menikmati, menonton dan mengkomsumsikan aktiviti, produk dan ruang
pelancongan.
Istilah Gastronomi berasal dari dua perkataan Greek iaitu "Gastro" yang membawa makna
"perut" dan "Nomos" yang bermakna pengetahuan. Pengertian lain gastronomi juga membawa maksud
perhubungan diantara budaya dan makanan. Terdapat juga yang mendefinasikannya dengan maksud yang
lebih luas yang merangkumi perhubungan budaya dan makanan dengan agama, ekonomi, pertanian,
geografi,

sejarah,

moral

dan

sosial,

teknologi

dan

sebagainya.

Apapun makanan ini sebenarnya merangkumi keseluruhan kehidupan kita., dalam apa jua keadaan masa
dan ketika kita tidak boleh lari dari makanan. Agama mengajar kita tentang apa yang boleh dan tidak
boleh dimakan, budaya mempengaruhi tatacara kita makan, faktor ekonomi memberi kesan tentang apa
yang kita makan, pertanian, cuaca dan keadaan geografi dan muka bumi juga berperanan dalam
menghasilkan bahan untuk dimakan.
Pelancongan gastronomi pula merujuk kepada aktiviti sementara individu atau sekumpulan
manusia ke sesebuah lokasi yang bertujuan untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan
sebagai trademark sesuatu kawasan. Seperti contoh, Melaka terkenal dengan makanan asam pedas
manakala di Negeri Sembilan pula terkenal dengan masakan masak lemaknya. Di Malaysia, pelancongan
gastronomi mula menjadi perhatian kerana orang ramai gemar menikmati makanan yang asli di tempat
asalnya malah masyarakat kini lebih terbuka dengan mencuba pelbagai makanan daripada pelbagai etnik
di negara kita seperti Melayu, Cina dan India.