Anda di halaman 1dari 28

EEB2023 MAKROEKONOMI

PENGENALAN

APA ITU MAKROEKONOMI?

Salah satu cabang ekonomi, selain mikroekonomi.


Mengkaji gelagat ekonomi secara agregat/keseluruhan.
Pembolehubah yang terlibat seperti output agregat,
tingkat harga, guna tenaga dan pengangguran, kadar
bunga, kadar upah dan pertukaran asing.
Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pembolehubah tersebut.
Mengkaji dasar kerajaan untuk mengawal
pembolehubah tersebut.

SEJARAH MAKROEKONOMI
Model Klasik (1776-1930an):
-Menggunakan model mikro untuk menyelesaikan masalah makro.
-Percaya kemelesetan yang berlaku dapat diperbetulkan dengan
sendirinya.
-Percaya sistem pasaran bebas akan membuat penyesuaian untuk
mengatasi masalah kemelesetan dan seterusnya pertumbuhan
ekonomi akan wujud kembali.
-Percaya tingkat upah dan harga akan menentukan g/tenaga.Cth:
Jika output jatuh dan seterusnya permintaan buruh jatuh (keluk DD
buruh beralih ke kiri), kadar upah akan jatuh dan ini akan
menyebabkan firma meningkatkan kuantiti buruh diminta.
-Tetapi apabila berlaku Great Depression pada tahun 1929-1932
(selepas perang dunia II), mereka sedar sistem pasaran bebas tidak
boleh secara automatik mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan
g/tenaga penuh.

SEJARAH MAKROEKONOMI
Model Keynes (1936):
-Mengemukakan teori yang menjadi asas kepada teori
makroekonomi moden dalam bukunya The general theory of
employment, interest and money.
-Percaya bahawa harga dan upah bukan penentu kepada g/tenaga.
-Percaya bahawa permintaan/perbelanjaan agregat ke atas barang
dan perkhidmatan menentukan tingkat ekonomi yang dicapai oleh
negara.
-Percaya campurtangan kerajaan perlu untuk mencapai g/tenaga
penuh dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

MASALAH MAKROEKONOMI: PENGANGGURAN


Definisi: peratusan daripada tenaga buruh yang ingin mendapatkan
pekerjaan tetapi belum memperolehinya.
Faktor utama ia berlaku kerana kekurangan AD/AE serta faktor lain.
Merupakan petunjuk utama keadaan ekonomi.
Kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan g/tenaga penuh/output
potensi tidak dapat dicapai.
Barang
Pengguna

KELUK KEMUNGKINAN
PENGELUARAN

KDNK
Benar

KDNK P

KDNK B

P N

Y0
Y1

KDNK POTENSI DAN KDNK BENAR

X1

Jurang Pendapatan Negara

X0

Barang Ketenteraan

Tahun

MASALAH MAKROEKONOMI: PENGANGGURAN


Kadar pengangguran =

Tenaga buruh g/tenaga (bekerja) x 100


Tenaga buruh
ATAU
Jumlah penganggur x 100
Tenaga buruh

Pengangguran semulajadi sekitar 4% adalah dianggap GTP.


Dasar kerajaan akan memastikan kadar pengangguran yang rendah
@ GTP.

MASALAH MAKROEKONOMI: PENGANGGURAN


Tahun

1985

Jumlah
Penduduk
(juta)
15.449

Jumlah
Buruh
(juta)
6,180

Jumlah
Gunatenaga
(juta)
5,830

1986

15,913

6,365

5,981

1987

16,390

6,556

6,113

1988

16,865

6,916

6,478

Jumlah
Pguran

Kadar
Pguran
(%)

MASALAH MAKROEKONOMI: INFLASI


Definisi: kenaikan tingkat harga umum secara berterusan.
Kadar inflasi =
IHP thn semasa IHP thn sblm x 100
IHP thn sblm
Kadar inflasi di bawah 4% adalah rendah, 5%-10% sederhana dan
selebihnya dianggap serius.
Faktor berlaku inflasi ialah permintaan agregat yang tinggi melebihi
kemampuan sektor pengeluaran, kenaikan upah, kenaikan harga
barang import, ketidakstabilan politik dan ekonomi serta kenaikan
bekalan wang tanpa disertai dengan kenaikan penawaran barang.
Biasanya berlaku semasa ekonomi berada di puncak atau boom.
Kesan negatif akibat inflasi adalah seperti upah benar akan
merosot, kebajikan masyarakat merosot, eksport berkurangan,
pelaburan berkurangan dan import meningkat.
Oleh itu, dasar kerajaan adalah memastikan supaya kadar inflasi
dalam negara kekal rendah.

MASALAH MAKROEKONOMI: INFLASI

Tahun

1986
1987
1988
1989

Indeks
Harga
pengguna
127.8
133.2
134.7
137.2

Kadar
Inflasi
(%)

MASALAH MAKROEKONOMI: INFLASI


Hubungan negatif inflasi dan pengangguran:
-Dalam ekonomi, biasanya apabila kadar pengangguran rendah,
kadar inflasi adalah tinggi dan sebaliknya.
-Semasa AD tinggi, kadar inflasi juga tinggi dan kadar
pengangguran adalah rendah. Manakala semasa AD jatuh, kadar
inflasi adalah rendah dan kadar pengangguran adalah tinggi.
-Kadar inflasi tinggi adalah disebabkan oleh permintaan agregat
yang tinggi, menyebabkan semakin banyak buruh diperlukan oleh
sektor pengeluaran dan seterusnya mengurangkan pengangguran
(dan sebaliknya).

MASALAH MAKROEKONOMI: INFLASI


Hubungan negatif inflasi dan pengangguran (samb):
-Hubungan ini ditunjukkan melalui keluk Phillip:

MASALAH MAKROEKONOMI: INFLASI


Hubungan positif inflasi dan pengangguran:
-Inflasi yang tinggi diikuti kadar pengangguran yg tinggi dikenali
sebagai stagflasi.
-Golongan Keynesian pada awalnya menyatakan mustahil stagflasi
boleh berlaku dalam ekonomi.
-Tetapi, apabila berlaku pertumbuhan output yang perlahan dan
kemelesetan ekonomi yang berterusan (depression) di seluruh
dunia pada tahun 1970an, stagflasi menjadi suatu realiti.
-Ketika itu berlaku kejutan dalam penawaran disebabkan kenaikan
mendadak harga minyak dunia.
-Sebahagian ahli ekonomi percaya stagflasi juga boleh berlaku
ketika kadar pengangguran tinggi diikuti dengan tindakan kerajaan
meningkatkan penawaran wang tanpa disusuli dengan kenaikan
dalam permintaan.

MASALAH MAKROEKONOMI: PERTUMBUHAN


EKONOMI
Tahap ekonomi sesebuah negara diukur berdasarkan kepada
peningkatan dalam output agregat (jumlah kuantiti barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ekonomi dalam tempoh masa
tertentu).

Ekonomi kadangkala mengalami keadaan turun naik (business


cycle).
KDNK benar
Satu kitaran perniagaan

C Puncak
A

Puncak

B
Tahun

MASALAH MAKROEKONOMI: PERTUMBUHAN


EKONOMI
Tingkat output/AD/AE yang rendah menunjukkan taraf hidup juga
rendah, negara tidak dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat.
AD jatuh menunjukkan berlakunya kemelesetan
(recession).Biasanya berlaku untuk tempoh dua sukuan yang
berturut-turut.
Jika berlaku lebih lama dianggap sebagai depression.
Kadar pertumbuhan ekonomi=
KDNK benar tahun semasa KDNK benar tahun sebelum x 100
KDNK benar sebelum
Dasar kerajaan memastikan pertumbuhan ekonomi sentiasa kukuh
dan stabil.

MASALAH MAKROEKONOMI: IMBANGAN


PEMBAYARAN
Definisi:rekod pembayaran yang dibuat oleh sesebuah negara ke
negara lain serta penerimaan dari negara lain ke negara tersebut.
Dasar kerajaan memastikan supaya akaun ini sentiasa berada
dalam keadaan lebihan, iaitu penerimaan dari negara lain lebih
banyak daripada pembayaran yang dibuat ke negara lain.
Antara faktor yang menyumbang kepada lebihan dalam imbangan
pembayaran ialah eksport melebihi import, pelaburan langsung
asing dsb.
Dasar kerajaan juga mengelakkan akaun ini berada dalam keadaan
defisit, iaitu pembayaran ke luar negara melebihi penerimaan masuk
ke dalam negara.
Defisit akan memberi kesan buruk kepada prestasi ekonomi seperti
kenaikan kadar pertukaran asing serta kemerosotan dalam
pelaburan.

PERANAN KERAJAAN

Untuk mencapai keempat2 objektif makroekonomi, iaitu kadar


pengangguran yang rendah, kestabilan dalam tingkat harga,
pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan lebihan dalaam imbangan
pembayaran, kerajaan perlu campurtangan melalui TIGA polisi
utama:

1) Dasar fiskal
2) Dasar kewangan
3) Dasar pertumbuhan @ supply side

PERANAN KERAJAAN: DASAR FISKAL


Dilaksanakan melalui cukai (T) dan perbelanjaan kerajaan (G).
Cukai (T) dikutip daripada isirumah dan firma dan seterusnya hasil
cukai ini akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan dan
pembangunan (G).
Jumlah cukai yang hendak dikenakan serta jumlah perbelanjaan
yang hendak digunakan bergantung kepada keadaan ekonomi.
Semasa ekonomi deflasi (meleset) @ AD merosot, kerajaan akan
kurangkan T dan naikkan G untuk merangsang ekonomi (dasar
fiskal mengembang).
Semasa ekonomi inflasi, kerajaan akan naikkan T dan kurangkan G
untuk mengurangkan inflasi (dasar fiskal menguncup).
Ini merupakan idea utama Keynes (1936) yang mengatakan
kerajaan patut menggunakan dasar fiskal untuk menstabilkan
tingkat output dan g/tenaga.

PERANAN KERAJAAN: DASAR KEWANGAN


Kerajaan (melalui bank pusat) mengawal ekonomi melalui kawalan
bekalan wang/penawaran wang dalam ekonomi.
Keynes percaya campurtangan kerajaan melalui alat dasar
kewangan mampu mempengaruhi perbelanjaan agregat melalui
penentuan kadar bunga.
Semasa ekonomi meleset cthnya BP boleh menambahkan
penawaran wang melalui alat dasarnya supaya kadar bunga turun
(dasar kewangan mengembang) dan seterusnya merangsang
perbelanjaan isirumah dan firma (AD).
Selain itu, kebanyakan ahli ekonomi juga percaya kuantiti wang
ditawar mampu mempengaruhi tingkat harga umum, kadar
pertukaran, kadar pengangguran dan tingkat output.
Walau bagaimanapun, timbul persoalan sejauh mana dasar ini
mampu memberi kesan kepada ekonomi.

PERANAN KERAJAAN: DASAR PERTUMBUHAN

Selain campurtangan untuk mempengaruhi AD, ahli ekonomi


berpendapat kerajaan patut menggunakan dasarnya untuk
merangsang penawaran agregat (AS) bagi merangsang output
agregat dan pendapatan negara.
Dasar ini mampu meningkatkan kecekapan firma, meningkatkan
produktiviti buruh dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran
Antara cth dasar ini ialah mengawal tuntutan kenaikan upah yang
melebihi kenaikan produktiviti supaya kenaikan kos mampu
dielakkan serta galakan kegiatan R&D.

KOMPONEN MAKROEKONOMI
Makroekonomi melibatkan EMPAT sektor utama:
1) Isi rumah
2) Firma (sektor swasta)
3) Kerajaan (sektor awam)
4) Sektor antarabangsa
Keempat2 sektor ini adalah saling berkaitan dan berinteraksi antara
satu sama lain dan ditunjukkan oleh rajah aliran pusingan
pendapatan.
Selain itu, makroekonomi turut mengkaji TIGA komponen pasaran:
1) Pasaran barang dan perkhidmatan
2) Pasaran buruh
3) Pasaran kewangan

KOMPONEN MAKROEKONOMI:SEKTOR EKONOMI


Rajah aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi empat sektor:

Upah/Gaji
Faktor Pengeluaran
Cukai Pendapatan

ISI RUMAH

FIRMA

KERAJAAN
Bayaran Pindahan

Brg & perkhidmatan

KOMPONEN MAKROEKONOMI:SEKTOR EKONOMI


Rajah aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi empat sektor:

Ekonomi
Malaysia

Ekonomi
Antarabangsa

KOMPONEN MAKROEKONOMI:SEKTOR EKONOMI


Isi rumah:
-Bekerja sebagai buruh (faktor pengeluaran) untuk firma dan
memperolehi pendapatan.
-Membeli dan menggunakan (C) barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh firma.
-Jika perbelanjaan melebihi pendapatan, maka tiada tabungan (S),
tetapi jika perbelanjaan krg dari pendapatan, isi rumah akan
menabung.
Firma:
-Menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan
dan memperolehi pendapatan.
-Membayar upah kepada isi rumah dan membayar cukai kepada
kerajaan.
-Membuat tabungan.

KOMPONEN MAKROEKONOMI:SEKTOR EKONOMI


Kerajaan:
-Mengutip cukai daripada isi rumah dan firma dan memperolehi
pendapatan.
-Membeli barang dan perkhidmatan daripada firma dan membuat
bayaran pindahan kepada isi rumah (G).
-Jika perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan, tiada tabungan
dibuat.
Antarabangsa:
-Isi rumah membeli barang import (M) dan penduduk luar negara
membelanjakan pendapatan mereka untuk membeli barang dan
perkhidmatan dari negara ini (X)

KOMPONEN MAKROEKONOMI: BIDANG PASARAN


Pasaran barang dan perkhidmatan:
-Firma menawarkan barang dan perkhidmatan kepada pasaran.
-Isi rumah dan kerajaan membeli barang dan perkhidmatan dari
firma di pasaran barangan dan perkhidmatan.
-Firma juga membeli barang dan perkhidmatan dari yang lain.
-Negara lain di dunia membeli dan menjual barangan dan
perkhidmatan di pasaran ini.
Pasaran buruh:
-Interaksi berlaku apabila kerajaan dan firma membeli buruh
(membayar upah) daripada isi rumah.
-Isi rumah menawarkan buruh, manakala firma dan kerajaan
meminta buruh.
-Buruh juga diminta dan ditawar dari negara lain di dunia.

KOMPONEN MAKROEKONOMI: BIDANG PASARAN


Pasaran kewangan:
-Isi rumah akan membeli stok/saham dan bon daripada firma.
-Isi rumah menawarkan dana/wang kepada pasaran dengan
harapan memperolehi pulangan dalam bentuk dividen dan faedah
bagi bon dan saham.
-Isi rumah juga mendapatkan dana dari pasaran kewangan untuk
membiayai pelbagai pembelian mereka.
-Firma turut meminjam dana dari pasaran kewangan untuk
membiayai pelaburan yang memberi pulangan pada masa depan.
-Kerajaan meminjam dengan menerbitkan bon.
-Sektor antarabangsa juga meminjam dan memberi pinjaman
kepada pasaran kewangan.

KAEDAH MAKROEKONOMI
Ahli ekonomi cuba menerangkan gelagat agregat dengan melihat
faktor yang sama yang mempengaruhi gelagat individu (dari sudut
mikroekonomi).
Alasan mereka ialah gelagat makro adalah jumlah kepada semua
keputusan gelagat mikro.
Cthnya penggunaan model AD-AS untuk melihat perubahan
pembolehubah makroekonomi apabila berlaku perubahan dalam
faktor yang mempengaruhi pembolehubah tersebut.

KAEDAH MAKROEKONOMI