Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PENGUATKUASAAN KESELAMATAN

PENGENALAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah akta yang
digubal bagi tujuan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja.
Akta ini bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan orang lain yang berada di
tempat kerja selain daripada mereka yang menjalankan aktiviti kerja.Antara tujuan lain
Akta ini adalah untuk menggalakkan suatu persekitaran tempat kerja yang bersesuaian
dengan keperluan fisiologi dan psikologi para pekerja.Akta ini juga berfungsi bagi
mengekalkan atau memperbaiki piawaian keselamatan dan kesihatan (Johari
Ismail,2003).Skop bagi Akta ini termasuklah mereka yang bekerja yakni pekerja yang
menerima gaji atau dibayar oleh sesuatu pihak yang dipanggil majikan.Ia juga meliputi
pekerja dari syarikat lain yang diberi kontrak oleh syarikat.

A. MENGENALPASTI OBJEKTIF

a. Analisa permasalahan berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

1. Peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tiada.


2. Pemantauan langkah-langkah keselamatan tidak dilaksanakan.
3. Pihak pengurusan dan kakitangan tidak dapat menilai perbuatan dan
keadaan bahaya.
4. Pendedahan

kepada

kakitangan

tentang factor

keselamatan

dan

kesihatan tidak dijalankan.

b. Tujuan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


1. Untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan di tempat kerja.
2. Budaya kerja dan gaya hidup sihat.
3. Untuk mengelakkan kematian
4. Disebabkan adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994

B. KAJIAN PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN

a. Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) ditubuhkan untuk
melengkapi Akta Kilang dan Jentera 1967.Akta ini ditubuhkan bagi memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja tidak berada
dalam keadaan berisiko tinggi daripada berlakunya kemalangan.Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan ditubuhkan adalah bertujuan seperti berikut:I.

Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang


sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang bekerja.

II.

Untuk memastikan orang yang berada ditempat kerja selain daripada orang yang
sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang bekerja.

III.

Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang


sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi

IV.

Untuk mengadakan suatu mekanisma kearah sistem perundangan yang


berasaskan kepada peraturan dan tataamalan industri disamping peruntukan
utama akta.

Semua pihak mempunyai tanggungjawab sebagaimana digariskan dalam Akta


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

b. Penyediaan dasar Keselamatan dan Kesihatan


Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk
menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan
orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat
dan objektif-objektif dasar ini melaui rundingan dan kerjasama.

Logo MSC
MILD STEEL CONSTRUCTION SDN. BHD
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
MILD STEEL CONSTRUCTION SDN. BHD. bertanggungjawab sepenuhnya kepada
keselamatan dan kesihatan para pekerjanya. Bagi memenuhi kehendak ini serta bertujuan
untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti syarikat, kami akan berusaha dan berjanji akan
mematuhi peraturan yang berkaitan dengan AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN 1994 (AKTA 514).
Bagi memenuhi kehendak ini, kami akan;
1. Memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan
berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
2. Menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat.
3. Mematuhi kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan
kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan.
4. Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan dan keselamatan bagi semua pekerja.
Dengan adanya dasar ini, MILD STEEL CONSTRUCTION SDN. BHD. akan memastikan para
pekerjanya mematuhi dasar tersebut. Matlamat ini juga dipertanggungjawabkan kepada semua
pekerja. Kejayaan syarikat adalah kejayaan bersama.

(ABD. RAHMAN BIN MD. ALI)


PENGARAH
MILD STEEL CONSTRUCTION SDN. BHD.
MALAYSIA.

TARIKH:..

c. Tugas dan Tanggungjawab Organisasi.

i.

Tanggungjawab Majikan

1. Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam


memastikan kejayaan suatu program pencegahan kemalangan di tempat
kerja.
2. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap ,komitmen, harapan dan
peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan
kesihatan.
3. Pihak

pengurusan

di

setiap

peringkat

perlu

memahami

tentang

kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian


daripada tugas utama.
4. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan
kesihatan

pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti

yang

dijalankan.

Peranan Majikan

1. Menyediakan menyelenggara logi dan sistem kerja ysng selamat


dan tanpa risiko kepada kesihatan dan keselamatan.

2. Menyusun langkah-langkah bagi mempastikan keselamatan dan


kesihatan.
3. Menyediakan maklumat, arahan dan latihan dan penyeliaan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa bekerja.
4. Menyediakan dan menyelenggara persekitaran pekerjaan yang
selamat dan tanpa risiko.

*Penalti denda RM 50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

ii.

Tanggungjawab Pekerja
Peranan pekerja dalam pencegahan kemalangan adalah sama penting dengan

majikan.Tanpa kerjasama dan sokongan pekerja, segala langkah keselamatan dan


peraturan yang ditetapkan tidak dapat dipraktikkan. Segala Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 menjelaskan bahawa pekerja turut bertanggungjawab dalam
member perhatian yang munasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan
dirinya dan orang lain semasa bekerja.

Peranan Pekerja
1. Pekerja perlu memberi kerjasama serta mematuhi arahan majikan atau
orang lain yang berkaitan.
2. Pekerja perlu memberi perhatian dan tumpuan bagi menjaga keselamatan
dirinya dan orang lain semasa bekerja.
3. Pekerja perlu memakai dan menggunakan kelengkapan atau pakaian
perlindungan peribadi atau apa-apa kelengkapan yang dibekalkan oleh
majikan.
4. Pekerja perlu mematuhi arahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.

*Penalti RM 1000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya sekali

iii.

Tanggungjawab Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan

Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan:-

1. Untuk

menasihati

majikan

atau

mana-mana

orang

yang

bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja mengenai langkah-langkah


yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orangorang yang diambil kerja di tempat kerja itu.

2. Untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa


jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis
kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan
kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat
kerja.

3. Untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian


berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja.
4. Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,
jika ada menurut peraturan 11 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996
dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
5. Untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan, jika ada sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan
6(2)

Peraturan-Peraturan

Keselamatan

dan

Kesihatan

Pekerjaan

(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, dan melaksanakan

semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan itu.

6. Untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam manamana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa
keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau
mana-mana peraturan yang dibuat dibawah akta.
7. Untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apaapa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit
pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
8. Untuk membantu mana-mana pegawai dalam menjalankan kewajipannya
di bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta.
9. Untuk menjalankan lain-lain arahan yang dibuat oleh majikan atau manamana orang yang bertanggungjawab di tempat kerja atas sebarang
perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

I.

Tanggungjawab Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1. Membantu dalam menyediakan sistem dan prosedur kerja selamat


a) SOP setiap proses dan aktiviti
b) Pemilihan PPE
c) Permit kerja untuk sub kontraktor

2. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris,


kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan

a) Masa kemalangan
b) Punca dan sebab kemalangan
c) Jumlah kemalangan

3. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan


a) Kursus induksi
b) Kempen Keselamatan
c) Program pendedahan bunyi bising

4. Mengkaji semula dasar dan polisi keselamatan dan kesihatan


a) Terdapat kemalangan

Berlaku kemalangan

Berlaku penyakit perusahaan

Banyak aduan

b) Perubahan dalam pengurusan


c) Perubahan dalam cara kerja dan proses

5. Mengkaji tempat kerja dan cadangan pembaikan

6. Menyiasat setiap kemalangan dan cadangan

7. Menerima aduan berkaitan dengan keadaan tidak selamat dan membuat


cadangan pembaikan

8. Penyelesaian aduan

9. Memberi bantuan kepada majikan dalam menjalankan kerja-kerja promosi


seperti kempen, ceramah dan lain-lain kegiatan untuk menggalakkan
perjalanan kerja selamat.

10. Membincangkan dan menimbang laporan yang dikemukakan oleh:


a) Juruaudit keselamatan dan kesihatan
b) Pegawai penguatkuasa agensi kerajaan

C. PENYEDIAAN PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN


a. Prosedur kerja selamat

STANDARD OPERATION PROSEDURE DI DALAM BENGKEL


1. Menyediakan papan tanda UTAMAKAN KESELAMATAN di dalam bengkel
yang boleh dilihat dengan jelas dari pelbagai sudut.
2. Meletakkan

peraturan

keselamatan

seperti

penggunaan

pakaian

keselamatan yang sesuai di pintu masuk utama dan pintu masuk yang lain.
3. Menyediakan polisi keselamatan yang dipraktikkan oleh jabatan atau
sesebuah organisasi.Polisi keselamatan ini disediakan oleh Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan organisasi tersebut berpandukan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
4. Melabelkan setiap peralatan bengkel dengan Prosedur Kerja Selamat
Standard Operation Procedure (SOP).
5. Menyediakan peraturan keselamatan bengkel yang perlu diketahui oleh
setiap pekerja dan diperkenalkan kepada pelawat yang masuk ke dalam
bengkel.
6. Mengecat lantai bengkel merangkumi kawasan kerja, laluan keselamatan
dan garis keselamatan.Pintu keluar ditanda dengan jelas dan diterangi.
7. Memastikan
diletakkan

alat

pemadam

ditempat

yang

kebakaran berfungsi
mudah

dicapai.Setiap

dengan
pekerja

baik

dan

perlulah

mengetahui cara memadam kebakaran dengan betul.Lakukan latihan

mencegah kebakaran dari masa ke semasa bagi mempersiapkan diri jika


berlaku kebakaran atau kecemasan.
8. Memastikan ruang kerja bersih dan selamat sebelum dan selepas
melakukan kerja.Lantai mestilah bebas minyak, air dan objek-objek yang
menghalang.
9. Menyediakan peti pertolongan cemas.
10. Meletakkan

papan

tanda

hazard

seperti

DANGER,

POISON

dan

FLAMMABLE di tempat yang sesuai.

KESIMPULAN
Pada keseluruhan data dan juga maklumat-maklumat yang telah
diperolehi, kesedaran tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
adalah merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu di titikberatkan
di dalam suasana pekerjaan mahupun persekitaran.Ini adalah penting
kerana sesuatu kemalangan ataupun kejadian yang tidak diingini boleh
berlaku tanpa disedari.Oleh itu, dengan adanya Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dapatlah dijadikan panduan dan
petunjuk kepada pihak-pihak tertentu bagi pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang lebih baik.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

1. Laman web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


(http://www.dosh.gov.my)
2. Undang-undang Malaysia 1994.Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514)