Anda di halaman 1dari 4

SITI RUBINAH BINTI S.M.

A MANSOOR
114289
MENAPAKAH KERAJAAN MEMPROMOSIKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN?

Malaysia merupakan antara negara membangun dengan pesat dalam pelbagai bidang.
Dalam meningkatkan prestasi negara, kerajaan telah memberi kepentingan kepada sektor seperti
sektor perindustrian. Perindustrian di Malaysia bermula sebelum merdeka lagi secara kecilkecilan dan melalui beberapa fasa. Terdapat pelbagai sebab yang membolehkan Malaysia
mempromosikan aktiviti perindustrian.
Antaranya sebab Malaysia mempromosikan perindustrian kerana sektor perindustrian
menyumbang kepada pendapatan negara dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Kasar
Dalam Negara(KDNK).Ianya akan menjadikan ekonomi negara lebih kukuh.Selain itu ia akan
turut menyumbang kepada pendapatan eksport negara dan seterusnya dapat memperbaiki defisit
imbangan dagangan negara.Contoh barangan yang banyak di eksport seperti kereta nasional,alat
penghawa dingin dan lain-lain. Sebagai contohnya, KDNK negara bagi sektor pembuatan pada
tahun 2010 meningkat sebanyak RM183970 juta daripada RM16068 juta pada tahun 1987.
Sektor perindustrian juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Hal ini demikian kerana, sektor perindustrian melibatkan pelbagai peringkat proses
seperti pemprosesan , pengeluaran,pemasangan dan lain-lain yang memerlukan lebih ramai
tenaga buruh. Perkara ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan taraf hidup dan
pendapatan penduduk dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Sebagai contoh
sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, tekstil menyediakan peluang pekerjaan yang
banyak kepada penduduk di kawasan terebut.

Kerajaan juga mempromosikan perindustrian bagi tujuan meningkatkan perkembangan


teknologi dan R&D dalam negara. Perkara ini terjadi kerana melalui pemindahan teknologi,
kepakaran, dan mobiliti buruh mahir dalam sektor pembuatan akan mempercepatkan proses
penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam negara. Sebagai contohnya, Kini Malaysia
memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi dan kerajaan telah
berjaya membangunkan Koridor Raya Multimedia dan telah menarik ramai pelabur-pelabur
daripada syarikat telekomunikasi untuk melaburkan modal dalam MSC. Seiring dengan
perkembangan dalam perindustrian negara akan meningkatkan bidang R&D negara dan dapat
menghasilkan produk yang tinggi setanding dengan barangan import dan dapat bersaing di
pasaran antarabangsa. Di samping itu, perindustrian dapat membantu memperluaskan pasaran ke
peringkat antarabangsa dan meningkatkan produk tempatan. Terdapat pelbagai barangan
Malaysia terutamanya keluaran perkilangan berkaitan barangan elektrik,elektronik menembusi
pasaran antarabangsa seperti ASEAN dan APEC. Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi
keuntungan yang lebih banyak. Ianya menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga berkembang
pesat.
Sektor perindustrian juga meningkatkan permintaan terhadap bahan-bahan mentah
daripada sektor primer. Misalnya, industri era 80an, sektor perindustrian negara telah mengalami
peralihan kepada gantian eksport dengan barang-barang keluaran sendiri untuk kegunaan dalam
negara.kerajaan telah menukar konsep perindustrian kepada industri gantian import. Bermula
dalam era ini keluaran primer tidak lagi dieksport sepenuhnya tetapi diproses menjadi barangan
separa siap dan siap untuk kegunaan dalam negara.Industri telah berkembang dengan pesat bagi
mengantikan barangan import seperti kilang lilin,tayar,minyak masak dan lain-lain. Hal ini jelas

menunjukkan, sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam mengurangkan defisit


negara juga di mana pengeluaran dalam negara mengurangkan import barangan.
Tambahan pula, sektor perindustrian ini Membantu perkembangan industri yang
berkaitan (industri hiliran) seperti sektor perkhidmatan ,telekomunikasi dan lain-lain.Industri
perkilangan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor yang berkaitan
dengannya sebagai contoh industri pembuatan minyak masak ,sabun dan lilin akan membantu
perkembangan industri memproses minyak sawit. Selain daripada itu, kerajaan mempromosikan
sektor perindustrian kerana ia akan mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara seperti
pembangunan infrastruktur, pembangunan kemudahan sosial dan sebagainya. Kewujudan
kawasan kilang dapat menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada penduduk seperti
perumahan ,perkhidmatan dan perhubungan dan ia juga mewujudkan bandar industri seperti
bandar baru Nilai dan Shah Alam. Proses perkembangan perindustrian juga akan membantu
pembangunan dan keseimbangan antara wilayah. Sebagai contohnya, pembinaan kilang turut
mewujudkan kawasan bandar-bandar baru yang boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat
setempat. Di Malaysia banyak terdapat kawasan industri bertukar menjadi bandar baru seperti
Bandar Nilai, bandar raya Shah Alam, Petaling Jaya yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan asas yang lengkap.
Kesimpulannya, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mempromosikan
sektor perindustrian kerana ia mempunyai pelbagai kepentingan bukan sahaja kepada ekonomi
tetapi juga dari segi sosial. Pada masa akan datang juga kerajaan perlu melakukan lebih banyak
usaha bagi meningkatkan pencapaian industri negara.