Anda di halaman 1dari 11

HBML4403

1.0

Pengenalan

Penggunaan akhbar dan majalah dalam pengajaran salah satu daripada kaedah yang
digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar.
Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran yang
diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan
akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar. Secara
umumnya, rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar disandarkan
kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh
kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar:

i.

Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

ii.

Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak


pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.

iii.

Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar dan oleh itu
menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.

iv.

Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui


cara-cara lain.

v.

Menolong pelajar dalam kefahaman dan seterusnya mempercepat perkembangan


perbendaharaan kata.

vi.

Menawarkan pengalaman yang sebenar dan seterusnya merangsangkan kegiatan


seorang pelajar.

vii.

Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan


sukarela.

Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu mengajar
berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu
mengajar

dapat

penggunaannya,

juga

memberikan

keseronokan

pelajar akan mengalami

kepada

pelajar

kerana

dengan

situasi yang terkeluar daripada suasana

pembelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk
belajar.

HBML4403

2.0

Kelebihan Penggunaan Akhbar dan Majalah

Penggunaan akhbar dalam darjah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Mei 1985 oleh
syarikat akhbar New Straits Times dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Idea ini adalah
lanjutan daripada kejayaan program NIE di Amerika Syarikat. Di Malaysia, program ini turut
dikenali sebagai Newspaper In Education (NIE) dalam bahasa Inggeris atau program Akhbar
dalam darjah (ADD) dalam bahasa Melayu.

Tujuan utama pelancaran program ADD atau NIE di Malaysia ialah untuk membantu
mencapai matlamat pendidikan seperti yang disarankan dalam konsep pendidikan Malaysia.
Program ini memperkenalkan penggunaan akhbar The New Straits Times dan Berita Harian
sebagai bahan pengajaran oleh guru-guru di bilik darjah. Penggunaan akhbar dan majalah
dalam bilik darjah mempunyai kelebihan tersendiri kerana pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan cukup menarik termasuk menggunakan pelbagai bahan cetak serta
maklumat yang berguna dijadikan bahan bantu mengajar, contohnya grafik dan dan gambar
berwarna-warni. Ini dapat menarik minat pelajar dalam bilik darjah untuk belajar.

Antara kelebihan penggunaa akhbar dan majalah dalam bilik darjah ialah menjadi
bahan rujukan yang luas ke arah membina pengetahuan tentang sesuatu topik dalam sesuatu
mata pejaran di dalam darjah. Murid-murid yang terdedah kepada program ini di bilik darjah
didapati mempunyai lebih pengetahuan terhadap hal ehwal semasa, lebih pengetahuan dalam
bidang politik dan dijangka akan bergerak aktif dalam hal-hal kemasyarakatan. Guru-guru
yang menggunakan akhbar atau majalah dalam pengajaran mereka mempunyai sifat terbuka
dan mengikutin perkembangan dan industry persuratkhabaran. Mereka mulai melihat akhbar
dari sudut pendidikan. Topik-topik yang terdapat didada akhbar atau majalah memberi
pengetahuan kepada murid-murid tentang perkembangan dalam dan luar Negara. Contoh
aktiviti-aktiviti bahasa yang boleh diajar dengan petikan dalam akhbar atau majalah ialah
aktiviti mengarang. Guru menggunakan iklan barangan dan meminta murid-murid menulis
surat kiriman memesan barang-barang dari pihak pengedar. Aktiviti perbincangan juga dapat
dijalankan menggunakan akhbar dan majalah. Guru menggunakan iklan wayang gambar dan
meminta murid-murid memberi pendapat tentang sinopsis cerita. Iklan pelancongan juga
boleh digunakan bagi tujuan perbincangan, iaitu guru meminta murid-murid memberikan

HBML4403

pendapat dan sebab terhadap agensi pelancongan dan Negara yang akan menjadi pilihan
murid-murid seandainya mereka diberi peluang untuk melancong.

Selain itu penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah menginovasikan
pemikiran murid untuk menerokai ilmu bahasa Melayu seperti pewujudan teknik
penstrukturan ayat-ayat huraian bagi karangan, selain pendekatan dalam penguasaan serta
pengaplikasian idiom dalam penulisan. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu khasnya akhbar
dan majalah merupakan bahan yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana tulisan
yang berunsur ilmiah dan penggunaan ayat dalam majalah dapat menjadi panduan muridmurid membina ayat atau menulis karangan. Kebanyakan petikan atau teks dalam akhbar dan
majalah merupakan contoh yang paling baik selain petikan dalam buku teks dan buku aktiviti.
Kelain penggunaan bahan-bahan akhbar dan majalah dalam bilik darjah secara tidak langsung
memberi pendedahan tentang teknik atau struktur ayat yang lebih mendalam. Contohnya,
guru menyuruh murid mencari petikan berita atau laporan dalam darjah sebagai bahan bacaan
atau rujukan untuk pembinaan ayat dan menulis karangan dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris.
Konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang dirintis Berita Harian ini perlu diteruskan
untuk kebaikan pelajar kita. Malah, saya berpendapat wakil rakyat di negara ini wajar
menaja akhbar ini ke sekolah untuk kebaikan pelajar di kawasan mereka.

Merujuk kepada petikan di atas, menunjukkan antara kelebihan penggunaan akhbar


dan majalah di dalam bilik darjah ialah ia merupakan bahan bantu belajar yang paling jimat
dan murah. Hal ini kerana menerusi skim akhbar sekolah, pihak syarikat akhbar memberikan
akhbar dengan harga yang berpatutan. Iaitu jauh lagi murah dari pasaran di luar. Oleh hal
yang demikian, pelajar dapat menggunakan akhbar yang padat dengan informasi untuk
dijadikan idea dalam menulis karangan. Selain itu, penggunaan surat khabar lama juga boleh
mengurangkan kos perbelanjaan dalam menyediakan bahan tersebut.

Menggunakan akhbar dalam P&P bukan saja menyeronokkan malah mampu menanam
minat membaca di samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai ilmu baru menerusi
pelbagai bahan berita yang disiarkan Berita Harian,
3

HBML4403

Menerusi penggunaan akhbar juga,

ramai guru sependapat bahawa penggunaan

akhbar sesuai sebagai bahan bantu alternatif berkesan dalam usaha memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran, selain mampu menarik minat pelajar. Selain mengandungi
pelbagai jenis bahan antaranya berita, rencana dan gambar yang boleh dimanipulasikan untuk
pengajaran, mereka juga menyifatkan pendekatan itu sebagai satu cara mendedahkan pelajar
maklumat terkini. Penggunaan akhbar juga turut memupuk minat pelajar membaca selain
menggalakkan mereka berinteraksi dengan rakan lain.

Memperkembangkan minda murid dalam aspek sosial, ekonomi, kebudayaan,


ketatanegaraan dan pendidikan juga kelebihan menggunakan akhbar dalam bilik darjah.
Coretan dalam akhbar dan majalah selalunya merupakan maklumat yang sahih dan sumber
yang boleh dipercayai. Perkembangan semasa dunia dari segi ekonomi, sosial, kenegaraan
dan pendidikan dalam akhbar dan majalah adalah mengikut edaran masa. Ianya bukan hanya
rekaan dan sumber yang terdapat dalam majalah sedikit sebanyak memberi idea kepada
murid-murid. Kadang-kadang murid perlu didedahkan tentang perkembangan semasa supaya
mereka tahu realiti yang berlaku dalam dan luar Negara supaya mereka dapat berfikiran jauh
dan dapat menjadi generasi yang berilmu pengetahuan serta berinovasi dalam memajukan
masyarakat dan Negara Malaysia. Murid-murid dapat didedahkan tentang sesuatu isu dan
pengetahuan.

Petikan atau risalah dalam akhbar atau majalah ditulis berdasarkan kebolehan dan
pengalaman penulis yang menggunakan bahan sokongan. Guru yang menggunakan bahan
bantu mengajar yang berlainan memberi kesan kepada pespektif murid dalam bilik darjah dan
bukan mengongkong atau memaksa mereka. Akhbar dan majalah membekalkan satu asas
yang kukuh untuk pembelajaran pelajar dan satu cara untuk menambah maklumat dan
pengetahuan. Di tempat yang kekurangan guru yang pakar dan berpengalaman, akhbar dan
majalah menyediakan panduan berguna kepada guru untuk mengikutinya. Setiap guru harus
menentukan bagaimana dan setakat mana satu teks akan digunakan. Akhbar dan majalah
yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan maklumat untuk
kegunaan masing-masing, memperoleh penyelesaian, menguji kaji, dan menyediakan peuang
untuk pelajar menilai prestasi mereka. Latihan sampingan selepas menggunakan bahan
akhbar dan majalah harus menyokong proses pendidikan dan menggalakkan pelajar
melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri.
4

HBML4403

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan
media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Kajian Toh dan Abd.
Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai
motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod
pengajaran sahaja. Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah
kerana ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi
pelajar dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan.

Akhbar dan majalah boleh digunakan dengan baik untuk beberapa situasi pengajaran
dan pembelajaran. Kedua-dua bahan ini sebagai perangsang untuk menarik minat murid
kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu. Seterusnya
sebagai motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah perjumpaan
GERKO, aktiviti Pusat Sumber Sekolah, Kempen Gerakan Membaca, dan lain-lain. Selain
itu, bahan bercetak seperti akhbar dan majalah dijadikan ebagai peringatan keselamatan di
dalam persekitaran atau situasi-situasi tertentu. Ianya juga sebagai promosi untuk memberi
latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni dalam diri muridmurid secara tidak langsung.

3.0

Kelemahan Penggunaan Akhbar dan Majalah

Dewasa ini penggunaan bahan bantu mengajar akhbar dan majalah kurang diaplikasi
dalam bilik darjah. Terdapat kelemahan menggunakan akhbar dan majalah dalam bilik
darjah. Antara kelemahannya ialah purata saiz kelas adalah agak tinggi dan guru mungkin
tidak menggunakan bahan ini untuk memudahkan pengurusan kelas kerana guru terpaksa
menyediakan bahan akhbar atau majalah dalam kuantiti yang banyak dan guru memerlukan
kos yang tinggi untuk memperolehinya. Kalau dulu akhbar atau majalah ada dibekal kepada
Pusat Sumber Sekolah tetapi sekarang jarang dibekal kerana kos yang digunakan untuk
pembelian dan penghantarannya adalah tinggi.

Kebanyakan fokus utama yang dipaparkan dalam akhbar dan majalah ini adalah
hiburan semata-mata dan ianya tidak memberikan sumbangan yang positif kepada
perkembangan akhlak generasi muda malah hanya berkisar kepada persoalan hiburan dan
5

HBML4403

keganasan. Budaya yang tidak berasaskan nilai ketimuran malah jauh sekali dari nilai-nilai
akhlak dijadikan tumpuan dalam majalah-majalah ini yang secara tidak langsung telah
mempengaruhi pemikiran murid-murid. Ini mengakibatkan apa yang ditunjukkan oleh
majalah-majalah tersebut menjadi benar kerana ianya dipaparkan, dipromosikan secara
terang-terangan, serta dianggap perkara biasa dalam masyarakat, malah ianya dibenarkan
oleh undang-undang. Isu-isu yang paparkan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran
murid.

Selain dari kandungan akhbar dan majalah tersebut, terdapat juga iklan-iklan dalam
majalah tersebut yang menonjolkan budaya yang negatif dan ini telah memberikan kesan
negatif kepada golongan pelajar. Guru mungkin pada mulanya menyuruh murid membaca
petikan tetapi lama kelamaan murid-murid akan membelek ruangan yang tidak sepatutnya.
Keadaan ini akan menjadikan murid terikut-ikut gambar atau situasi dalam akhbar dan
majalah. Murid-murid tidak berminat untuk membaca petikan kerana tumpuan mereka
kepada grafik atau gambar yang menarik. Oleh yang demikian, penggunaan bahan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan berjaya. Kebanyakan gambar yang dipaparkan dalam akhbar atau
majalah pada masa sekarang adalah yang negatif seperti keganasan, lucah dan sebagainya.

Seterusnya, kelemahan menggunakan akhbar dalam bilik darjah ialah kualiti kertas
akhbar yang tidak bermutu. Kertas yang digunakan adalah hasil kitar semula dilakukan.
Apabila pembaca memegang kertas tersebut, dakwatnya yang berwarna hitam boleh melekat
pada tangan dan pakaian. Tambahan, ada sesetengah penulisan akhbar itu, boleh menembusi
halaman yang di belakangnya. Perkara ini menyebabkan kesukaran untuk membacanya serta
menimbulkan rasa bosan pada pembacanya.
Selain itu, dengan menggunakan akhbar pada zaman yang serba canggih ini, ia
mengakibatkan murid cepat bosan kerana ia tidak bersifat interaktif. Hal ini kerana pada
zaman IT sekarang ini, murid lebih menggemari bahan bantu belajar yang bersifat interaktif.
Berbeza dengan dahulu, dengan kecanggihan zaman sekarang, tidak hairan ramai antara
murid lebih tertumpu pada gajet masing-masing.
Kelemahan yang lain penggunaan akhbar dan majalah dalam darjah ialah akan
mewujudkan suasana belajar yang bising dalam kelas. Ini kerana murid-murid akan teruja
untuk melihat gambar-gambar yang terdapat dalam akhbar dan majalah. Kalau diperhatikan
pada masa sekarang akhbar dan majalah lebih menunjukkan gambar yang kurang baik untuk
6

HBML4403

dilihat oleh kana-kanak. Suasana kelas akan kurang terkawal dan bising. Dalam masa yang
sama akan menganggu kelas lain belajar. Guru yang mengenali harus pandai mengatasi
sitauasi ini supaya kelas lain tidak terganggu.

4.0

Cadangan / Langkah Mengiatkan Penggunaan Akhbar dan Majalah Dalam


Bilik Darjah

Walaupun guru-guru mempunyai persepsi yang amat positif terhadap penggunaan


akhbar dan majalah, amalan penggunaan bahan itu di bilik darjah tidak begitu
menggalakkan atas kekangan seperti kekurangan masa, bahan-bahan tidak mencukupi, tidak
praktikal, beban mengajar yang tinggi, sumber kewangan yang tidak mencukupi serta tidak
mahir membina bahan secara sendiri. Terdapat beberapa cadangan atau langkah mengiatkan
penggunaan akhbar dan majalah dalam bilik darjah.

Pihak jabatan atau kementerian perlu menganjurkan kursus-kursus pendek untuk


mengendalikan bengkel penggunaan akhbar dan majalah serta teknik penggunaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada perkembangan pendidikan murid-murid
sekolah. Kursus atau bengkel yang dianjurkan dapat membuka minda guru-guru tentang
penggunaan akhbar dan majalah dalam bilik darjah memberi kesan yang positif kepada
perkembangan pelajaran murid-murid.

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada


awal tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan
akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru
untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada setiap
hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas.
Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada
pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk ujian Pentaksiran
Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai latihan sebelum
mereka diuji untuk PLBS.

HBML4403

Seterusnya untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa
bersedia dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap hari, iaitu
pada sepuluh minit

pertama masa pengajaran, guru akan meminta pelajar tampil ke

hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung dalam keratan rencana
pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah diucapkan secara lisan tanpa
merujuk keratan tersebut. Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti
sendiri untuk berucap di khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar
dalam ujian lisan. Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap.
Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan
karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting
yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku
khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di
kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut
tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki
membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar,
mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar untuk setahun
(365 buah keratan akhbar).
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru perlu memilih tajuk
yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk
perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan
keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat
berbincang bersama-sama.

HBML4403

5.0

Rumusan / Kesimpulan
Keberkesanan penggunaan akhbar dan majalah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat memahami apa isi
kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau di luar kelas. Maka peranan
penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu mengajar oleh guru di dalam pengajaran
amat penting dalam keberkesanan pengajarannya terhadap pelajar.
Seterusnya, alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk
simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar
memahami isi kandungan sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan
bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan para pelajar kerana ia akan
menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar
tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggembirakan dan
menyeronokkan.
Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih baik melalui penggunaan alat bantu
mengajar dengan menggunakan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah. Ini kerana murid
dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat
membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian
objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai rumusan, penggunaan akhbar dan majalah dapat membantu pelajar-pelajar
menulis karangan dengan baik dan berkesan. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa
terdapat hubung kait antara penggunaan akhbar dan majalah ini dengan pencapaian dalam
penulisan karangan. Oleh itu, pihak pentadbir harus menggalakkan guru-guru menggunakan
akhbar dalam melatih pelajar menghasilkan karangan yang baik. Guru-guru pula harus
mengoptimumkan penggunaan akhbar dalam usaha meningkatkan minat para pelajar dalam
menyampaikan pemikiran dengan berkesan, umpama perumpamaan Melayu banyak
membaca luas pengetahuan.

( 2546 patah perkataan)

HBML4403

RUJUKAN

Edgar Dale 1978. The Good Mind : Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Esah Sulaiman. (2004) Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru, Malaysia: Penerbit UTM Press.
Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pellegrino,Richard & Politis,Michael 1999. Improving Your IQ..New York : A Simon &
Schuster Macmillan Company.
Cheyney, A.B. (1998). Teaching reading skills through the newspaper. 3rd
Fazidah Ahmad. (1994). Penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran Bahasa Malaysia
(lisan) di peringkat sekolah menengah.Penulisan Akademik. Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang.
Gwee Hui Hiong.(1993). Penggunaan akhbar dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan. Penulisan Akademik. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.
Izani Daud. (2010). Belajar bahasa dengan keratan akhbar. Pelita Bahasa, Mei, 24-25.
Juriah Long. (2010). Senario dan cabaran pengajaran, pembelajaran Bahasa Melayu masa
kini. Dlm. Juriah Long (Pnyt.).
Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, 17-32.Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Koh Boh Boon. (1996). Dapatan dan implikasi kajian tentang kebolehan pelajar tingkatan
enam rendah dalam penulisan karangan.Jurnal Dewan Bahasa, 40(4): 33-37.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003a). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM.Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003b).
Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lim Duan Lib. (1997). Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam
pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.Dissertation (M.A), Jabatan

10

HBML4403

Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mahzan Arshad. (2004). Kajian terhadap minat membaca dalam kalangan pendidik. Jurnal
Pendidikan, 24: 34-37.
Mahzan Arshad. (2005). Pendidikan teknologi dalam pendidikan literasi Bahasa Melayu.
Masalah Pendidikan, 28: 269-278.

11

Anda mungkin juga menyukai