Anda di halaman 1dari 5

Yang saya muliakan, Tuan Pengerusi Majlis, para

hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan


rakan-rakan sekalian . Saya akan menyampaikan
sebuah cerita iaitu Ikan Sembilang.
Di hujung sebuah kampung terdapat sebuah tasik
yang sangat indah. Di dalam tasik itu ada
banyak ikan. Namun begitu, tiada sesiapa pun
yang berani menangkap ikan di tasik itu.

Sesiapa yang cuba menangkap ikan di tasik itu akan


ditimpa bencana. Oleh itu, sesiapa yang melalui
kawasan itu akan cepat-cepat berlalu dari situ.
Jika orang luar datang ke tasik itu untuk
menangkap ikan, penduduk kampung akan
melarangnya.
Pada suatu hari ada seorang wanita yang bernama
Suri. Suri baru berpindah ke kampung itu. Dia
diingatkan jirannya tentang bahaya menangkap ikan di
tasik itu.

" Ah, mustahil ikan boleh membawa bencana


kepadaku," kata Suri yang enggan percaya kata-kata
jirannya. "Terserahlah kepada kamu, sama ada mahu
percaya atau tidak", kata jirannya lagi. "Suka hati
akulah nak buat apa," kata Suri dengan degil.
Ketika bulan mengambang, Suri pergi ke tasik itu.
Dia membawa serawan jala dan beras sebagai umpan.
Suri sangat gembira ketika tiba di tasik itu."Tentu
aku dapat banyak ikan," katanya sendiri.

Tiba-tiba muncul seorang wanita tua. Dia melarang Suri


menangkap ikan. "Di tasik ini banyak bahayanya.
Baliklah sebelum terjadi apa-apa," pesan wanita tua itu.
"Jangan ganggu saya. Saya tahu jaga diri," kata Suri dengan
suara yang kasar. Wanita tua itu pun pergi dari situ. Suri tidak
peduli akan wanita tua itu. Dia hanya mahu menangkap ikan di
tasik itu. Suri menabur beras ke dalam tasik. Ikan berebutrebut untuk makan beras itu. Suri berjaya menangkap sembila
ekor ikan. Dia terus menyiang ikan dan memanggang ke semua
ikan tersebut. Kemudian dia memakan kesemua ikan itu.

"Puas hatiku dapat makan ikan di tasik ini. Aku mahu


tangkap ikan di sini lagi" kata Suri dengan bangga. Ha,
kawan-kawan nak tahu apa yang akan terjadi pada Suri
seterusnya?
Tiba-tiba Suri berasa sakit perut. Dia menjerit meminta
tolong . Wanita tua yang memberi nasihat tadi muncul.
"Saya tidak dapat menolong kamu," kata wanita tua itu
kesal. "Saya merasa menyesal kerana tidak mendengar
nasihat nenek" kata Suri.

Tiba-tiba, terdengar suara ghaib, "Kamu telah makan


sembilan ekor ikan. Sebagai balasannya , kamu disumpah
menjadi ikan sembilang". Ya kawan-kawan, Suri telah
bertukar menjadi ikan sembilang. Nasib Suri sungguh
malang.
"Itulah akibat tidak mahu mendengar nasihat",kata
wanita tua itu. Wanita tua itu pun mengambil ikan
sembilang dan melepaskan ke dalam tasik. Maka tinggal
lah Suri sebagai ikan sembilang di tasik itu.

Inilah balasan kepada orang yang


degil dan bertindak sesuka hati..
Dari cerita tadi, kita dapat
mengambil pengajaran, supaya
dengarlah nasihat orang yang lebih
tua daripada kita supaya hidup kita
sejahtera selalu.
Sekian. Terima kasih.

Assalamualaikum dan selamat


sejahtera ,
Titipan pembukaan saya ucapkan,
Ikan Sembilang tajuk cerita,
Buat teladan dan juga pedoman.

Anda mungkin juga menyukai