Anda di halaman 1dari 2

Cara menggunakan Minyak Habbatus Sauda

Batuk dan Semput


Sapukan Minyak Habbatus Saudapada dada dan belakang. Campurkan satu sudu teh
Minyak Habbatus Saudake dalam air mendidih dan hidu wapnya 2 kali sehari. Minum
satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda setiap pagi.
Untuk sakit hidung, tekak dan tonsillitis
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Saudake dalam satu cawan air mendidih
dan hidu wapnya. Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan
dengan jus limau setiap hari.
Untuk Sakit Mata dan penglihatan yang kurang terang

Sapukan minyak Habbatus Saudadisekeliling mata dan kelopak mata. Minum setengah
sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus lobak merah. Bagi yang
memiliki penglihatan pudar, teruskan kaedah ini.
Rambut Gugur & Pertumbuhan Uban Terlalu Awal
Sapukan kulit kepala seluruhnya dengan limau dan biarkan selama 15 minit. Cuci
dengan air dan syampu dan keringkan rambut. Selepas itu, sapukan Minyak Habbatus
Sauda kepada seluruh kulit kepala. Teruskan untuk beberapa minggu.
Sakit Belakang & Sengal-Sengal Tulang
Panaskan sedikit Minyak Habbatus Saudadan sapukan kepada bahagian yang sakit.
Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda selama 15 hari.
Sakit Kepala & Telinga
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dahi, dan di bahagian sebelah muka hingga
daerah telinga dan di belakang telinga. Minum setengah sudu teh Minyak Habbatus
Sauda. Teruskan selama 3 hari.
Sakit Gigi
Kumuh air panas yang bercampurkan setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda.
Bubuhkan minyak Habbatus Sauda pada gigi yang sakit.

Anda mungkin juga menyukai