Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera.
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep
Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni
Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan
kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini
juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi
yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi
perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan
kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat
disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah
penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima
deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum
dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat
bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan
berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana
seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan
kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai
perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya
pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan
maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu
melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman
dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni
visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan programprogram antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh
dilakukan dengan beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya.
Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial
agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan
bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat
merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik
mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti
sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar
berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun
mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan
mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian
dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti
yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara
aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri
sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar
yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.
Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang
lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila
seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang
pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka
untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana
mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan
menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan.
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan
meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan
peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan,
baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada
program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini
kepada proses pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka
pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan
sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira
bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk
mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik
darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi
seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan
memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan
bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktivitiaktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan
pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan
difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi
peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
Rujukan
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.