Anda di halaman 1dari 3

Di dalam kajian ini terdapat beberapa isu yang telah dijalankan dikawasan Sabak

Bernam. Antara isu yang dikaji ialah migrasi masuk dan keluar, guna tenaga buruh, belia dan isu
sosial, usahawan kecil, isu pemilikan tanah, alam sekitar dan penglibatan wanita dalam sektor
informal. Berikut adalah beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan isu yang dikaji di kawasan
Sabak Bernam.
Peranan sumber manusia dalam proses pertumbuhan sesebuah negara boleh dilihat dalam
dua bentuk. Pertama dalam bentuk kuantiti yang sumber manusia dapat menyediakan sumber
tenaga kerja atau buruh kepada pasaran buruh atau organisasi pengeluaran. Kedua, dalam bentuk
kualiti iaitu sumber manusia dapat menyediakan kemahiran bagi meningkatkan kecekapan
pengeluaran. Kedua-dua aspek sumber manusia ini penting kepada pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi (Rahmah 2003).
Gelagat sumber manusia juga mempengaruhi pembangunan. Contohnya, keinginan
manusia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mempengaruhi pembangunan
menurut lokasi dan boleh meninggalkan kesan positif dan negatif (Rahmah 2003)
Menurut Rahmah (2003) proses pembangunan ekonomi yang berlaku di negara sedang
membangun sering menimbulkan beberapa isu guna tenaga seperti struktur pasaran buruh dual,
penghijrahan luar bandar ke bandar dan pengganguran dibandar sebahagian besar penduduk luar
bandar terlibat dalam aktiviti pertanian yang menerima upah yang lebih rendah daripada upah
yang diterima oleh buruh sektor tak formal di bandar ini kerana faktor produktiviti buruh yang
rendah.
Bagi isu penglibatan wanita dalam sektor informal pula sebahagian besar wanita
melibatkan diri dalam pekerjaan untuk mengatasi kemiskinan. Mereka terdiri daripada wanita
berkahwin yang perlu menambah pendapatan keluarga, wanita yang menjadi ketua isi rumah dan
wanita yang masuh belum berkahwin yang perlu bekerja untuk membantu dirinya sendiri dan
keluarga. Oleh sebab peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka terhad, mereka terpaksa
menceburi sektor secara tidak formal (Rahmah 2003).

Menurut Rahmah (2003) Peluang pekerjaan yang terhad dalam sektor formal
menyebabkan mereka mencari peluang dalam sektor tidak formal sama ada dalam sektor
pertanian, perindustrian atau perkhidmatan. Wanita menjadi penternak, peniaga dan memproses
makanan dirumah untuk di jual.
Penghijrahan golongan muda dari kawasan luar bandar ke bandar menyebabkan masalah
kekurangan tenaga buruh dalam sektor luar bandar ( Rahmah 2003). Ini menyebabkan banyak
tenaga buruh asing mengambil kesempatan untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja di
kawasan luar bandar.
Proses pembandaran yang lancar menyebabkan alam sekitar diroboh secara lansung.
Aktiviti pertanian yang meningkat memerlukan kawasan tanah yang lebih luas. Seterusnya
pembangunan perindustrian telah mengubah bentuk alam sekitar. Perkembangan dalam sektor
ini lama kelamaannya akan mencemar udara, air, ketenteraman hidup masyarakat negara dan
ekologi alam secara keseluruhannya (Rahmah 2003).
Bagi isu usahawan kecil pula, Mengikut Bank Dunia (1982) diambil dari petikan Ismail
1989 mengatakan ISK di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu industri berskel terlalu
kecil dan industri berskel kecil. Industri berskel terlalu keci biasanya dijalankan secara
persendirian atau secara sambilan oleh mereka yang terdiri daripada tukang-tukang dan bukan
usahawan. Dari segi segi teknik pengeluaran adalan dengan menggunakan kaedah tradisional.
Melalui kajian yang dilakukan keatas usahawan kecil dikawasan Sabak Bernam didapati
bahawa mereka tergolong dalam industri amat kecil dimana pengeluaran mereka adalah sikit dan
jumlah tenaga kerja pula kurang daripada lima orang.

Rujukan
Rahmah Ismail. 2003. Ekonomi Pembangunan: Isu Sumber Manusia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai