Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(BERSAMA MURID LINUS - NUMERASI)


Mata Pelajaran

: Matematik

Kelas

: Tahun 3 Zamrud

Masa

: 8.00 9.00 pagi (60 minit)

Bidang

: Sukatan Dan Geometri

Topik

: 12. Jisim

Standard Kandungan

Murid dibimbing untuk


12.4 Mendarab jisim.

Standard Pembelajaran :
Murid berupaya untuk
(i) Mendarab jisim yang melibatkan:
(a) kilogram,
(b) gram,
dengan nombor satu digit.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid Arus Perdana dapat:


a. Mendarab jisim bahan melibatkan unit kilogram (kg) dengan nombor satu digit
dengan betul.
b. Mendarab jisim bahan melibatkan unit gram (g) dengan nombor satu digit dengan
betul.
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid LINUS dapat:
a. Mendarab jisim dengan menggunakan kaedah penambahan berulang.
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
1.

Fasa Persediaan
Guru menunjukkan beberapa pek tepung dan alat timbang.
o Murid timbang setiap pek tepung.
o Murid lain mencatat jisim tepung di papan tulis
o Guru mengaitkan maklumat yang diberi oleh murid dengan tajuk yang akan
diajar.

2.

Fasa Imaginasi
Guru paparkan situasi di kedai runcit
Guru minta murid untuk menjumlah jisim objek sama di papan tulis.
Guru membuat perkaitan tambah berulang dengan darab jisim

3.

Fasa Perkembangan
Aktiviti kumpulan ( 4 kumpulan ) arus perdana :
o Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu
Aktiviti 1
o A menunjukkan kad imbasan unit kilogram
o B membina ayat matematik dan menyelesaikan masalah unit kilogram
o C menunjukkan kad imbasan unit gram
o D membina ayat matematik dan menyelesaikan masalah unit gram
Dan sebaliknya
Aktiviti 2
o A menunjukkan kad imbasan unit gram
o B membina ayat matematik dan menyelesaikan masalah unit gram
o C menunjukkan kad imbasan unit kilogram
o D membina ayat matematik dan menyelesaikan masalah unit kilogram
Dan sebaliknya.
Murid linus : dibimbing oleh guru.
o Guru menunjukkan kad imbasan (gambar objek) tambah berulang.
Minta murid menyatakan bilangan kumpulan dan ahli.
Minta murid untuk menjumlah jisim setiap kad imbasan
Guru perkenal operasi darab melibatkan jisim.
Minta murid memilih kad operasi darab yang bersesuaian.
o Guru mengulang dengan kad imbasan yang lain

4.

Fasa Tindakan
Penilaian
Edaran lembaran kerja (bertulis)
o Mendarab unit ukuran jisim yang sama (kilogram dan gram) dengan nombor
satu digit-Perdana
o Membina ayat matematik dari gambar-Linus
o Edarkan bahan konkrit atau kad matematik (pemerhatian-lisan)
Permainan :
Timbang dan tulis jisim objek dengan nombor yang bersesuian.
Bina ayat penambahan berulang
Kaitkan dengan ayat matematik darab.

5.

Pentaksiran
Kod Eviden: B3D1E13 ( bertulis)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):


o Kreativiti
o TMK (persembahan slide)
o KBKK (membuat pilihan)
o Nilai murni ( tolong menolong , bekerjasama )
Pendekatan PdP
o Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Belajar:
o ICT (gambar kedai runcit), kad imbasan, alat timbang, tepung, kad
matematik, pemberat dan lembaran kerja.
Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran:
o Penilaian melalui pemerhatian semasa pdp, perbincangan (lisan) dan bertulis
(lembaran kerja).
Refleksi:
o 25 daripada 30 orang murid dapat mendarab dengan betuldalam unit kilogram
dan gram.
o 3 daripada 30 orang murid yang belum menguasai kemahiran tersebut akan
dibimbing pada kelas yang akan datang.
o 2 orang murid linus hanya dapat menukar kad imbasan kepada ayat matematik
darab pada tahap 4 daripada 5 item yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai