Anda di halaman 1dari 3

PENYEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR

KSSR MATEMATIK TAHUN 2 2014

Matapelajaran

Matematik Tahun 2

Kelas

2 Alpha

Masa

9.15 10.15 pagi. ( 60 Minit )

Bilangan Murid

30 orang.

1. Bidang Pembelajaran

Sukatan dan Geometri

2. Tajuk

Panjang

3. Standard Kandungan

10.2

4. Standard Pembelajaran

10.2(ii)

5. Objektif Pembelajaran
:
Di akhir PdP murid dapat :
ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit:
a) Sentimeter
b) Meter
.
6. Elemen Nilai Tambah ( ENT ): TMK, kejujuran, hubungkait
6. Bahan Bantu Belajar (BBB) :
6.1 Slide show power point.(kemahiran mengaplikasikan teknologi)
6.2 Lembaran kerja.
6.3 pembaris 1 meter/ pita ukur
7. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.
7.1 Set Induksi
- Guru menayangkan video ukuran panjang(kemahiran mengaplikasikan teknologi)
7.2 Perkembangan:
Langkah 1
a ) Murid membuat pemerhatian terhadap objek yang ditunjukkan oleh guru.
Contoh: pensel./ pemadam/ kotak pensel
b ) Murid menganggar ukuran panjang pensel tersebut dalam sentimeter (kemahiran
menakkul)

c ) seorang murid diminta mengukur panjang pensel tersebut di hadapan kelas.

d ) Murid merekod ukuran panjang tersebut di papan hitam dalam unit sentimeter.
f ) Murid diminta mengukur panjang papan hitam menggunakan unit meter dan
merekodkan ukuran di papan hitam.
Langkah 2:
a ) Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil
b) Murid dibekalkan dengan alatan mengukur seperti pembaris meter dan pita
ukuran.
c) murid dikehendaki mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah
menggunakan unit sentimeter seperti:( kemahiran menakkul)
Pemadam
Kapur
Botol minuman
Buku teks
Kotak pencel
d) Murid merekodkan ukuran yang diperoleh dalam jadual yang disediakan.
e) Murid dikehendaki mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah
menggunakan unit sentimeter seperti:
Tinggi pintu bilik darjah
Panjang papan hitam
Tinggi almari
Tinggi kerusi guru
Panjang meja guru
f) Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan.
Langkah 3: Guru menerangkan kepada murid yang melakukan kesalahan semasa
mengukur dan merekod yang kurang tepat..
Langkah 4: Lembaran kerja dan aktiviti kumpulan digumpulkan
Langkah 5: Penutup-Menerang semula konsep mengukur dan merekodkan ukuran
panjang objek dalam unit sentimeter dan meter.

LEMBARAN
7.3 ImpakKERJA.
30 / 30 pelajar menguasai objektif pembelajaran yang di tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai