Anda di halaman 1dari 10

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA DAN LAPORAN

SERTA PORTFOLIO.
Disediakan oleh
LT KOL (B) HAMID BIN AWANG
Fakulti Pendidikan dan Bahasa
Open University Malaysia.
hamid_awang@oum.edu.my

1.

Apa itu Penulisan

Ramai kalangan kita sama ada yang bertugas sebagai kakitangan akademik ataupun di
jabatan-jabatan kerajaan yang berasa keliru ataupun kurang pasti dengan kepelbagaian jenis
teks bertulis yang ditemui pada setiap hari. Sebenarnya fenomena ini berlaku disebabkan
kurang amalan dalam konteks penyediaan penulisan sama ada yang bersifat ilmiah seperti
penyediaan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan
akademik), dan penulisan kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Jika ada pun ramai
kalangan kita berkemungkinan hanya menggunakan template ataupun bahan cetak yang sedia
ada dan hanya melakukan sedikit perubahan berdasarkan keperluan.
Dalam hal ini, jika kita sering mempraktikkan amalan penulisan yang betul dan berwibawa
bebersesuaian dengan keperluan. Penggunaan kata-kata dan laras bahasa yang sesuai
mengikut konteks juga perlulah dikuasai untuk memastikan setiap penulisan kita mempunyai
kualiti serta mutu yang diharapkan. Kesimpulannya dapatlah kita rumuskan bahawa penulisan
adalah suatu bentuk catatan dokumen yang memerlukan ketelitian pemilihan katam laras
bahasa, susunan ayat, isi dan pemerengganan serta wacana yang baik serta berwibawa.
Terdapat beberapa keperluan asas yang membolehkan kita menjadi seorang penulis yang baik.
Antaranya ialah :
a. Pengetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantic, sintaksis, dan
tatabahasa.
b. Pengalaman tentang tajuk yang akan ditulis (perlukan pengalaman sama ada secara
formal atau tidak dalam bidang yang akan ditulis)
c. Pengetahuan tentang struktur, format dan organisasi teks bertulis
d. Proses menulis yang baik dan berwibawa
e. Pengeditan atau penyuntingan.
Di samping itu anda juga perlulah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
a. keinginan menyampaikan maklumat kepada orang lain.
b. Keinginan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain
c. Kepercayaan bahawa anda boleh memberikan sesuatu sumbangan dalam bentuk
penulisan untuk mempengaruhi perubahan keadaan atau situasi.
d. Kepercayaan bahawa setiap pembaca boleh memberikan komen terhadap penulisan
anda.
e. Berfikiran terbuka, rasional, dan matang.
1

Jika kesemua perkara di atas dapat anda adunkan dan sebatikan dalam diri anda, sudah pasti
anda akan Berjaya menghasilkan sesuatu penulisan yang baik dan selaras dengan wacana
serta bentuk penulisan yang akan anda tulis. Ini memungkinkan setiap penulisan kita akan
mencapai hasrat serta objektf yang telah ditetapkan.
2.

Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak

Secara umumnya seseorang penulis perlulah terlebih dahulu memahami tentang pelbagai
aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, format dan bentuk serta kemahiran yang
membolehkannya untuk membuat perbezaan di antara keperluan penulisan yang bakal ditulis
sama ada menulis bahan berfakta ataupun bahan kreatif. Penulisan berfakta adalah lebih
cenderung kepada penulisan yang beroganisasi serta mempunyai format yang tersendiri serta
kawalan dari segi penggunaan laras bahasa dan system penulisannya berbanding dengan
penulisan kreaif yang lebih bebas dan tiada kongkongan tatabahasa dan laras bahasanya.
Begitu juga dengan isi kandungan penulisan kreatif yang tidak memerlukan sebarang fakta
ataupun bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis adalah
berasaskan ilham, pemikiran dan ciptaan penulisnya sendiri.
Penulisan kreatif juga lebih cenderung kepada penulisan yang berkaitan dengan budaya, social,
keagamaan, sains dan teknologi yang ditulis berasaskan pandangan kaca matanya sendiri dan
bukannya daripada hasil penyelidikan dan kajian yang saintifik. Selain itu, hasil kandungan
karya kreatif juga adalah hasil rekaan dan mungkin berkisar kepada pengalaman peribadi
ataupun masyarakat yang mewakilinya.
Manakala penulisan beroganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan. Penulisan sebegini
mestilah berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun melalui proses
ujikaji ataupun penyelidikan secara saintifik. Penulisannya juga rapi, tersusun, dan tidak bersifat
subjektif. Gaya bahasanya jelas dan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian mengikut
bidang yang dibincangkan. Setiap ayat yang ditulis juga mempunyai hubungan tatabahasa yang
mapan serta mempunyai unsur kegramatisan. Selain itu, penulisan ekspositori ini juga
berdasarkan sumber rujukan daripada pakar-pakar bidang tertentu. Untuk memastikan
penulisan yang berkaitan memenuhi kehendak yang diharapkan, terdapat beberapa persoalan
yang perlu dijawab. Antaranya ialah:
a.
b.
c.
d.

e.
f.

Adakah penulisan yang hendak ditulis mempunyai satu tesis (subjek/perkara)


yang perlu diselesaikan ?
Adakah tesis yang berkaitan akan menjadi isu dan perlu kepada pencarian
penyelesaiannya ?
Adakah tesis yang dikemukakan benar-benar penting dan sangat memerlukan
penyelesaiannya ?
Adakah hasil jawapan dan penyelesaian yang akan diperolehi akan dapat
memberikan sumbangan ilmu yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan
Negara ?
Adakah tesis yang diteliti akan mengutarakan satu dapatan atau perkara baru
dalam bidang ilmu ?
Adakah tesis yang diteliti dalam komponen bidang yang sama tetapi dilihat dalam
situasi yang berlainan ?

Kesemua persoalan di atas akan menjadi garis pandu kepada kita untuk memulakan suatu
bentuk penulisan ekspositori. Setiap persoalan yang dinyatakan akan memberikan impak
2

kepada cara dan bentuk serta format penulisan yang akan kita tulis. Selain itu, ada beberapa
perkara lain juga yang perlu kita pertimbangkan agar penulisan kita benar-benar berobjektif dan
bermatlamat. Antaranya ialah:
a.
Apakah peranan kita sebagai penulis ?
b.
Apakah tujuan kita menulis ?
c.
Apakah imej diri yang hendak kita utarakan ?
d.
Bagaimanakah penyesuaian imej dan bahasa yang akan dipaparkan dalam
penulisan ?
e.
Apakah jangkaan anda terhadap reaksi pembaca ?
f.
Apakah factor luaran dan dalaman yang boleh anda muatkan dalam penulisan
sebagai menyokong dan memperelokkan tulisan anda ?
g.
Adakah penyelidikan yang anda hasilkan akan menyumbangkan kepada suatu
penemuan dan ilmu baru dalam bidang yang ditulis ?
h.
Dan banyak lagi persoalan lain yang boleh anda jadikan sebagai input untuk
memastikan setiap penulisan anda benar-benar berwibawa dan memberikan
impak kepada pembaca.
3.

Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam Situasi Yang Berlainan

Seperti yang dinyatakan dalam penulisan ini bahawa penulisan mempunyai pelbagai bentuk
dan tujuan, Intipati dan kandungan sesuatu penulisan amat berkait rapat dengan tujuan sesuatu
penulisan itu dihasilkan. Sebagai contoh sekiranya penulisan itu adalah berkaitan dengan
pelaporan sudah pastilah setiap perkataan. Laras bahasa, dan wacana yang digunakan dalam
penulisan adalah bersifat pelaporan. Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan
memahami konsep, prinsip, definisi, dan rasional sesebuah penulisan dihasilkan amat penting
diketahui oleh penulis. Sifat kejelasan dan ketelitian terhadap bentara persoalan yang boleh
dijadikan panduan ialah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Apakah penulis benar-benar memahami tentang konsep kertas cadangan/kertas


kerja/laporan yang akan ditulis ?
Bagaimanakah hendak mengenali perbandingan di antara kertas kerja, kertas
cadangan, dan laporan ?
Apakah tujuan sebenarnya setiap kertas tersebut di tulis ?
Apakah persediaan untuk melaksanakan tugasan ini ?
Apakah pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan yang perlu anda ada ?
Siapakah sebenarnya audien kepada penulisan anda ?

Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi
dalam suatu konteks serta kesepaduan tertentu. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu
anda pastikan :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan ?


Adakah had masa yang diberikan untuk anda menyelesaikan tugasan ?
Adakah tugasan yang diberikan melibatkan kerja luar (lapangan) atau hanya
dalam sahaja ?
Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang hendak ditulis ?
Berapakah bilangan muka surat yang perlu dihasilkan ?
Apakah matlamat dan tujuan anda menulis ?
Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun dan membentuk
idea gaya penyampaian yang terbaik ?
3

Dari awal apabila anda membuat keputusan untuk menulis, anda akan berhadapan dengan
keperluan membuat pelbagai keputusan yang komplek terhadap penulisan yang akan anda
hasilkan. Ia termasuklah :
a.
b.

c.
d.
e.
f.

Sebab-sebab anda menulis (adakah kerana tugasan, pembinaan diri atau minat
atau kemahiran yang hendak anda kembangkan).
Isu yang hendak anda hendak ketengahkan (adakah telah ditetapkan atau
pilihan anda sendiri dan bagaimanakah pula audien yang bakal membaca
penulisan anda adakah hanya dalaman ataupun luaran)
Jenis penulisan yang akan anda hasilkan adakah bersifat ringkas sahajaatau
secara detail dan lengkap.
Perasaan anda terhadap penulisan yang dihasilkan, adakah selesa atau rasa
tertekan.
Pengalaman yang berkaitan yang anda perolehi
Factor-faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan m aklumat, dan perkara lain
yang boleh membimbing anda untuk menulis secara efisyen.

Anda perlu sedar bahawa peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan professional anda.
Menulis bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketelitian, kesungguhan,
penggunaan masa yang terluang, dan kewibawaan anda sendiri untuk memastikan setiap
penulisan anda benar mempunyai impak yang besar kepada khalayak atau audien sebagai
pembacanya. Apatah lagi sekiranya penulisan anda itu secara berkumpulan, maka sudah pasti
penggembelingan tenaga secara bersama dan penulisan yang berkesapadua amat penting.
Secara kesimpulannya dalam memperkatakan tentang penulisan serta proses menulis yang
baik kita perlulah akur bahawa menulis itu bukan suatu perkara yang mudah. Banyak
pengorbanan perlu disanggahi agar setiap penulisan kita memberikan impak yang besar
kepada pembaca.
4.

Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi Teks)

Sesebuah teks bertulis seperti yang diketahui bolehlah dibina atau direka dalam pelbagai
bentuk seperti sebuah buku, buku teks, jurnal, majalah, dan bentuk-bentuk yang lain. Setiap
satu bentuk ini rata-rata mempunyai bahagian yang serupa atau hamper serupa sama ada dari
segi susun atur, reka bentuk dan fungsinya. Bahagian-bahagian yang terkandung di dalam
sesebuah buku, jurnal, teks, dan sebagainya dapat dinyatakan seperti berikut :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Kulit hadapan yang mengandungi tajuk, nama penulis, nama penerbit


Muka surat tajuk yang ditulis dalam muka surat berasingan
Kata Pengantar yang merupakan kata-kata daripada pihak lain terhadap
kandungan buku selain daripada penulis.
Isi kandungan yang mengandungi setiap tajuk dalam penulisan dan perlulah
ditulis muka suratnya menggunakan nombor arab (i, ii, iii dan lain-lain).
Prakata yang merupakan kenyataan yang ditulis oleh penulis sendiri tentang
tulisannya (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya)
Pengenalan yang memberikan pandangan umum dan meluas tentang tajuk
penulisan bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan penulis
Bab yang mengandungi setiap tajuk penulisan berkaitan dengan bidang yang
ditulis
Apendiks yang merupakan maklumat tambahan dalam bentuk lampiran
4

i.

j.
k.
5.

Bibliografi/rujukan yang digunakan oleh penulis sebagai sokongan hujah dan


fakta penulisan. Bibliografi/rujukan perlu dinyatakan sebagai penghormatan
kepada penulis terdahulu yang telah menulis tentang bidang atau tajuk yang kita
tulis dan ia juga untuk mengelakkan daripada penulisan kita dianggap
memplagiat penulisan orang lain.
Glosori yang merupakan kamus mini dan memudahkan pembaca mencari
maklumat berdasarkan perkataan dalam setiap muka surat berkaitan.
Kulit belakang buku yang mengandungi synopsis dan kadang kala menyatakan
tentang latar belakang penulis.

Ciri-Ciri Mikro Organisasi Di Dalam Sebuah Penulisan

Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan tepat tentang cirri-ciri
yng terdapat di dalam organisasi mikro penulisan kerana ia adalah sumber kejelasan dan saling
kebergantungan dan kesepaduan penulisan anda dari mula hinggalah ke akhir penulisan. Ciriciri organisasi mikro tersebut dapat dipaparkan seperti berikut:
a.
b.

c.

d.

e.
f.

g.

6.

Tajuk (tesis, idea, fakta, dsb yang berkaitan penulisan)


Perenggan
i.
perenggan pengenalan
ii.
perenggan fizikal
iii
perenggan isi
iv.
perenggan konseptual
v.
perenggan ideasional
vi.
perenggan subideasional
vii
perenggan penutup
Ayat
i.
ayat tesis
ii.
ayat tajuk
iii.
ayat keterangan
iv.
ayat contoh
v.
ayat penutup
Isi/Idea
i.
idea utama
ii.
idea kawalan
iii.
idea sokongan
Contoh
Retorik
i.
retorik perenggan
ii.
retorik bab (biasanya bersifat gabungan daripada beberapa retorik)
Koheran dan Kohesi
i.
koheran ayat
ii.
koheran perenggan
iii.
koheran bab

Penilaian dan Pendokumentasian Hasil Penulisan (Portfolio)


6.1

Penilaian dan Pendokumentasian

a.

b.
c.
d.
e.

f.
g.

6.2

Penilaian dan pendokumentasian perlu dilaksanakan agar projek portfolio


yang dihasilkan dapat ditentukan tahap kualiti serta menjadi rujukan pada
masa akan datang.
Penilaian merujuk kepada aktiviti menilai prestasi sesuatu portfolio,
dikenali sebagai 'impact assesment'.
Persembahan portfolio perlu dinilai secara berterusan untuk menilai
sejauh mana pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Dua aspek utama yang dinilai ialah portfolio dan pendokumentasian
projek.
Pendokumentasian pula merupakan usaha yang melibatkan kegiatan
atau proses mendokumentasi (mengumpul, menyusun, merakam, dan
sebagainya).
Dokumen adalah suatu catatan yang dapat dibuktikan atau dijadikan bukti
dalam persoalan hukum.
Pendokumentasian adalah pekerjaan mencatat atau merakam peristiwa
dan objek mahupun aktiviti pemberian jasa yang dianggap berharga dan
penting.

Penilain Pelajar

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

j.
k.

l.
m.

n.

Mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama, supaya pelajar berfikir


mengenai proses yang meraka lalui semasa melaksanakan portfolio.
Mengambil masa memikirkan apa yang mereka pelajari.
Pelajar perlu mentafsir dan menganalisis prosedur kerja perlaksanaan
portfolio dalam proses pembelajaran mereka.
Menilai hasil akhir atas kriteria yang khusus.
Penilaian ini seharusnya mampu memotivasikan pelajar ke arah
bagaimana proses seterusnya dipertingkatkan.
Supaya dapat menambahkan kefahaman mereka dan memungkinkan
kriteria baru bagi proses menilai dibangunkan.
Tujuan yang kedua, membantu guru dengan penilaian secara individu.
Guru menilai proses dan produk yang dihasilkan oleh pelajar tapi hasil
portfolio menjadi hasil kerja kumpulan.
Penilaian portfolio secara berkumpulan mungkin tidak berfaedah kerana
kolaborasi menjadi aspek penting bagi kualiti kerja yang dijalankan
seseorang.
Sukar menentukan sumbangan individu secara khusus dalam projek
tersebut.
Penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang telah dimaklumkan disamping
melibatkan kriteria tambahan yanh dikembangkan semasa perjalanan
projek portfolio tersebut.
Permulaan sesi penilaian adalah dengan mengadakan perbincangan di
dalam kelas secara menyeluruh melibatkan penjelasan awal.
Proses ini seharusnya menggalakkan pelajar berfikir mengenai isu yang
timbul serta mengingatkan mereka beberapa aspek yang mungkin
terlupa.
Dalam kumpulan besar sukar mempunyai peluang untuk bercakap serta
untuk menilai para pelajar dalam keadaan seperti ini.
6

o.
p.

q.
6.3

Penilaian Guru

a.
b.
c.

6.4

Cara guru menilai adalah selaras dengan kriteria yang dinilai oleh para
pelajar sebagaimana yang telah ditetapkan.
Tetapi guru boleh menambahkan cirri-ciri lainyang tidak diberi perhatian
oleh pelajar jika ada.
Dua perkara yang perlu dinilai di dalam projek ini, iaitu:
i.
Proses menghasilkan projek portfolio.
ii.
Hasil iaitu persembahan projek portfolio.

Menilai Proses (Tiga perkara yang dinilai, iaitu):


a.

b.

c.

6.5

Kaedah tersebut penting sebelum penilaian bertulis diadakan.


Perbincangan terbuka membantu pelajar melihat proses menilai untuk
memikirkan semula apa yang telah dipelajari dan bagaimana mereka
mempelajarinya.
Guru juga dapat menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar.

Audiens dan interaktiviti (Ciri-ciri penilaian projek perlu mengambil kira


dari aspek) :
i.
Memahami bentuk karya yang diperlukan oleh audiens.
ii.
Pengetahuan mengenai tujuan menghasilkan projek portfolio.
iii.
Berupaya menyepadukan elemen-elemen interaktif ke dalam
persembahan projek portfolio.
Reka bentuk dan koleksi data (Kualiti karya, penulisan, bunyi, dan
animasi perlu mengambil kira dalam sesuatu persembahan projek
portfolio. Beberapa ciri penilaian yang berguna ialah):
i.
Mampu mengumpul maklumat yang autentik.
ii.
Mampu menjana idea yang baik.
iii.
Mampu menghasilkan kerja yang berkualiti dalam pelbagai bentuk
persembahan.
Kerja berpasukan (Antara ciri yang akan dinilai antaranya ialah):
i.
Turut serta apabila berbincang dalam kumpulan.
ii.
Bekerjasama dengan orang lain.
iii.
Berbahas atau berhujah.
iv.
Mendengar pendapat orang lain.
v.
Berkongsi idea yang bernas.
vi.
Member kritikan yang membina.

Menilai Hasil Projek Portfolio (Dalam membuat penilaian, guru boleh


mengemukakan beberapa persoalan):
i.
ii.
iii.
iv.

Adakah hasik projek portfolio ini memberi hasil sebagaimana yang


dikehendaki?
Adakah hasil projek portfolio dipersembahkan kepada audiens
yang tepat?
Adakah hasil projek portfolio difahami dengan baik?
Adakah maklumat yang diberikan benar?
7

v.
vi.
vii.
7.

Adakah hasil projek portfolio itu bersifat autentik (dihasilkan


sendiri)?
Adakah hsil projek portfolio bersifat interaktif?
Adakan hasil projek portfolio ini dihasilkan dengan kerjasama
semua?

Bagaimana Menerbitkan Dokumen PortfolioYang Baik

Sebuah dokumen portfolio yang baik diterbitkan berdasarkan tujuan, objektif dan
keperluan secara keseluruhan sesuatu projek portfolio itu dikehendaki. Dalam
menulis sebuah dokumen yang berbentuk portfolio contohnya, ia memerlukan
ketelitian dan kesepboleh memberikan impak serta rangsangan positif kepada
pembaca. Kemahiran proses
menulis, kemahiran menggunakan ilustrasi,
kemahiran inovasi dalam penerbitan adalah antara perkara penting yang perlu
dikuasai oleh penulis. Berikut adalah beberapa perkara dalam proses membina
portfolio yang baik :
7.1

Menerbitkan bahan portfolio


a.
b.

Bermula dengan penyuntingan.


Mempunyai ruang untuk penyusunan reka letak dan format
keseluruhan portfolio
i.
ii.
iii.
iv
v.
vi.

7.2

Tajuk Portfolio
a.
b.
c.
d.

7.3

Tajuk karangan utama : subjek keseluruhan


Tajuk kecil:memperkenal tajuk subjek
Selaras dan selari dalam struktur
Ringkas dan jelas

Lajur
a.
b.

7.4

tajuk karangan, ilustrasi dan nombor halangan


bilangan lajur
panjang baris
lebar baris
lebar birai
penekanan kandungan

Lajur yang sesuai dengan muka surat.


Lajur boleh dalam bentuk dua lajur, ataupun tiga lajur.

Illustrasi
a.
b.

Dalam bentuk gambar rajah, gambar foto, kartun, carta atau


graf
Mengukuhkan daya ingatan pembaca
8

c.
d.
e.
7.5

Warna
a.
b.

7.6

b.
c.

CD-ROM ; cakera padat, dapat menyimpan data yang boleh


dibaca computer
CD-ROM boleh merekod data ke dalam melalui tekologi laser.
Memerlukan kemahiran guru dalam menggunakan computer
amat penting sebagai pelengkap kekreatifan dan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penyimpanan data
a.
b.
c.

7.9

Meletakkan semua helaian dalam semua penjilid


Semua halaman bersama jalur plastic
Menjahit/gam dan menutup dengan kain jilid
Penjilidan yang baik akan memperkukuhkan lagi bahan
dokumen ataupun portfolio yang dibina.

Memindahkan dalam bentuk CD


a.

7.8

Penggunaan warna selain hitam boleh menjadi penting untuk


menjadikan unsur atau menarik perhatian.
Warna yang digunakan perlulah kontras dan membawa
pengertian yang sesuai dan setimpal dengan tajuk atau
penerangan.

Menjilid
a.
b.
c.
d.

7.7

menambahkan kejelasan atau pengukuhan penerangan sesuatu


fakta.
Penggunaan peta minda dan konsep juga boleh membantu
penjelasan dan pengukuhan fakta yang dibincangkan.
Penggunaan bahan daripada cetakan computer juga amat
membantu.

Rewritable
Recordable
pemacu cekera padat ; CD-ROM, CD-R, CD-RW.

Merekod (Kepentingan merekod)


a.
b.
c.
d.

sebagai
sebagai
sebagai
sebagai

bahan sejarah
bahan bukti
rujukan
bahan penyelidikan / kajian akan datang

7.10 Kaedah mengurus rekod


a.
b.
c.
d.

Memelihara semua rekod yang kekal


Memisah, memidahkan dan menghapuskan semua rekod tidak
berguna
Mengadakan jadual untuk menunjukkan tempoh penggunaan
rekod
Adakan satu buku peraturan sistem penyimpanan

7.11 Memelihara rekod


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
8.

simpanan rekod
terhindar daripada bahaya banjir dan bahang matahari
jauh dari musuh rekod
bilik simpanan rekod dibersihkan
cahaya matahari secara terus
Rekod-rekod patut disimpan atas rak-rak
rekod basah akan dianginkan atau dikeringkan
rekod koyak diperbaiki
menyediakan pemadam api dalam bilik simpanan
bilik rekod tidak boleh dijadikan tempat sebaragan.

Rumusan

Penulisan projek portfolio yang baik memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang mendalam
pada diri seseorang pelajar. Sebenarnya portfolio yang dihasilkan dengan baik adalah wahana
atau garapan pemikiran secara keseluruhan sesuatu projek untuk dicapai dan cara
penyampaian serta penulisan kembali dalam bentuk laporan atau garapan akhir. Ia amat
member kesan kepada setiap individu atau kumpulan yang menghasilkannya kerana di
dalamnya tertera segala keupayaan penulisnya sama ada dari segi kemahiran berbahasa,
kemahiran inovasi teknologi terkini, dan lain-lain yang berkaitan.

10

Anda mungkin juga menyukai