Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM BENGKEL UPSR

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD CHEMOR.

Program Bengkel UPSR 2010 telah dijalankan pada 7 sehingga 10 Jun 2010 iaitu pada
hari Isnin sehingga Khamis. Program ini berlangsung selama 6 jam setiap hari kecuali
hari Rabu. Program hari ini telah dijalankan di Dewan SKHMC.
Objektif program ini ialah untuk memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar-pelajar
Tahun 6 dari segi akademik. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan kecerdasan emosi dan mewujudkan kesedaran serta motivasi
kepada pelajar tentang tangungjawab mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010.
Program ini telah melibatkan pelajar-pelajar dari kelas 6U, 6T, 6J dan 6M serta
sebilangan pelajar yang berprestasi baik dari kelas 6K dan 6S. Bilangan pelajar
keseluruhan adalah seramai 180 orang.
Program ini dapat membantu calon-calon UPSR 2010 dengan menerapkan keyakinan
yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan UPSR. Dengan itu, UBK telah
menjemput penceramah- penceramah yang berpengalaman bagi mengisi setiap slot
dalam program ini.
Pada hari pertama iaitu Isnin ( 7 Jun 2010 ), program bermula pada pukul 8 pagi
dengan slot Matematik oleh Cik Hjh Aminah dari SK Pasukan Polis Hutan . Semua
pelajar hadir serta memberikan tumpuan penuh dengan tips yang diberikan dan
membuat latihan pada lampiran yang dibekalkan oleh penceramah. Peserta berehat
pada pukul 10.30 pagi.
Slot diteruskan dengan matapelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn Hjh Umi Salmah bt
Zaehariah iaitu bekas Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Komunikasi
dua hala sentiasa diterapkan dalam slot ini dengan pelajar menjawab soalan di hadapan
dewan dan diberikan hadiah oleh penceramah. Guru Besar hadir memantau bagi
memastikan program berjalan lancar dan berjaya.
Pada hari berikutnya ( 8 Jun 2010 ), slot dimulakan dengan matapelajaran Sains oleh
Pn Dahlia Meor Baharin dari SK Jelapang. Pendekatan menjawab soalan dengan cara
yang betul juga tips mencari idea sebelum menjawab soalan membantu pelajar
menjawab kertas peperiksaan Sains dengan format UPSR yang sebenar. Lampiran dan
lahihan tersebut dibekalkan oleh penceramah dan pelajar dipilih untuk membentangkan
jawapan di hadapan dewan. Hadiah diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab
soalah dengan betul.
Setelah rehat pada pukul 10.30 pagi, slot program diteruskan dengan Motivasi oleh En

Zahri dari S.K Pengkalan. Slot ini berlajan dengan santai dan menghiburkan peserta
program. Pelbagai teknik dan aktiviti dijalankan agar pelajar sentiasa peka semasa
berlajar dan tidak lalai terutama mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir sebelum
UPSR. Dapat diperhatikan titisan air mata peserta di akhir slot dimana penceramah
membawa emosi peserta mengenang kembali pengorbanan ibu dan bapa semasa
membesarkan mereka.
Hari ketiga ( 9 Jun 2010 ), program hanya menjalankan slot Bahasa Inggeris yang
disampaikan oleh Cikgu Puteri Norzila Mohamed. Slot ini memakan masa 2 jam dan
peserta pulang pasa pukul 11 pagi.
Hari terakahir ( 10 Jun 2010 ) pula dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Melayu
Penulisan oleh En Sallehuddin Zainan. Slot ini banyak membantu pelajar tentang
bagaimana memastikan markah dapat diperolehi dengan menjawab soalan dengan
betul. Cara-cara penggunaan bahasa serta meminimakan kesalahan yang biasa dibuat
oleh calon UPSR sebelum ini.
Slot terakhir adalah Bhasa Melayu Pemahaman yang disampaikan oleh Pn Mahyu Meor
Aziz. Slot ini menekankan tips membaca dan memahami karangan agar dapat
menjawab soalan dengan betul dan tidak terkeliru dengan jawan-jawapan yang
diberikan bagi mengganggu pelajar menjawab soalan. Respond pelajar juga adalah baik
apabila sesi soal jawab dibuka kepada mereka.
Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua guru yang
bertugas serta kerjasama daripada peserta program itu sendiri.
Program ini sememangnya dapat membuka minda semua calon-calon UPSR 2010 yang
mengikutinya dan ini dapat dilihat melalui latihan serta tindakbalas mereka sepanjang
program dijalankan.

disediakan oleh
AHMAD KAMIL SHARUDIN

Anda mungkin juga menyukai