Anda di halaman 1dari 16

KONSEP BAITULMAL

Baitulmal merupakan institusi harta dan kewangan induk dalam negara Islam. Penubuhan Baitulmal
merupakan satu konsep amanah dalam pengurusan kewangan awam Islam. Kekayaan tersimpan
dalam Baitulmal semestinya dianggap dan diperlakukan sebagai harta Allah (mal Allah) atau harta
umat Islam (mal al-Muslimin), bukan harta perbendaharaan kepada satu kerajaan atau kekayaan
milik seorang maharaja. Konsep ini bermaksud setiap wang yang dibayar kepada Baitulmal adalah
harta amanah Allah dan dimiliki bersama oleh umat Islam dan pemerintah bertindak sebagai
pemegang amanah (al-amin/trustee), yang berkewajipan membelanjakannya untuk faedah dan
urusan kebajikan bersama umat Islam dan tidak dibenarkan menggunakannya untuk kepentingan
peribadi, selain dari elaun jawatan yang ditetapkan. Konsep ini telah diikuti secara praktikal oleh alKhulafa al-Rasyidin dan diakui pada teorinya oleh pemerintah-pemerintah terkemudian. (Haji
Hassan, 2003) Baitulmal menurut pandangan sarjana Islam al-Mawardi ialah tempat merekodkan
pembahagian dan pengumpulan harta umat Islam dan negara. Lebih tepat lagi Baitulmal setanding
fungsi Perbendaharaan Negara yang menerima dari pelbagai sumber kewangan dan harta secara
terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, jizyah, kharaj, harta wakaf, harta rampasan perang,
perlombongan, harta karun, lebihan pusaka yang tidak berwaris dan lain-lain lagi. Pada hakikatnya,
skop Baitulmal mempunyai peranan yang lebih luas sebenarnya jika dibandingkan dengan konsep
Perbendaharaan Negara hari ini yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi perbendaharaan
negara melalui dasar, amalan dan kepentingannya kepada pemerintah, malah bertindak sebagai
bank pusat yang berperanan secara langsung kepada sistem kewangan negara, belanjawan dan
dasar fiskal, pembangunan agama serta kebajikan umat Islam. Namun bagi Malaysia, pentadbiran
dan penyelarasan Baitulmal disempitkan skop dan fungsinya dengan mewujudkan dua pecahan
dalam pentadbiran, iaitu perbendaharaan negara melalui Kementerian Kewangan Malaysia dan
Baitulmal melalui kerajaan negeri

PERANAN BAITULMAL DALAM PEMBANGUNAN UMMAH MASA KINI


Bolehkah berikan pendapat tentang peranan baitulmal dalam pembangunan ummah masa kini?
Baitulmal merupakan sebuah institusi perbendaharaan dan kewangan yang tertinggi dalam negara
yang mengamalkan undang-undang Islam. Ia berperanan menguruskan segala jenis bentuk harta
daripada zakat, jizyah, kharaj, harta wakaf, harta rampasan perang, perlombongan, harta karun dan
lebihan pusaka yang tidak berwaris. Pendapatan itu termasuk sumber yang diputuskan pemerintah
melalui ijtihad dan maslahah atau kebaikan umat Islam.
Firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 30 :
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, penguruspengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang
yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu
ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

ANTARA PERANAN TERBESAR BAITULMAL IALAH :


1. Pemberian zakat untuk mereka yang layak menerima sebagaimana maksud ayat Al-Quran di atas.
Golongan fakir miskin antaranya, adalah golongan yang wajib dibantu dengan menggunakan harta
yang dikumpulkan oleh baitulmal sendiri. Sejarah Islam sendiri telah mencatatkan betapa wang atau
harta ini mampu mengurangkan serta membasmi kemisikinan penduduk sesebuah negara.
Contohnya : Di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagaimana melimpahnya perbendaharaan
kewangan baitulmal ketika itu dari tahun ke setahun dek kerana tiada lagi orang miskin yang layak
menerima zakat. Mereka yang miskin sudah menjadi kaya, lalu mengeluarkan zakat pula.
2. Menguruskan segala jenis bentuk harta daripada zakat, cukai, harta pusaka dan seumpamanya.
Konsep Baitulmal pada masa kini agak berbeza daripada apa yang diamalkan pada zaman awal Islam,
malah segelintir masyarakat menganggap bahawa peranan dan kemampuan institusi ini kian tersasar
dari semasa ke semasa. Fungsinya di lihat agak kecil dan terhad dengan wujudnya pelbagai agensi
atau badan lain yang juga diiktiraf sebagai institusi kewangan Islam bukan perbankan. Beberapa
cabaran dan halangan dari segi perundangan serta tenaga kerja dan kepakaran juga memungkinkan
institusi ini kian tersisih.
3. Menjana kekuatan dan keseimbangan ekonomi umat Islam.
Baitulmal berperanan penting dalam membantu asnaf al-gharimin (golongan berhutang). Ini kerana
sebahagian mereka ialah usahawan yang meminjam bagi memacu ekonomi umat Islam. Dana khas
yang ditetapkan Allah ke atas mereka ini ialah sebagai pemangkin ekonomi umat Islam yang mampu
bersaing dengan pihak lain.
Justeru, mereka perlu dibantu bagi memartabatkan ekonomi Islam dengan melaksanakan
kelangsungan modal mereka dalam perniagaan. Pengagihan zakat kepada asnaf ini juga dapat
menjana kembali modal diberikan kepada mereka untuk dibayar semula kepada baitulmal apabila
cukup haul bagi membantu pihak lain yang memerlukan.
4. Dana Baitulmal boleh dinikmati semua peringkat termasuk bukan Islam.
Agihan dalam aspek kepentingan ummah terutama dalam bentuk pengisian modal insan melalui
program-program dan seumpamanya. Juga dalam bentuk pembinanan infrastruktur seperti
pembinaan tali air, jalan raya, jambatan, bangunan awam, bandar baru yang boleh dimanfaatkan
semua pihak sama ada orang Islam atau bukan Islam.
Secara prinsipnya, zakat diambil daripada harta orang Islam yang berkemampuan dan diagihkan
kepada golongan fakir yang memerlukan. Namun, ulama sepakat dalam mengharuskan pemberian
kepada bukan Islam dalam bentuk sedekah sunat untuk perkara yang tidak bercanggah dengan
kepentingan Islam.

Ini sebahagian peranan baitulmal dalam pembangunan ummah masa kini yang boleh penulis sebut
dan nyatakan. Untuk maklumat yang lebih jelas fungsi sebenar baitulmal di dalam Islam, penanya
boleh mencari buku-buku rujukan tambahan mengenai peranan dan fungsi baitulmal pada zaman
Nabi S.A.W serta pada zaman Khilafah Islamiyyah terutama pada zaman Khalifah Umar bin Abdul
Aziz.

MENJAGA DAN MENYELENGGARA SUMBER.


EKONOMI ISLAM - PERANAN DAN KEPENTINGAN BAITULMAL
Konsep Baitulmal:
Institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan
negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu
permata, barang perhiasan, harta wakaf.
( baitul mal berperanan dalam menjaga dan menyelenggara segala sumber pendapatan serta
perbelanjaan Negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas,
perak, batu permata, barang perhiasan dan harta wakaf. Dana yang di peroleh dari semua sumber di
selenggara dengan baik. Contohnya pengagihan zakat kepada golongan yang berhak untuk
membasmi kemiskinan. Baitulmal juga menggunakan dana untuk menyediakan keperluan-keperluan
asas untuk kemudahan masyarakat seperti jalan raya, pelaburan, dan aktiviti sosial.
1. MENJAGA DAN MEMELIHARA SUMBER.
o

baitul mal berperanan dalam menjaga dan menyelenggara segala sumber pendapatan serta
perbelanjaan Negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas,
perak, batu permata, barang perhiasan dan harta wakaf. Dana yang di peroleh dari semua
sumber di selenggara dengan baik.
Contohnya

I.

pengagihan zakat kepada golongan yang berhak untuk membasmi kemiskinan.

II.

Baitulmal juga menggunakan dana untuk menyediakan keperluan-keperluan asas untuk


kemudahan masyarakat seperti jalan raya, pelaburan, dan aktiviti sosial.

III.

Menjaga harta yang diwakafkan


=peranan menjaga segala harta negara
=Harta wakaf merupakan salah satu sumber
=Menjadi pemegang amanah jika tidak ada waris

PERANAN DAN KEPENTINGAN BAITULMAL:


1. Membasmi kemiskinan
pengagihan zakat kepada golongan yang berhak
masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan
mengurangkan jurang social
2. Menyediakan keperluan-keperluan asas
menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, pelaburan, aktiviti sosial dsb
menjadi tanggung jawab sosial kerajaan
menjaga kebaikan masyarakat Islam
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam
meningkatkan taraf pendidikan
mengeluarkan biasiswa/ bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukannya

4. Membayar gaji golongan pegawai kerajaan dan golongan tentera


melarang pemilikan harta rampasan perang
tanah tidak bertuan diamanahkan untuk diusahakan
Gaji tetap dibayar daripada hasil negara

5. Menjaga harta yang diwakafkan


peranan menjaga segala harta negara
Harta wakaf merupakan salah satu sumber
Menjadi pemegang amanah jika tidak ada waris

Soalan: Terangkan peranan dan kepentingan Baitulmal dalam membangunkan negara Islam.
Tambah.
Kecemerlangan dasar pengurusan ekonomi negara secara berhemah oleh Khalifah Umar
membolehkan rakyat mempunyai keperluan mencukupi serta mempunyai taraf hidup yang tinggi.
Keadaan itu membuktikan dana baitulmal daripada sumber zakat boleh dikembang sehingga
menjadi lebih produktif, mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan bukan untuk
menampung keperluan penerima dalam tempoh tertentu saja.
Baitulmal ditadbir Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaras Perlembagaan Persekutuan yang
meletakkan urusan agama di bawah bidang kuasa negeri termasuk pengurusan harta dan kewangan
baitulmal.
Kegemilangan ekonomi ummah seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak mustahil
direalisasikan di Malaysia jika dana baitulmal digunakan secara bijaksana untuk meningkatkan taraf
hidup golongan fakir miskin sehingga mampu berdikari dan berubah menjadi penyumbang pula.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah merintis jalan membantu penerima bantuan
memulakan perniagaan serta membabitkan diri dalam bidang pertanian bagi membolehkan mereka
keluar dari kepompong kemiskinan.
Agenda transformasi melalui pembangunan tanah wakaf turut dilaksanakan menjadi pusat komersial
yang menjana pendapatan tinggi seterusnya menghasilkan modal pusingan seperti pembinaan hotel
wakaf, pusat haemodialisis, bangunan perniagaan dan ruang pejabat.
JAWHAR melalui Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah melaksanakan Projek Kecil Berimpak Besar
seperti pembinaan Wakaf Mart di Masjid Kariah Panchor Jaya, Ampangan dan di Masjid Pekan
Gemas, Negeri Sembilan serta pembinaan Bazar-bazar Rakyat di Masjid Jejawi, Perlis, di Masjid
Bertam, Pulau Pinang, di Masjid Pulau Besar, Melaka, di Masjid Kulai Jaya, Johor dan juga di lain-lain
negeri.
Bagi tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan baitulmal serta menzahirkan transformasi
yang telah dilakukan, JAWHAR akan menganjurkan Program Promosi Baitulmal 2011 pada 30
September hingga 2 Oktober 2011 serentak penganjuran Karnival Transformasi Sistem Pengurusan
Islam di Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Program Promosi Baitulmal 2011 bertemakan Bersama Menyumbang dan Berbakti disasarkan akan
mengumpul dan menyatukan semua agensi berkaitan pengurusan baitulmal iaitu JAWHAR, MAIN,
Agensi Mengurus Zakat (AMZ), YWM, World Zakat Organization (WZO) dan sebagainya bagi
mempromosikan segala produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kadar celik kewangan Islam dalam kalangan
masyarakat Islam melalui instrumen seperti wakaf, sedekah jariah, zakat, hibah, wasiat dan nazar
sebagai pengurusan kewangan serta pelaburan ibadat untuk akhirat.

Menzahirkan agenda transformasi fungsi baitulmal


KEGEMILANGAN EKONOMI UMMAH ZAMAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ BOLEH DIREALISASIKAN
DI MALAYSIA
PENGURUSAN ekonomi ummah secara umumnya berkait rapat dengan institusi baitulmal sebagai
institusi kewangan Islam terunggul yang wujud sejak sekian lama. Nabi Yusuf telah diamanahkan
oleh Raja Mesir pada masa itu untuk menjaga Perbendaharaan Negara ketika bumi Mesir bakal
menghadapi musim kemarau.
Pada zaman Nabi Muhamad SAW, baitulmal menjadi tempat khusus untuk menyimpan harta atau
khazanah umat Islam ketika itu. Baitulmal menyimpan harta umat Islam secara sementara (transit)
sebelum diagih-agih dan dihabiskan pada masa sama kepada mereka yang berhak.
Istilah Baitulmal telah digunakan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab yang
awalnya dikenali sebagai Diwan dan kemudian dijenamakan semula sebagai Baitul-Mal lilMuslimin (rumah harta bagi orang Islam), seperti Perbendaharaan Negara dalam konteks amalan
masa kini.

Institusi baitulmal mengalami beberapa peringkat transformasi sejak dulu hingga sekarang selari
peredaran zaman di mana sejarah mencatatkan kecemerlangan institusi Baitulmal di zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab seterusnya zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah
Umar bin Abdul Aziz (Kerajaan Bani Umayyah).
Zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab menyaksikan pengembangan empayar Islam secara
meluas hasil usaha dakwah dilaksanakan yang turut menyebabkan sumber pendapatan disalurkan ke
baitulmal meningkat secara mendadak.
Harta baitulmal pada ketika itu tidak dapat diagihkan dengan segera lantas perlu disimpan terlebih
dulu di satu tempat untuk tempoh tertentu.
Disebabkan itu, Khalifah Umar al-Khattab mentransformasikan sistem tadbir urus baitulmal dapat
diuruskan dengan lebih berkesan dari segi pengagihan supaya sampai kepada golongan sasar serta
dilaksanakan dengan adil dan pantas.
Antaranya, melantik pegawai yang amanah bagi mentadbir cawangan baitulmal di peringkat wilayah
dan berpusat di Madinah bagi melicinkan pentadbiran.
Transformasi institusi baitulmal sekali lagi berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin
Abdul Aziz yang sangat terkenal dalam catatan sejarah tamadun ummah. Ketika itu, dana zakat sukar
untuk disalurkan kepada yang berhak kerana kesukaran mencari asnaf yang layak menerimanya.
Kecemerlangan dasar pengurusan ekonomi negara secara berhemah oleh Khalifah Umar
membolehkan rakyat mempunyai keperluan mencukupi serta mempunyai taraf hidup yang tinggi.
Keadaan itu membuktikan dana baitulmal daripada sumber zakat boleh dikembang sehingga
menjadi lebih produktif, mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan bukan untuk
menampung keperluan penerima dalam tempoh tertentu saja.
Baitulmal ditadbir Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaras Perlembagaan Persekutuan yang
meletakkan urusan agama di bawah bidang kuasa negeri termasuk pengurusan harta dan kewangan
baitulmal.
Kegemilangan ekonomi ummah seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak mustahil
direalisasikan di Malaysia jika dana baitulmal digunakan secara bijaksana untuk meningkatkan taraf
hidup golongan fakir miskin sehingga mampu berdikari dan berubah menjadi penyumbang pula.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah merintis jalan membantu penerima bantuan
memulakan perniagaan serta membabitkan diri dalam bidang pertanian bagi membolehkan mereka
keluar dari kepompong kemiskinan.
Agenda transformasi melalui pembangunan tanah wakaf turut dilaksanakan menjadi pusat komersial
yang menjana pendapatan tinggi seterusnya menghasilkan modal pusingan seperti pembinaan hotel
wakaf, pusat haemodialisis, bangunan perniagaan dan ruang pejabat.
JAWHAR melalui Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah melaksanakan Projek Kecil Berimpak Besar
seperti pembinaan Wakaf Mart di Masjid Kariah Panchor Jaya, Ampangan dan di Masjid Pekan
Gemas, Negeri Sembilan serta pembinaan Bazar-bazar Rakyat di Masjid Jejawi, Perlis, di Masjid

Bertam, Pulau Pinang, di Masjid Pulau Besar, Melaka, di Masjid Kulai Jaya, Johor dan juga di lain-lain
negeri.
Bagi tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan baitulmal serta menzahirkan transformasi
yang telah dilakukan, JAWHAR akan menganjurkan Program Promosi Baitulmal 2011 pada 30
September hingga 2 Oktober 2011 serentak penganjuran Karnival Transformasi Sistem Pengurusan
Islam di Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Program Promosi Baitulmal 2011 bertemakan Bersama Menyumbang dan Berbakti disasarkan akan
mengumpul dan menyatukan semua agensi berkaitan pengurusan baitulmal iaitu JAWHAR, MAIN,
Agensi Mengurus Zakat (AMZ), YWM, World Zakat Organization (WZO) dan sebagainya bagi
mempromosikan segala produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kadar celik kewangan Islam dalam kalangan
masyarakat Islam melalui instrumen seperti wakaf, sedekah jariah, zakat, hibah, wasiat dan nazar
sebagai pengurusan kewangan serta pelaburan ibadat untuk akhirat.
Baitul mal memperoleh dananya dari pada pembayaran zakat, harta wakaf,cukai-cukai (kharaj) dan
lain-lain sumber yang pengumpulan dan penggunaannya untuk kepentingan masyarakat dan negara.

CADANGAN
1) Perbaiki Sistem Agihan JKM, Baitulmal
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal perlu mengkaji semula dan
memperbaiki kaedah pengagihan dana kebajikan kepada mereka yang layak menerima bagi
mengelakkan masyarakat Islam tercicir sehingga menyebabkan golongan ini mendapat bantuan
daripada gereja.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, dakwaan
bahawa ada segelintir masyarakat sukar mendapat sumbangan dari JKM dan Baitulmal menunjukkan
terdapat kelemahan dalam sistem sedia ada yang diguna pakai sekarang.
"Cadangan penambahbaikan ini perlu dilihat dari aspek positif. Pihak Baitulmal perlu lebih agresif dan
turun padang, mencari punca dan masalah kenapa masalah tersebut timbul," katanya dalam satu
kenyataan media pada Selasa.
Menurut beliau, dana yang dipegang oleh Baitulmal merupakan amanah daripada seluruh umat Islam
yang mengeluarkan zakat.
"Pendedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap
institusi itu terjejas dan ditakuti pihak yang mengeluarkan zakat akan membelakangi Baitulmal,"
katanya.
Mengulas mengenai isu berhubung dakwaan pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk
menerima bantuan, PGSM menurut beliau menganggap ia sebagai satu usaha dakyah dan dakwah
terancam yang perlu ditangani segera.

Katanya, antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.
Sehubungan itu, Musa berkata, PGSM tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah seperti yang termaktub dalam Enakmen
Jenayah Syariah Selangor 1995 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.

2) Pada hari ini umat Islam harus sedar kepada falsafah penubuhan institusi Baitulmal dalam
sejarah Islam bukan pada nama atau istilah institusi itu sahaja. Institusi Baitulmal dibangunkan
oleh Rasulullah s.a.w. pada masa itu ialah untuk mengurus hasil pendapatan negara dan
seterusnya membiayai perbelanjaan negara mengikut sumber pendapatan hasil yang akhirnya
membawa kepada kestabilan dan pembangunan ekonomi masyarakat dalam negara. Kewujudan
institusi Baitulmal pada awal Islam itu memberi asas kepada sektor awam supaya berperanan
secara aktif dalam mengurus ekonomi negara. Sektor awam juga perlu terus menghayati dan
mengemaskinikan lagi prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran ekonomi negara. Sejarah telah
membuktikan bahawa institusi Baitulmal jika diurus dengan betul dan berkesan mampu
membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi dengan sokongan padu dana zakat, wakaf dan
sebagainya yang merupakan mekanisme penting serta pengimbang kepada kestabilan ekonomi
negara dan umat Islam. Untuk itu juga, Baitulmal perlu lebih aktif dan kompetitif membabitkan
aktiviti pembangunan masyarakat dengan meneroka sumber baru seiring dengan model
ekonomi baru negara.

3) isu tentang konsep asal Baitulmal yang diamalkan pada zaman awal Islam dan perlaksanaan
konsep ini dalam negeri-negeri di Malaysia, khususnya dalam melihat kepada sumber-sumber
perolehannya dapat dikenalpasti dan menjawab segala persoalan di mana konsep Baitulmal
pada masa kini agak berbeza daripada apa yang diamalkan pada zaman awal Islam, malah
segelintir masyarakat bepersepsi bahawa peranan dan kemampuan institusi ini kian tersasar dari
semasa ke semasa. Pada hari ini, institusi Baitulmal dilihat mempunyai fungsi yang agak kecil dan
terhad dengan wujudnya pelbagai agensi atau badan lain yang juga diiktiraf sebagai institusi
kewangan Islam bukan perbankan. Beberapa cabaran dan halangan dari segi perundangan serta
tenaga kerja dan kepakaran juga memungkinkan institusi ini kian tersisih. Sewajarnya isu ini
tidak dipandang sepi, khususnya oleh mereka yang menyedari betapa pentingnya peranan dan
fungsi yang dimainkan oleh Baitulmal pada zaman awal kedatangan Islam dahulu. Baitulmal
seharusnya dilihat sebagai institusi perbendaharaan dan kewangan yang tertinggi dalam negara
yang mengamalkan ajaran Islam. Peranannya dalam menjana kekuatan dan keseimbangan
ekonomi perlulah diperhebat supaya kekayaan sebenar umat Islam dapat dimanfaatkan secara
bersama seoptimum yang mungkin. Dalam hal ini, sejarah telah membuktikan dengan jelas
peranan dan kemampuan institusi Baitulmal dalam menjana kekuatan ekonomi umat dan negara
Islam, contohnya di era pemerintahan Rasulullah SAW dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Denda lewat bayar pinjaman ke Baitulmal harus


Tarikh Disiarkan: 13 Jun, 2012
Sumber: Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penyaluran hasil


gharamah atau denda lewat bayar pinjaman dari institusi kewangan Islam kepada Baitulmal adalah
harus.
Menurut jawatankuasa itu muzakarah pada Mei lalu mengambil keputusan kaedah mengenakan
gharamah ke atas peminjam yang mungkir berasaskan hadis Rasulullah yang menyifatkan kelewatan
pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh
memudaratkan institusi kewangan Islam.
Muzakarah juga berpandangan gharamah dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan
kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ia tidak disalahgunakan.
Sehubungan itu, selaras kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam
menguruskan wang dan harta umat Islam, muzakarah bersetuju memutuskan hasil gharamah
institusi kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta itu
mampu memberikan manfaat kepada umat Islam, katanya dalam kenyataan menerusi portal e-fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam pada itu, muzakarah juga membuat keputusan hukum menggunakan kanta ICL (Implantable
Collamer Lens) untuk rawatan mata adalah harus selagi tidak diperbuat daripada bahan daripada
khinzir.

Bagaimanapun, penggunaan ubat daripada sumber haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah
dilarang berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud Dari Abi Darda, Rasulullah berkata:
Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia menjadikan bagi tiap-tiap
penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan
(perkara-perkara) yang haram, katanya.
Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan darurat atau terpaksa, ada kelonggaran diberikan bagi
menghilangkan kesakitan.
Dalam isu rawatan ICL, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan darurat dan umat
Islam mempunyai banyak alternatif yang tidak meragukan dari aspek syarak, muzakarah bersetuju
hukum menggunakan kanta ICL untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir
adalah tidak diharuskan, katanya.

Makluman: Artikel ini dipetik secara langsung dari akhbar Berita Harian Online pada 13hb Jun 2012.

Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99
yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Hasil
Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan
yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan gharamah ke atas
penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan
pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh
memudaratkan institusi kewangan Islam.

Menjelas Kekeliruan Berkenaan Penyaluran


Wang Dari Sumber Haram & Bercampur
Bermula dari isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul
kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya
kepada kemaslahatan awam serta faqir dan miskin. Walau isu tersebut sudah padam dan tenggelam.
Namun masih ada kekeliruan yang belum terjawab, akibatnya, ada yang berkata :Jika harus diberikan wang haram itu kepada faqir miskin, maka bolehlah kita teruskan aktiviti
haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan
Kerana hukumnya harus, maka mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini, mereka masih boleh
membiarkan aktiviti haram
oo..bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka
lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat dari harta mereka untuk membiayai faqir miskin
dan pembangunan negara.
Jika itulah kefahaman sebahagian pembaca selepas membaca hujjah-hujjah para ulama mazhab yang
silam dan kontemporari, maka mereka sebenarnya sungguh terkeliru.
Memang benar, tulisan saya yang lalu menjelaskan fatwa ulama silam dan kontemporari berkenaan
harusnya kumpulan faqir, miskin dan kemaslahatan awam termasuk warga emas yang memerlukan
menerima sama ada wang dari kerajaan negeri atau pusat walaupun ia datang dari hasil keuntungan
judi, riba dan lain-lain aktiviti haram.
Namun apa yag sangat perlu difahami begini :Konteks sebenar yang disebut oleh para ulama mesti difahami dengan tepat. Kesemua mereka
memberikan fatwa tersebut ketika mengulas kemanakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram
yang berada didalam pemilikan individu. Konteksnya adalah, sekiranya seseorang itu TELAH
memperolehi wang haram sama ada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin
bertaubat, maka kemanakah patut disalurkan wang tersebut?, Adakah ia perlu dilupuskan atau
dibakar atau dibuang debunya ke dalam sungai dan lautan.?
Jawapannya mudahnya, telah hampir sepakat seluruh ulama mengatakan melupuskannya seperti
cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil,
Maqasid Shariah dan logik aqal. Ini adalah kerana dosa perolehan harta haram itu adalah bersifat
hukmi dan bukan aini (jisim).

Berbeza jika kiranya barang yang dimiliki itu adalah haram pada ain dan zatnya seperti sebotol berisi
arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengahari
dan yang sepertinya. Ketika itu, barulah hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta
diharamkan untuk diberikan kepada sesiapa jua, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan,
walaupun kepada orang bukan Islam. Demikian menurut hadis :-


( ) :
Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang
diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga
menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia,
dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari).
Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-


Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai
barangan yang disayangi (barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal
Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Dan juga petunjuk jelas dari hadis ini :-

:
:
Ertinya : dari Anas dari Abi talhah (r.a) berkata : aku berkat kepada Rasulullah : wahai Rasulullah aku
telah terbeli arak untuk anak yatim yang didalam peliharaanku. Baginda memberikan arahan
Musnahkan arak tersebut dan pecahkan bejana-bejananya ( Riwayat At-Tirmizi : Hadis Hasan
menurut Ibn Hajar & Albani)

Menurut huraian para ulama, sahabat yang membeli tersebut berniat untuk memeramkan arak
terbabit sehingga ia bertukar sifat dan kemudian memanfaatkannya, tetapi itu juga dilarang oleh Nabi
s.a.w. Ada juga ulama yang mentafsirkannya, sahabat tersebut membelinya sebelum turun wahyu
pengharaman arak. Terdapat dalil lain pula yang menyebut anak-anak yatim tersebut mewarisi arakarak dari ibu bapa mereka yang meinggal dunia, lalu apabila ditanya kepada nabi sama ada ia boleh
diperam sehingga bertukar sifat, tetapi baginda tidak membenarkannya.[1]
Dari hadis di atas dan pelbagai dalil lain membuktikan pemilikan harta yang haram secara
zat mesti dilupus, dihapus dan dibuang.

HARAM SECARA HUKMI


Manakala, harta haram secara hukmi ( menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan Shariah
seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah HARAM digunakan
untuk dirinya sendiri dan keluarganya.
Bagaimanakah cara melupuskannya?
Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau
terus kepada faqir dan miskin. Itulah konteksnya.

Bagaimana jika ia adalah sebuah negara atau negeri?


Jawabnya, cara pelupusan yang sama terpakai untuk sesebuah negara atau kerajaan. Setiap hasil
cukai dan pendapatan dari hasil yang haram. Pemerintah yang bertanggungjawab mestilah
menyalurkannya kepada faqir, miskin dan kemaslahatan awam, menurut nilai jumlah pendapatan itu.
Itulah kaedah dan cara untuk mereka melupus dan menggunakannya.
Ini kerana harta haram tersebut, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, ia bakal merosak
keberkatan kehidupannya dan rezekinya.
Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi yang betul
dari sudut hukum Shariah, akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan
azab pedih di akhirat.
Justifikasi yang dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam DIBENARKAN
meluluskan sesuatu yang diterima oleh agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat
itu. Dalam masa yang sama kerajaan dibenar untuk mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.
Contohnya, dalam sesetengah agama, arak adalah dibenarkan, justeru pemerintah
Islam menghormati kebenaran itu, justeru para ulama menyatakan keharusan bagi
kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak yang khusus untuk penganut agama
terbabit sahaja. Itulah namanya siyasah syariyyah.
Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agam mereka
membenarkan, kerajaan Islam mestilah membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi,
dan gerai-gerai yang menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon oleh penganut agama yang
membenarkan, namun secara terhad dan berhati-hati. Dalam masa yang sama, kerajaan boleh
mengenakan cukai biasa dari lesen dan cukai dari perniagaan itu.
Hasil sebegitu, walau kelihatan kotor, tetapi dari sudut pandangan Islam, ia adalah harus diterima
oleh baitul mal bagi sesebuah kerajaan pemerintahan Islam, dibenarkan pula untuk diagihkan kepada
kemaslahatan umum dan faqir miskin tanpa sebarang syubhah. Walau bukan dari akaun dan
tabungan negara yang berasingan.

YANG DISEPAKATI HARAM

Namun begitu, perlu diingat tiada sebarang agama yang mengharuskan pelacuran, pengurusan
kewangan riba dan perjudiaan. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan
pengambilan cukai darinya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara. Keberkatan
dalam negara akan hilang, tatkala itu, ia memerlukan kepada proses pembersihan. Menurut
perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu, akan ditanggung oleh
pemerintah terbabit.
Justeru, dalam keadaan itu, dosa sudah terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim, jika dia bukan
Islam. Ia di luar perbincangan kita.
Namun walau ia berdosa di bahu pimpinan, setelah dan jika diperolehi wang itu, kemana boleh
disalurkannya? Kemanakah saluran yang tepat dari sudut pandangan Islam?. Wang dari sumber
haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul..!
Sekali lagi, saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama dalah kemaslahatan umum, faqir
dan miskin.Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang dari
sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku faqir, miskin dan sangat memerlukan.
Justeru mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah dan syarie

dari sudut pandangan Islam. Tiada syubhat untuk mereka menerimanya dan tidak lagi
haram. Sebarang momokan yang mengatakannya syubhat dan haram adalah kegagalan
dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.

IA ADALAH GALAKAN KEPADA INDUSTRI HARAM?

Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.
Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan merupakan satu galakan,
sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran,
riba dan sebagainya.
Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti sedemikian tetapi fatwa keharusan itu
adalah suatu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperolehi
oleh individu dan kerajaan. Bagi melepaskan bebanan haram yang sedang ditanggung oleh
negara dan individu.
KESIMPULAN
1.
Memahami perbezaan di antara aktiviti haram (menurut Islam) tetapi diluluskan oleh agama
lain dan yang tidak diharuskan oleh semua agama. Aktiviti pertama boleh sesebuah kerajaan
mengambil hasil darinya, manakala yang kedua tidak dibenarkan, namun jika telah bertapak sekian
lama dan terus menerus memberi hasil dalam bentuk cukai kepada kerajaan, cara penggunaannya
yang tepat adalah kepada tiga kumpulan iaitu kemaslahatan awam, faqir dan miskin. Ia dibuat bagi
tujuan pembersihan diri bagi individu dan Negara.dan perlu ada usaha untuk menamatkan
perkembangan industri haram terbabit walau secara beransur-ansur.

2.
Pelupusan harta dari sumber haram adalah dengan cara menyalurkan kepada tiga kumpulan
tadi dibuat BAGI TUJUAN PEMBERSIHAN DIRI SENDIRI DI PERINGKAT INDIVIDU DAN
PEMBERSIHAN HARTA NEGARA. Proses pembersihan ini amat perlu bagi mendatangkan berkat
dan kemakmuran dalam diri, rumah tangga, masyarakat dan Negara.

3.
Cadangan pelupusan itu BUKANLAH MEMBAWA MAKSUD MENGGALAKAN INDIVIDU
DAN KERAJAAN TERBABIT DAN TERUS MENERUS MENDAPATKAN HASIL DARI AKTIVITI
HARAM, sama ada dengan memberi lesen terus memakmurkannya. Jika selepas pelupusan, mereka
tetap perolehan haram itu, ia akan merosakkan hati dan membawa dosa ke atas pelakunya dan
pengutip keuntungan itu.

Tatkala itu, jika di peringkat individu, AHLI KELUARGA YANG LAIN WAJIB menegur. Manakala di
peringkat kerajaan sebagaimana diajar oleh nabi, wajib pula ahli kepimpinan yang lain atau
penyokong-penyokong mereka untuk menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit
dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya
hadis nabi.

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan
menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya
sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal, tapi kali ini adakah ustaz
ingin kumpulan faqir miskin itu memakan wang syubhat dan haram? Pelik sungguh.. kemudian dia
membawakan senarai panjang hadis-hadis nabi yang mengarahkan kita menjauhi harta haram dan
syubhat.
Ini adalah kekeliruan juga, saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam dari syubhat dan
haram sama ada dari judi, riba, penipuan, rasuah dan yang sepertinya.
Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah. Ini kerana
kita sedangbicara soal cara pelupusan yang memang bertujuan untuk membersihkan pemilik
harta haram sama ada individu atau kerajaan. Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat
mereka.
Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubhat yang dimiliki perlu disalurkan kepada
dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal secara
specifik, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, faqir dan miskin.
Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, faqir dan miskin juga tidak boleh menerima
wang tersebut? tambahan pula dalam keadaan tidak diketahui pemilik asal harta terbabit. Adakah
ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar? Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu
sebagaimana telah diterangkan di atas dan artikel sebelum ini.
Justeru, semua tulisan saya hanya membawakan pandangan ulama mazhab dan kontemporari dan
mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, menjauhi syubhat dan haram.
Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubhat ke atas penerima sama
ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, faqir dan miskin. Justeru semua hadis yang cuba
digunakan untuk penerima faqir miskin itu tidak relevan dan salah konteksnya sama sekali.
Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

Sekian

Muzakarah juga berpandangan bahawa gharamah yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam
perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak
disalahgunakan.

Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam
menguruskan wang dan harta umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hasil
gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan
harta tersebut menepati maslahah ammah umat Islam.

Duit Baitulmal untuk siapa


ISAH yang dibawa oleh Mohd. Haziq 31 Januari lalu tentang bantuan Baitulmal sungguh berkesan dan terlekat di
hati saya hingga kini, sebab ia memang ada kena mengena dengan keadaan hidup keluarga saya sendiri.
''Bukan saya nak salahkah pihak Baitulmal, tetapi para petugasnya juga orang yang tidak sepatutnya menerima
bantuan zakat Baitulmal. Memang saya tak tahu cara bagaimana bantuan diberikan oleh Baitulmal, tetapi saya
nak tahu apakah ketegori mereka yang sepatutnya boleh dapat bantuan tersebut.'' Demikian cerita Norsyuhadah
dalam e-melnya dan ketika beliau menceritakan dengan panjang lebar di telefon baru-baru ini.
''Sebab saya rasa amat pelik bagaimana sepasang suami isteri yang masih muda umur belum pun mencecah 40
tahun tetapi dapat bantuan Baitulmal? Adakah kerana dia tidak bekerja. Persoalannya mengapa dia tidak mahu
bekerja! Atau alasannya anaknya ada lima orang? Sepatutnya anak ramai itulah dia mesti rajin bekerja. Kerana
itu sudah menjadi tanggungjawabnya yang hakiki.
''Bila saya tanya persiapan sekolah anak-anak, dia kata: ''Usah bimbang nanti zakat bagi bantuan.'' Bila tanya
kenapa tak bekerja? ''Orang Baitulmal akan bagi bantuan. Bila saya kata itukan untuk orang susah? Dia kata dia
pun susah duduk rumah PPR.
''Pada pandangan saya dia bukan susah, tetapi malas nak bekerja, dia lebih senang duduk belengkar di rumah
dan mendakwa dirinya susah, minta bantuan Baitulmal. Setiap 5 atau 6 hari bulan dia awal-awal lagi beritahu
nak pergi cucuk kat bank sama ada Baitulmal dah masukkan duit ataupun belum.
''Kalau terlambat mulalah membebel, orang Baitulmal tak buat kerja, malas, mereka tak tahukah hidup dia susah
perlukan duit buat belanja, pada dia dapat lebih RM400 itu dah cukup besar untuk dia buat belanja sara hidup
anak beranak.
''Dia juga dengan bangga beritahu anak-anaknya juga dapat bantuan duit tusyen dari Baitulmal, jadi hidupnya
memang tak susah, semuanya dibantu. Cuma tak senang dan kaya aja macam orang lain. Dalam susah macam tu
pun dia boleh pakai kereta walaupun kereta terpakai, bab bayar sewa rumah dia tak ambil peduli.
''Sikapnya memang menyusahkan hati kami suami isteri, sebab itu saya tawarkan kepadanya untuk bekerja
dengan syarikat kecil kami bantu pekerja jadi tukang cat rumah. Malangnya dia tak macam orang nak bekerja.
Pekerja lain jam 8 dah mula berkumpul dan bekerja. Dia jam 10 masih di rumah. Buat kerja sejam dah berhenti
makan. Sedangkan pekerja lain masih habiskan kerja.
''Perbuatannya menyakitkan hati dan mata pekerja kami yang lain. Dia ambil kesempatan kerana mengaku
saudara jadi tak payah buat kerja. Nak makan gaji buta. Sikapnya membuatkan kami menghadapi banyak
masalah dengan pekerja lain, mulalah mereka menyindir dan ada pulak yang bagi pelbagai alasan untuk datang
lambat.
''Akhirnya kami terpaksa berhentikan dia kerja sebab setiap awal bulan seminggu dia tak tak mahu kerja sebab
sudah dapat duit bantuan zakat Baitulmal. Buat apa susah bekerja.
''Isterinya pun malas berusaha sedangkan ramai jiran tetangga mencari orang untuk menjaga anak, dia tak mahu
ambil peluang cari duit. Sering beri alasan banyak kerja nak jaga 5 orang anak. Sedangkan anaknya yang kecil
berusia 4 tahun, yang sulung dah darjah enam. Sesungguhnya mereka suami isteri memang malas.

Malas
''Kawan baik saya yang bekerja juga bercerita yang sama, katanya ada jirannya suami isteri masih muda juga tak
mahu bekerja tunggu duit zakat Baitulmal. Bukan tak ada kerja yang sesuai, tapi mereka malas. Alasannya kalau
bekerja pun gaji tak sebanyak mana, jadi lebih baik tak bekerja minta duit Baitulmal aja.
''Seorang lagi kawan saya bercerita jiran adiknya tinggal di sebuah apartmen, di kawasan Ampang kerjanya
menjaga 3 orang anak jiran yang bekerja. Tinggal bersamanya ibu mertuanya yang berusia 56 tahun. Tapi dia tak
tinggal tetap. Dia cuma datang awal bulan untuk ambil duit Baitulmal.
''Lepas dapat duit dia balik kampung atau berjalan ke rumah anak-anaknya yang lain sekitar KL yang boleh
dikatakan hidup mereka senang kerana bekerja tetap yang boleh memanggung kehidupan emaknya yang seorang
itu, tanpa duit Baitulmal.
''Apa yang menyakitkan hati emaknya gembira dapat duit Baitulmal yang dia dapat sebanyak RM300 sebulan
kerana dia memilih wakil rakyat yang ada sekarang, yang didakwanya baik, kalau kekal MP yang lama pasti dia
tak dapat. Katanya dia akan terus sokong wakil rakyat itu untuk terus dapat bantuan sampai dia mati itu janji
mereka.
''Sebenarnya apa yang saya lahirkan ini bukan kerana cemburu mereka dapat duit zakat Baitulmal dan saya tak
dapat. Sebaliknya saya lebih gembira jadi pembayar zakat. Harapan saya pihak Baitulmal akan memberikan

bantuan zakatnya kepada orang miskin, menanggung anak-anak atau ahli keluarga cacat, gila, keluarga yang
berpenyakit teruk, berpenyakit melarat yang tidak membolehkan mereka keluar bekerja.
''Atau membantu mereka yang miskin tetapi berpenyakit strok, sakit buah pinggang yang terpaksa menjalani
dialasis ataupun berpenyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera sedangkan mereka tak mampu.
''Saya harap sangat para pegawai Baitulmal jalankan siasatan, turun padang lihat sendiri kehidupan orang yang
dapat duit zakat itu apakah mereka benar-benar susah atau sebaliknya. Kalaupun nak bagi bantuan jangan lagi
dimasukkan terus ke akaun bank mereka, sebab anda tak tahu dan tak kenal siapa mereka sebenarnya.
''Pada pandangan saya jika Baitulmal terus menjalankan kerja seperti ini, secara tidak langsung mereka
menggalakkan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam ini jadi manusia peminta sedekah, suka memintaminta dan pemalas berusaha apa lagi bekerja.'' Demikian cerita Norsyuhadah panjang lebar.
Memang benar sampai bila kita mahu masyarakat kita jadi masyarakt pemalas dan suka meminta sedekah.
Akhirnya negara ini dipenuhi oleh pendatang yang rajin bekerja merebut pelbagai peluang yang ada dan jadi kaya
raya. Lepas itu kita marah mereka kaya kerana kita tak kaya. Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri
miskin?