Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TINGKATAN 1
BAB 1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.
Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.
2.
Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara
bergilir-gilir.
3.
Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk
memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.
STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
1.
Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.
2.
Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan
menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
3.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan
menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.

LANGKAH KESELAMATAN
Amalan 4M
1. Membersih

Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat


Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
Kebersihan mental iaitu berfikiran positif

Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :


a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan
udara tinggi.

2. Menyusun Atur

Guna alat mengikut kegunaannya


Simpan alat di tempat yang betul

3. Menilai
Menilai diri sendiri dan tempat kerja
Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan
alat pemadam api.

4. Mendisiplin

Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Peraturan Keselamatan
Dibahagikan kepada tiga bahagian :1.

Peraturan keselamatan di dalam bengkel:

Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;


Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
Memastikan bengkel bersih dan kemas;
Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;
Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.
2. Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:

Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;


Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
3. Peraturan keselamatan diri:

Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;


Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
Memakai apron jika perlu;
Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.

Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup


Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan
daripada guru

Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan

Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan

Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih
serta kemas sebelum meninggalkannya.

Keselamatan di bengkel kemahiran hidup


Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan
dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel

Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
- Kecederaan dan kemalangan
- Kejutan elektrik
- Kebakaran

Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur
serta kain balutan untuk kecederaan ringan.

Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru
bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat

Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah
dicapai.

Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999

Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu
atau menekan suis keselamatan bengkel

Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih
mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik

Alat Pemadam Api.

Cara menggunakan alat pemadam api :1.

Keluarkan pin picu

2.
3.

Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api


Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

Kotak Pertolongan Cemas

Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat
kecederaan.

Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat
antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.

Langkah-langkah merawat kecederaan ringan :1.


2.
3.

Bersihkan luka dengan antiseptik.


Sapukan dengan iodin.
Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik :Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;
Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak;
Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;
Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa
dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

Etika Dan Budaya Kerja

1.
Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel
supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
2.
Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja
bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah
organisasi.
3.
Contoh etika kerja adalah:
Menepati waktu;
Amanah;
Patuh pada peraturan dan undang-undang.
4. Contoh budaya kerja ialah:

Beratur ketika memasuki bengkel;


Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.

Anda mungkin juga menyukai