Anda di halaman 1dari 2

FOKUS : KUASI-EKSPERIMEN

Apakah kajian kuasieksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan
suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua kumpulan
responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.
Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin
apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat
dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu
yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar
belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya.
Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam perkataan lain,
penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir
eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran
yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan
pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik telah menjalankan kajian tentang
keberkesanan program kaunseling ke atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah.
Kajian ini menggunakan kaedah pemilihan responden untuk pensampelan bertujuan.
Pensampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan
merupakan pelajar yang bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan
pelajar tidak bermasalah disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua kumpulan
berkenaan ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan dan sikap mereka.
Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak dapat dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh
menjalankan kajian kuasi-eksperimen. Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur
persampelan secara kebetulan/ pensampelan kesediaan (accidental atau convenience sampling)
dan persempelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan secara kebetulan, penyelidik
memilih mana-mana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya.
Pemilihan responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana
prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).
Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden
yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak pe- nyelidik. Sebagai contoh, kajian
pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Sampel
begini bukan merupakan sampel rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk kajian kuasi-eksperimen
tetapi penjelasan hanya diberikan kepada tiga reka bentuk yang biasa digunakan di kalangan
penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga reka bentuk kajian
kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak
seimbang (nonequivalent groups pre-post test design), Reka bentuk regrasi tidak bersambungan
(regression-discontinuity design) dan Reka bentuk siri masa (time series design). Reka bentuk
ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk yang paling popular
digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini mempunyai
dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian-t dan Ujian
ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka
bentuk regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan
khas misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program
kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin. Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka
bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang yang memerlukan masa dan tenaga
yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat

membuat perbandingan sama ada rawatan yang diberikan akan menghasilkan perubahan yang
diingini atau pun tidak (Mohd. Majid, 2000). Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang
sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan perkembangan pencapaian akademik pelajar yang
didedahkan kepada KBSM. Analisis dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai