Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMKPNZ 2008


[siti ruhana]
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri
Nur Zahirah ke dalam dewan

(1)
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah
En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Amir Azha b. Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan majlis Sambutan hari
raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2008.

[Che faridah]
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan alfadzil ustaz.
[Siti Ruhana]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, En.
Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.
.
[Che faridah]
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. Tuan
pengetua.
(6) JAMUAN
Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera
Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil
menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah
beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ,
jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru

dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.


[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh
pelajar.
{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}

[Che Faridah]
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada
semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai