Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014


SMP PEDALAMAN

HBAE3103
KRAF TRADISIONAL

NAMA

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGNEALAN

NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

TUTOR

NO. TELEFON

:
0

Pengenalan.
Kraf tradisional adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu ketika
dahulu. Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat dilihat
melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Ia dihasilkan menggunakan kaedah
reka bentuk dan hiasan tertentu di samping bahan yang digunakan adalah tidak terhad.
Lazimnya kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.
Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau
sebagai bahan yang indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah
penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya
karya-karya ini dengan kuatnya pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan
melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam
sehingga wujud kelainan dan keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu
dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan
kelompok masyarakat lain yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu juga mempunyai
hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah
kedatangan Islam ke rantau Kepulauan Melayu, kepercayaan orang Melayu telah berubah
daripada mempercayai dan memuja patung-patung atau tuhan-tuhan yang banyak kepada
kepercayaan kepada Allah (s.w.t.).

Mereka menganggap alam hanyalah perhiasan yang

menyerikan kehidupan sementara di dunia dan menganggap kehidupan yang kekal abadi
adalah kehidupan di akhirat. Dengan itu, para tukang pandai Melayu terus berusaha
menghasilkan ciptaan baru yang bermanfaat kepada kehidupan dunia yang tidak boleh
dipisahkan dengan kehidupan di akhirat. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau
motif dalam sesuatu penghasilan kraf yang amat jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman.
Walaubagaimanapun berdasarkan ajaran agama Islam, rupa figura manusia atau binatang
yang sebenar tidak dibenarkan atau diharamkan ia digambarkan dalam ragam hias kraf
tradisional Melayu.
1.1

Definisi Kraf Tradisional


Ungkapan Keluaran Kraf Tangan bermaksud apa-apa keluaran artistic yang

mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan
1

termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk


pada atau di mana-mana bahagian (Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan
Malaysia 1979).
Dengan itu perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah
yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
Tradisional pula didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke
satu generasi.
Seterusnya Kraf Tradisional membawa maksud satu aktiviti yang memerlukan
dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti
membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan
lain-lain lagi.
1.2

Asal-usul Sejarah Kraf


Negara kita terkenal dengan pelbagai hasil Kraf Tradisional yang merupakan warisan

negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu
generasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, setiap hasil kraf tersebut mempunyai fungsi
tertentu yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan,
kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti alat untuk pertahankan diri; alat
untuk bertani, menamgkap ikan adan membuat pertukangan; alat untuk kegunaan harian; alat
untuk upacara dan istiadat; alat untuk rekreasi; alat muzik untuk persembahan nyanyian,
tarian dan pertunjukan; rumah dan istana untuk kediaman dan juga masjid; pengangkutan air;
dan juga alat untuk perhiasan.
1.3

Kepelbagaian Kraf Tradisional


Kraf tradisional terdiri daripada batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan,

anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri.


1.4

Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional


Antara tujuan mempelajari Kraf Tradisional ini adalah untuk menanamkan sikap

bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan, tidak lupus ditelan

zaman, menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik, dan juga untuk
merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.
1.5

Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional


Terdapat beberapa kepentingan mengenali kraf tradisional antaranya mempelajari

teknik membuat produk iaitu teknik tersendiri yang digunakan bagi tiap-tiap kraf,sebagai
contoh kraf tembikar menggunakan teknik picitan diikuti kepingan dan seterusnya lingkaran
pada tanah liat bagi membentuk objek.
Selain itu, memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam
menghasilkan kraf yang berkaitan sebagai contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan
atau mengkuang bagi menghasilkan objek.
Seterusnya, mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional yang
berbeza-beza sebagai contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.
2.

Kraf Tradisional Ukiran


Berikut adalah penerangan tentang definisi kraf tradisional dan motif ragam hias yang

terdapat dalam ukiran.


2.1

Definisi Kraf Tradisional Ukiran


Salah satu hasil orang-orang Melayu adalah ukiran kayu yang unik. Ia dapat dilihat

pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan
harian.
Ukiran didefinisikan sebagai mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan
menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. Ukiran juga merupakan hasil
rupa tradisi Melayu yang terulung.
Terdapat dua faktor utama ukiran menjadi hasil rupa tradisi Melayu terulung
iaitu keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan
binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. Faktor berikutnya adalah kekayaan tumbuhtumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan
motif ukiran kayu. Ini adalah didorong oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan,
cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.
Antara bentuk-bentuk ukiran kayu Melayu adalah mementingkan sifat gerak yang
bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku., mempunyai imbangan
sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif., manakala bentuk dan
3

motifnya adalah

terkawal dengan keadaan yang sederhana tanpa wujud unsur yang

berlebihan.
Ukiran kayu Melayu amat menyerlah penyataan daya ciptanya dalam bentuk tampak
sepertimana yang terdapat pada barang-barang kegunaan harian dan seni bina. Sebagai
contoh binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan
harian.
2.2

Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran.


Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran kayu Melayu adalah seperti berikut :
i. Ukiran flora terdiri daripada daun dan bunga. Daun pula terdiri daripada bayam
kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung,
pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan
lain-lain. Manakala Bunga pula terdiri daripada cempaka, ketumbit, kecubung,
kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai,
manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.
ii. Seni khat terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.
iii. Fauna terdiri daripada itik pulang petang.
iv. Awan Larat terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat
ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
v. Kosmos terdiri daripada matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan
lain-lain.
vi. Geometri terdiri daripada corak berupa corak geometri, unsur lain yang disusun
dalam rupa bentuk geometri, huruf-huruf Arab dan tulisan jawi.

motif ragam hias


-

4 motif ragam hias

Membincangkan secara jelas dan terperinci dengan membuat huraian serta analisis
motif ragam hias yang dipengaruhi oleh alam sekitar serta fungsi motif-motif tersebut
dari elbih dari 2 sumber. (buku, internet, keratan akhbar, majalah dan lain-lain)

contoh fungsi motif-motif ragam hias

aktiviti masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan ragam hias

Kesimpulan

ARAHAN

Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN


(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.

Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.

Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.

Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.

Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat


APENDIKS.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan