Anda di halaman 1dari 2

Program keceriaan sekolah - syarahan

( untuk ceramah, syarahan, ucapan, hafallah pantun sebagai pembuka


bicara dan penutup bicara)
Sungguh rendah pohon cemara,
Bergayut kera di balik pohonan;
Lafaz Bismilah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.
Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang
dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan BM, Tuan haji Muhammad bin Ali, barisan penolongpenolong kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan
puan-puan.
Terlebih
dahulu,
saya
mengambil
kesempatan ini
untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi
saya peluang untuk menyampaikan syarahan sempena sambutan Hari
Alam Sekitar. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk
memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yaini keceriaan,
keselamatan, dan kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan
kudsi yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang beretika secara
konsisten di institusi pendidikan. Program ini semakin pudar dalam
kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha
untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa
untuk menopang dagu dan merenungi kepentingan program ini dalam
gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah?
Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah?
Tepuklah dada tanya selera.
Sidang dewan yang saya hormati,
Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk
membersihkan persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang
mendatangkan dampak kepada setiap individu. Hal ini memanglah wajar
kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria, sekali gus dapat
menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan ini
wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan
dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit
juga akan dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai

antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang rumit, di samping


menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu
setiap warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotongroyong tetap digalakkan setiap bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun
sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki,
lurah sama dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.
Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku,
syurgaku' agar menyuntik semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap
warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana
harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan
pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah
dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus
dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian
dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan
minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa.
Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum
saya mengundurkan diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun
daripada saya:
Burung kelicap terbang sekawan,
Terbang segera dari pohon baiduri,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Izinkan saya untuk bermohon diri.Sekian, terima kasih.