berpegang teguh dan istiqamah dengan hasrat yang hendak dicapai. Hasrat yang lemah akan
menghasilkan natijah yang lemah,ibarat nyalaan api yang kecil sehingga dapat mengeluarkan
kepanasan yang kecil dan sedikit sahaja.
Kalau anda menemui diri anda dalam keadaan kurang ketabahan, kelemahan ini anda akan
dapat atasi dengan cara membentuk hasrat yang lebih besar lagi dalam diri anda. Lantaran itulah,
untuk melaksanakan cita-cita ke arah sasaran yang tepat memerlukan bahan bakar iaitu; hasrat
yang bernyala-nyala. Cita-cita tidak akan menjadi kenyataan apabila anda memilih sikap yang
negatif, malas atau tidak bersemangat.
Apabila anda merasa diri anda lemah atau kurang bersemangat, maka yakinilah bahawa anda
masih belum memiliki kesedaran yang mendalam ke arah usaha untuk mencapai kejayaan.
Sewajarnya anda memiliki sifat ini terlebih dahulu sebelum anda yakin akan mendapatkan
kejayaan dan merasai kemenangan dalam perjuangan hidup ini.
Sedarilah bahawa semua orang yang berjaya pada mulanya memang mengalami kehidupan yang
pahit. Perjuangan memerlukan tenaga, menuntut pengorbanan agar boleh bertahan untuk hidup
sebagai seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Detik yang menentukan kekuatan
seseorang ialah ketika dia mengalami krisis.
Sesungguhnya ketabahan memerlukan kesabaran. Kesabaran adalah natijah daripada mujahadah
dalam diri individu itu. Sesiapa yang berjaya mempertahankan kesabarannya dengan ketaatan
kepada Allah SWT,sabar menanggung kesulitan dan menjauhi maksiat, maka dia telah memiliki
ketabahan hakiki dan akan mengecapi hasrat yang dikehendakinya. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas. (Az Zummar:10)
beruntung nasib mereka, kerana mereka belajar dan menerima kenyataan sebagai satu
muhasabah dan pemangkin kejayaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar. (Al Baqarah:155)
berdasarkan ilmu pengetahuan yang dikuasainya. Dengan menguasai ilmu pengetahuan itu
secara mantap,maka dia dapat menikmati daya tahu yang mantap.
6. Menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain
Sikap ini akan dapat memupuk daya tahan yang kuat dalam dirinya. Untuk itu sewajarnyalah
membina rasa simpati,saling memahami dan kerjasama yang harmonis dengan orang lain.
7. Memiliki daya kemahuan yang kuat
Dengan memiliki satu tujuan yang tegas dan jelas,seseorang itu akan memilih daya tahan yang
kuat dalam memperjuangkan tujuan itu berdasarkan kemahuan yang kuat.
8. Memupuk kebiasaan yang kuat
Ketabahan itu sebenarnya adalah natijah daripada sesuatu kebiasaan. Kebiasaan itu kita jadikan
sebahagian daripada pengalaman seharian kita yang merupakan unsur pembentukan kebiasaan
yang kuat itu. Contohnya: rasa takut adalah musuh yang paling utama dan bahaya daripada
semua musuh rohaniah kita, kita hapuskanlah secara efektif dengan memintasnya berulangkali
dengan sikap keberanian.
uji,istiqamah dengan prinsip perjuangan dan memiliki motivasi yang timggi untuk maju di dunia
dan akhirat serta berjaya menggenggam dunia di tangan mereka dan meletakakn akhirat di hati
mereka.
Natijahnya,manusia melihat hamparan keizzahan Islam yang menghijau di bumi ini dengan
beridolakan Nabi Muhammad SAW dan berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah
beriman,sedangkan mereka tidak diuji?. (Al Ankabut:2)
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal masih belum nyata bagi
orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Al
Imran:142)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Orang yang banyak mengalami ujian ialah para anbiya,kemudian yang lebih muliamulia,kemudian mulia-mulia. Seseorang itu akan diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat
berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat(kuat). Jika agamanya lembut
maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu.