Anda di halaman 1dari 17

Isi Kandungan

Halaman

Penghargaan

Pengenalan

1.

2-3

Seni Batik

1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu

3-4

1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis MelayuYang

2.

Berkonsepkan Islam

Seni Ukiran

2.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Ukiran Melayu

6-7

2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu


Yang Berkonsepkan Islam

3.

Seni Tenunan Songket

3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu

7-8

9
9-10

3.2 Analisis Mengenai Contoh Tenunan SongketMelayu


Yang Berkonsepkan Islam

4.

Seni Anyaman Melayu

10-11

11

4.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam


Anyaman Melayu

11-12

4.2 Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu


Yang Berkonsepkan Islam

12-13

Kesimpulan

13

Rujukan

ii-iii

HBAE3103:Kraf Tradisional

Penghargaan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah
kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Kraf Tradisional HBAE3103 pada kali
ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta
memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan
pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya
dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor,
Encik Muhamad Ali Bin Zakaria,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.
Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang
baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.

Marshizawati Binti Rasip


Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
i
Pengenalan
Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf
tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,
menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk.

Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa

dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang
dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina
dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang
tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan
masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia
bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh
dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan
yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagai
perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil
seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni
dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran
dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses
yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan
itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan
menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada
serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh
orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan
tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang
agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya
adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa
yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak
diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan
dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada
1
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional

hasil seni yang berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang dipilih ialah batik, ukiran, tenunan
songket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan ini nanti dapat memenuhi kehendak tugasan
pada kali ini.

1. Seni Batik Melayu


Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada Kepulauan
Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasan
Kelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakan
satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang.
Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula.
Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir.
Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit
untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut.
Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan
dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik
agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutan
dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang
dihasilkan di sini. Antaranya ialah;
a. Batik Blok
Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan diperbuat
daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap kain yang
dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan
organza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara.
Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.
b. Batik Canting
Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi untuk
menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang pada
menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas
2
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian
dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka
corak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut
dijadikan sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan
untuk batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.
c. Batik Skrin
Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakaran
corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas
pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping
pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh
disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses
penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu


Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perlu
ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu
diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya
adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan
manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal
dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan
hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut
seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka
menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu
mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di
dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam
batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di
kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu,
tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha

3
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif yang dipilih
adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam juga sendiri
menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur
kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu
penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat
pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia. Budaya
Melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam
menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia atau
kepulauan Jawa, mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agama
seperti Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular,
naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai karya seni
batik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang kita amalkan yang
mana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana dikhuatiri
menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam itu sendiri
melalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam AlSyafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukir
patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith
Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan
untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT.
Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek
ini dibenarkan walaupun makruh. Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan dari
melakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan.
Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering
menjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara
tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya
yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri
juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki
kain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti
cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batik
canting yang dibeli oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu.

4
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Rajah 1
Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Terengganu

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri.
Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu dan
bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan
motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk
menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihat
objek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak
paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta
berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi
banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap
makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk
penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang
dituntut dalam Islam.

5
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
2. Seni Ukiran Melayu
Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.
Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,
rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti
bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan
sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat
Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin
agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat
mengukir seperti pisau wali, carving tool(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran
iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah
Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni
ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu
sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah
kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang
dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.
Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan
menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga
antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan
kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.

2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu

Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora,
motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi
yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka
seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang,
matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya
melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah
Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai
cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati
6
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada
mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita
analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna
kepada hasil ukiran tersebut.

2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran 1
Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang
menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.
Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan
bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara
tersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran
Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep
penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang,
aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan
bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni
ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk
haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan
7
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan
arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni
ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai
estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd
Bani,2002)

Contoh Ukiran 2
Foto diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yangterbiar-old-and.html

Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak
bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah
keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah
agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur
Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri
manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan
keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan
perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anakanak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui
penghayatan kepada agama Islam.
8
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
3. Seni Tenunan Songket Melayu
Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan
kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak
dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah
melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagangpedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan
tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman
dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai
contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh
kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang
kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.
3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu
Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga
Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada
haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi
sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri,
bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access
(Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan
ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya
tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buahbuahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif
dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif
songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu
yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi:
Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah
memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat
semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang
9
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif
yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai
estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu
kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motifmotif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan
kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan
olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang
menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih
sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan
songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya
Melayu itu sendiri.
3.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Tenunan Songket yang diambil dari blog: http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenunsongket-melayu-pekanbaru.html


Tenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan motif
arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian
Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalam
pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber
nilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya
pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada
larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif
haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan
10
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional

bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi.
Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan
makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain
bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif
arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan
usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)

4. Seni Anyaman Melayu


Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat
anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya
penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai,
anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,
buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui
anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul
dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak
mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang
keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan
penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas
tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk
mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi
terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan,
seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.
Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering
digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang
dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang
zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai
11

Marshizawati Binti Rasip


Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai
ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk
Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang
berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang
mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2.

Rajah 2: Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/


Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan
tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh
seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman
12
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk
geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang
akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara
budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan
ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan
mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

Kesimpulan
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan
daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai
jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang
erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi
setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak
dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun
begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak
digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam
Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu
elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira
mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan
geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah
diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya
penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar
kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai
bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang
difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini,
bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsurunsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.
3774 patah perkataan
13
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
Rujukan
Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95

Contoh Ukiran Kayu Melayu


http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai
http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam


http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambarmenurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69

Hukum Melukis Objek dan Binatang


http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html

Motif Songket Bercirikan Orang Melayu


http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarg
a&pg=ke_04.htm&arc=hive

Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.


http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html

Seni Lama Melayu


http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html
ii
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002

HBAE3103:Kraf Tradisional
Tenunan Songket
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html

Ukiran Kayu Tradisional


http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

iii
Marshizawati Binti Rasip
Semester Januari 2012

761020135460002