Anda di halaman 1dari 5

TAJUK CERITA:

PERISTIWA DI GUA HIRA


,
Terima kasih Pengerusi Majlis,
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru-guru yang dihormati,
Rakan-rakan seperjuangan dan
Hadirin Hadirat sekalian.
Kisah bermula di kota Mekah
Lahir bayi pembawa hidayah
Dinamai Muhammad Ibnu Abdullah
Dari kalangan kaum Quraisyh.
Sejak kecil tidak berayah
Ibu pula dipanggil Allah
Datuknya tempat kasih dicurah
itulah Qada dan Qadar Allah.
Muhammad Diutus pesuruh Allah,
Pada manusia pembawa hidayah,
Agar kita tidak tersalah,
Dari ajaran Quran dan Sunnah.
Hadirin hadirat sekalian,
Dakwah Nabi Muhammad s.a.w bermula apabila baginda menerima wahyu pertama dari Allah berkisar
dari peristiwa di gua Hira. Peristiwa di Gua Hira adalah merupakan titik tolak pada dakwah Nabi Muhammad.
Wahyu yang pertama diturunkan oleh malaikat Jibrail ialah dari surah Al-Alaq yang berbunyi:


1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
Nabi Muhammad S.A.W menggigil ketakutan kemudian ditenangkan oleh Jibrail seraya
mengkhabarkan bahawa baginda telah dipilih menjadi rasul utusan Allah S.W.T..Rasullulah kemudian terus
pulang ke rumah lalu diselimutkan serta ditenangkan oleh isteri baginda Saidatina Khadijah r.a.

Kemudian setelah 3 bulan lamanya sesudah menerima wahyu pertama, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu kedua iaitu surah Al-Mudasstsir. Yang berbunyi :


...
:Maksudnya

1. Hai orang yang berselimut,


2. Bangunlah, lalu berilah peringatan!
3. Dan Tuhanmu agungkanlah!
Dengan itu jelaslah bahawa baginda menggalas tugas sebagai pesuruh Allah untuk berdakwah kepada
manusia. Permulaan dakwah Rasulullah dijalankan secara sulit.

Firman Allah :



214. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,
215. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu,
yaitu orang-orang yang beriman.
Surah Asy- Syuara ayat 214-215.
Baginda menyeru keluarga yang tinggal dalam satu rumah dan sahabat-sahabat baginda yang terdekat, maka
seorang demi seorang mula beriman kepada Allah s.w.t. Antaranya isteri Baginda Siti Khadijah, sepupunya Ali
bin Abi Talib, Zaid bin Haritsah dan Sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq. Seterusnya melalui perantaran
mereka ini lebih ramai lagi mula beriman antaranya Usman bin Affan, Zubir bin Awwam, Saad bin Abi Waqas,
Arqam bin Abi Arqam dan ramai lagi yang menjadikan jumlahnya seramai 313 orang semasa dakwah secara
sulit ini dijalankan.
Renungkanlah pada masa sekarang sesebuah institusi kekeluargaan amat rapuh dan kurang dititik
beratkan.Oleh itu dalam menjalankan dakwah kita perlulah mendahulukan ahli keluarga yang terdekat sebelum
kita berdakwah kepada orang lain.

Hadirin Hadirat sekalian


Menyampaikan dakwah tanpa jemu,
Walau terdapat halangan dan rintangan,
Kini diturunkan pula wahyu,
Arahan dakwah secara terang-terangan.
Setelah menyampaikan dakwah secara sulit selama 3 tahun, Baginda telah diperintahkan oleh Allah untuk
berdakwah secara terang-terangan. Sebagaimana firman Allah s.w.t :

94.

Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa

yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang


musyrik.
Surah Al Hijr ayat 94.
Sebagai langkah pertama, Rasulullah s.a.w telah mengumpulkan ahli keluarganya yang terdekat.
Rasulullah menyeru kaum kerabatnya agar beriman dengan ajaran Islam dan meninggalkan penyembahan
berhala dengan berkata:
Aku tidak melihat ada seorang manusia pun dikalangan kamu bangsa Arab ini yang dapat
membawakan sesuatu ajaran yang lebih baik selain dari apa yang aku bawakan kepada kamu, aku bawa
kepadamu ajaran kearah kebaikan di dunia dan akhirat. Tuhan telah menyuruhku mengajak kamu
beriman kepada Nya.
Walaubagaimana pun kaumnya memandang sepi terhadap seruan baginda malah mereka mengejek
dan mencemuh baginda. Namun semua itu tidak mematahkan semangat baginda.Baginda berazam untuk
menyampaikan seruan Ilahi dengan lebih terbuka lagi.
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w mengumpulkan penduduk Mekah di kaki Bukit Sofa lalu
berkata:
Apakah kamu percaya sekiranya aku katakan bahawa di belakang bukit ini ada sekumpulan
tentera yang ganas? Orang ramai lalu menjawab: Ya, kami tidak pernah mendengar kamu berbohong.
Ucapan ringkas Rasulullah telah dikecam hebat oleh bapa saudaranya Abu Lahab sambil berkata:
Celakalah kau wahai Muhammad, adakah kerana itu kau kumpulkan kami?
Semenjak dari itu permusuhan terbuka antara kaum Quraisy dan pengikut-pengikutnya yang diketuai
oleh Abu Lahab serta isterinya Ummu Jamil terhadap nabi Muhammad s.a.w semakin ketara.
Firman Allah dalam surah Al Masad:


Maksudnya
1. Binasalah kedua tangan abu Lahab

Walaupun Rasulullah dihina, dicerca dan dilemparkan kekotoran sehingga membahayakan nyawanya,
Baginda tetap tenang dan sabar menghadapi dugaan ini.

Rakan-rakan sekelian,
Dalam menyebarkan dakwah, kita tidak dapat lari daripada menerima dugaan atau cabaran yang
datang daripada musuh-musuh Islam.

Hadirin sekalian
Setelah melihat Rasulullah masih terus berdakwah, orang kafir Quraisyh menawarkan pelbagai
ganjaran seperti pangkat, harta dan perempuan cantik kepada Rasulullah, namun tawaran ini lansung tidak
berjaya merasuahkan baginda untuk menghentikan dakwah.
Hadirin sekalian.
Kafir Quraisyh melampaui batasan,
Bani Hasyim dipulau untuk balasan,
Orang Islam sabar berterusan,
Agar Islam perolehi kejayaan.
3 tahun masa pemulauan,
Bani Hasyim hidup ketandusan,
Dipanjatkan doa kepada Tuhan,
Tamatkan segera segala dugaan.
Di dinding kaabah bukti pemulauan,
Bani Hasyim dan Quraisyh putus hubungan,
Kebesaran Allah tiada bandingan,
Bukti musnah tidak kelihatan.
Lihatlah senario dunia hari ini, banyak berlaku penindasan dan pemulauan terhadap negara-negara
yang lemah termasuklah negara islam.Sebagai umat Islam kita perlulah bersatu hati dalam membangunkan
negara.

Hadirin sekalian,
Sesudah baginda melihat bahawa Makkah tidak lagi sesuai menjadi pusat dakwah islam, maka
berpindahlah baginda ke luar Kota Makkah dan menuju Ke Thoif dan mengajak ketua-ketua kabilah supaya
menerima islam. Ajakan Nabi ditolak oleh mereka dengan kasar, diusir, disorak-sorak dan dikejar-kejar sambil
dilempar batu maka baginda terpaksa kembali ke Makkah.
Islam ditentang penuh dugaan,
Perintah turun penunjuk jalan,

Ke Habsyah jalan penyelesaian,


Rajanya adil negerinya aman.
Kafir Quraisyh buat hasutan,
Agar segera diberi hukuman,
An Najasi bijak buat penilaian,
Islam diterima bukti kebenaran.
Melalui hijrah ke Habsyah ini, Ia merupakan kemenangan yang besar kepada umat islam dan menjadi
tamparan hebat kepada kafir Quraisy.
Firman Allah Taala:



5. Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas
di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan
mereka orang-orang yang mewarisi bumi
Surah al Qasas: ayat 5.
Pengajaran daripada kisah ini ialah
Pertama: Kita hendaklah berpegang teguh kepada agama dan menegakkan rukunnya yang merupakan asas
segala kekuatan dan perisai untuk pertahankan diri.
Kedua:Tidak ada erti hidup tanpa agama sekiranya agama sudah hancur malah penghidupan tanpa agama
lambat laun akan musnah dan binasa.
Ketiga : Untuk berjaya hendaklah mengusai pelbagai ilmu pengetahuan dan asas kepada ilmu adalah dengan
membaca .
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sekian T.Kasih