Anda di halaman 1dari 2

GERAK BALAS DALAM TUMBUHAN

Tumbuhan juga boleh mengesan rangsangan dan bergerak balas terhadap rangsangan.
Walau bagaimanapun, gerak balas dalam tumbuhan kurang ketara dan biasanya berlaku
dengan perlahan. Secara umumnya, tumbuhan menunjukkan dua jenis gerak balas.
TROPISME
*Tropisme merupakan gerak balas terarah tumbuhan terhadap rangsangan. Bahagian
tertentu pada tumbuhan akan tumbuh ke arah atau menjauhi sesuatu rangsangan. Pertumbuhan ke
arah rangsangan dikenali sebagai tropisme positif, manakala pertumbuhan menjauhi rangsangan
dikenali tropisme negatif.

GEOTROPISME
* Geotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap graviti. Akar tumbuhan sentiasa tumbuh
ke bawah mengikut arah graviti. Akar tumbuhan menunjukkan geotropisme positif. Gerak balas
ini membolehkan akar tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mencengkam dan menstabikan
kedudukan tumbuhan pada tanah.
Sebaliknya, pucuk tumbuhan sentiasa tumbuh ke atas dan menentang arah graviti. Jadi, pucuk
tumbuhan dikatakan menunjukkan geotropisme negatif. Gerak balas ini membolehkan tumbuhan
tumbuh tegak ke atas untuk mendapatkan cahaya matahari bagi proses fotosintesis.

HIDROTROPISME
* Hidrotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap air. Akar tumbuhan menunjukkan
hidrotropisme positif dengan tumbuh ke arah sumber air. Gerak balas ini amat penting bagi
membolehkan tumbuhan mendapat air.