Anda di halaman 1dari 7

Terdapat beberapa kekuatan dalam artikel ini karya Samuel Bryan Scott iaitu kebanyakan

rujukan dan pendapat daripada pengkaji-pengkaji luar iaitu daripada pengkaji Barat. Secara tidak
langsung pengkaji barat ini beranggapan kajian di timur amat penting . Hal ini kerana mereka
ingin melihat sejauh mana kehidupan budaya timur yang dijajah oleh mereka. Dalam artikel ini ,
penulis telah menerangkan secara terperinci mengenai budaya tradisional masyarakat peribumi
bidayuh. Secara tidak langsung , penulis juga telah mengkaji latar belakang budaya bidayuh
melalui kajian-kajian pengkaji yang lepas. Melalui kajian ini telah menerangkan ilmu
pengetahuan serta kebudayaan masyarakat peribumi bidayuh . Hasil kajian ini mendatangkan
ilmu pengetahuan kepada masyarakat barat dan mencari titik kelemahan. Secara tidak langsung
boleh dinyatakan bahawa penjajah mewujudkan usaha kemanusiaan yang sebenar yang di
sumbang oleh masyarakatnya (W.Said, 2009).
Kelemahannya penulis ialah terlampau berat sebelah kerana hanya mengambil pandangan
daripada pengkaji-pengkaji barat yang bersifat berat sebelah kerana mereka beranggapan budaya
timur ini tidak bertamadun. Keadaan ini mendatangkan pandangan stereotype oleh penulis
terhadap budaya masyarakat peribumi yang masih dijajah dan tidak bertamadun. Bukan itu
sahaja penulis juga hanya menggunakan kaedah penyelidikan melalui pandangan dalam
penyelidikan. Apabila penulis hanya menggunakan kaedah ini akan mendatang satu keputusan
yang berat sebelah dan pandangan negatif terhadap masyarakat peribumi. Sebagai contoh
pandangan negatif Raffles terhadap masyarakat peribumi Melayu yang tidak memperoleh tingkat
pengembangan intelektual yang tinggi (Attas, 1991).

Contoh ilmu pengetahuan penduduk asal yang dinyatakan dalam artikel ialah mengenai
kepentingan tanah. Menurut pandangan saya tanah amat penting bagi masyarakat peribumi
Bidayuh kerana tanah digunakan sebagai sumber ekonomi mereka untuk pertanian.
Kebiasaannya tanah digunakan untuk penanaman padi. Kaum bidayuh amat menghargai beras
dan menghormatinya kerana takut bahawa penuaian seterusnya akan menjadi satu yang miskin
(Nuek, 2002). Nilai ilmu pengetahuan masyarakat peribumi dapat dilihat melalui pemilihan
waktu musim menuai. Pemilihan waktu musim menuai amat penting untuk menjamin proses
mendapatkan hasil menuai dengan baik (Scott, 1908).
Seterusnya, mempercayai bahawa kain warna putih sahaja boleh untuk mendapatkan roh beras
kerana masyarakat bidayuh mempercayai bahawa warna putih simbol keamanan dan warna
merah pula simbol peperangan. Warna kuning warna kedua terpenting selepas warna putih
kerana warna kuning lambang emas (Scott, 1908).
Pada pesta musim menuai, babi dibunuh sebagai simbol kesucian, babi dibunuh dengan
kesungguhan untuk upacara keagamaan. Ini juga salah satu ilmu pengetahuan masyarakat
peribumi Bidayuh (Scott, 1908). Mempercayai upacara ini sebagai simbol kesucian
Selain itu, masyarakat peribumi bidayuh mempercayai semangat omen bird. masyarakat
peribumi ini mempercayai semangat ritual omen bird dan menggunakannya untuk membuat
rumah serta menggunakan semangat omen bird sebelum pengembara dan juga perang.
Masyarakat peribumi ini mempercayai bahawa semangat omen bird ini mampu menakutkan
musuh dan semangat ini mampu melindungi ahli keluarga mereka daripada malapetaka lain
(Scott, 1908).

Teori Fungsionalisme menurut yang saya memahami adalah sebuah sudut pandangan daripada
skop antropologi dan sosiologi yang cuba untuk menafsirkan masyarakat sebagai sebuah struktur
dengan upacara keagamaan yang saling berhubungan. Fungsionalisme menafsirkan masyarakat
secara keseluruhan dalam hal terutamanya norma, agama, adat, tradisi dan institusi.
Menurut Durkheim, ritual agama yang ada pada masyarakat merupakan nilai positif yang
berfungsi untuk membantu dan mengekalkan moral perpaduan dalam masyarakat (E.C.Cuff,
1992). Secara tidak langsung ritual agama ini berfungsi sebagai satu bentuk solidariti kepada
masyarakat (E.C.Cuff, 1992). Sebagai contoh , dalam artikel ini kita dapat lihat bagaimana
masyarakat peribumi bidayuh ini patut dengan ritual agama mereka kerana sesuatu taboo atau
larangan yang dipatuhi untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan.
Dapat disimpulkan bahawa dalam pandangan Bronislaw Malinowski bahawa faktor spiritual atau
ritual agama dalam aspek sosial saling berkait hubungannya sebagai tanda signifikan sebagai
makhluk yang rasional (Malinowski, 1922) . Di sini dapat dilihat bahawa kepelbagaian budaya
manusia ini mempunyai pelbagai fungsi tertentu untuk menjadikannya lebih harmoni dan
berkekalan sebagai satu bentuk organisasi yang berfungsi sepenuhnya. Boleh dikatakan upacara
Harvest Festival of the Land Dyaks ini sambut sebagai faktor ritual untuk aspek supernatural
untuk sebagai tanda penghargaan atau menghormati tanda alam semula jadi.
Menurut Karl Marx, masyarakat primitif atau peribumi menggunakan penjelasan ajaib
merangkap agama untuk menangani fenomena yang di luar kefahaman mereka (E.C.Cuff,
1992). Ini menunjukkan upacara agama atau ritual sebagai satu cara berfikir tentang dunia kerana
agama sebahagian daripada produk-produk sistem sosial

Konflik yang terdapat dalam artikel ini ialah mengenai pembunuhan binatang dalam Harvest
Festival of the Land Dyaks. Dari segi dasarnya menurut pandangan barat pembunuhan binatang
secara kejam merupakan satu kesalahan tetapi menurut masyarakat peribumi bidayuh ini
pembunuhan binatang ini satu lambang upacara ritual mereka.
Seterusnya , mengapa penulis ingin mengkaji masyarakat peribumi bidayuh ini. Adakah ingin
menggambarkan perwatakan negatif kepada masyarakat peribumi, dapat dilihat dalam artikel ini
di buat pada zaman penjajahan pada sekitar 1908 secara tidak langsung pandangan prejudis
terhadap masyarakat peribumi yang tidak bertamadun kerana masyarakat peribumi ini tidak
mempunyai sebarang pendidikan dan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh ,dalam karya Syed
Hussein Al Attas di mana pandangan Frank Swettenham terhadap perwatakan orang Melayu
yang malas dan mempercayai tahayul (Attas, 1991). Secara tidak langsung pandangan daripada
penjajah terhadap masyarakat peribumi merupakan pandangan yang berat sebelah. Hal ini kerana
mereka beranggapan norma sosial masyarakat barat lebih mulia berbanding norma sosial
masyarakat peribumi (Berry, 1974).
Di samping itu, menurut pandangan saya penjajah mengambil peluang untuk mengeksploitasi
sumber ekonomi dan melakukan diskriminasi terhadap masyarakat peribumi. Keadaan ini
menyebabkan konflik berlaku apabila golongan peribumi tidak mengetahui hak asasi mereka.
Apabila golongan penjajah ini menguasai bidang pentadbiran, segala bentuk undang-undang
barat diperkenalkan. Sebagai contoh , dapat dilihat pada zaman kerajaan Brooke di Sarawak di
mana masyarakat peribumi tidak lagi melakukan head hunting. Pertembungan atau konflik
mengenai undang-undang barat dan undang-undang masyarakat peribumi berlaku apabila
undang-undang barat diperkenalkan undang-undang peribumi tidak lagi dipraktikkan.

Hakikatnya, upacara tradisi ini masih diamalkan lagi di kampung-kampung dan rumah panjang.
Di kampung-kampung dan rumah panjang masih lagi mengekalkan tradisi adat resam dan
tatacara dengan penuh ritual mengikut adat istiadat tetapi kebanyakan yang masih mengamalkan
adat ini di zaman moden hanya melibatkan golongan-golongan tua. Keadaan ini menjadi salah
satu faktor ke hakisan budaya asli masyarakat peribumi ini kerana golongan muda mula tidak
mengamalkan adat-adat tradisi ini akibat pengaruh budaya-budaya luar.
Dapat dilihat pada waktu sekarang perayaan festival ini masih disambut dengan meriah tetapi
dalam keadaan yang berbeza. Pada pendapat saya, upacara tradisi ini masih diamalkan tetapi
mengikut peredaran waktu dan situasi. Hal ini kerana akibat daripada faktor perubahan agama
dan budaya semasa yang berbeza mengikut tradisi telah mempengaruhi perubahan adat resam
turun temurun sambutan festival masyarakat peribumi ini. Keadaan ini telah mengubah landskap
masyarakat peribumi bidayuh untuk meninggalkan adat tradisi mereka. Sebab utamanya ialah
adat atau upacara ritual agama asal masyarakat peribumi bidayuh diabaikan kerana faktor
perbezaan agama yang dianuti masyarakat peribumi bidayuh terkini . Sebagai contoh ,
masyarakat peribumi bidayuh mempercayai bahawa setiap kuasa yang ada pada alam semula
jadi merupakan tuhan yang menjaga alam semula jadi tetapi konsep ini bercanggah dengan
konsep agama yang baru dianuti oleh mereka. Secara tidak langsung, kepercayaan terhadap adat
dan upacara ritual tidak akan terpelihara lagi akibat pengaruh agama yang baru terhadap
masyarakat ini.
Selain itu menurut pandangan saya, di arus pemodenan dan pembangunan yang pesat,
masyarakat peribumi ini telah menerima pendidikan yang sempurna sama ada di bandar atau di
luar bandar walaupun ada pengurangan facilities. Sudah pasti perubahan anjakan paradigma
akan berlaku dalam kehidupan mereka. Keadaan ini dapat dilihat pada ketika dahulu, masyarakat
5

peribumi ini saling bergantung sepenuhnya terhadap hasil tanaman pertanian seperti padi, buahbuahan dan sayur-sayuran. Upacara ritual yang dilakukan saling berkait dengan tanaman
pertanian pada ketika dahulu. Tetapi akibat perubahan tempoh masa dan faktor ekonomi
kebanyakan masyarakat ini telah berhijrah ke bandar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik
justeru mereka tidak lagi bergantung harap kepada tanaman pertanian sebagai mata pencarian
mereka lagi. Bukan itu sahaja kebanyakan anak muda masyarakat ini tidak lagi mahu menceburi
bidang pertanian atas faktor kurang minat dan tempoh hasil menuai yang lama serta faktor arus
pemodenan yang pesat dibandar .
Menurut pandangan saya yang terakhir apabila masyarakat peribumi ini berhijrah ke bandar
secara tidak langsung tiada lagi sambutan mengikut tradisi dan sambutan festival ini akan
bersifat umum dan boleh diraikan tanpat mengikut adat dan tatacara tradisi . Sambutan festival
ini akan mengikut acuan masyarakat moden seperti mengadakan rumah terbuka. Melalui rumah
terbuka, masyarakat peribumi yang moden akan menikmati juadah-juadah tradisi masyarakat
tempatan seperti lemang pulut, ayam pansuh, kuih-muih Sarawak, air tuak dan sebagainya.
.

Bibliography
Attas, S. H. (1991). Mitos Peribumi Malas:Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme
Penjajah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berry, D. (1974). Idea-idea utama dalam sosiologi suatu pengenalan. London: Constable and Company
Limited.
E.C.Cuff, W. (1992). Perspectives In Sociology. London and New York: Routledge.
Malinowski, B. (1922). Argonauts of the western pacific. United States of America: Waveland Press Inc.
Nuek, P. R. (2002). A Dayak Bidayuh Cmmunity Ritual,Ceremonies And Festivals. Kuching: Lee Miing
Press Sdn Bhd.
Scott, S. B. (1908). Harvest Festivals of the Land Dyaks. Journal of the American Oriental Society,Vol 29.
W.Said, E. (2009). Budaya dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.

Anda mungkin juga menyukai