Anda di halaman 1dari 11

Teori Kecerdasan Pelbagai

Labels: Rekabentuk dan teori pengajaran


1.

Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur
melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan
logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik
untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya
dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh
seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau
membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner
(1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah,
menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more
cultural setting
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari
kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting
pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian
tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ
hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti
sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan
daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai
kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang
kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya,
persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai
yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi
dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan
tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan
yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang
bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada
sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2.

Pelopor

Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard.
Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerjakerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga
sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik.
Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan
perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan
kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin
matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka
lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat
untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang
perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence).
Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi
antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia
memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik.
Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan
terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan
berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan
muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah
yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua
kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan
satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan
Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini
digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya
menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How
Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan

menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanakkanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau
merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai
pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh
Piaget sebagai too narrow a notion of how the human mind works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu
bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan
intelektual yang tersendiri.
Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya
telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun
1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan
sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian
para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan
tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza
terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan
bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.
Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan Siswazah
Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian
Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner
telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Minds New Science,
To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.
Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang
merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa
kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian.
Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh
manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang
penting.
Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau
mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah
adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap
kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan
memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan
dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu
lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan
kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan
keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual Intelligence sebagai kecerdasan
kesembilan dalm teorinya.
Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai.
Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal
di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenukenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam
masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang
menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan
Sternberg.

3.

Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik


Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di
bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual.
Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang
dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat
takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai
keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk
melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan
umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap
kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat
yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu
ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor
lazimnya memiliki kecerdasan ini.
3.2. Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan
mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek.
Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah
satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam
ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang
berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan
waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat
jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak
lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang.
Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu
menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis,
arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.
3.3. Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verballinguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk
membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif
terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan
lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat
mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa
asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk
memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling
tinggi dalam diri kebanyakan individu.

Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini
membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan
pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair,
penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti
William Shakespeare, dan Enid Blyton.
3.4. Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan
objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk
rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan
supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan
melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara
amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau
membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara.
Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan
membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolaholah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot mereka ingat perkara melalui badan
mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari,
pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin
melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam
badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
3.5. Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan
melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya
mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai
kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang
berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia,
binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen
muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nadanada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan
permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata
muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua
orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan
tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah,
Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.
3.6. Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal
dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan
interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.

Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang
menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan
harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal
dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan
belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan
sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya,
Dato Dr. Fadzilah Kamsah.
3.7. Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan
untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali
diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri
secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini
memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri.
Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang
kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan
murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan
dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di
perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.
Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung,
memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui
apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui
kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli
falsafah, pendeta dan pemikir.
3.8. Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang
mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak
menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka
mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan
individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan
batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan,
dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti
luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung
adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.
3.9. Spiritual / Eksistensialisme

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala
kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang
dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada
tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada
nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini
seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang
membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.
4.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.
Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai
murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran.
Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru
tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan
sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah
kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan
murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam
kecerdasan lain yang belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah
percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi
meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh
menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah
saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visualruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni,
metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik,
bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh
melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen
interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan
sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh
memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah
bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke
alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali
keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap
kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang
penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat
pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan
menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran
berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar
dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah
dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan
masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain
mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam
berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid
menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga
dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia
ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan
menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut
Taksonomi Bloom.
5.

Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik
untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di
sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad
kepada mata pelajaran matematik.
Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai kelebihan
apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini
adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan
pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang
ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada
pelajar.
Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan
kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan
yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru
dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan
pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi
yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.
Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang
akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan
pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti
kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.
Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia
membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid.
Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru

mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses
yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana
pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka
dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami
kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan
potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan
hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai
kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan
dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI
perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri.
Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan
yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu
juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk
memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara
kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan modal
insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber
manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan
pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang
memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia, maka ia
membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka.
Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik
yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk
menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi
berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.
Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua
individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian
kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan
diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama
berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.
Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi
masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat
membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi
ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai
dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi
mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.
Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di
sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika
pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan

merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka
perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan
lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah
untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.
Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat
memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya,
seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard
Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut yang
melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan
pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam
Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan
verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat
menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh
memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak
meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan
kecerdasan pelbagai Gardner.
Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak
menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain.
Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan
verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih
mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini
disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa
perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.
6.

Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di
hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para
pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga merupakan
salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan
secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa
bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi
yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan
aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.
Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih. Sebagai
contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada
pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan
diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang
pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah satu
faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta

mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru
tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa
menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain
dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.
7.

Kesimpulan

Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah
negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu
bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi
membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat
menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh
Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini
kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan
peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan
kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk
tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya
pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan
insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai