Anda di halaman 1dari 60

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKASURAT

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
1.0 PENDAHULUAN

2-13

Definisi konsep dan teori hubungan etnik


2.0 KAEDAH KAJIAN

13-14

3.0 ANALISIS KAJIAN


Agama Islam

Penambahbaikan Hubungan Etnik di Malaysia

Agama Kristian

14-47
47-51
51-55

4.0 KESIMPULAN

55-56

5.0 BIBLIOGRAFI

56-57

6.0 LAMPIRAN DOKUMENTARI

57-60

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

PENDAHULUAN
konsep Etnosentrik
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnosentrisme atau
etnosentrik pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah
jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrik juga membawa makna
suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik
sendiri dan tidak mengambil kira pandangan pihak lain mengenai sesuatu kumpulan
etnik.

Konsep Prejudis
Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu, prejudis tidak
dapat dilihat secara mata kasar. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat
yang jelas, tepat atau mencukupi. Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah
kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat
terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosial, sikap
prejudis sesuatu etnik diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi
mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi atau sosial
dan sebagainya.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

Konsep Diskriminasi

Diskriminasi pula ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif


oleh seseorang atau sekumpulan etnik terhadap anggota atau kumpulan etnik lain
yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Jelaslah diskriminasi
ialah perbuatan membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu


kumpulan etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis
dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada pada peringkat individu ataupun
kumpulan etnik.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam bentuk yang mudah
dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu
atau etnik yang lain . Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan
pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan
sesebuah kumpulan etnik.
Terdapat lima nilai yg perlu ada dalam diri setiap manusia iaitu Keadilan, Kemanusian,
Perpaduaan, Amanah dan kebahagiaan. Keadilan adalah sesuatu kebenaran
mengenai sesuatu hal samada berkaitan kebendaan atau individu. Menurut beberapa
pandangan , keadilan memiliki tingkat kepentingan yang besar. John Rawls, filsuf
Amerika Serikat yang dianggap salah satu filsuf politik terkemuka abad ke-20,

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

menyatakan bahwa "Keadilan adalah kelebihan (virtue) pertama dari institusi sosial,
sebagaimana halnya kebenaran pada sistem pemikiran" . Tapi, menurut kebanyakan
teori juga, keadilan belum lagi tercapai: "Kita tidak hidup di dunia yang adil". Banyak
gerakan sosial dan politik di seluruh dunia yang berjuang menegakkan keadilan. Tapi,
banyaknya jumlah dan variasi teori keadilan memberikan pemikiran bahawa tidak jelas
apa yang dituntut dari keadilan dan realiti ketidakadilan, kerana maksud keadilan itu
sendiri tidak jelas. keadilan adalah meletakkan segala sesuatunya pada tempatnya.
Teori Keadilan John Rawls Pemahaman Sederhana
Di dalam perkembangan pemikiran falsafah hukum dan teori hukum, tentu tidak
lari dari konsep keadilan. Konsep keadilan tindakan menjadi monopoli pemikiran
sesetengah orang sahaja. Thomas Aqunas, Aristotel, John Rawls, R. Dowkrin, R.
Nozick dan Posner sebahagian nama yang memberikan jawpan tentang konsep
keadilan. John Rawls, menjadi salah satu ahli yang selalu menjadi rujukan baik ilmu
falsafah, hukum, ekonomi, dan politik di seluruh dunia. Terutama melalui karyanya A
Theory of Justice, Rawls dikenal sebagai salah seorang falsafah Amerika kenamaan di
akhir abad ke-20. John Rawls dikenali sebagai salah seorang yang berpengaruh
pemikirannya cukup besar terhadap pendapat mengenai nilai-nilai keadilan hingga kini.
Namun, pemikiran John Rawls tidak semua dapat menerima pandangannya mengenai
keadilan. Maka, risalah ini cuba memberikan gambaran secara dari pemikiran John
Rawls, khususnya dalam buku A Theory of Justice.
Teori keadilan Rawls dapat disimpulkan memiliki inti sebagai berikut:

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

mengisytiharkan kemerdekaan. Pembatasan terhadap kemerdekaan ini hanya untuk


kepentingan kemerdekaan itu sendiri, kesamarataan bagi semua orang, baik dalam
kehidupan sosial mahupun dalam bentuk pemanfaatan kekayaan alam (social goods).
Kesamarataan memerlukan kejujuran terhadap ketidak adilan berdasarkan kelahiran
dan kekayaan. 3 (tiga) prinsip keadilan Rows Untuk menjelaskan pendapat yang sering
dijadikan rujukan oleh beberapa ahli iaitu :
Prinsip Kebebasan yang sama (equal liberty of principle)
Prinsip perbezaan (differences principle)
Prinsip peluang yang sama (equal opportunity principle)
Rawls berpendapat jika terjadi (konflik), maka: Equal liberty principle harus dijadikan
rujukan daripada prinsip-prinsip yang lainnya. Dan, Equal opportunity principle harus
dirujuk daripada differences principle.
Apakah Nilai-Nilai Kemanusiaan itu. Ada berbagai definisi mengenai
kemanusiaan, .samada dari segi fisiologi mahupun sosiologi, dll. Dari segi fisiologi
manusia merupakan makhluk yang mempunyai fizik yang hampir sama dengan haiwan.
Dari segi fisiologi menunjukkan perbezaan antara manusia dengan haiwan. Pada
pendapat saya, definisi manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dan
dianugerahiNya akal, hati, fizik. Yang membezakan antara manusia dengan haiwan
adalah akal . Nilai-nilai kemanusiaan islam adalah berdasarkan Al-Quran iaitu Al-ilm,
Al-syura, al-Adalah, Al-Hurriyyah, Al-Musawah dan Al-Masuliyyah. Mencari ilmu adalah
wajib bagi setiap orang islam. Sesungguhnya islam adalah ilmu dan Al-quran adalah

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

kitab ilmu dengan adanya ilmu sesebuah masyarakat itu tegak dan bersatu padu
antara ilmu pengetahuan dan keimanan.

Perkataan perpaduan ini asalnya dari perkataan padu iaitu mampat, pejal
dan padat. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi
satu atau persatuan. Lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan
perpecahan. Jadi, perpaduan dilihat adalah sebenarnya tuntutan untuk satu perkara
yang baik manakala perpecahan pula satu perkara yang sangat keji dan tidak baik.
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa punca kesejahteraan itu ialah keharmonian
hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai
tanpa adanya perasaan hormat menghormati, menerima seadanya keadaan,
keikhlasan, kasih sayang dan semangat persaudaraan yang teguh dalam diri setiap
individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, para pemimpin negara
kita senantiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada kita semua demi memastikan
wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Sesungguhnya keharmonian dan
keamanan hidup bermasyarakat dan bernegara ini adalah salah satu nikmat kehidupan
yang sangat besar yang dikurniakan kepada manusia.
Bayangkan juga jika anda terpaksa mengharungi detik cemas dan gelap Perang Dunia
Kedua? Kita semua bernasib baik kerana sebagai warganegara Malaysia yang megah
Merdeka, kita hanya perlu membaca semua ini dalam buku mata pelajaran Sejarah,
laman internet dan menonton segala kesengsaraan mereka hanya daripada kaca
televisyen kita sahaja. Hakikat ini nyata sekali baik di zaman lampau mahupun zaman

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

kini. Sesiapa saja yang tinggal dalam sebuah negara yang aman akan dapat berusaha
membangunkan kemajuan negaranya dan dapat hidup sejahtera. Sebaliknya mereka
yang tinggal di negara yang kacau bilau, berperang dan berbunuhan, ternyata mereka
hidup sengsara, kelaparan dan keperitan
Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak
terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang
berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri dan tidak kurang juga datangnya
dari luar diri kita sendiri.
Sifat sombong, berfikiran sempit dan terlalu bangga diri sendiri sering menjadi
penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang
lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat
rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap sombong sering membawa
individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain.
Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan. Perbuatan keras akan
merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat
menghormati antara satu sama lain.
Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang
sangat membinasakan. Perpecahan dikutuk kerana ia boleh melemahkan kita sebagai
rakyat Malaysia di persada dunia hari ini dan juga esok. Perpecahan hanya akan
melemahkan kita dalam pelbagai keadaan serta menjadikan negara lemah dan tidak
mampu menghadapi cabaran yang ada dan akibatnya kita akan dijajah semula oleh
kuasa-kuasa asing secara penjajahan politik ataupun melalui penjajahan ekonomi.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu
nikmat kurniaan Tuhan yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup
dalam kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat
ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh
generasi akan datang. Bagi anda golongan pelajar dan remaja, secara khusus
perpaduan ini lebih penting dan sangat mahal harganya kerana dengan keamanan dan
kemakmuran yang ada pada hari ini maka dapatlah usaha-usaha ditingkat bagi
kebaikan diri anda dan masa depan anda. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran
itu sangat penting kerana rakyat di negara-negara yang lain belum mampu
memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi berbanding
dengan apa yang telah dicapai oleh kita di Malaysia hari ini. Sesungguhnya
perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini. Tata
kelakuan dan gerak-geri masyarakat juga perlu dibentuk supaya selaras dengan
tuntutan harmoni, toleransi dan perpaduan. Tingkahlaku yang kasar, biadap, tidak
sopan serta tidak pandai menghormati orang lain terutama ibubapa, orang-orang tua,
guru-guru dan pemimpin-pemimpin sering menimbulkan rasa benci antara satu sama
lain. Oleh itu, dalam usaha membina perpaduan umat maka peningkatan rasa hormat
dan kasih sayang mestilah dipupuk dan dipelihara. Dalam konteks masyarakat
penyayang yang hendak dibangunkan itu, maka bidang-bidang ini mestilah diberi
perhatian. Para guru-guru perlu menjadikan diri mereka sebagai teladan yang baik
dalam hal ini.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

Amanah mempunyai maksud meluas contahnya amanah dalam melakukan


kerja, amanah dalam menguruskan kewangan dan amanah dalam memelihara harta
orang lain.Dari segi bahasa Arabnya amanah membawa maksud tenteram, aman,
terselamat dan harmonis. Sementara dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah
menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan
tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Manusia tidak dapat lari daripada
menunaikan tanggungjawab amanah ini, bermula dari akil baligh seorang manusia
hinggalah kepada hembusan nafas yang terakhir. Dari segi bahasa Arabnya amanah
membawa maksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Sementara dalam
pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap
diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu.
Nilai amanah dalam kehidupan kita seharusnya lahir dari hati yang paling dasar iaitu
amanah sebagai misi keinsanan yang terpenting sebagaimana yang dinyatakan dalam
firman Allah; Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah kepada langit, bumi dan
gunung-gunung; tetapi mereka enggan memikulnya kerana takut akan
mengkhianatinya. Tetapi manusia (sanggup) memikulnya. Sesungguhnya manusia itu
amat zalim dan jahil. (surah al Ahzab : 72)

Amanah dalam kerja terbahagi kepada tiga bahagian:


(a) Amanah terhadap harta
(i) Menunaikan hak kepada yang berhak terhadap harta tersebut.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

10

Firman Allah yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya. (Surah An-Nisa-58-)
Sesungguhnya setiap kecuaian yang berlaku terhadap pencuaian hak kepada yang
layak adalah merupakan satu jenayah dan kezaliman.
(ii) Memelihara harta umum: memelihara harta umum adalah neraca yang cukup halus
menunjukkan sejauh mana amanah seseorang yang ditugaskan sebagai masul,
bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Setiap pencurian, penyelewengan, khianat
terhadap harta umum dinamakan oleh Islam sebagai ghalul.
Firman Allah dalam Surah al- Imran ayat 161 yang bermaksud:
Tidak mungkin seseorang nabi berkhianat dalam urusan harta rampasan perang.
Barang siapa yang berkhianat dalam harta rampasan perang itu, maka pada hari kiamat
akan membawa apa yang dikhianatkannya itu.
(iii) Tidak membazir harta umum: membazirkan harta umum hukumnya haram. Islam
telah mengharamkan pembaziran dalam segala bentuk harta khusus ,apatah lagi
pemberian itu berlaku dalam bentuk harta umum.

Firman Allah yang bermaksud:


Janganlah kamu membazir ,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
membazir. (Surah Al-Anam -141-)

Isu pecah amanah berleluasanya dalam ekonomi negara , dalam masyarakat

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

11

malah dalam intitusi kekeluargaan pada masa kini . Isu ini mungkin berpunca dari sifat
tamak. Punca mungkin sifat kerohanian yang berkurang dalam diri dan dari segi
pembinaan pengurusan dan pentadbiran. Jika masyarakat telah hilang nilai amanah
akan segera ditimpa krisis kepercayaan, dan sama juga dengan kehidupan yang hilang
nilai amanah pasti akan runtuh. Apa yang pasti amanah adalah nilai atau prinsip yang
melandasi segala aktiviti manusia yang melahirkan individu yang tahu maksud hidup
dan pandai pula mengisi keperluan hidup dengan bijaksana tapi bukan hidup untuk
menyusahkan orang atau mengambil kesempatan. Orang yang amanah seharusnya
orang yang boleh dipercayai. Tanpa kepercayaan dari orang ramai, tidak akan ada
institusi ekonomi yang dapat berdiri dengan sendirinya. Hakikat inilah yang pernah
diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. bahawa apabila amanah sudah hilang, tunggu sahajalah
saat keruntuhannya. Ketika ditanya bagaimana amanah boleh hilang, Junjungan s.a.w.
menjawab apabila sesuatu tanggungjawab itu diserahkan kepada yang tidak layak
memikulnya. (maksud Hadith). Bila kita menyerahkan tugas kepada yang tidak layak
semestinya akan terjadi amalan pilih kasih, atau dalam masyarakat yang sudah tidak
lagi merasakan tugas itu sebagai amanah dan tanggungjawab tetapi menganggapnya
sebagai kebesaran yang penuh glamor. Begitulah juga halnya dalam aktiviti mencari
rezeki kita pada hari ini. Sumber rezeki ialah dari Allah dan ia adalah secara langsung
berhubungan dengan Allah. Keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan yang memberi
rezeki melahirkan sikap amanah dalam kehidupan seharian, bahawa rezeki ada di
mana-mana asalkan dia mahu berusaha dan halal. Namun ia juga perlu sedar bahawa
Allah tidak cuma memberi rezeki tetapi juga menentukan kadarnya. Ia harus rela
menerima kadar rezekinya dan tidak perlu tamak.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

12

Kebahagiaan itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Bahkan, apa
sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu adalah sebuah rasa, sama dengan sakit, senang, susah, kesal atau juga
rindu, semua itu adalah sebuah rasa, atau banyak orang menyebutnya dengan kata
perasaan. Dan ketahuilah yang namanya perasaan itu adanya di dalam hati manusia.

Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara
seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi
apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada
perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu moving target
yang tidak spesifik ertinya. Selain itu, Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu
bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan
kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi
hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara
automatik bahagialah mereka.
Menurut imam al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil
mencapai

ma'rifatullah",

telah

mengenal

Allah

SWT.

Selanjutnya,

al-Ghazali

menyatakan:
"Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu bila kita rasakan nikmat, kesenangan dan
kelazatannya maka rasa itu ialah menurut perasaan masing-masing. Maka kenikmatan

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

13

(mata) ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang
merdu, demikian pula segala anggota yang lain dan tubuh manusia. kebahagian hati
ialah ma'rifat kepada Allah, kerana hati dijadikan untuk mengingat Tuhan.

Maka

menurut islam, berkenalan dengan Allah, adalah puncak segala kebahagiaan. Lebih
dari apa yang dapat dibayangkan oleh manusia, sebab tidak ada yang lebih tinggi dari
kemuliaan Allah. Dan oleh sebab itu tidak ada ma'rifat yang lebih tiinggi daripada
ma'rifatullah.

KAEDAH

KAJIAN

Biodata tokoh agama Islam yang ditemu ramah :

Nama

USTAZ LAMSIN BIN HAJI ANGGALI

Umur

57 TAHUN

Asal

PUTATAN, SABAH.

Latar Belakang Pendidikan :

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Latar Belakang Kerjaya

PENDAKWAH

Lokasi Temuramah

PEJABAT JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI


SABAH, CAWANGAN PENAMPANG. SABAH.

Biodata tokoh agama kristian yang ditemu ramah :

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J


Nama

: Pastor Patrick Balang

Gereja

: BEM / SIB Bandar Limbang

14

Latar Belakang Pendidikan : Sekolah Teologi Buduk Aru, Bakelalan, Lawas Sarawak
peringkat
Sijil dan melanjutkan pendidikan peringkat diploma di Royal
Priesthood Bible College (PRBC)
Kelang Lama, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kerjaya

: ketua agama bagi gereja Borneo Evangelical Mission,

Bandar
Limbang , selama 23 tahun (1990-2013)
Lokasi Gereja

: Batu 2, Jalan Kubong, 98700 Limbang, Sarawak

ANALISIS
Kebahagian
Kebahagiaan adalah suatu perkara yang sentiasa dicari oleh setiap insan di dunia,
kerana bahagia merupakan kepuasan batin yang tertinggi.Oleh sebab itu manusia
selalu berjuang dan berusaha semaksima mungkin untuk memperoleh kebahagiaan
yang hakiki.Namun dalam kehidupan ini ternyata banyak orang yang gagal dalam
usahanya memperolehi kebahagiaan, sehingga mereka sering mengalami berbagai

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

15

penderitaan dalam hidupnya.Kenyataan seperti itu sungguh banyak kita saksikan dalam
kehidupan masyarakat, orang-orang yang menderita tekanan batin, stress, putus asa,
gila bahkan ada yang bunuh diri.

Sebenarnya orang-orang yang merasa gagal dalam memperoleh kebahagiaan sejati


dalam hidup ini disebabkan antara lain oleh :

Pertama, mereka mengukur kebahagiaan dalam bentuk kebendaan dan kebahagian itu
akan tercapai bila sudah memiliki banyak harta benda, simpanan wang, rumah yang
besar, kereta mewah atau tanah yang berekar-ekar. Andainya semua itu belum ada
maka belumlah dikatakan bahagia kehidupan seseorang itu. Seseorang yang
beranggapan sedemikian, akan sentiasa menilai sesuatu dengan ukuran kebendaan
semata. Oleh kerana itu dia bekerja dan berusaha dalam hidupnya hanyalah sematamata mencari kekayaan sahaja, tanpa menunaikan keperluan agamanya.Akhirnya
kehidupannya hanya diperhambakan oleh kebendaan dan harta benda (abdul-maal)
duniawi sedangkan keperluan rohani (jiwa) adalah merupakan faktor yang sangat
penting dalam menempuh kebahagiaan hidup yang sejati.

Orang yang telah diperhambakan oleh kebendaan kadangkala menganggap hal


keagamaan sebagai urusan yang remeh jika dibandingkan dengan urusan kekayaan
mereka. Segala kegiatan ibadah yang wajib dan sunnah bagi mereka tidak akan
membawa keuntungan, bahkan membuang masa untuk mendapatkan lebih banyak
harta benda dan kekayaan. Perkara yang berkaitan dengan agama dipandang remeh

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

16

tanpa mempedulikan sama ada apa yang dilakukan mereka itu halal ataupun haram
yang penting akan menghasilkan apa yang mereka kehendaki malah sangup untuk
merampas hak kaum lemah serta menindasnya demi kepentingan harta duniawi.
Perbuatan yang sedemikian akan membawa kepada kehancuran hidup kerana tidak
diredhi oleh Allah SWT. Akhirnya semua itu akan menimbulkan rasa tidak senang hati,
keresahan dan risau berpanjangan kerana mendapat harta yang tidak halal disisi
agama. Kehidupannya yang disaluti harta yang banyak tidak akan memberi kepuasan
kebahagiaan yang sejati.

Oleh karana itu, Islam sentiasa membimbing umatnya, agar bila mereka ingin
mendapatkan kebahagiaan hidup hendaklah tidak menjadikan harta sebagai urusan
bagi segala-galanya serta menjadi tujuan hidup.Tujuan yang sebenarnya adalah
mengabdikan kepada Allah, ukurannya adalah taqwa, buahnya adalah kebahagiaan
hakiki. Maka salah satu ciri orang bertaqwa ialah mereka yang mampu menjaga
keseimbangannya

antara

kekayaan

rohani

dan

kekayaan

jasmani,

tidak

menghambakan diri kepada kebendaan serta mampu menggunakan kekayaan dunia


untuk urusan agamanya dan beriman kepada Allah SWT.

Dalam hal harta Allah SWT berfirman :

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang
kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk
menjadi harapan.(Q.S. Al-Kahfi/18:46).

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

17

Penyebab kedua, yang menjadikan orang gagal mencapai kebahagiaan adalah kerana
mereka

mengukur

kebahagiaan

hidup

ini

dengan

nafsu,

khususnya

nafsu

syahwat.Pada pendapat mereka untuk mencapai kepuasan dan kebahagiaan adalah


apabila telah dipenuhi segala kepuasan nafsunya. Orang-orang yang berpandangan
demikian, akan selalu bekerja dan berusaha hanyalah untuk memenuhi kepuasan nafsu
semata. mereka tidak tahu dengan larangan agama, bahkan tidak peduli dengan
berbagai peringatan dan ancaman Allah SWT.

Oleh karana itu dalam usahanya untuk memperoleh kepuasan nafsu, mereka
kadangkala menggunakan jalan-jalan yang terlarang, bahkan mereka berani melakukan
kejahatan,

hidup

berfoya-foya

dan

membuang

masa

tanpa

tujuan.

Namun apa yang mereka lakukan itu ternyata tidak pernah memberikan kepuasan dan
kebahagiaan Bahkan semakin mereka mencari kepuasan tersebut akan terasa semakin
banyak pula kepuasan yang belum ia raih. Ia seperti mengejar bayang-bayang yang tak
pernah kesampaian.

Untuk itu Islam sentiasa memberi peringatan kepada kita agar tidak menjadikan nafsu
sebagai ukuran dalam menentukan kebahagiaan hidup. Bahkan kita harus berwaspada
terhadap nafsu, kerana nafsu selalu cenderung untuk kita melakukan perbuatan yang
buruk.Nafsu memang ada manfaatnya bagi kita boleh mengawal dengan baik, antara
lain, memberi semangat untuk bekerja serta semangat untuk melakukan perkara yang
positif. Tetapi bila tidak dapat dikawal ianya akan mengheret kita kepada perbuatan
yang membawa kepada kemusnahan hidup. Untuk mengawal nafsu dengan baik, kita

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

18

perlu berpandukan dengan Al Quran dan Sunnah Rasul, serta sentiasa berwaspada
mengenai bahaya nafsu yang tidak mungkin dapat dihilangkan itu dan kebahagiaan
hidup yang hakiki akan dapat kita kecapi.

Dalam hal nafsu Allah SWT berfirman :


Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi
rahmat oleh Tuhanku.(Q.S. Yusuf/12 : 53).

Penyebab ketiga yang menjadikan gagalnya seseorang dalam mencapai kebahagiaan


adalah kerana tidak punya pegangan hidup atau salah dalam memilih pegangan hidup.
Seseorang yang tidak mempunyai pegangan hidup akan sulit mencapai kebahagiaan
kerana tidak mempunyai pegangan hidup atau salah dalam memilih pegangan hidup
dan ianya tidak punya tujuan hidup yang jelas. Manakala bagi mereka yang salah
dalam memilih jalan hidupnya, akan terjebak ke dalam perjalanan hidup yang tak tentu
arahnya dan mengejar kebahagiaan yang bersifat fatamorgana. Akhirnya secara tidak
sedar akan menjerumus ke lembah kesengsaraan dan kemusnahan hidup.

Salah satu syarat untuk mencapai kebahagiaan hakiki, seseorang harus mempunyai
pegangan hidup yang jelas dan benar .Allah SWT telah mengajarkan kepada kita untuk
selalu

berpegang

pada

pedoman

Al

Quran

dan

Sunnah

RasulNya.

Al Quran adalah petunjuk buat sekalian manusia yang akan memberi panduan dan
ajaran tentang berbagai bidang kehidupan. Sedangkan Sunnah Rasulullah adalah
penjelasan dari ajaran tersebut agar kita dapat secara praktikal melaksanakannya.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

19

Siapa yang berpegang pada keduanya di jamin akan mendapat kebahagiaan hidup
yang sejati dan abadi dan tidak akan sesat selama-lamanya.

Dalam hal pegangan hidup, Allah SWT berfirman :


Barang siapa berpegang teguh dengan (agama) Allah, mala sesungguhnhya ia telah
diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.(QS. Ali Imran/3 : 101).

Dari huraian diatas dapatlah disimpulkan bahawa : Pertama kebahagiaan menurut


Islam adalah kebahagiaan yang didasarkan kepada tuntunan Al Quran dan Sunnah
Nabi, kedua dengan tuntutan tersebut Islam menjamin kepada penganutnya
kebahagiaan yang hakiki

Setiap manusia menginginkan kesempurnaan dan kebahagian dalam segala aspek


kehidupannya, baik secara lahir maupun secara batin. Secara lahir semua manusia
menginginkan kesempurnaan dalam penciptaannya, tidak hairan kalau semakin hari
semakin banyak kita berjumpa dengan berbagai saranan untuk memperbaiki rupa
bentuk manusia secara lahir seperti alat-alat kecantikan dan lain-lain. Secara lahirnya,
manusia ingin kaya, mudah dalam segala-galanya serta menolak untuk hidup susah.
Demikian juga secara batin, semua manusia menginginkan kebahagiaan batin, mereka
menginginkan kedamaian serta ketenangan jiwa dalam mengharungi hidup di dunia
ini.Tidak hanya sebatas di dunia, namun semua manusia menginginkan kebahagiaan di
dunia ini juga kebahagiaan di akhirat nanti.Keinginan tersebut merupakan hal yang
wajar serta sesuai dengan fitrah diciptakannya manusia. Dari cara yang diajarkan oleh
Allah SWT melalui para utusannya sehingga cara yang mereka temukan sendiri.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

20

Secara lahir, kita menyaksikan manusia bekerja dengan berbagai pekerjaannya untuk
mencapai kebahagiaan duniawi yang mereka inginkan. Secara batin, kita menyaksikan
banyak manusia yang berusaha untuk mendapatkan ketenangan batinnya dengan
berbagai cara pula. Sebagai seorang muslim yang telah memiliki pegangan dalam
menjalani hidup di dunia ini, tentu Allah SWT sudah menyiapkan saranan tersendiri
untuk membahagiakan para hambaNya. Kebahagiaan menurut al-Quran salah satunya
adalah memahami konteks-konteks ayat al-quran dalam semangat dasarnya terhadap
pembentukan pandangan individual dalam kehidupannya di dunia.

KEADILAN

Islam adalah agama persamaan dan keadilan.Allah SWT bersifat adil dan cintakan
keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil.Antara asas yang sangat ditekankan
dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.Banyak ayat alQuran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat zalim.
Keadilan berasal daripada perkataan adil yang bermaksud pertimbangan yang wajar
atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan secara
sewenang-sewenangnya. Keadilan merujuk kepada perbuatan dan tindakan yang wajar
dan boleh diterima oleh orang lain. Al-Imam Mawardi menyifatkan keadilan sebagai
memiliki sifat benar, terjamin keimanan, terjauh dari sesuatu yang haram, tenang ketika
reda dan marah serta berterusan menjaga maruah di dalam urusan agama dan dunia.

Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

21

dengan tauhid dan khilafah.Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan,
keadilan juga seharusnya mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik,
budaya dan lain-lain.Menegakkan keadilan akan menciptakan kebaikan kepada
sesiapapun, manakala pelanggaran terhadapnya akan mengakibatkan mala petaka.

Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam semua
aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh. Sekiranya
ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah SWT. Tidak
ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia.
Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak
diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam
Islam.

Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap perhubungan, antara pemimpin
dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri, mahupun ibu bapa dan anakanak.Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan
dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara.Sifat dan tabiat yang adil
mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh
ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh
ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya.Keadilan yang
diperkenalkan oleh Islam adalah keadilan yang pasti, ia tidak dapat digoncang oleh rasa

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

22

cinta dan benci, tidak pula dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan
kecenderungan peribadi. Pengertian keadilan Islam dalam aspek kemasyarakatan tidak
akan difahami dengan tepat kecuali apabila difahami tasawur Islam mengenai
ketuhanan, alam sejagat, kehidupan dan manusia kerana keadilan sosial Islam adalah
satu cabang kecil daripada komponen induk tersebut. Keadilan berkait akidah
Ini bermakna keadilan mestilah diikat dan dikaitkan dengan konsep akidah dan
keimanan yang mendalam kepada Allah SWT serta tugas manusia sebagai khalifah
Allah SWT di bumi ini, iaitu tugas sebagai agen pembangunan jasmani dan rohani.
Keadilan menjadi matlamat kehidupan manusia, ia sangat dituntut dan tidak mungkin
terhasil, kecuali dalam jiwa dan hati yang tulus murni.
Hasil daripada keimanan kepada Allah SWT, seorang Muslim akan bersifat adil,
mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-norma akhlak mulia, biarpun ketika
bersama orang bukan Islam. Mereka juga akan membenci kezaliman, membalas
dengan seksaan kepada pelaku-pelaku zalim, biarpun kezaliman itu dilakukan oleh
seorang Islam. Al-Quran menyatakan dengan jelas akan kedudukan sifat orang-orang
yang zalim dan balasan kepada orang-orang zalim ialah neraka. Justeru Allah SWT
telah mengulang-ulang perkataan zalim sebanyak 226 kali di dalam al-Quran.

Ini menunjukkan kepada pentingnya sifat buruk dan keji ini dijauhi oleh seluruh umat
Islam khususnya dan umat manusia amnya.Al-Quran tidak hanya menghubungkan adil
sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujuk
kepada integriti dan kejujuran di dalam semua urusan hidup manusia. Keadilan dalam

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

23

Islam sangat penting kerana ia akan menjamin kestabilan demi pembangunan umat
Islam. Apabila Islam membawa idea tentang keadilan dalam masyarakat jahiliah, maka
mereka yang dulunya berpecah belah dan saling bermusuhan menjadi bersatu padu
dan saling berkasih sayang.Justeru apabila undang-undang dan keadilan dalam Islam
terpesong angkara segelintir umatnya, kegemilangan Islam mula merosot.
keadilan juga menjadi unsur yang penting untuk membina masyarakat yang adil dan
makmur, atau dengan kata lain, masyarakat yang adil dan makmur tidak akan dapat
diwujudkan jika keadilan tidak ditegakkan. Keadilan perlu ditegakkan kerana ia akan
memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan individu dengan
orang lain. Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas
mana-mana pihak.Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya
tanpa mengira bangsa dan agama.Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman,
baginda SAW tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi, sama
ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang lain yang berbeza
bangsa dan agama.
Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil
itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

24

PERPADUAN

Secara umumnya, menurut pandangan Islam, perpaduan terjalin melalui dua ikatan,
iaitu

perpaduan

sesama

anggota

masyarakat,

dan

perpaduan

antara

kaum

Muslimin.Perpaduan juga dapat dilihat daripada dua jurusan atau dimensi, iaitu,
pertama:

perpaduan

luaran

yang

tergambar

sebagai

kerukunan

muafakat,

memperteguh suasana sosiopolitik negara demi kepentingan bersama. Kedua:


perpaduan yang jauh lebih asasi, iaitu kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan
kejiwaan dan kerohanian.

Pengertian perpaduan mengikut dimensi atau jurusan pertama adalah merujuk kepada
kerukunan politik kerana mereka mempunyai kepentingan umum seperti menetap di
negara yang sama. Oleh kerana mereka lahir di tanah tumpah darah yang sama, maka
mereka pun menjadi warganegara yang sama. Jika dibandingkan antara satu wilayah
dengan wilayah yang lain, ia adalah perpaduan sosial sesebuah masyarakat yang
serupa

dari

segi

pembawaannya,

warna

kulitnya,

budayanya

dan

bahasa

pertuturannya.

Usaha untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam oleh ahli-ahli politik dalam
negara ini merupakan satu kegiatan yang baik dan perlu dialu-alukan.Perpecahan umat
Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh
melemahkan kekuatan Islam dalam negara ini.Kemenangan dan kejayaan itu hanya
akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

25

dipimpin. Dan kerana itulah, Rasulullah s.a.w pun menegaskan, bahawa orang-orang
yang beriman itu adalah bersaudara.

Pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah s.w.t yang
bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan
jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu
(sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka, menjadilah
kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang
neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya. (Ali-Imran: 103)
Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam di mana yang
menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli
tafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.
Dari segi sejarah, Masyarakat Madinah generasi pertama Islam telah diakui oleh
dunia sebagai masyarakat yang bersatu padu, masyarakat par excellence.Pada ketika
itu Islam mampu memupuk perpaduan dalam kehidupan beragama, bermasyarakat dan
bernegara.

Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan
Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah s.a.w perlu dijadikan
contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan
minoriti berbanding dengan penganut Kristian dan Yahudi yang mendominasi Madinah
ketika itu. Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk
teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan Islam

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

26

yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu, maka tertegak akhirnya
sebuah negara yang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi
Muhammad s.a.w.

Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai


institusi sosial.Masjid Nabawi dan Masjid Quba adalah model institusi terawal Islam
dalam menjana perpaduan.Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan
solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda
menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam,
melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak
yang mulia.

Nabi Muhammad s.a.w juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam


menerusi ikatan ukhwah sesama Islam.Kaum Aus dan Khazraj yang sedemikian lama
bersengketa telah berjaya didamaikan.

Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan
kaum, bangsa dan agama. Sama-sama berganding bahu mentaatinya sebagai langkah
membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.

Rasulullah s.a.w memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan


yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah. Ini terbukti apabila Baginda
ditanya oleh seorang sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub AlAnsari dalam hadisnya yang bermaksud:

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

27

Ya!, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke
dalam syurga. Maka sabda Rasulullah s.a.w: Engkau beribadah kepada Allah S.W.T
dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan
menghubungkan persaudaraan.

Jika ditelusuri sejarah, kita akan dapati bahawa tindakan afirmatif yang menjamin
kestabilan dan kerukunan masyarakat berbilang kaum bukanlah asing dalam Islam.
Pendekatan afirmatif dalam pengagihan kekayaan turut dilaksanakan oleh Rasulullah
s.a.w sebagai ketua negara yang mentadbir pelbagai kelompok di Madinah yang
berlainan agama, bangsa, puak dan keturunan.
Umpamanya, dalam peristiwa pembahagian harta Al-Fai, iaitu hasil rampasan yang
diterima tanpa berperang kepunyaan Bani Nadhir, Rasulullah turut menggunakan
pendekatan afirmatif secara bijaksana. Dalam pembahagian tersebut, Rasulullah hanya
memperuntukkan harta tersebut kepada puak Muhajirin (para penghijrah dari kota
Mekah) tanpa diberikan kepada puak Ansar (penduduk asal Madinah) melainkan
kepada dua orang Ansar yang memang miskin.

Selaku

ketua

negara,

Rasulullah

menggunakan

kebijaksanaan

politik

dalam

pembahagian ini dengan mengambil kira keadaan masyarakat Muhajirin yang


meninggalkan segala kekayaan dan harta benda mereka di Mekah demi tuntutan
hijrah.Sedangkan puak Ansar memiliki limpahan kekayaan di Madinah hingga wujud
ketidak seimbangan ekonomi antara Ansar dan Muhajirin.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

28

Pendekatan afirmatif ekonomi Rasulullah yang bertujuan mengurangkan jurang


kekayaan antara Ansar dan Muhajirin ini turut mendapat restu Allah apabila ayat alQuran (al-Hasyr: 7) khusus diturunkan memperakui tindakan Nabi s.a.w.

Ini adalah sebahagian daripada coretan sejarah yang membuktikan betapa pentingnya
kebijaksanaan dalam merencana strategi dan pendekatan terbaik bagi memastikan
keharmonian hidup masyarakat berbilang latar belakang dan keupayaan. Apa yang
penting sebarang unsur yang boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan masyarakat
harus dihapuskan.

Di sinilah pentingnya sejarah yang harus difahami dan kembali ditelaah oleh generasi
pewaris negara agar lebih menghayati dan menghargai suasana keharmonian kaum
yang wujud, sekali gus memaksa semua pihak bertolak ansur dan bersifat berlapang
dada antara satu sama lain.

Usahlah kerana ideologi politik yang sempit, kita sanggup membakar jambatan
perpaduan yang telah lama terbina.Usahlah hanya kerana kepentingan jangka pendek
untuk berkuasa, kita sanggup meleburkan semangat perpaduan yang menjadi teras
perpaduan masyarakat dan keharmonian negara.

Masyarakat yang menjiwai makna kesatuan adalah masyarakat yang sentiasa bersikap
terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain. Masyarakat yang mengerti
mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang bukan-bukan atau
mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, masyarakat yang cintakan perpaduan

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

29

dan keamanan adalah masyarakat yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan kelompok dan kepartian.

Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut keikhlasan dan komitmen semua pihak


dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman antara kaum terus segar.
Hanya melalui semangat inilah masyarakat Malaysia mampu terus hidup dalam
suasana negara yang aman dan harmonis.

Sejarah juga telah mencatatkan bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w hampir
mencetuskan pergaduhan sesama muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan
tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah
s.a.w.

Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam
pada zaman pemerintahan Uthman dan Ali. Dan kalau kembali pada surah aI-Hujuraat
ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik,
di mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah
di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh,
maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

30

Daripada Abi Nijih Irbadh bin Sariyah r.a, Kami telah dinasihati Rasulullah s.a.w akan
satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika
mendengarkannya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat
yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.Lalu baginda pun bersabda,
Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar
serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang
hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan
melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan
sunnahku dan para Khulafah Ar-Rasyidin (khalifah-khalifah yang mengetahui
kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu
dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bidaah) yang diadaadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat. (Riwayat Abu Daud
dan Tirmizi)

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang amat berharga daripada Rasulullah


s.a.w bagi umatnya, terutama apabila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh
dengan perselisihan. Oleh hal yang demikian itu, sesiapa yang mahu selamat, maka
hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam
hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

31

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum Muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang
dengan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w dan contoh teladan daripada Khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh
kepada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w dan contoh teladan daripada
Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) yang mana mereka telah
mendapat petunjuk daripada Allah Taala.

Keempat:

Menjauhi perkara-perkara bidaah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan

amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil
atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal / asas atau dalil, maka tidaklah
perkara-perkara yang baru itu dikatakan bidaah menurut pengertian syarak (bukan
bidaah dholalah) tetapi hanya dinamakan bidaah menurut pengertian loghat atau
bahasa sahaja (jaitulab bidaah hasanah).

Perpaduan dan penyatuan umat Islam merupakan asas kekuatan umat Islam dan ini
telah dibuktikan dalam peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan di
mana umat Islam telah diberikan kemenangan dan dibantu oleh Allah walaupun
bilangan pihak musuh, Quraisy, lebih ramai daripada umat Islam ketika itu.

Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia inginkan perpaduan tidak kira apa
kaum atau bangsa mereka. Tiada manusia dari apa kaum atau bangsa sekali pun yang
sukakan perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu membawa kepada

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

32

permusuhan dan seterusnya kepada perbalahan, pergaduhan dan peperangan.

Kalau berlaku pergaduhan dan peperangan, manusia akan jadi susah. Susah dalam
mencari rezeki, tidak aman dalam perjalanan, tidak dapat tidur, tidak dapat rehat,
sentiasa sahaja bimbang, takut rosak harta benda ataupun terkorban nyawa. Kalau
masih hidup pun selepas peperangan, mungkin akan cacat anggota. Dengan demikian,
akan terhalang untuk mencari kekayaan, untuk membangun dan untuk membuat
kemajuan.

Bila

berlaku

peperangan,

manusia

hilang

kebebasan.Manusia

hidup

dalam

ketakutan.Jiwa manusia tertekan.Mereka jadi keluh-kesah dan gelisah. Kesan dan


risiko peperangan sangat besar dan sangat buruk. Mungkin kesan buruknya terpaksa
ditanggung oleh beberapa generasi yang akan datang.

Oleh itu, perpecahan adalah musuh kepada manusia.Sebab itu manusia tidak mahu
dan tidak suka kepada perpecahan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan
yang aman damai kerana di situlah letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang
diidamkan oleh semua manusia tidak kira apa etnik dan bangsanya. Justeru itulah
manusia sangat ingin kepada perpaduan.Manusia itu makhluk yang bermasyarakat dan
adalah menjadi fitrah semulajadi manusia suka bergaul, bermasyarakat, bertemu dan
berjumpa antara satu sama lain. Di antara sebabnya ialah:

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

33

1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Apabila bersendiri, terasa sepi dan
kosong. Apabila bertemu dan bergaul, manusia dapat berbual antara satu sama
lain. Fikiran dan hati akan rasa terisi dan jiwa akan terhibur.

2. Untuk mendapatkan kesemua keperluan hidup, walaupun yang asas, manusia


tidak mampu mengusahakan kesemuanya secara bersendirian. Mesti ada
bantuan orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung.
3. Manusia tidak boleh terlepas dari berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit,
miskin, ditimpa bencana alam, kematian dan sebagainya. Manusia memerlukan
bantuan orang lain dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah
tersebut.

4. Watak dan tabiat semulajadi manusia sering mengundang seteru dan musuh.
Untuk menolak kejahatan musuh, manusia perlu kepada kawan atau pihak-pihak
yang dapat menolong.

5. Kerana adanya rangsangan dan tarikan di antara lelaki dan perempuan maka
timbul perlu memerlukan di antara satu sama lain. Maka berlakulah perkahwinan
dan pertemuan di antara dua keluarga.

6. Manusia juga ingin membangun dan maju. Maka mereka wujudkanlah


perniagaan dan perdagangan. justeru itu maka lahirlah perhubungan di antara

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

34

majikan dan pekerja. Majikan perlukan pekerja kerana tenaga dan kemahiran
mereka dan pekerja pula perlukan majikan untuk mendapat saraan dan gaji.

7. Tabiat semulajadi manusia inginkan ilmu. Maka lahirlah perhubungan di antara


guru dan murid yang saling perlu-memerlukan.

8. Sudah menjadi tabiat semulajadi orang yang pandai dan kuat ingin menjadi
pemimpin. Orang yang lemah pula ingin dilindungi oleh orang yang kuat. Maka
lahirlah perhubungan di antara pemimpin dan pengikut yang sama-sama saling
perlu-memerlukan.

Setelah diteliti perkara-perkara di atas, nyata dan jelas sekali kepada kita bahawa
dalam kehidupan ini, manusia memerlukan satu sama lain. Manusia perlu sandar
menyandar, bertolong-bantu dan bekerjasama.Kalau tidak, manusia tidak boleh
hidup.Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak
mendorong, keadaan dan realiti hidup akan memaksa manusia memerlukan satu sama
lain.

Perpaduan di kalangan umat Islam itu adalah berasaskan ikatan jiwa yang satu aqidah
dan satu iman yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang Islam. la bukan sekadar
aqidah atau iman yang berdasarkan akal fikiran semata-mata tetapi ia adalah aqidah
atau iman yang benar-benar dapat mencetuskan cinta kepada Allah Taala atau yang

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

35

benar-benar dapat mencetuskan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala serta diikat
pula oleh syariat Islam sebagai peraturan dan disiplin kehidupan.

Apabila ikatan jiwa atau perpaduan yang asas ini wujud dengan kuat dan teguh, maka
perpaduan yang lain seperti perpaduan fizikal atau perpaduan fikiran akan
memperindahkan lagi perpaduan tersebut dan membuatkannya bertambah lengkap dan
kemas. Akan tetapi kalau perpaduan yang asas ini tidak wujud ataupun lemah,
perpaduan fizikal dan fikiran tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak akan
menambahkan apa-apa kepada perpaduan umat Islam.

Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh aqidah dan iman dan yang dihayati ini amat teguh
kerana ikatannya berkait terus dengan Allah Taala yang bersifat kekal abadi. Ikatan jiwa
yang sama-sama terhubung dengan Allah ini tidak reput dan tidak rapuh. la tidak
bersifat dengan sifat yang baharu atau bersifat dengan sifat makhluk yang banyak
mempunyai kelemahan. Siapa yang bersandar dengan makhluk pasti lemah dan siapa
yang bersandar terus dengan Allah SWT pasti kuat dan teguh.

Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh aqidah atau iman yang satu.Itulah dia
yang dikatakan kesatuan atau perpaduan jiwa.Perpaduan jiwa dengan Tuhan tidak ada
kepentingan dunia. Oleh itu penyakit pecah-belah tidak akan wujud kerana penyakit
pecah-belah hanya akan hidup subur jika ada kepentingan dunia. Apabila penyakit
pecah-belah tidak wujud, maka perpaduan umat Islam akan selamat dari bahaya

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

36

pecah-belah kerana yang memecah-belahkan manusia itu ialah dunia dan mata
bendanya dan nafsu yang rakus yang tidak terkawal. Kalau jiwa sudah terpaut dengan
dunia dan mata bendanya, akan timbul penyakit tamak, bakhil, rebut merebut dan saing
menyaingi. Kemudian akan timbul perasaan hasad dengki, sakit-menyakiti hati sesame
sendiri, marah, dendam- berdendam, fitnah- memfitnah dan umpat- mengumpat.
Lahirlah budaya nafsi-nafsi dan pecahlah umat.

Perpaduan aqidah atau perpaduan iman ertinya sama-sama cintakan Allah SWT atau
sama-sama takutkan Allah.Walaupun semua manusia sama-sama cinta atau takutkan
Allah Taala, namun Allah itu tidak jadi rebutan dan tidak berlaku sebarang
persaingan.Makin masing-masing kuat cinta atau takutnya kepada Allah, semakin kuat
masing-masing bersatu dan berpadu. Cuma orang-orang yang tidak beriman atau
orang-orang yang sudah lemah iman mereka sahaja yang akan merasa tidak senang.
Dari mereka ini sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang-orang yang kuat cinta dan
takutnya kepada Allah SWT.

KEMANUSIAN

Al-quran diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman hidup bagi
manusia dalam mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Al-quran memberikan
petunjuk dalam persoalan-persoalan akidah, syariah dan akhlak, dengan jalan
meletakkan dasar-dasar prinsip untuk ketiga-tiga persoalan tersebut.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

37

Allah SWT telah melebihkan manusia atas segala makhluk yang lain. Dimana manusia
diciptakan dari himpunan dua unsur iaitu tanah dan roh Allah SWT, diciptakan sebaikbaik kejadian dan diberikan dengan akal dan pelbagai kesempurnaan yang lain agar
benar-benar menjadi makhluk yang paling mulia. Semua ini dijadikan agar manusia
menunaikan amanah sebagai khalifah dan hamba yang beribadah dan memakmurkan
bumi sesuai dengan petunjuk Tuhannya. Firman Allah SWT:

Dan telah Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka didaratan dan
dilautan dan Kami beri mereka rezeki dari hal-hal yang baik dan Kami telah lebihkan
mereka atas kebanyakan dari makhluk yang kami ciptakan.(QS. Al-Isra:70).

Untuk menjaga kemuliaan dan kedudukan universal manusia sebagai satu kesatuan,
maka Islam meletakkan kaedah-kaedah yang akan menjaga hakikat kemanusiaan
tersebut dalam hubungan antara individu atau sekitarnya.

Asas Pertama: Saling menghormati dan memuliakan.


Sebagaimana Allah SWT telah memuliakan manusia, menjadi kewajipan setiap
manusia untuk saling menghormati dan memuliakan tanpa memandang jenis suku,
warna kulit, bahasa dan keturunannya.Bahkan Islam mengajarkan untuk menghormati
manusia walaupun telah menjadi mayat.Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW
berdiri khusyu menghormati jenazah seorang yahudi. Kemudian seseorang berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia jenazah yahudi. Nabi SAW bersabda:
Bukankah dia juga adalah seorang berjiwa ?. (HR. Imam Muslim).

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

38

Asas Kedua: Menyebarkan kasih sayang.


Ini merupakan eksplorasi dari risalah Islam sebagai ajaran yang utuh, kerana dia
datang sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka Nabi SAW bersabda: Tidak akan
terlepas kasih sayang kecuali dari orang-orang yang hina.

Asas Ketiga: Keadilan.


Seluruh

ajaran

dan

syariat

samawi

adalah

berasaskan

keadilan

dan

keseimbangan.Keadilan menjadi komponen utama dari syariat utama para Nabi dan
Rasul. Menurut syariat terakhir Islam, telah memberi gambaran tentang keadilan lebih
terperinci dan kuat.Menegakkan keadilan merupakan kewajipan untuk hidup aman
bahkan dalam keadaan perang sekalipun dan Islam berlaku adil kepada musuh untuk
mendekatkannya kepada ketaqwaan (QS. Al-Maidah:8).Untuk merealisasikan hal ini,
Islam tidak hanya menyuruh berbuat adil sahaja tapi juga mengharamkan dan melarang
keras umatnya melakukan kezaliman.

Asas Keempat: Persamaan


Asas ini adalah cabang dari tiang sebelumnya iaitu keadilan.Persamaan sangat
ditekankan khususnya dihadapan hukum. Faktor yang membezakan antara satu orang
dengan yang lain adalah taqwa dan amal soleh, (iman dan ilmu). (QS. Al-Hujurat:13).

Asas Kelima: Perlakuan yang sama

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

39

Kaedah umum baik antara individu dan kelompok masyarakatnya adalah berkelakuan
yang sama atau lebih baik. Membalas suatu kebaikan dengan kebaikan yang sama
atau lebih baik adalah tuntutan setiap masyarakat yang menginginkan hubungan
harmonis antara anggota-anggotanya. Semuanya terkandung dalam firman Allah SWT
dalam Al-Quran (QS. Al-Isra:7).

Asas Keenam: Berpegang teguh pada keutamaan.


Asas ini sering dinyatakan dengan taqwa, ihsan dan kebaktian dibeberapa surah dalam
Al-Quran.(misalnya dalam Surah Al-Baqarah:177 dan 194, Al-Mukminun:96,
Fushshilat:34).Dan diantara fenomena berpegang kepada keutamaan; berlemah
lembut, memaafan, berlapang dada, bersabar, ringan tangan, menolong dan lainlain.Dan yang paling jelas dan tampak sekali kebaikannya adalah membalas suatu
kejahatan dengan yang lebih baik (QS. Fushshilat:34).

Asas Ketujuh: Kebebasan (merdeka).


Dalam asas inilah betapa jelas sekali Allah SWT memuliakan manusia dan memenuhi
kemahuan, fikiran serta perasaan dan membiarkannya menentukan nasibnya sendiri
dengan petunjuk dan kesesatan dalam keyakinan malah bertindak dengan akibat
perbuatannya dan muhasabah dirinya. Dengan kebebasan bukanlah bermakna
melepaskan diri dari segala ketentuan dan ikatan kerana menuruti hawa nafsu sehingga
seseorang itu melanggar hak orang lain. Jika demikian halnya akan berlakulah
kekacauan dan kerosakan di muka bumi ini. Syaikh Muhammad Abu Zahrah
mengatakan:

Sesungguhnya

kebebasan

yang

hakiki

dimulai

dengan

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

40

membebaskan jiwa dan nafsu mengikuti syahwat dan menjadikannya tunduk


kepada akal dan hati. Apalagi sampai menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan
(QS. Al-Jatsiyah:23).

Asas kelapan: Berlapang dada dan toleransi (tasamuh)


Tasamuh adalah sabar menghadapi orang lain serta pendapat dan amalan mereka
walaupun bertentangan menurut pandangan Islam dan tidak boleh menyerang serta
mencela dengan membuat orang tersebut sakit dan tersiksa perasaannya malah tidak
boleh memaksa atau melarang mereka dari mengemukakan pendapat serta melakukan
amalan-amalan mereka.Dan asas ini terkandung dalam ayat Al-Quran diantaranya,
Dan janganlah kalian mencela orang-orang yang berdoa kepada selain Allah,
yang menyebabkan mereka mencela Allah dengan permusuhan dengan tanpa
ilmu. Demikianlah Kami menghiasi untuk setiap umat amalan mereka, lalu Dia
mengabarkan kepada apa yang mereka lakukan. (QS. Al-Anam:108)

Asas Kesembilan: Saling tolong menolong.


Tabiat manusia adalah makhluk sosial kerana tidak ada seorang pun yang mampu
hidup sendiri tanpa bergaul dengan saudaranya. Dengan bermuamalah antara
manusialah akan berlakunya kemuafakatan.Terdapat banyak keperluan seseorang
individu yang tidak akan mampu dipenuhinya sendiri. Bahkan Islam tidak sekadar
menjadikannya asas hubungan antara manusia malah menentukan bahawa hamba
selamanya akan bergantung kepada pertolongan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

41

bersabda: Dan Allah selalu menolong seseorang selama orang tersebut selalu
menolong saudaranya. (HR. Muslim).

Asas Kesepuluh: Menepati janji


Menepati janji meliputi keseluruhan janji-janji yang baik.Ianya merupakan jaminan untuk
kepercayaan dalam perkara tolong menolong antara manusia.Dalam hal ini suatu
masyarakat akan hancur dan rosak apabila janji tidak ditepati yang merupakan satu
tanda kemunafikan. Nabi SAW bersabda: Tanda orang munafik itu ada tiga; bila
berbicara dia berbohong, bila berjanji dia melanggarnya dan bila diberi amanat
dia mengkhianatinya.

Inilah asas-asas hubungan kemanusiaan dalam Islam dan apabila melaksanakan


kesepuluh asas ini, masyarakat Islam akan kuat, berbarakah, hidup harmoni, bahagia
dan aman damai.

AMANAH
Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Ia
menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan
oleh setiap individu berkisar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas
dirinya.Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah
dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan.Salah satu daripadanya
ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara
dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

42

bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan


pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga,
masyarakat dan Negara.

Pengertian Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud


tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah
ialah

menghargai

kepercayaan

orang

lain

terhadap

diri

seseorang

dengan

melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata
lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang dan diberikan kepercayaan
melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila
tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang
yang menerima dan melaksanakan amanah tersebut mendapati dirinya tenteram,
aman, selamat dan harmoni.

Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :


1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul.
2. Amanah Terhadap Diri Sendiri
3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan
4. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Amanah Terhadap Allah SWT Dan Rasul.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J


Ia

bermula

daripada

kedudukan

manusia

sebagai

hamba

Allah

SWT

43

dan

tanggungjawab sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah


SWT ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya.Tanggungjawab manusia sebagai
khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan kebaikan di bumi ini
mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti
yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah mempunyai fungsi untuk taat,
patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan
sepenuhnya.Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul
dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa.Jika ini
dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT
sepertimana firmanNya.bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)
Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan
digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah
ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan
jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah
organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai
amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni.
Dengan

itu

produktiviti

akan

bertambah

dan

kebaikan

akan

berkembang.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

44

Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah.Rasul


menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu
dilaksanakan.Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan).Ia
merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai
serta dipatuhi. Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan
menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah
yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang
dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada
ketaatan dan kepatuhan

kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati

amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu
juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang
menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan
dan keyakinan.

Amanah Terhadap Diri Sendiri


Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT.Akal, mata, telinga, kaki,
tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah.Setiap diri kita mempunyai
tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah.Menjaga kebersihan,
kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian
daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

45

rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang
oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam
pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah.Ia hendaklah
digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada
melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik
dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti
mendengar umpatan. Lidah menjadi amanah Allah.Ia hendaklah dijaga dan dipelihara
daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika
disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga
akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri
sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah
Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya
untuk tujuan yang diredhai Allah.

Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan


Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan
antara satu sama lain. Tiada sesiapa pun yang dapat memenuhi semua keperluannya
tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai
kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan
keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para
penternak untuk mendapatkan daging. Para peniaga memerlukan pelanggan manakala
pengguna

memerlukan

khidmat

peniaga.

Para

pemimpin

memerlukan

pengikut.Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin.Tegasnya,

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J


tiada

siapa

yang

mampu

hidup

bersendirian,

kerana

manusia

itu

46

makhluk

bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang
dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang
terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku
itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang
memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain. Apabila pergantungan itu
diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan
untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan
yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan
dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan
penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama.
Masyarakat

bermula

dengan

perhubungan

dan

komunikasi

antara

manusia.

Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit


masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.

Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami
seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaikbaiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada
masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap
tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.

Kisah Dan Teladan

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

47

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang daripada khalifah kerajaan Bani
Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika beliau
sedang tekun menyiapkan kerja rasminya delam bilik istana, tiba-tiba salah seorang
puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan
urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang
berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya
merasa hairan lalu bertanya." Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih
baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?" Khalidah Umar menjawab,
"Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang
ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak
yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita
bincangkan ini adalah urusan keluarga " Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan
supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan
maka ia pun berkata kepada puteranya: " Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini
adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila
kemukakan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.

PENAMBAHBAIKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hasil daripada yang dijalankan, pemacu utama bagi mencapai kesejahteraan dan
mengeratkan hubungan etnik di Malaysia, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan
utama dengan memberi penekanan untuk penambahbaikan melalui:

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

48

Pendidikan

Pendidikan adalah merupakan pencetus utama yang perlu diambil berat kerana
generasi rakyat dan pemimpin akan datang adalah bergantung kepada apa yang
dicurahkan pada hari ini. Pihak kerajaan seharusnya menyediakan satu belanjawan
khas untuk pendidikan bagi memupuk semangat hubungan etnik dari akar umbi, Melalui
belanjawan tersebut, Kementerian Pendidikan seharusnya dapat memainkan peranan
dengan lebih berkesan dalam memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni.
Melalui kaedah pembelajaran yang menarik, kempen yang berterusan serta
penyampaian yang bersesuaian dan berkesan pastinya akan menarik minat pelajar
untuk mempelajari nilai nilai murni dalam kehidupan.

Pelajar dari sekolah jenis

kebangsaan juga perlu diberi penekanan berkaitan hubungan harmoni pelbagai kaum di
Malaysia. Dengan kata lain, satu penyelarasan pendidikan didalam aspek hubungan
etnik perlulah ditubuhkan dan dilaksanakan dengan serta merta bagi memastikan
pewaris pewaris negara dapat mengawal dan memerintah negara dengan adil,
saksama dan harmoni pada masa akan datang. Kesepaduan semua etnik di
Malaysia diambil berat hinggakan ada program di peringkat akar umbi, ia itu
sekolah

rendah lagi. Antaranya program RIMUP yang telah dilaksanakan

hampir 7 tahun. Program yang menggalakkan aktiviti bersama -sama antara


murid SK (Melayu),SJKC (Cina) dan SJKT (Tamil). Adalah lebih baik jika
kerajaan hanya menubuhkan hanya satu jenis sekolah rendah dan menengah
tanpa ada batasan, halangan dan sekatan untuk semua etnik jika ingin
menyemai dan menanam semangat kesepaduan masyarakat majmuk dari

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

49

peringkat umur yang muda.Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa rasmi negara
mesti dipelajari semua orang. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua
manakala semua murid, pelajar dan penuntut perlu mempelajari bahasa Cina
dan Tamil sebagai bahasa perhubungan untuk subjek elektif.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi
dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang
cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa
yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang
diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi
menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat
Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak
kecil hinggalah dewasa.Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat
memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap
rakyat Malaysia. Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah
diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak
bagi memastikan setiap dasar yang dirancang dapat melaksanakan proses
integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Sekolah merupakan unit
yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di
antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat
rendah

akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi

menengah dan seterusnya universiti.

peringkat

Ini seterusnya akan menghasilkan

masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatu padu dan

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

50

berlainan kefahaman. Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk
integrasi antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti
konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi
mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya
dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan
dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah.Tetapi walaupun perubahan
yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali
hilang upayanya.Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau
kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.Ini kerana
segala-gala kebaikan dan nilai perlu diterap sedari awal umur kanak kanak.Begitu juga perpaduan.

Kempen yang berkesan


Kempen 1 Malaysia yang dilancarkan oleh YB Dato Seri Najib Tun Razak pada
Mac 2009 merupakan satu pencetus inspirasi yang baik bagi meningkatkan hubungan
etnik antara kaum di Malaysia. Bagaimanapun keberkesanan dan tahap pemahaman
rakyat terhadap kempen ini perlulah dinilai secara berterusan. Ini kerana hasil kajian
yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Mac 2009 mendapati hampir 75% rakyat
Malaysia tidak memahami konsep 1 Malaysia yang cuba diterjemahkan oleh pihak
kerajaan. Oleh yang demikian, satu badan penyelidik perlulah diwujudkan bagi
memastikan kempen yang baik ini dapat memberi kesan yang pro-aktif kepada negara
dalam mewujudkan masyarakat yang mementingkan hubungan antara kaum.Penilaian

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

51

berterusan, pendidikan dan juga penambahbaikan hendaklah dijalankan secara


serentak bagi memastikan kempen ini dapat mencapai objektif dan akhir keberkesanan
kempen ini dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat.

AGAMA KRISTIAN
Agama ialah berhubung dengan kepercayaan kepada Tuhan, Ilahi atau Dewa
yang dianggap berkuasa serta sanggup menerima segala perintahNya. Selain itu,
agama juga ditafsir sebagai yang beriman, saleh, seorang yang setia terhadap
kepercayaannya. Manusia sangat sinonim dengan kepercayaan kerana ia merupakan
tanda manusia itu melalui cara hidup serta tujuan hidupan manusia.

Dari sudut pandangan agama Kristian, keagamaan itu ialah suatu kepercayaan
kepada Tuhan iaitu Isa Almasi dan Kitab Suci yang mencatatkan seluruh apa yang di
Firmankan Tuhan kepada umatNya manusia yang ada di bumi. Dalam Kitab Injil
mengatakan

Siapa

memperhatikan

firman

akan

mendapat

kebaikan,

dan

berbahagialah orang yang percaya kepada Tuhan (Amsal 16:20). Firman yang tercatat
dalam Kitab Suci ialah panduan hidup manusia seperti yang tertulis dalam Kitab Suci
Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk
menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam
kebenaran. (2 Timotius 3:16).

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

52

Melalui temubual bersama salah seorang ketua agama kristian yang dikenali
sebagai Pastor atau ketua agama bagi gereja Borneo Evangelical Mission, Bandar
Limbang atau pada awalnya dikenali sebagai Sidang Injil Borneo. Beliau ialah Pastor
Patrick Balang dan telah berkecimpung dalam bidang keagamaan selama 23 tahun
sejak tahun 1990 hingga sekarang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Teologi
Buduk Aru, Bakelalan, Lawas Sarawak peringkat Sijil dan melanjutkan pendidikan
peringkat diploma di Royal Priesthood Bible College (PRBC) Kelang Lama, Kuala
Lumpur, Malaysia. Pengalaman beliau telah mencatat pelbagai sejarah yang
menjadikan beliau seorang yang berkeyakinan serta lebih dihormati.

Pandangan beliau terhadap kebahagiaan dari sudut pandangan agama kristian


menjelaskan tentang dua prinsip yang diambil dari kitab Matius 7:24-25 mengatakan
Setiap orang yang mendengar perkataan-Ku ini dan melakukannya, ia sama dengan
orang yang bijaksana, yang mendirikan rumahnya di atas batu. Kemudian turnlah hujan
dan datanglah banjir, lalu angin melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak rubuh sebab
didirikan rumahnya di atas batu. Kebahagian hanya boleh didapati daripada sumber
iaitu Tuhan sendiri melalui kepercayaan dan dasar kehidupan melalui perintah-perintah
atau ajaran-ajaran yang terdapat dalam Kitab suci. Sumber memberi pengertian
sebagai punca atau pusat sesuatu yang diperlukan seperti kebahagiaan. Beberapa
perkara yang telah membuat manusia hilang kebahagiaan jika fokus atau tujuan hidup
mereka lebih kepada kekayaan, tahap pendidikan, harta benda dan sebagainya. Beliau

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

53

juga menjelaskan bahawa kebahagian merangkumi Roh, Jiwa dan Tubuh. Jika Roh dan
Jiwa iaitu hati yang bersih serta mengandungi peringatan melalui ajaran yang tercatat
dalam firman, Tubuh akan sihat di mana kebahagiaan terpancar. Dari hati terpancar
kebahagiaan atau keceriaan hidup seperti yang dinyatakan Jagalah hatimu dengan
segala kewaspadaan karena dari situlah terpancar kehidupan dalam kitab Amsal 4:23.

Keadilan ialah menurut Adam Smith, seorang bapak ilmu ekonomi modern
membagi keadilan menjadi dua yaitu Keadilan Komutatif, Prinsip dari keadilan komutatif
tidak merugikan dan melukai orang lain baik sebagai manusia, anggota keluarga,
ataupun anggota masyarakat, baik menyangkut pribadinya, miliknya atau reputasinya.
Keadilan Distributif, Prinsipnya adalah bahwa manusia secara kodrati mempunyai rasa
setia kawan yang kuat yang tidak begitu saja membiarakan sesamanya hidup
menderita. Dari sudut pandangan agama kristian keadilan berasal dari Tuhan dan
hanya keadilanNya sahaja yang lebih mutlak. Kerana keadilan berkaitan dengan
kebenaran yang nyata dan jelas tanpa dipengaruhi oleh apapun. Seperti yang
dinyatakan dalam kitab InjilJika ya, hendaklah kamu katakan: ya, jika tidak, hendaklah
kamu katakan: tidak. Apa yang lebih daripada itu berasal dari si jahat. (Matius 5:37).
Namun demikian, dunia melakukan keadilan dengan tidak berat sebelah atau saksama
berdasarkan bukti dan pertimbangan manusia. Manusia yang terdiri daripada individu,
keluarga, komuniti dan negara ialah penuntut keadilan dalam konteks keperluan hakhak kemanusiaan. Kebenaran tentang keadilah telah ada pada manusia namun ia di
rosakkan oleh kejahatan atau dosa manusia.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

54

Perpaduan juga dikenali sebagai kesatuan sejagat atau unity melibatkan lebih
daripada satu orang. Pandangan agama kristian mengenai perpaduan lebih jelas
melalui kesepakatan atau rukun yang tercatat dalam kitab Injil .. sungguh, alangkah
baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudara diam bersama dengan rukun (Mazmur
133:1). Kesatuan tidak terjadi bila hanya sebelah pihak sahaja yang bersetuju ia
melibatkan dua pihak yang sama atau berlainan. Kesatuan boleh terjadi dengan sikap
bermula dengan perkataan saling iaitu saling berkerjasama, saling bertanggungjawab,
saling bertimbang rasa, saling menegur, saling menasihati, saling menghormati, saling
mengasihi, saling mendorong dan saling membangun. Agama bukan sekadar
kepercayaan tetapi suatu ketetapan dan usaha manusia untuk mendekat kepada Tuhan
ke arah tujuan sebenar kehidupan iaitu untuk hidup rukun bai sesama manusia
mahupun hubungan dengan Tuhan yang dipercayai melalui kesetiaan. Dengan
demikian secara langsung manusia menghormati Tuhan bila sikap baik dan saling
dipraktikkan diantara sesama manusia berlandaskan kebenaran yang ditetapkan dalam
Kitab Suci.

Kemanusiaan pula berhubung dengan manusia itu sendiri yang merupakan


makhluk ciptaan Tuhan yang sangat mulia seperti yang tertulis dalam kitab suci
Berfirmanlah Allah: Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita,
supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas
ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melatah yang merayap di bumi.

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

55

Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah
diciptakan-Nya dia: laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. (Kejadian 1:2627). Manusia dicipta dan diberi kepercayaan untuk menakluk bumi dengan tujuan
menjaga dan mengelola atau mengurus semua yang ada diatas muka bumi dan yang
telah diciptakkan oleh Sang Pencipta iaitu Tuhan sendiri untuk manusia. Dengan itu
wujud kemanusiaan melalui hubungan manusia dengan sesama manusia serta ciptaan
Tuhan yang lain seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan juga terjalin baik melalui
perasaan, sikap, keperluan dan kehendak. Kehidupan yang lebih baik adalah
bergantung kepada sikap yang tetap setia dan melaksanakan perintah Tuhan terhadap
tujuan penciptaan manusia.

Amanah pula, dijelaskan melalui pandangan dari sudut agama kristian ialah
mengenai kepercayaan seperti maksud agama itu sendiri. Dari konteks yang lain juga
amanah ialah tanggungjawab manusia sesama manusia dan tanggungjawab keatas
kepercayaan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada manusia melalui tujuan ianya
diciptakan. Bertapa ia sangat penting kepada setiap orang terutamanya dalam
menjalani kehidupan bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan
kepercayaan. Walaupun ia terpisah oleh kepelbagaian namun dengan amalan serta
pengertian terhadap apa yang dimaksudkan dengan amanah membuat perhubungan
serta kehidupan sejagat lebih harmoni dan berkekalan.
KESIMPULAN

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

56

Negara sekecil Malaysia yang mempunyai penduduk sejumlah 28.5 juta orang
dan berbilang etnik adalah unik. Keunikannya kerana masyarakat berbilang etnik
boleh hidup bersama dan mengamalkan adat, budaya dan agama masing masing tanpa sekatan dan sempadan. Keutuhan perhubungan dan kerjasama
pelbagai golongan etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang
aman dan harmonis sejak 55 tahun merdeka hingga kini (2013). Namun begitu
ada anasir-anasir negatif yang sentiasa mencemburui kesepaduan etnik
Malaysia

dan

mempertahankan

sentiasa

cuba

mengganggu

gugat.

Malaysia

sentiasa

kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan etnik dalam

realiti kehidupan masyarakat majmuk.Ianya berlandaskan nilai -nilai bersatu


padu, mengambil berat, memelihara hubungan baik dengan jiran, bekerjasama,
dan bersangka baik sesama manusia.

Malahan

banyak

diketengahkan.

program

yang

bersifatkan

perpaduan

sentiasa

Antaranya dasar-dasar kementerian dan kerajaan sentiasa

mendahulukan kesepaduan nasionalisme dan perpaduan kaum. S edari dahulu


hingga kini pemimpin utama yang menerajui Malaysia iaitu Perdana Menteri
sentiasa memberi penekanan tentang semangat perpaduan etnik.Malahan
Gagasan 1 Malaysia merupakan kesinambungan elemen tersebut diutarakan
oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 kini iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul
Razak. Pelbagai penekanan diterapkan seperti dalam bentuk media massa,
penyiaran

elektronik

mahupun

bercetak

berkisarkan

kesepaduan

rakyat

Malaysia. Itulah sebenarnya gambaran rakyat Malaysia yang cuba dinafik an

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

57

oleh negara-negara luar. Antara media berbentuk drama dan filem paling
berjaya

setakat ini ialah animasi Upin dan Ipin.Selain itu iklan pendek

televisyen pada setiap kali menjelang musim perayaan etnik Malaysia dan Hari
Kemerdekaan sering dimainkan di televisyen, media paling berpengaruh setakat
ini. Galakan kerajaan dan gambaran sebenar perpaduan etnik Malaysia dalam
pelbagai bidang bukan sahaja menjadi impian pemimpin tetapi rakyat sendiri
merupakan kunci utama agar sentiasa mengukuhkan ikatan terse but agar impian
kekal sebagai kenyataan hingga kini.

BIBLIOGRAFI
1. Akhbar. Utusan Malaysia. 31 Ogos 2009. NSTP Bhd. Malaysia
2. Dr. Zaid Ahmad dan rakan-rakan. Hubungan Etnik di Malaysia. 2006.
Oxford Fajar Sdn Bhd. Selangor.
3. Ee Ah Meng. Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. 1995. Penerbit
Fajar Bakti sdn. Bhd. Selangor.
4. Harian Metro Edisi Johor April 2009
5. Jabatan Perangkaan. Statistik Penduduk Malaysia. 2007. Percetakan
Malaysia. Kuala Lumpur.
6. Jawabnya Ada Pada takdir, Maskiah, Cipta Yayasan Warisan Johor (2009)
7. Majalah Siswa, Februari 2009.
8. Malaysia Kita, Hj. Dr. Syed Ibrahim, Terbitan: International Law Book Services,
Petaling Jaya, Selangor 2007

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J


9. Paimah

Atoma,

Kassim

Thukiman

dan

Hamidah

58

Abdul

Rahman. Hubungan Etnik di Malaysia. 2008. Penerbitan UTM. Johor.


10. Petikan Utusan Malaysia Feb 2009, Tun Dr Mahathir Muhammad.
11. Sanusi Osman. Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. 1989.Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor.
12. Shamsul Amri Baharudin, Hubungan Etnik, 2007, Penerbitan Universiti (UPENA)
Universiti Teknologi Mara.
13. Shamsul Amri Baharuddin, Ketua Editor. Modul Hubungan Etnik. 2007.
Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA. Shah Alam.
14. Alkitab terjemahan Bahasa Indonesia
15. http://www.anneahira.com/pengertian-agama.htm
16. Kamus Oxford Fajar, Arbak Othman Disemak dan Dikemaskinikan oleh Nik
Safiah Karim. 2010.
17. http://www.google.com

LAMPIRAN DOKUMENTASI

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

TEMPAT BERTUGAS USTAZ LAMSIN BIN HAJI ANGGALI

PEJABAT USTAZ LAMSIN BIN HAJI ANGGALI

59

JUH 101 : HUBUNGAN ETNIK, GROUP ZSD2J

USTAZ LAMSIN BIN HAJI ANGGALI

Nama

: Pastor Patrick Balang

Gereja

: BEM / SIB Bandar Limbang

Lokasi Gereja

: Batu 2, Jalan Kubong, 98700 Limbang, Sarawak

60

Anda mungkin juga menyukai