Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DATIN KHADIJAH KUALA KANGSAR

KERTAS KERJA
LATIHAN PERTANDINGAN BOLING 10 PIN PERINGKAT DAERAH
KUALA KANGSAR
MURID PENDIDIKAN KHAS

PADA
11 FEBRUARI 2014

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD ) merupakan satu program


yang memberi peluang kepada para pelajar khasnya pelajar - pelajar Kelas
Pendidikan Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka
tentang kehidupan dan

persekitaran

di sekeliling mereka. Melalui pemilihan

bagi pertandingan boling peringkat daerah, ianya sedikit sebanyak dapat


memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik bermain bowling yang betul.
Memandangkan para pelajar ini sangat kurang didedahkan kepada persekitaran
luar, maka dengan adanya aktiviti ini dapat meningkatkan pengetahuan,
keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.

2.0 RASIONAL
Permainan bowling

merupakan satu permainan yang memerlukan

kemahiran yang tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan terdapat pertandingan


bagi acara bowling di peringkat daerah dan negeri bagi kelas Pendidikan Khas,
maka dengan adanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti ini sedikit
sebanyak dapat memberi pengalaman serta meningkatkan kemahiran para
pelajar tentang teknik bermain bowling dengan betul. Ini secara tidak langsung
memberi peluang untuk pelajar berlatih secara intensif sebelum pertandingan
bowling Pendidikan khas peringkat daerah dijalankan.

3.0 OBJEKTIF
Melalui aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini, diharap ianya dapat:
a) Melatih para pelajar supaya mampu berdikari dan menerokai
keadaan persekitaran mereka
b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan
bowling yang sebenar
c) Menjalinkan silaturrahim di antara guru-guru dan para pelajar
Pendidikan Khas .
d) Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar PPKI serta
guru-guru di samping membentuk kestabilan diri mereka.
4.0 TARIKH
11 Februari 2014

5.0 TEMPAT
Pusat Bowling Ole-Ole Mydin

6.0 SASARAN
Pelajar Pendidikan Khas

10 orang

Guru Pendidikan Khas

4 orang

Pembantu Pengurusan Murid

1orang

Jumlah

15 orang

7.0 KOS
Butiran Anggaran Perbelanjaan:

BIL.

PERKARA

ANGGARAN
PERBELANJAAN( RM )

Pengangkutan
Kereta guru

Permainan bowling dan sewa kasut


RM 10 x 10 orang

RM 100.00

Jumlah

RM 100.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan PCG Pendidikan Khas

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM


a) Kertas kerja
b) Mesyuarat

10.0 JADUAL AKTIVITI


HARI
TARIKH

: SELASA
: 11 FEBRUARI 2014

8.00 8.30 pagi


8.30 9.00 pagi
9.00 10.00 pagi
10.30 1.00 petang

: Berkumpul dan taklimat ringkas di Kelas


: Sarapan Pagi
: Bertolak ke Ole-ole MYDIN BOWLING CENTRE
: Bermain bowling di tempat permainan bowling

1.00 1.30

: Bertolak pulang ke SK Datin Khadijah

petang

11.0 AHLI JAWATANKUASA


PENASIHAT
PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK

: PN HAJJAH ROKIAH BT CHICK


: PN ROZAIMAH BT ABDUL JABBAR
: EN. MAHATHIR BIN MUHAMMAD
: PN. NOR SHAMSIAH BT JAAFAR
: SEMUA GURU DAN PPM PPKI

11.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Lawatan Luar ini sangat penting bagi


membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran
dari pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia juga akan
mendidik para pelajar untuk berdikari dan mengurus diri dan aktiviti ini juga
secara tidak langsung

memberi terapi psikomotor dan lokomotor kepada

mereka. Kami guru-guru PPKI SK Datin Khadijah amat mengharapkan agar


program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan kendiri pelajar-pelajar ini
apabila berhadapan dengan masyarakat.

Disediakan oleh,

..........................................................
(MAHATHIR BIN MUHAMMAD )

Disemak oleh,

Disahkan oleh

............................................................................

...............................................................

(PN ROZAIMAH BT ABDUL JABBAR)

(PN HJH ROKIAH BT CHIK)

GPK PENDIDIKAN KHAS SK DATIN KHADIJAH

GURU BESAR SK DATIN KHADIJAH