Anda di halaman 1dari 9

Tujuh Golongan Yang Akan Mendapat Naungan Allah SWT

by Abu Basyer (Notes) on Sunday, March 4, 2012 at 12:43am

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
Sesungguhnya aku takutkan Allah

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan daripada hadis di atas , dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa terdapat tujuh golongan manusia
yang beriman dan bertakwa akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti
ketika itu tidak ada perlindungan lain yang akan dapat menyelamatkan manusia.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Seorang pemipin akan ditanya di akhirat nanti adakah mereka memimpin dengan adil, amanah ,jujur dan sentiasa
berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah.

Maksud adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, tidak boleh di katakan adil selagimana seorang pemimpin
itu tidak menggunakan neraca Islam dan neraca Allah SWT di dalam setiap keputusan dan perlaksanaan di dalam
pemerentahannya. Tidak ada undang-undang dan peraturan yang lebih adil melainkan ianya datang dari Pencipta
manusia dan alam semesta iaitu Allah SWT.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Pemuda (rijal) adalah golongan penting di dalam masyarakat Islam, kerana merekalah yang akan mewarisi
kepimpinan negara akan datang. Sesuatu umat akan menuju kepada kehancuran apabila pemuda-pemudinya telah
rosak akidah dan akhlaknya , lemah daya pemikiran dan intelektualnya dan hilang semangat jihad.

Pemuda yang menjadi ahli ibadah ini, yang terpilih mendapat naungan Allah adalah mereka yang hati dan jiwanya
sentiasa mengingati Allah , kuat imannya dan baik akhlaknya dan sentiasa berterusan dan istiqamah dalam
menjalani proses tarbiah dan dia juga berusaha mengajak pemuda lain untuk duduk dalam Jemaah Islam dan
melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Mesjid adalah tempat ibadah , di sinilah tempat umat Islam berkumpul untuk melaksanakan ibadah khusus
terutama solat, membaca al-Quran , berzikir , tempat majlis-majlis ilmu di jalankan dan tempat perhimpunan dan
perbincangan umat Islam untuk menyelesaikan masaalah mereka.

Para malaikat mendoakan dan mohon rahmat kepada Allah SWT. kepada ahli-ahli mesjid yang menunaikan ibadah
dan menuntut ilmu di sini. Di zaman Rasulullah SAW mesjid berfungsi menjadi tempat semua urusan umat Islam
(pusat pemerentahan, ibadah dan majlis ilmu).

Mereka-mereka yang terpaut hati dengan mesjid dan melaksanakan semua fungsi tadi akan mendapat naungan
Allah di akhirat nanti.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Apabila dua orang saudara muslim bertemu adalah semata-mata untuk mereka merapatkah rasa ukuwah dan kasih
sayang, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan merancang sesuatu atas tanggung jawab macamana
cara-cara untuk menyelamatkan umat ini daripada hanyut di bawa arus jahiliyah dan terselamat daripada
mendapat azab Allah SWT.

Bagaimana penyebaran Islam , kerja-kerja dakwah dan tarbiah dapat di jalankan dengan berkesan dan memenuhi
sasarannya. Mereka berpisah adalah semata-mata kerana Allah di sebabkan masing-masing kembali ketempat asal
mereka untuk memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiah , walaupaun berjauhan namun perasaan ukuwah dan kasih
sayang tetap berterusan.

Allah SWT. akan memberi pahala dan ganjaran yang besar apabila seluruh masa, tenaga dan wang ringgit di
curahkan semata-mata untuk menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi. Di atas usaha-usaha yang berterusan
seperti ini , bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. memang sesuailah mereka mendapat naungan Allah SWT di
akhirat nanti.

Dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan di dalam Kitab Al-Muwattha' Imam Malik, Nabi S.A.W telah bersabda
bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermkasud: "Kasih-sayangKu lebih utama untuk mereka yang berkasihsayang pada jalanKu, golongan berhimpun dan berkelompok semata-mata keranaKu, golongan yang saling ziarahmenziarahi keranaKu, dan golongan yang sentiasa berbelanja dijalanKu"

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
Sesungguhnya aku takutkan Allah

Perbuatan zina adalah satu perbuatan yang keji dan hina. Zina boleh merosakkan keturunan , menimbulkan
pergaduhan dan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat. Seseorang yang melakukan zina, dan hasil daripada
zina ini apabila mendapat anak , ia sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa atau pun membuangkannya
merata tempat tanpa belas kasihan semata-mata untuk menutup malu pada keluarga dan masyarakat. Peribadi
seperti ini kedudukannya lebih rendah dari haiwan kerana haiwan pun mempunyai perasaan kasih sayang pada
anak-anaknya.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : Dan siapa-siapa yang berzina dengan seorang perempuan, sewaktu
berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasa sangat haus.

Oleh kerana betapa besarnya mudharat zina ini, Allah SWT. akan memberi ganjaran pahala yang besar dan
memberi naungan-Nya di akhirat nanti kepada sesiapa sahaja di kalangan hamba-hamba-Nya yang sanggup

menolak ajakan zina oleh perempuan cantik dan berpangkat dengan kata-kata, Sesungguhnya aku takut kepad
Allah. seperti mana Nabi Yusof a.s. menolak ajakan isteri pembesar Mesir ketika itu untuk melakukan zina.

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Harta adalah salah satu komponan penting di dalam pembinaan masyarakat Islam.Tanpa ada harta dan kekuatan
darisegi ekonomi sesebuah negara Islam itu tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri daripada
musuh-musuhnya. Dengan adanya harta dan kewangan yang kukuh dapat mempertingkatkan pertahanan negara
dengan senjata dan peralatan yang cangih , mempertingkatkan pembangunan dan ekonomi negara.

Islam menggalakkan sedekah dari golongan kaya kepada golongan miskin , supaya jurang perbezaan di antara
mereka dapat di kurangkan.Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang
akan masuk syuraga bersama-sama golongan yang mati syahid dan ulama adalah dermawan yang
menyumbangkan hartanya di jalan Allah semata-mata mencari keredan-Nya. sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang di berikan oleh tangan kanannya. Dari sumbangan golongan yang berharta ini , di berinya
tanpa di canang-canangkan di dalam akhbar , akan mengharmonikan hidup bermasyarakat dan membantu
mengukuhkan kekuatan negara. Insan budiman lagi dermawan ini akan mendapat naungan Allah SWT di akhirat
nanti.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.

Doa dan munajat adalah senjata orang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa
orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku. (Surah al-Baqarah ayat 186).

Orang mukmin pada siang harinya dia menjadi singa, bekerja bersungguh-sungguh dalam semua urusan . Dalam
urusan kerjayanya mencari nafkah, dalam urusan dakwah dan tarbiah dan dalam urusan membantu masyarakat.
Tetapi pada malam hari menjada abid , membaca al-Quran , berzikir , bersolah tahajud dan berdoa kepada Allah
hingga menitiskan air mata.

Dia rasa diri ini kerdil dan terlalu banyak dosa-dosa yang di lakukan, sekiranya tanpa belas kasihan Allah SWT dia
merasakan dia tidak dapat menyelamatkan diri dari azab Allah di hari akhirat nanti.Peribadi mukmin seperti ini akan
termasuk dalam golongan ketujuh iaitu golongan yang mendapat naungan Allah SWT. di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dan amal soleh kita semata-mata mencari
keredaan Allah SWT. Jalan keselamatan untuk terselamat dihari akhirat telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW
kepada kita semua iaitu tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah SWT, oleh itu
berusaha dan berdoalah semoga kita menjadi salah satu golongan yang dipilih oleh-Nya untuk mendapat
perlindungan-Nya nanti.

7 Golongan yang bakal mendapat naungan rahmat Allah Pada hari


akhirat kelak..
[Hadith riwayat Abu Daud & Ibnu Majah]

1. Pemerintah yang ADIL..


~Kita adalah pemimpin diri kita. Sebagai ketua, jangan sesekali kita berlaku zalim ketika memimpin keluarga, ketika memimpin masyarakat
lebih-lebih lagi ketika memimpin Negara.

2. Pemuda yang hidupnya dengan IBADAH..


~Solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain. Ingat ! Kerjapun ibadah juga. Studypun ibadah juga.
~buat apa-apa perkara sekalipun akan dianggap ibadah sekiranya tidak bercanggah dengan sunnah serta ikhlas kerana Allah semata-mata.

3. Orang yang hatinya terikat dengan MASJID..


~hehee.. marilah rajin-rajinkan diri datang solat berjemaah di masjid !
~Satu kali setiap haripun OK, daripada tidak datang langsung, Huu.. rugi besar..

4. Dua orang yang BERKASIH-SAYANG kerana Allah..


~mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah..
~Maka ramaikanlah kawan yang baik-baik..

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya


lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan
berkata: AKU TAKUT PADA ALLAH!!
6. Orang yang BERSEDEKAH secara sembunyi..
~Tidak riak (menunjuk-nunjuk), tidak takbur dan tidak bangga diri
apabila melakukan kebaikan.

7. Orang yang mengingati Allah


lalu menitis air matanya..
~Menangis kerana sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
menyesali segala dosanya yang telah lalu..

Namun, terdapat beberapa golongan VIP tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah saw untuk
mendapat tempat grandstand berbumbung pada saat genting itu. Abu Hurairah
meriwayatkan Baginda bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang mana tiada
naungan selain naungan Allah swt.
Tujuh golongan tersebut adalah:
VIP 1: Pemimpin yang Adil
Golongan ini diletakkan di dalam senarai yang pertama kerana dia bakal melahirkan ramai
lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Dalam kitab Dalil AlFalihin menerangkan makna adil sebagai mematuhi segala perintah Allah swt dengan
meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah saw sebagai rujukan utama
dalam setiap keputusan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah saw yang
menjadi Perdana Menteri di Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa AlRasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka dalam kepimpinan.

VIP 2 : Remaja yang Hidup dalam Ketaatan


Usia remaja sangat mencabar kerana pelbagai pengaruh menghantui mereka sama ada
melalui rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin
mencuba sesuatu yang baru terutama yang menyeronokkan seperti mempunyai pasangan
kekasih, merokok, berlumba haram, berkaraoke, dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya
mengakibatkan kesan yang sangat negatif terhadap kehidupan mereka.
Namun di celah-celah keributan gejala sosial ini masih ada remaja yang menjaga agama
mereka. Mereka berkawan, berseronok, beraktiviti seperti biasa, namun, batasan agama
sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan utama dalam kehidupan
walaupun ia dipandang asing oleh rakan sebaya. Golongan ini layak menerima naungan
Allah swt di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan antibodi yang menepis
segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

VIP 3 : Pencinta Masjid


Sepanjang sejarah Islam, terdapat golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan
masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menghidupkan fungsi masjid di atas
muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan
sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid akan menyentap emosi
mereka secara spontan.
Golongan ini mempunyai lima sifat sebagaimana firman Allah swt dalam surah At-Taubah
ayat ke 18 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah swt dan hari akhirat, sentiasa
mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah takut dalam menjalankan
tanggungjawab agama melainkan kepada Allah.
VIP 4: Dua Insan yang Berkasih Sayang kerana ALLAH
Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan satu perasaan yang tidak boleh dilakonkan
atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya sama ada
ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar
apakah kasih sayang itu dibina?
Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan duniawi yang
lain, maka mereka masih belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti.
Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguhsungguh mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan yang terjalin
kerana Allah ini akan menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku sebagai
urusan agama.
VIP 5 : Pemuda yang Menolak apabila Digoda untuk Berzina
Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah pemuda yang digoda berzina oleh
perempuan yang cantik dan berkedudukan, namun dia menolaknya dan berkata:
Aku takut kepada Allah!

Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh
perempuan cantik dan pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak
daripada sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan line
clear ini, anak muda tersebut masih mengingati Allah dengan tegas membuktikan
ketakutannya terhadap kemurkaan Allah mengatasi gelojak nafsunya. Dia pasti akan
bersama Nabi Yusuf a.s di akhirat kelak bersama-sama para bidadari yang disediakan oleh
Allah.

VIP 6: Insan yang Menyembunyikan Sedekahnya


Terdapat insan yang sentiasa berurus niaga dengan Allah apabila pelaburannya sentiasa
dijuruskan untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah saw
mentamsilkan bersedekah dengan tangan kanan, sehingga tangan kiri tidak mengetahui
apa yang diberikan.
Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mendapat pujian daripada manusia yang berada di
sekeliling sehingga meninggikan nilai pahalanya walaupun jumlah sedekahnya kecil pada
penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di
samping hatinya yang sangat suci, pasti melayakkan mereka bersama-sama para hartawan
daripada kalangan para sahabat Rasulullah saw di akhirat nanti.

VIP 7: Insan yang Mengingati Allah sehingga menitis Air Mata


Golongan terakhir ialah insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka
sehingga menitis air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau
dan betapa banyaknya perintah Allah yang belum ditunaikan. Ayah dan ibu memikirkan
anak-anaknya yang tidak menutup aurat, peniaga pula mengingatkan tipu helahnya ketika
melariskan jualan, manakala si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua-dua ibu
bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih
mengalir di pipi semata-mata kerana Allah swt.

Penulisan : Ustaz Syed Mohd Norhisyam


Sumber : Solusi Isu # 45, m/s 12-13
1.04 p.m

28 Syaaban 1433H bersamaan 18 Julai 2012

Anda mungkin juga menyukai