Anda di halaman 1dari 8

SABTU, JANUARI 10, 2009

Punca Jerawat
Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula
apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh
perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya
boleh
dikurangkan
dengan
penjagaan
kulit
yang
rapi.
Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel
rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria
pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu
terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi
gelap
dan
dikenali
sebagai
bintik
hitam.
Untuk
Informasi
Lanjut,
Sila
Klik
Sini.....
Punca-punca

Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua
lelaki dan perempuan semasa baligh.

Turun -temurun

Stres

Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak

Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid

Makanan - Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makananmakanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan
tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.
Peranan Anda

Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi
dan sebelum tidur.

Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.

Basuh rambut anda lebih kerap.

Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.

Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan

minyak.

Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan

tidak ketat.

Bersenam selalu.

Elakkkan stres sebaik yang mungkin.

Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-

buahan.

Elakkan penggunaan minyak rambut.

Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.

Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan
sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.
Peranan Doktor Anda

Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.

Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.

Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.

Mengelakkan pemarutan, jika boleh.

Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru

Merawat kelemumur pada kulit kepala.


Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah dipelihara
supaya
sentiasa
bersih,
senam
selalu
dan
rehat
secukupnya.
Sumber : Efarmasi

Kedudukan

jerawat

dan

info

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress
Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan
minum
air
banyak
HIDUNG
Jerawat
di
batang
hidung
bermaksud
tulang
belakang
kita
mungkin
bermasalah
Di
hujung
hidung
mungkin
kerana
haba
perut
melampau
dan
sisitem
penghadaman
tidak
normal
Di
salah
satu
hujung
hidung
pula
boleh
dikaitkan
dgn
ovari
atau
sistem
reproduksi
DAGU
Fungsi
buah
dalaman)
lemah.
mungkin
berpunca
bermasalah.

pinggang
terjejas
atau
sistem
endokrin
(rembesan
Kaum
wanita
mudah
mendapat
jerawat
di
sekitar
dagu
drpd
haid
yg
tidak
teratur
dan
sistem
peranakan
yang

PIPI

KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan
darah.
PIPI

KANAN

Fungsi

paru-paru

PADA

BADAN

Sistem
perkumuhan
yang
sihat
dan
mengikuti
tersingkir dengan lebih baik.

mungkin

tidak

(BELAKANG

&

bermasalah,
sembelit.
piramid
pemakanan

Amalkan
pemakanan
bagi
mempastikan

normal
DEPAN)
yang
toksin

Lagi... Punca Jerawat Bertambah Buruk


Walaupun setiap orang bebeza, jerawat selalunya berpunca daripada kumpulan minyak dan kulit mati dalam
liang roma kulit. Ini disebabkan oleh:

Hormon: Punca utama jerawat adalah penghasilan hormon-hormon seks, dikenali sebagai
androgen yang bermula diperingkat akil baligh. Oleh kerana itulah maka majoriti golongan yang menghadapi
masalah ini adalah remaja. Hormon-hormonlah yang bertanggungjawab untuk kemunculan jerawat semasa
datang haid dan semasa mengandung. Apabila kelenjar sebum dirangsang oleh androgen, ia akan
mengeluarkan sebum tambahan. Dalam perjalanannya melalui folikel sehingga ke permukaan, sebum
bercampur bersama bakteria kulit biasa dan sel-sel kulit mati yang telah dipunggah dari pelapik folikel.
Sementara proses ini adalah normal, kehadiran sebum berlebihan dalam folikel meningkatkan peluang
penyumbatan liang roma dan jerawat.
Tekanan: Tekanan tidak menyebabkan jerawat secara langsung tetapi ia menyebabkan pengeluaran
hormon, seperti kortisol, yang boleh memburukkan jerawat. Tekanan membawa kepada tahap-tahap
hormon yang berbeza. Dengan perubahan hormon, tubuh badan merangsangkan kelenjar-kelenjar minyak
kulit untuk membesar, merembeskan lebih minyak yang menyebabkan bintik-bintik putih, bintik-bintik hitam
dan jerawat.
Solekan berminyak atau tebal: Solekan yang tebal akan menutup liang-liang roma dan solekan
berminyak pula akan meningkatkan minyak pada kulit, dimana akan memburukkan lagi keadaan jika sedang
mengalami masalah kulit berminyak. Kosmetik, terutama pelembap-pelembap tertentu, bedak asas dan
pomades mengandungi lanolin, petrolatum, minyak sayuran, butil stearat, lauryl alkohol dan asid oleik.
Perubatan dan steriod-steriod tertentu: Vitamin adalah baik untuk badan anda tetapi lebihan vitaminvitamin B1, B6 dan B12 boleh menyebabkan jerawat. Vitamin-vitamin ini baik untuk kulit, tetapi elakkan
penggunaan berlebihan.
Pemakanan / Diet: Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula
sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.
Pembersih penghakis berlebihan: Pembersih yang kasar dan menghakis boleh merosakkan kulit dan
menyebarkan jangkitan.
Pemicitan, pencubitan atau pencakaran: Ini sebenarnya akan menyebabkan jangkitan lebih dalam ke
dalam kulit dan boleh menyebabkan kesan parut.
Gangguan alam sekeliling: seperti kelembapan tinggi dan pencemaran. Kelembapan yang tinggi
sebenarnya menyebabkan kulit bengkak. Pencemaran sudah pasti adalah satu sebab
utama bagi penyekatan liang roma.
Keturunan: Ahli-ahli keluarga yang juga menghadapi masalah jerawat. Jerawat diwarisi dan
kes-kes teruk dikenali sebagai sista jerawat biasanya berpunca dari keturunan.
Produk popular untuk masalah jerawat.
Body Toolz Double Loop Facial Skin Care Tool
Facial Pore Cleanser Cleaner Blackhead Acne Remover
Giant Microbes Pimple - Pimple (Zit) Acne (Propionibacterium acnes) Maladies Plush Toy
Clearasil Ultra Pimple Blocker Pen .06 fl oz (1.9 ml)
Chandrika-Soap Ayurvedic 75 Grams
Soap Glycerine Vitamin-E 4 Ounces
Avon Blot Away Oil Absorbing Blotting Sheets 50 count free travel case oily skin
Green Hydro Complexion Sponge

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu
petua ini:1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering
sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab.
Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi
beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering
di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga
jerawat berkurangan.
4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna
hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya
kering.
5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat.
Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa
muda.
6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air
bersih. Amalkan selalu.
7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras
ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan
sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak
memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan
besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu
tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering,
tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan
dua kali seminggu.
2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan
pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka
dengan menggunakan air suam.

3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa
minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali
seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan
air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis.
Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan
terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat
perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa
cara unuk menghilangkannya.
1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk.
Campurkan dengan sedikit air.
2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan
pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah
menggunakan air suam.
3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka.
Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam
beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali
seminggu.
5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama
pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga
kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap
malam.
2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis
hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air
bersih tanpa sebarang pembersih muka.

3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah
itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak
sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahanlahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh
kering, cuci muka dengan air.
6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga
halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap
malam.
7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti
memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk
menghilangkannya, cubalah petua ini :o Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
o

Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga


hari.

2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya


untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam
campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua
ini:1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka
sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan
seminggu sekali.
2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu
tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian
basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu
dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum
mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air.
Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3
minit sebelum dicuci dengan air suam.
6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap
pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau
malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk
menyerikan lagi, cubalah petua ini :

Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga


lumat.
Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh
air kunyit.
Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan
berseri pada hari persandingan.

Menghilangkan Panau di Muka


1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian
bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit
yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai

Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak


atau gatal sembuh.
Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah
mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Kulit Muka Berminyak


Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama
15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam
kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan
setengah jam dan bersihkan.

Anda mungkin juga menyukai